Sunday, October 31, 2010

Demam melanda...

Badan masih terasa kurang sihat lagi walaupun sebenarnya aku demam dari hari rabu lagi iaitu pada tarikh 27 oktober..Badan lemau lagi..Nak jalan pun x berapa larat lagi..Gi klinik dapat mc sehari je..kedekut tol doktor tu..Aku dah lembik semacam,tergamak dia bagi sehari je..Mengejut demam kali ni..Tiba2 je badan panas..Tp yang  pasti i bukan kene denggi yea..Ada orang tu ingat, i kene denggi..hampehh..!!!

Walaupun tak sihat,gagahkan badan jugak pegi kenduri doa selamat umah jijah sempena mak dia yang akan berangkat menunaikan haji pada 6 november ni..Alhamdulilah..Mudah-mudahan selamat sampai dan dipermudahkan segala urusan di sana..Insyaallah..Seperti biasa,aku ke umah jijah tak la kesorangan..Aku bertemankan Mama Fiza..Berborak panjang kat umah jijah..

Pertemuan kali ni aku rasa seronok sangat..entah lah..teruja pun ada sebenarnya..tak tahu nak gambarkan perasaan ni macam mana..Macam-macam berita gembira aku dengar..Firstly,kawan kami yang bernama Haida dah pun selamat lahirkan baby boy baru2 ni tak silap aku 28 okt 2010..Secondly, hajat mak jijah nak tunaikan haji dah pun kesampaian.Sama-samalah kita doakan...Then borak punya borak one of our fren ni bakal bertunang 01.01.2011 sape lagi kalau bukan Cik Natrah tu..Wahh..calendar opening lagi you..!!!(Aku harus & wajib datang) dan dalam diam-diam Cik Jijah pun bakal menyusul juga setelah mak dia pulang dari haji nanti...Wahh kamu semua tak tunggu aku yea...!!!Owhh tak lupa juga kawan susah senang bersama aku di poslaju juga turut akan bertunang pada 6 November ini..Tahniah Diyana...!!!Nampak gayanya,kawen pun serentak la ni kot..hehe..Tumpang gembira dengar berita ini..Ye la umur pun makin meningkat..Semoga segala urusan kalian dipermudahkan..Kalau perlukan khidmat i, i sedia membantu you all yea..

NOTE : Tak sabar nak tengok anak Haida..Bilalah boleh serbu umah dia ni..???Mesti anak dia kelakar macam maknye jugak tu..

Sunday, October 24, 2010

Dalam proses pembelajaran

Kak Uda aku berpantang di umah Sentul.Di mana,anaknya yang sulung pun turut berada di sini dan menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga & mendidik si kakak yang sulung ni..Anak Kak Uda yang sulung ni namanya Puteri Nur Alia..Panggilan Alia je..

Rasanya dekat sebulan tak silap aku Alia kat umah sentul dan sepanjang tu jugak la budak kecik ni menduga kesabaran auntie lin dia..Itulah susahnya kalau budak kecik ni terlampau dimanjakan sangat.Bukan tak boleh dimanjakan, tapi berpada-pada la..Dan dengan itu,aku mencabar diri ini untuk trained budak ni supaya tak kekal dengan sikap lama,yang mengada-ngada dan tak dengar kata sangat2..

Alia..

Untuk mendidik anak-anak yang nakal macam ni,kita memerlukan pendekatan psikologi..Memukul bukan cara terbaik kerana anak-anak ini akan memberontak dan tunjuk perasaan.Secara tak langsung mental anak-anak ini akan tertekan..Pada usia aku yang masih muda dan masih tidak berpengalaman mempunyai anak sendiri,aku menggunakan kemudahan internet yang ada untuk mendidik anak2 sedemikian..Perlu banyak membaca dan cuba untuk praktikkan nya..Budak2 usia begini, kita sebagai orang dewasa perlu pandai psiko mereka..Banyak artikel2 di internet yang boleh kita baca sebagai ilmu utk mendidik anak2 ini.

