Thursday, February 24, 2011

Wajah kesayangan hamba...hahaha...!!!

Hahahaha...pagi2 meng edit blog begini jadinya.!!!!! Hahh korang tataplah wajahku yang besar tu..Aku nak edit kasi kecik & centre tapi ntah macam mana tak boleh plak..Memerlukan penelitian yang lebih..Lagi2 mata sudah ngantoksss sangat2 di saat ini..Tengok la jam beb dah subuh dah..Aku edit ni dari kul 4.30pg tadi..Jenuh tau..!!Memandangkan aku bercuti lama, so kalau u all rindu kat i,tatap la wajah kesayangan hamba tu eh..haha..Ada ke yang merindui..???Maafkan beta kerana blog Zelinda jadi ini macam..haiyaaa...Akan berusaha untuk perbetulkan semula..Aiiippp...jgn gelak2 or complain2 eh..Tengok saja sudahhh...

Ok lastly,taking care all my dear fren..& nice to meet u Cik Soba being my follower..Luv u la..Doakan perjalanan i selamat2 saja yea..Mmmuuaaahhhh...Miss u..!!!!

Selamat Tinggal..Maternity Admission

Yeehaaa..!!!bersemangat malam ini..malam..??xde la malam lagi pun..Jam dah pun menunjukkan pukul 4.00pg (ketika aku menaip setakat inilah)..Ini merupakan malam terakhir aku keje kat sini..Pas ni aku bercuti selama 12 hari dan kemudiannya akan memulakan tugas di KDM Utama..Tempat asal usulku..bak kata Yana..Kesimpulan sepanjang sebulan aku disini adalah....kat sini best..aman,damai,tenteram dan sewaktu dengannya la..Di sini membolehkan aku untuk berpikir tentang perihal peribadi..Dan di sini bestnya dapat tgok baby..dan belajar serba sedikit tentang ibu2 mengandung ni..hehe..(kenalah belajar sikit2 walaupun blom lagi waktunya)

Perasaan tika ini ermm biasa2 je cuma x sabar untuk bercuti panjang..Yeehaaa...!!! Nak makan & tido puas2..Banyak menda nak dibuat sepanjang cuti ni selain dari makan & tido yea..Boleh diisi dengan byk menda berfaedah lg..

Ermm..sesekali ati ni sedikit terusik apabila orang di sisi kita berdepan dgn masalah..tak kiralah keluarga kita ke..kawan kita ke..mahupun chenta hati kita..secara tak langsung buat kita terpikir sama tentang masalah yg sedang dia hadapi..dan jiwa ini sedikit kacau..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ini & masalah yang dihadapi ini selesai hendaknya..

Wednesday, February 23, 2011

Makin ramai yang akan bertukar status pada tahun ini...

Hi guys..Tahun ni umur aku meningkat 25 tahun..Dan satu perkara yang aku sedari dari awal tahun lagi adalah ramai dari kalangan kawan-kawan aku yang bertukar status..Tak kisah la kawan or bukan kawan or people around me..Orang kata dah sampai seru kan..Antara kawan rapat aku yang bakal menukar status adalah Jijah, Natrah, Non (adik yan), Dieyana, kawan-kawan Poslaju..Ramai lah tak terkira..Tahniah beb..!!! Mungkin usia seperti kita adalah usia yang sesuai untuk kita melangkah ke fasa yang baru..




Ayah aku yang berusia 70 tahun pada tahun ini mungkin lupa yang anak perempuan dia yang sorang ni bakal menginjak ke angka 25tahun..Tapi dia masih menganggap aku masih budak kecik,masih belasan tahun..Ohh my god..Aku takkan lupa apabila mak membuka mulut pada ayah bercakap tentang 'majlis' yang bakal diadakan jun nanti..hehe..Then mak aku pun memainkan peranan dan mengingatkan pada ayah aku yang umur aku 25 tahun dan kalau ikutkan hikayat, wahhh..kakak2 aku menamatkan zaman bujangnya pada usia 25 tahun..Kedua-duanya..Kira aku lambat sikit lah..Akhirnya,ayah aku ok..dan menerima hakikat bahawa anaknya makin tua..hehe..Cuma ada satu dua perkara yang belum mencapai kata sepakat dari bapak ku..Banyak menda rupenya kene dipikirkan..Bukan senang..Dah..tak mau cite lebih-lebih pasal tu..Hopefully it getting ok soon..!!!


