Thursday, June 30, 2011

Maxis macam harammm je..!!!!!

Halo..i tgh marah ni..Dari semalam aku hot giler..Ok macam ni,dah seminggu hp aku ni umpama tak bernyawa..Nak call tak boleh..sebab apa..?sebab kene barred..Bukan aku tak bayar ok..Aritu dapat gaji,aku gi la redah jem semata-mata ke Giant Batu Caves tu utntuk bayar bil maxis..Tapi,bile aku tercegat depan Maxis tu,boleh plak 'Harap Maaf,sistem breakdown..'..Kepala hangguk dia..!!!Penat aku drive jauh2,itu yang aku dapat..Tapi time tu,hp aku blom lagi kene barred..Masih boleh digunakan lagi..



Pastu semalam,sebelum pergi keje aku singgah la bayar bil maxis..Ok,i pun bayar la..setelkan mana-mana yang tertunggak tu..Tapi,until now sehingga blog ini ditulis,hp aku masih tidak boleh digunakan..So,balik dari keje ni terpaksa la ngadap Maxis lagi untuk bertanyakan apa hal sebenarnya masalah maxis mobile aku ni...Arggghhhh...!!!!Buang masa aku je..!!!One more thing,semalam aku call Customer Service dia pun macam ape je..Langsung tak dapat nak bercakap dengan Perunding Khidmat Pelanggan dia..Kononnye..!!!

Note : Sepanjang hp tak dapat berfungsi dengan warasnya,sepanjang tu jugaklah kami berdua tak dapat nak berborak..Apa la cite dia ke Sarawak aritu..hmmm...Kangen sama dia...:(

Saturday, June 18, 2011

Dari lensa kamera profesional..(part 2)

Okey nak sambung lagi dengan piccas tunang..terlalu banyak..Tapi aku jes upload separuh dari tu saja..Kalau upload sume,jawabnya jenuh la..terkedek-kedek la internet kt umah ni..


bakal mak mertua







Okey..finish 2nd part..Have another 1 part a.k.a last part okeh..

Dari lensa kamera profesional..(part 1)

Majlis Pertunangan aku telah berlalu 2 minggu yang lepas..Dan Majlis Pertunangan itu aku abadikan dengan  mengambil jurufoto profesional untuk dikenang sampai bila2..Terima kasih sangat-sangat atas kerjasama yang diberikan oleh Abg Kem..Bila berdepan dengan lensa profesional ni,aksi aku agak kaku atau senang kata,skema..haha..Dont talk to much..layan gambar2 bawah ni eh..

Hantaran dari Zelinda UNTUK Haniff...
Jam Tangan
Cupcake
Dodol 
sireh junjung
sampin songket
kek pertunangan
kain nikah
jubah putih & kopiah

Hantaran Haniff UNTUK Zelinda...
Telekung & sejadah
Makanan : Bipang 
Kek Pertunangan
Chocolate
buah-buahan
Set Perfume
Baju Nikah
Sireh Junjung
Itu adalah hantaran dari kedua-dua belah pihak..Bercakap pasal make up,Kak Mimie orang yang bertanggungjawab mencantikkan aku pada malam itu..wahhhh..I never have heavy make up before..Just touch up sikit untuk gi keje saja..Dan pada malam itu aku di make up dan aku sendiri macam tak percaya itu wajah aku...hahaha..sengal..Aku suke sentuhan make up Kak mimie..Kita tak perlu nak bagitahu apa yang perlu dia buat pada wajah kita..And makeup yang diberikan sesuai untuk majlis pertunangan malam seperti yang berlangsung..Tengok saja gambar2 ini..

Itu dia..Kak Mimie..
Inilah hasilnye...
Meh layan gambar2 ahli keluarga i yea..
mak..
bersama kembar aku, Kak ngah & anaknya,Eryna.
Bercakap pasal gambar kat atas ni, aku jadi lucu bila anak Kak Ngah yang didukung ni tersalah mama..Bila kami berdua pakai tudung, si kecik ni pandai bezakan mana 1 mama dia, mana satu Auntie Lin nya..Tapi bila bukak tudung,si kecik ni mula lah confuse..Dan wujudlah panggilan 'Mama Lin'...Paling kelakar, sampai kan auntie lin nye nak makan pun dia nk dok atas riba gak..Sedangkan,mama dia ada je kat depan mata dia..Dah pulak,tak pernah2 aku makan nasi sambil pegang anak kecik..haha practice..!!Si kecik ni pun terus diam bila dah ada kat riba 'Mama Lin' nye..Bantai tergelak kami 1 keluarga tengokkan teletah Eryna yang salah mama ni..
Pak Cu (adikku), mak, Kak Jun (kakak ipar) serta Aqil Mustaqim..Mak menunjukkan cincin pada  Kak Jun.
Along selaku wakil kepada ayah aku menjadi jurucakap bagi pihak perempuan
ayahanda tersayang..
garang btol muka cikgu ni..Inilah Abang Johan (suami Kak Ngah)
Anak-anak buah Auntie Lin, Anas & Raihanah
Dari kiri : Adleena, Adriana dan Aqil Mustaqim
Bila dorang dah balik, rindu pulak rasanya kat budak2 ni..
Itu saja buat setakat ini..Nanti saya update lagi dengan pic2 lain..Tungguuuuu...!!!!