Tahu tak sekarang ni aku rasa,aku nak cari buku berkenaan mendidik anak-anak..kadang-kadang tak semua cara kita tu betul.Ada cara yang lebih baik..So,tak salah kalau kita belajar dari sekarang tentang ilmu ni kan..Jangan tahu buat anak je,tapi tanggungjawab untuk mendidik anak dilepaskan begitu saja..

NOTE : Sebagai seorang perempuan,sikap keibuan tu memang semulajadi wujud dalam diri walaupun aku masih belum berkahwin dan tak mempunyai anak lagi.

Sunday, October 17, 2010

Anak buahku yang ke-9...

Setelah tunggu punya tunggu akhirnya,kak uda aku telah pun selamat bersalin pada 13 Oktober 2010..baby girl jugak pada jam 10.25pg di HKL..baby seberat 3.22kg..Alhamdulilah..dan akulah ambulans nye..hihi..Banyak kisah disebalik kak uda aku nak bersalin ni..Antara yang boleh aku share kan kat sini pasal malam dia nak admit ward..

12 oktober 2010 pagi tu,kak uda dah mengeluh sakit2 perut..then mak yang berpengalaman pun cakaplah yg kak uda ni akan bersalin pada aritu jugak..Dan aku perlu dalam keadaan berjaga-jaga..Nasib baik aku cuti..So,xde la mak ayah aku risau..sebab ambulans tak bertauliah ada kat umah..Kalau aku hilang pun mungkin kuar kejap @ melawat si dia yg kat tawakkal hospital time tu..dan tepat pukul 11 malam,kak uda aku kejut sebab prot dia dah sakit sangat-sangat..So,apalagi..???Sepantas kilat aku terus bersiap..Dan malam tu jugak kak uda admit ward..Tp,bukan malam tu dia bersalin..Keesokkan harinya..
inilah dia baby girl kak uda aku..anknya yg ke-2
PUTERI NUR ALISYA
Si kecik ni dah ada nama..selagi blom ada nama,si kecik ni asyik nangis je..Bila dah ada nama sendiri,barulah dia x meragam dan tido dia pun lena..Semoga anak buah auntie lin baik2 saja yea..

NOTE:Tahun depan sape lagi nak menyumbangkan anak buah buat auntie lin ni..???

Saturday, October 16, 2010

Dia kena DENGGI...

Ada hikmah percutian aku tu dibatalkan..Dalam masa yang sama Si Dia demam teruk dari hari dia buat open house a.k.a pada hari lahir dia tu la..Macam baby pulak rasanya..Cuba tanya mak-mak kite..kalau baby nak tambah umur,mesti dia akan demam @ meragam..serba x kena jadinya..Si Dia ni jarang sekali sakit..Kalau sakit teruk macam mana sekali pun,dia takkan bagitahu aku..Ye la bagitahu aku pun,bukan boleh rawat dia..maklumlah cinta hati dia ni bukan nye nurse..haha..Koman-koman pun bawak gi klinik je la..

Dan aku pun xde la risau sangat akan keadaan dia..sampailah mak Si Dia tepon aku bagitahu keadaan dia yg suhu badan panas melampau sangat,mengggil dan mak dia mintak aku bwk Dia ni gi hospital..Mula timbul rasa risau bila mak dia tepon cakap mcm tu dan aku amik keputusan utk bwk dia gi hospital..Tp dia x nak gi hospital..Jes gi klinik berdekatan ngan umah..Bila doctor check2,makk aii suhu badan dia 39.4 darjah celcius(cuba cari sign/simbol tp x jumpa pulak)..Memang panas giler..!!

Keesokkannya (11 okt 2010),badan dia x jugak kebah-kebah setelah makan ubat klinik semalam..dan Dia mintak aku bawak gi panel klinik pulak..haa turutkan aje..dan doctor pesan,kalau x elok jugak kene buat blood test takut denggi..sebab sekarang ni banyak kes denggi..Jangan buat main2 denggi ni..Nampak je ringan penyakit ni tp boleh bawak maut tau..