Lately, aku banyak teringat pada insan2 yang pernah singgah di hati aku satu ketika dahulu..Mesti korang juga akan tetiba teringat kenangan2 lama macam aku kan..means,insan tu la..Insan2 yang pernah singgah di hati kita sejak usia kita belasan tahun dulu..Perlu diingatkan yea..singgah saja..bukan bertakhta tau..Tak tahulah,ingatan melayang-layang pada 5,6 tahun yang lepas dan juga 10 tahun yang lepas..Wahh begitu kuat memori aku..Itulah yang dinamakan kenangan..Kalau hidup takde kenangan, x bermakna la..


Those yang bakal menamatkan zaman bujang,tahniah guys..!!! Yang single telah bertukar kepada tunangan orang tu, semoga ikatan itu akan berakhir ke jinjang pelamin dan seterusnya ke anak cucu..Dan bagi ibu2 yang dah ada sorang anak tu,cpt2 tambahkan anak yea..Wish gud luck to all of u guys..

Saturday, February 19, 2011

Di sini bermula...Part 2

Aku suka setel kan sesuatu menda dgn lebih awal..kalau setel awal,so rehat pun awal..Tak yah nak dok pikir2 lagi lepas ni..Hati aku sedikit berbunga-bunga & terselit rasa terharu apabila adik beradik kesayanganku take part dalam majlis itu nanti..Kak Ngah aku excited @ pun dengan erti kata lain teruja sangat2 dan ingin sponsored untuk majlis aku tu..Dan telah aku pikir semasak-masaknya apa barang yang patut angah sponsor..Terima kasih orang kulim..!!!Auntie Lin menanti kepulangan korang semua...

Sekarang ni masa sekejap saja berlalu..Apatah lagi kalau aku dah start sibuk dan kembali bertugas di KDM Utama..Memang tak de masa untuk aku pikirkan semua perkara..Dan aku mengambil kesempatan cuti panjang akan datang ini untuk siapkan pape yang patut..sedaya yang boleh..Dan terima kasih banyak2 kepada mak ku yang bertungkus lumus..sampaikan tak boleh tido malam dibuatnya..

Lagi 4 hari saja aku bertugas di Maternity..Lepas ni aku perlu berjuang di tempat sendiri..Di Maternity adalah percutian aku yang terbaikkkk sekali...hahaha..Dapatlah aku mengumpul lemak2 yang pernah hilang dulu..Jiwa tenang..!!!

PENGUMUMAN...

Saya akan bercuti panjang bermula 24 Februari 2011 sehingga 07 Mac 2011 selama 12 hari..HARAP MAKLUM..(tak sabar rasanya..)

NOTE : Soriii orang kulim..x dapat nak upload gambar2 hasil kreativiti auntie lin..tggu bulan 6 nanti je la eh..

Thursday, February 17, 2011

Bayangkan kalau kita tak dapat berhubung dengan dunia luar....

Finally....penantian satu penyeksaan..!!!Aku dah teramat merindui blog ini..!!!Actually,bukan aku tak sempat nak update blog..lebih dari sempat.Tapi,disebabkan hujan lebat,kilat & petir yang berdentum-dentum ahad (13 feb 2011) menyebabkan server HKL disambar petir.Dan mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala..Aku dah macam dah tak keruan jadinya..Mana taknya,dari internet ni la aku dapat berhubung ngn dunia luar..Dari blog,dari facebook,dari berita online..Sekarang sumenye mudah..dan bila internet tak de masing2 macam cacing kepanasan..!!!haha..Kalau keje malam xde internet,boleh mati kutu jawabnya..

Anyway,thanx a lot to kementerian yang berusaha dgn gigih untuk membaiki semula internet seluruh HKL..Susah internet tak de..keje2 sume tergendala..Sebab keje2 kite semua link ngan kementerian kesihatan..Dan terima kasih jugak kepada orang2 CTM yang tak jemu2 mendengar aduan kami semua..!!! Selepas ini boleh la aku update blog dengan hati yang tenang..ermmm tak tenang jugak sebab blog ni x boleh nak upload gambar..Tak tahu mana ntah silapnya..Buat aku sedikit hangin jugak la..

NOTE : Tak sabar nak bercuti..!!!! Cepatlah hari2 berlalu..hehe..

Tuesday, February 8, 2011

Terpinga-pinga seketika...