Yeayyy...Gambar TUNANG sudah siap..!!!

Pejam celik..pejam celik dah pun 2 minggu diri ini telah diikat dengan tali pertunangan..Apa perbezaan..??? Hahaha..masih kekal seperti dulu..Tapi, sekarang ni lebih prihatin dengan perasaan En.Anip..Kalau dulu nak cakap,ikut sedap rasa, ikut sedap ati kan..sekarang ni tak boleh la..Dah..dah..arini tak mahu la cakap pasal aku dan En.Anip, cuma nak bagitahu, dalam tempoh 2 minggu album tunang aku berjaya di siapkan...Salute la Abg Kem ...!!!Tempoh masa yang singkat untuk dia siapkan album tunang aku..Walaupun dia banyak job lain..Aku amat berpuas ati dengan hasil kerjanya..

Nak tengok hasilnya...????? Tunggu next entri ye..Untuk kali ni,aku letak lah 1 keping dulu..

Inilah DUGAAN..tabahkan hati hamba-Mu ini, Ya Allah...

Aku bukanlah insan yang tabah untuk hadapi setiap dugaan-Mu ya Allah..Aku redha sekiranya telah tersurat dalam perjalanan aku seharian jika ini dugaan yang Kau berikan..Dalam keredhaan aku menghadapi dugaan-Mu itu,aku tak lepas dari mengalirkan air mata..Kesedihan dan terkilan terlampau yang membuatkan mengalirnya air mata wanita ini..Aku percaya dengan ketentuan-Mu ini Ya Allah..Pastinya ada hikmah yang cuba Kau berikan pada ku..

Mungkin selama ini aku alpa,lalai terhadapmu..Oleh itu aku diuji dengan perkara ini..Tidak pernah dalam tidurku sambil ditemani dengan air mata..Terasa berat aku rasakan..Apa yang berlaku pada16 jun 2011 akan aku jadikan pengajaran dan akan aku ingat sampai bila-bila..

Terima kasih kepada mak ayah, tunang, kawan2 ofis2 dan juga Puan Fiza yang memahami serta memberi semangat kepada diri ini..Air mata bertambah mengalir deras apabila menefon mak di rumah dan luluh hati bila mendengarkan kata2 mak..Begitu hebat kata-kata seorang ibu demi mengembalikan semangat anaknya..

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).




Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.




Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:




“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”




Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:


“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”




Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:




�“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”




Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….


Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.



Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?


NOTE : Terkilan sangat bila kita berusaha untuk mencari rezeki lebih,tp apa yang kita usahakan itu hasilnya bukanlah untuk kita..Dan paling terkilan, hasil yang dicari itu hendak dikumpul untuk menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang demi kesihatan beliau,tapi terpaksa dilepaskan dan hanya dipandang kosong...Mudah2 an Kau permurahkan rezeki ini..Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui,Ya Allah..Aminnn..

Tuesday, June 14, 2011

Terharu sangat bila MY BFF buat entri tentang SAYA...

Tajuk entri atas ni dah berkurun aku taip..tapi tak sempat nak menaip ape citenye..haha..bukan tak sempat,kelajuan internet tak mengizinkan..nak buat macam mana..

Firstly,aku rasa terharu sangat bila ada jugak orang yang menghargai kewujudan kita di muka bumi ini..Walaupun bukan dengan kata-kata,tapi dari segi perbuatan sudah cukup bermakna..Bak kata orang,kalau dah sayang,tak perlu lagi diungkapkan..(tp kadang2 kita mengharap jugak si dia mengungkapkan kata sayang kat kita kan)..dah..dah..melalut je kang..

My best friend Puan Fiza baru2 ni ada buat entri berkenaan saya..(olo..olo..malu saya)..saya ni hanya orang biasa je..haha..poyos..!!Anyway,thanks a lot dear..Mmg btol,kami berdua ssh nak pisahkan..until dia dah ada anak satu dan saya yg dah bertunang ni..Hidup saya tak keruan kalau ada masalah ngn dia..hehe..mcm ayt pakwe makwe je..Dia la teman di kala susah dan senang..di saat hati ini sedang menangis mahupun gembira..Penah satu ketika,aku berjauh hati ngan dia..nak tahu time bila..???hehe..dia pun tak tahu tentang hal ni..kiranya blog ni la pembuka segala rahsia..haha..