Dah hari ke-3 dia demam..keadaan dia serupa macam tu jugak..pikir punya pikir aku suggestkan dia gi tawakkal hospital memandangkan itu panel hospital tpt dia keje..Kalau HKL dah tentu dia x nak pegi..pukul 3.45ptg sampai di tawakkal..Doctor dah periksa sume,darah pun dah di amik dan dengan ini,ABU HANIFFAH HAMZAH disahkan demam denggi dan dia kene tahan wad buat beberapa hari..Sian tengok dia..dan lebih kurang pukul 7.30malam barulah dia naik wad..Agak lama jugak la proses nye di tawakkal..dan kadang-kadang membuatkan aku terlelap..
sementara menantikan keputusan ujian darah,pesakit memanaskan badan di luar..huhu


KECEMASAN...Disinilah tempat Si Dia diperiksa..aduuuiii cemas la sangat..hehe
muka aku yang keletihan+kepenatan+kengantok kan..
Dia kena tahan wad dari 12hb-14 oktober 2010..itupun belum sepenuhnya baik..Gatal nak kuar cepat..ubat yg dibagi oleh doktor terlampau lah banyak nye..Nasib u la nak makan sume ubat tu..

NOTE : Masa dia masuk wad,aku terpaksa berkejar-kejar dari tawakkal hospital ke HKL sebab kakak aku kat wad menunnggu waktu utk bersalin..dan rasa badan ni nak dibahagi-bahagikan kalau boleh..tp x boleh...

Thursday, October 14, 2010

Di Sebalik 10.10.10...

10.10.10..tarikh yg telah dilepaskan dan tarikh yg begitu cantik sekali bagi aku..Angkasawan Negara pun memilih 10.10.10 sebagai tarikh nikahnya..Kawasan rumah aku pun banyak kenduri kawen pada tarikh tu..Memang meriah la dengan bunyi mercun yang berdentam-dentum mengganggu tidurku..dan tetibe terlintas di kepala dan mulalah berangan-angan time aku kawen nanti nak pasang mercun sana sini..yang boleh menggegarkan area rumah aku nanti..hahaha..akan dijadikan 1 realiti..Insyaallah..

Berbalik pada topik asal,Kak Ngah aku yang dok kat Kulim telah pun bersalin anaknya yang ke-4 pada 10.10.10 baby girl...pada jam 11.40mlm..dengan beratnya 2.5kg..Wahh tahniahhh...!!!Akhirnya berjaya jugak mengabadikan tarikh tu..dan baby girl tu dah pun diberi nama iaitu NUR ERYNA BINTI JOHAN seperti yg telah didaftarkan di JPN..
NUR ERYNA BINTI JOHAN...10.10.10..Anak buahku yang ke-8..

NOTE : Meriah rasanya dengan pertambahan anak buah..dan menampakkan yang auntie lin nye ni semakin tua..

Happy Birthday...!!!

Dekat seminggu tak update blog nih..Maklumlah bercuti..Apply cuti utk pegi bercuti tp apakan daya,disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan,percutian terpaksa dibatalkan..huhu agak sedih jugak..Bukan selalu dapat gi bercuti..

Pada 09 Oktober aritu birthday si dia yang ke 26..dan aku telah menyumbangkan kek secret recipe buat dia..Niat ati nak belilah kek yang cantik2 skit tp yg available kat Secret Recipe KLCC hanyalah kek2 yang berunsur chocolate je..So pilihanku dah tentu Chocolate Indulgence..Yeahh i like..!!! Dan kat umahnya ada buat Open House atau makan2..Walhal syawal dah pun abis,tp tetap ramai orang yg buat open house lg..Meriah..!!!


Taraaaa..inilah kek choc indulgence pilihan seleraku..hahaha...

NOTE:Happy Birthday buat Si Dia..Sorrii sangat-sangat tak dapat nak bagi hadiah yang u nak tu..

Friday, October 8, 2010

Apabila hati ini menangis...



Jarang sekali hati ini & diri ini menangis melainkan disebabkan sesuatu perkara yang teramat berat dan tidak tertanggung saja.Air mata ini bukanlah terlalu murah utk dimengalirkan..Walaupun bergaduh dengan Si Dia,tidak sesekali mengalirkan air mata kerana diri ini sudah cukup kental & tabah utk berdepan  masalah dengan Si Dia..Tetapi buat kali ini bukanlah kerana Si Dia..Yang pasti,aku & Dia baik2 saja..Alhamdulilah...