Arini malam kedua aku keje syif malam di maternity dan ada 1 persoalan yang tak pernah aku terduga selama ini..hehe..tak de apa pun..Ada sorang relative patient datang pada aku..Bertanyakan tentang keperluan selepas bersalin..Gulllpp...!!!!Relative ni bertanya macam tu sbb dia xde pengalaman bersalin lagi walaupun dah berkahwin.Yang bertanya ni perempuan...

Aku pun cakap lah keperluan2 orang2 lepas bersalin ni terutama si mak nya..antara barang yang aku sebut adalah maternity pad,kain batik,ubat-ubatan..itu yang terlintas kat kepala aku di saat dia menanyakan soalan tu..Sedangkan banyak lagi keperluan untuk ibu2 selepas bersalin ni..Pas tu plak dia tanyakan keperluan baby lepas lahir pulak..1 lagi soalan yang perlu aku jawab..Aku pun jawab lah,baby ni perlu minyak2 antaranya minyak telon,barut baby,brg mandian dia..Dan sebelum dia tanya lebih mendalam tentang berpantang ke, aku pun cakap la..

"saya pun tak tahu apa lagi keperluan untuk ibu ngn anak ni..sebab saya pun tak kawen lagi..saya kongsi je la mana yang saya tahu..based pada pengalaman kakak2 saya bersalin dulu..." haha..lawak la..bila aku jawab macam tu,orang tadi pun tergelak..

Mungkin lepas ni ada lagi soalan2 di luar jangkaan kotak pemikiranku..haha..aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu saja..Mak aku pesan,kita hidup kat dunia ni jangan kedekut ilmu..Kongsilah ilmu tu..kalau kita tahu sikit kita kongsikan sikit..kalau kita tahu lebih,kongsilah sebanyak mana pun..ilmu tu takkan berkurang..Mak aku benci orang yang kedekut ilmu ni..So,anak cik tinah ni kongsilah mana yang patut walaupun anak cik tinah & wak nahari ni xde pengalaman bab tu..hehe..

Itu saja pengajaran buat entri kali ini yea..Saya mahu masuk tido..Waktu untuk naik jet telah tiba..!!!Yeayyyy...!!!!!

Monday, February 7, 2011

Pengalaman di Maternity Admission..

Berbeza tempat berbeza pengalamannya..Satu-satu pengalaman dikutip..Hari pertama aku kat meternity ada perkara-perkara yang mencuit hati kecil aku dan membuatkan aku terpikir sejenak..Dan timbul rasa simpati dan sungguh kasihan pada orang itu..Sebagai manusia,of course akan timbul rasa spt yang aku rasa..walaupun kita bukan sebangsa,senegara..tp atas faktor kemanusiaan aku bersimpati pada dia & keluarga..

This one for your knowledge ok yang patut aku kongsikan bersama..Mana2 pesakit yang meninggal di wad kelas 3,automatik bil2 hospitalnya tak perlu bayar..Ini tertakluk hanya untuk warganegara malaysia sahaja..Bertuah kita kan..Tp,berbeza utk warga asing..Meninggal ke tak,bil tetap kene bayar dan tiada pengurangan langsung untuk warga asing spt yang tertakluk pada Akta Fee..Means,time discaj tu they should be settle all hospitals' bill..

Dan ada 1 ari ni,ada sorg relative patient datang utk byr bil..Dan setelah semak2 dalam sistem,isteri dia meninggal dunia di wad..Dan aku pun semak plak register number anak dia plak..pun sama jugak..meninggal dunia setelah baru 2 ari melihat dunia..Si mak ni meninggal time bersalin..mungkin berlaku komplikasi..Tu la org ckp,bersalin ni kirenya kita bertarung dgn maut,Dan kalau kita mati ketika melahirkan anak,maka mati kita tu dikira mati syahid kan..?Betul tak..kalau aku silap,tlg btolkan aku yea..Sugul je muka si suami..Jenazahnya dah pun sampai di Indonesia hanya tinggal baby saja..Tak dapat aku bayangkan perasaan orang yang menghadapi situasi begini..Itu semua keje Allah..Betapa besarnya pengorbanan seorang isteri kan..

Kepada suami2 di luar sana,hargailah isteri anda..Kalau berpeluang utk masuk ke Labour room bersama isteri,masuk la..Berjuang bersama-sama ngn isteri tersayang..Isteri akan bertambah kuat apabila suami di sisi..Btol tak kawanku yg bergelar isteri...???Tp,kalau mmg suami tak benarkan masuk ke labour room tu,mmg tak boleh nak buat apa la..(Masih ada lg ke hospital yg x benarkan suami masuk ke dalam labour room??)

Berbalik pada relative patient tadi,bil hospital dia kena bayar tp isteri & anak sudah pun tiada lg kat dunia ni..Bil nya banyak jugak la..Bil isteri dia RM950++ bil anaknya RM600++...

NOTE : Hati wanitaku berdetik dan amat simpati sekali..Sedangkan aku tiada sebarang hubungan dgn pesakit,tp aku cukup memahami nya..Semoga roh si ibu dan anaknya di cucuri rahmat..amin..

Sunday, February 6, 2011

Di sini bermula...


Rasanya arini nak senyum lebar2 macam kat gambar atas tu..sungguh chomel kan..?Senyum sampai ke telinga..1001 rahsia di sebalik senyuman..Ada org sedih pun dia tetap akn tersenyum kerana dia diuji, dan orang yang sedang bergembira sudah tentu akan tersenyum juga kan..Aku tersenyum kerana aku gembira...Rehatnya sebulan di maternity ni,aku akan guna sebaik mungkin untuk memikirkan pape yang patut..Selama ni kesibukan tugas aku di pejabat menghadkan aku untuk berpikir dan terus berpikir..Bukan nya tak boleh berpikir,tp tugas2 dan bebanan keje di ofis melampaui segalanya..

Aku berdoa agar segala urusan dipermudahkan dan tiada aral yang melintang buat kali ni..Sekian lama dinantikan..Hanya pada-Mu ku serahkan..Sesungguhnya Kau tahu yang terbaik buat hamba-Mu ini....Aminn..

To be continued...........

Thursday, February 3, 2011

Maternity Admission...tenang & damai sekali...

Gong Xi Fa Cai..!!!Malam tadi berdentam-dentum mercun, bunga api kat area umah aku..Betapa meriahnya malam tadi..Ok,aku nak cite la sikit tentang tpt bertugas aku di sini @ Maternity Admission..Sungguh mendamaikan..tenang dan jauh dari kesibukan hospital yang sebenar..Aku masih baru di sini dan terlampau banyak menda yang harus aklu belajar.Setiap ari ada saja menda baru yang perlu kita pelajari..Bak kata orang2 tua,selagi kita tak tutup mata,selagi tu la kita akan terus belajar & terus belajar..Aku cuba untuk tidak membebankan diri ini dengan tugas kat pejabat..Aku hanya buat syif yang aku mampu.Memandangkan aku demam 4 ari dan selama tu jagak la aku terbaring je..Badan lemah sangat..!!And till now aku masih xde selera makan..Makan pun hanya dengan kuantiti sikit dan kalau lebih dari tu,pasti nak termuntah semula..Tak tahu la apa kene..Mak & kawan2 sarankan aku amik vitamin untuk tambah selera makan dan tambah tenaga..Tapi aku ni takut sikit nak amik ubat-ubatan sampingan.Maklumlah aku ni jenis takut makan ubat..Tp,insyaallah dengan kejenye di sini,mungkin tenaga aku akan pulih seperti sediakala..

Lepas baik dari demam aritu,aku terus kuar ronggeng rokiah dengan yana..Actually,tak rancang pun nak kuar dgn dia.Memandangkan dia nak gi beli tiket kat bukit jalil,so aku pun temankanlah dia.Duduk kat sebelah je..dia yang bawak kete..Dah selesai beli tiket,otak ni mula nak jalan2 tgok wayang..Maklumlah cadang nak tgok cite Khurafat aritu, alih-alih aku pulak tumbang..Demam..So,ari Selasa (01 feb 2011) kami melepaskan hajat..Kebetulan tiket ada plak..Tak sangka plak cuti2 umum tak ramai orang kat wayang..

Khurafat..Cite dia ok..Seram jugak la.Sampai aku tutup2 muka..(takut2 pun nak tgok jugak kan..)..Tapi yang x boleh tahan,pengambaran tu kebanyakkan nya buat kat HOSPITAL BUKIT PERMAI..Haduuii dah la aku ni keje kat hospital..Buat cuak je bila ada unsur2 seram kat hospital..Terbayang plak HKL..hahaa..citenya sekejap sangat..At least,apa yang aku nak tgok dah pun tercapai..!!!Harap2 xde la terbawak-bawak dalam mimpi @ di tempat keje..huhu..penakut sungguh..!!!