Cuma apa yang mampu aku lakukan, aku hanya berdoa & terus berdoa agar diberi kekuatan & pemberi semangat kepada orang sekeliling aku yang memerlukan aku di saat-saat ini..Saat-saat genting..Tak mampu aku nak teruskan menaip entri buat kali ini..Mengundang air mata..CUKUP-CUKUP BERAT.. Sesungguhnya Allah itu lebih memahami dan mengetahui apa yang berlaku di saat ini dan tunjukkanlah kebenaran di atas semua yang berlaku ini...Terima Kasih kepada kawan baikku,Puan Hafiza sudi mendengar segalanya..

NOTE : Kadangkala manusia ini diuji oleh Allah..sebagai hamba-NYA kita hanya mampu bersabar & tabah dengan dugaan yang datang..tetapi Allah sentiasa minta hamba-Nya berusaha dan tidak sesekali berputus-asa..dan cubalah cari peluang utk mengubah nasib @ kehidupan sekarang..Hanya diri sendiri saja yang boleh melakukan sesuatu perubahan..Perubahan terletak di tangan kita sendiri bukan orang lain..

Wednesday, October 6, 2010

Hangout time..!!!!

Sudah terlampau lama aku tak keluar berfoya-foya..Jadinya,aku message Cik Ila ni..kononnya nak marah la dia sebab tak datang open house aku..Sedangkan,mak dah cakap, yang dia WAJIB DATANG open house umah mak..tapi tu la,dia pun ada hal yg x dapat dielakkan..Nak buat macam mana..Daripada nak marah terus x jadi nak marah sebab dia ajak kuar & nak belanja makan..hehe..aku pun roger la geng2 aku yang lain..tp yg free pada hari semalam cuma aku ngan yana je..So berfoya-foya la kami bertiga di wangsa walk..Gi makan2 dan cuci2 mata je..

Disebabkan lama sangat tak jumpa,dorang2 ni nampak la perubahan pada diri aku..Ramai yang tegur aku makin kurus..Sedap la dengar bila kawan2 ramai cakap makin kurus tapi ada plak tambahannya tu..dorang nampak aku makin kecik @ dengan erti kata lain makin rendah..hampehh...!!!! Macam-macam cerita terkini dikongsikan..Tengoklah gambar2 yang sempat di snap semalam...



bersama cik yana
 

ati teramat gumbira apabila prot sudah kenyang..hehe

hey lalink..u all macam datin la dengan gaya macam ni..



yang kiri sekali tu la cik ila..yang sudi belanja we all...tq lalink..mmuuuahh..


NOTE : Thanks a lot to Cik Ila kerana belanja makan di POPEYE..Setelah puas meronda,apa yang dicari tak dijumpai...sedihhh...


 

TQ so much semua yang datang OPEN HOUSE..

Agak terlambat aku update entri ni..hari ni dah pun ari rabu..sedangkan open house aku ari ahad lepas..Maklumlah tak berkesempatan.Kalau syif malam sempat je nak update blog..hehe..dan bermintak maaf sangat-sangat sebab aku terlupa utk snap gambar sepanjang open house berlangsung..

First of all,aku nak cerita kisah sebelum open house berlangsung..agak lucu jugak la bila aku menjemput kawan-kawan dan sedara-mara utk majlis rumah terbuka aku untuk tahun ni..sedara-sedara aku semuanya bertanya,

"ini jemput open house ke menjemput 'sambil-sambil' ni..??"

huhu..paham2 saja ayat2 orang tua ni..menanya kat aku 2,3 kali nak kan kepastian..kalau ikutkan,ramai jugak kawan aku yg buat majlis tunang pada bulan syawal..contoh terdekat Cik Hafiza..opppss Puan hafiza..sekali datang je..yg pasti,waktunya belum tiba lagi..

Tiba pada hari ahad tu,balik dari keje malam aku terus bersilat di dapur utk tolong chef terhandal di rumah tu. Sape lagi kalau bukan mak aku.Makanan semuanya telah siap terhidang di meja tepat jam pukul 10pagi..Sedangkan open house bermula jam 11pagi..Dapatlah aku rehat-rehat sekejap sementara menunggu tetamu yang datang..Lupa nak bagitahu,menu utk open house pada tahun ini adalah Bihun/Mee Bakso, Mee Jawa, Ubi goreng(orang jawa panggil geltuk betol ke ejaannya cam tu),pisang goreng,kuih-kuih raya dan buah tembikai..

First guest adalah kakak2 ofis aku Kak Sa, Kak Zura, Kak Wana & Kak Zue..awal dorang datang tau..Pukul 11.30pagi dah sampai..cehh konon2 nak curi-curi tidur la andai kata kawan2 aku lewat sampai..Tak kesampaian..hehe..Aku rasa happy sangat dapat kumpul ngan kawan2 yg sudah lama tidak ketemu..Lagi2 Puan Hafiza...Wahhh prot kamu makin membesar dengan jayanya..hehe..

Dan paling mengejutkan aku apabila kawan2 HKL yang 1 kursus ngan aku pun turut hadir..bukan setakat 3,4 orang..aku rasa macam dah 1 bus..memang terperanjat besar aku..terharu pun ada jugak..sebab aku cuma sampaikan kepada sorang saja..Iaitu Hafiz..dan aku mintak dia sampaikan kat kawan2 yang lain..Hafiz telah menjalankan tugasnya dengan dedikasi sungguh..!!!Tq bro..So sorry guys sbb korang terpaksa makan kat luar..Tahun depan aku akan bukak khemah seperti yg di request oleh hafiz yea..dan menunya dah tentu nasi minyak..hehe..gataiii..Anyway,terima kasih sudi datang ke rumah aku..sungguh2 terharu..

Mereka lah tetamu terakhir aku..dan bila maghrib menjelang,tibalah waktu utk melandingkan diri..Memandangkan keesokkannya aku keje pagi..So, i need rest..Malam tu ada lagi tetamu yang datang..kawan2 ayah aku je..Time to sleep...ZZzzZzZZ...

NOTE : Aku gembira sangat2 dengan kehadiran kawan-kawan tersayang..tapi tetap terasa kurang lengkap apabila Si Dia tidak dapat bersama-sama hadir di open house aku pada tahun ini..Tidak lengkap tanpa kamu di sisi...

Friday, October 1, 2010

10 Oktober 2010 VS 10.10.10

Ada apa dengan 10.10.10.....?????????
Aduii..cantiknya tarikh 10.10.10 kan..??/Mesti ramai berebut-rebut nak mengabadikan kenangan manis pada tarikh tersebut..Contohnya, nikah,bertunang dan kalau boleh ada jugak ibu-ibu yang ingin melahirkan anak pada tarikh tersebut..Kebetulan pulak jatuh hari Ahad pada tarikh tersebut..Mesti bertimbun-timbun kad jemputan perkahwinan yg kita terima utk majlis bertarikh 10.10.10 ni kan..??

Kadang-kadang susah utk kita temui tarikh yang cantik dan jatuh pada hari Sabtu atau Ahad..Dimana, kalau tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu atau Ahad maka kita boleh merancang sesuatu majlis pada tarikh keramat tersebut seperti yang aku katakan tadi..Ramai yg memilih utk bertunang atau bernikah..

Bagi ibu-ibu yang mengidamkan tarikh 10.10.10 tu janganlah dipaksa pulak baby dalam perot tu utk keluar..Tak tekeluar punya melainkan operation..Ada jugak yang sanggup berbuat demikian tau..Begitu juga dengan pasangan-pasangan bercinta yang ingin mengikat ikatan pertunangan & pernikahan..Janganlah terlalu sedih atau kecewa sekiranya tak dapat nak mengabadikan pertunangan & pernikahan anda pada tarikh 10.10.10..Sesungguhnya setiap yang berlaku tu dengan izin Allah..Sekiranya tanpa izin dari Allah maka sesuatu perkara itu tidak akan menjadi..Kita ni hanya mampu merancang itu ini tapi semuanya ditentukan oleh Allah..Setiap yang berlaku ada hikmahnya & Allah ada rancangan yang terbaik buat kita pada masa akan datang...Jangan terlalu kecewa ok..!!

Kepada yang bakal bertunang atau mendirikan rumahtangga dengan yg tersayang,diucapkan SELAMAT BERTUNANG & SELAMAT PENGANTIN BARU..semoga ikatan yg temetrai ini kekal hingga akhir hayat...Amin...

NOTE : Ntah-ntah anak buah yang coming soon ni menunggu tarikh 10.10.10 kot..sebab tu tak kuar-kuar lagi..hehe..Kepada kakak-kakak ku,Angah & Uda,selamat bersalin...Terima kasih kerana menyumbangkan lagi anak buah buat auntie lin..hihihi..
MUST SAY GOODBYE TO 10.10.10...

ATTENTION TO ALL....!!!

Helo hi guys..ramai kawan-kawan aku bertanyakan bila buat open house..Maklumlah setiap tahun itu agenda wajib..Bukan apa,waktu ni saja lah dapat berkumpul dan berjumpa semula..Lagi-lagi dengan keadaan sekarang di mana,aku yang telah di cop sebagai 'workerholic'..ooowhhh tidakkk..!!!So di kesempatan ini je la dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan tersayang..So,di zaman moden ini aku menggunakan medium perantaraan iaitu blog ini utk menyampaikan pesanan or jemputan buat semua kawan2 yang pernah mengenali diri ini..jemput datang yea kawan-kawan..

TARIKH : 03 OCTOBER 2010
HARI       : AHAD
MASA     : 11.00PG-10 MALAM
TEMPAT: DI RUMAHKU...

NOTE : Kepada sesiapa yang tak tahu kat mana umah i, boleh la roger2 i utk dapatkan alamat umah serta directionnye sekali yea..tak boleh pampangkan alamat umah di blog ni..bahaya..!!!Jumpa nanti yea..!!!

 

Hari bersama AINUR ADRIANA...

Lepas-lepas raya ni ramai pulak orang sakit..mak aku pun demam teruk,batuk-batuk..sian mak i..Yang kelakarnya,balik keje ari ahad malam tu dah janji ngan mak nak bawak mak pegi klinik, alih-alih bangun pagi tu lupa..pagi pun tak pagi sangat la..Dalam pukul 10.30 pagi jugak aku bangun..Time nak bersiap-siap pegi keje tengahari tu baru teringat..Ya Allah memang aku tak ingat sungguh..!!! Aku pun tengok jadual syif aku..Yess..aku boleh cuti dan berterima kasih la kepada cik wahidah yang ganti syif i..Ye la kalau nak pegi keje pun mesti hati tak sedap..badan mak aku panas teramat sangat dengan batuknya lagi..Then pukul 3ptg tu aku bawak mak ke klinik..Kalau pegi tengahari tu pun bukan doctor ada..Dah tentu doctor keluar lunch..Alhamdulilah,mak kembali sihat..


Cerita pasal anak buah aku yang sorang ni ha..dia pun demam jugak..tgh malam ibu ngan baba dia bergegas hantar si Ainur Adriana @ kami sekeluarga panggil Dyana ke Hospital Ampang Puteri sebab demam panas sampai menggigil-gigil..Budak kecik ni kalau demam selalu macam tu..Buat 1 malaya panik..hehe..dan disebabkan tiada sape menjaga dyana ni kat wad,so auntie lin nye la yg kene jaga dia..huiihh..adventure btol jaga si kecik ni..


Dengan budak umur 5 tahun macam dyana ni,kita kena pandai psiko dia..maksudnya,psiko dia supaya makan ubat,psiko dia supaya nak dengan kita..semuanya berjaya aku atasi..cuma yang tak boleh aku tahan,dia menangis sekuat hati bile kene inject..ye la,kita yang dah besar ni pun kalau kene inject sure sakit jugak kan..apatah lagi budak kecik..Time tu aku teruji sikit sebab peranan aku untuk memujuk dyana ni supaya 1 KL tak dengar jeritan dia yang amat kuat..hahaha..Sikit je dia nangis,auntie lin dia pandai memujuk..hehe..

                         Walaupun sakit,boleh tersenyum lg budak ni..haihh...