Aku pernah berjauh hati @ merajuk di saat dia mula ada pacar..haha..sape lagi kalau bukan suaminya sekarang..hei,mana tak terasa beb,dulu masa aku keje ofis hour kat poslaju,sabtu ahad kitorg sentiasa diisi bersama tau...Ada je program kita..maklumlah time tu Fiza dah ada kereta.memang panjang la langkah kami berdua.Bila sudah ada pacar sudah tentu masanya banyak bersama pacarnya..Tapi sekejap je rasa jauh hati tu..Orang lain tgok mesti pelik dgn keakraban kami berdua..Kadang2 hanya berdua pun jadi keluar tengok wayang, lepak kat Secret Recipe, shopping2..Tak perlu orang lain..Yess,Fiza mempunyai lesen besar dalam keluarga aku..Sebut je 'nak keluar ngn fiza', comfirm lulus..!!!hebat takk..??

Memang susah nak ditafsirkan tentang hubungan sahabat kami yang sudah lama terjalin..Sejak kami berusia 6 tahun lagi..bayangkan sudah berapa tahun kami berkawan...???  19 tahun lamanya kami berkawan..Family dia pun dah macam family aku..Bila dia kehilangan ayah tersayang,aku adalah insan yang menangis dan teringat-ingat akan arwah..Aku juga turut merasakan kehilangan arwah..

Dan kali ini, aku terasa sedih bila dapat tahu,fiza nak berpindah ke umah baru..Memanglah tak jauh mana..masih dalam kawasan or daerah yang sama,tp jauh dari pandangan mata aku..tapi ssh jugak untuk aku lepak bersama-sama ngan dia dan menengok si montel tu..

Dah tak mau nak cakap banyak2 lagi..Apa yang boleh saya kata, dia kawan aku sampai mati..Nanti kalau ada rezeki,kita berbesan yea...hahaha..(macam org dulu2 lak)..Meh aku share sikit gambar2 kenangan kitorg berdua sejak zaman dulu2 lagi..kalau ada muka2 tak matured,tu paham2 la yea..gambar2 lama la namanya..layanlah gambar2 ni..harap,gambar2 ni masih segar dalam ingatan ye Puan Fiza..

time ni kami berdua form 4..kat kampung fiza..naik bas berdua dari KL ke Pontian tau..
bergambar kat monorail bukit bintang..


Tuesday, June 7, 2011

Kini menjadi TUNANGAN kepada Abu haniffah..

Hi guys..alhamdulilah..majlis telah pun berjalan dengan lancar..Semuanya teratur seperti yang dirancangkan..Tapi,sebelum aku cite lebih detail tentang majlis pertunangan aku ni,aku nak bawak korang semua flash back 2days before majlis..haha..ada kisahnya..

Macam ni..last aku keje pada 2 Jun 2011(Khamis)..Dari kat ofis lagi aku terasa badan aku gatal-gatal macam kene gigit sesuatu..Tp bukan 1 tempat je..merata tempat..Puas la aku menggaru sana sini..Bila balik rumah,aku tgok kat cermin,gatal2 tu dah naik ke leher..merah sangat2..kat pikiran aku mungkin gatal biasa la..So,buat keputusan untuk terus mandi..Tp,lps mandi pun x hilang-hilang gak gatalnya..Sampai ke mlm aku terus menggaru-garu..Haduii nak nangis pun ada gak..Dah la majlis lagi berapa hari je,kalau gatal-gatal ni naik kat muka,mcm mana..risau tahap tak ingat la..Lepas dari semayang maghrib,aku ajak mak gi klinik..Haa bukan senang aku sendiri yang ajk mak gi klinik tau..selalunye kena paksa ngn mak barulah pergi..Tp sebabkan aku ada majlis,so terpaksa lah pergi...Sampai je klinik,klinik kosong..xde patient..best..!!! Then doctor cakap,aku alergik..May be ada certain makanan yang aku tak boleh makan..Bile aku ingat-ingat balik,kat ofis aku cuma breakfast roti canai telur je..takkan disebabkan tu plak...selama ni aku bedal je pape makanan..Aku memang bebas dari alergik2 nih..Tapi bak kata mak, ni la dugaan namanya..sabar mak kata..Lps tu doctor bagilah ubat antibiotik,pil gatal, pil alahan and ubat sapu..Aku siap cakap ngan doctor tu bg ubat kecik2 je..Kalau besar2 comfirm saya tak makan..Bantai tergelak besar doctor tu..Nasib baik doc tu muda..friendly lak tu..Org kata,lps dr makan ubt tu terus baik..Tp aku makan tak jugak baik2..Sampai la ari sabtu pagi tu baru la rasa lega..Senang kata,aku tak boleh berpeluh la..Kalau berpeluh,mulalah naik gatal2..Papepun,alhamdulilah,itu semua dugaan..Tuhan uji kita untuk tgok ketabahan kita dalam mengharungi ujian Dia..Masa majlis berlangsung,i bebas dari kegatalan...hahaha..(ayat tak boleh blah...)

Ok..ok...malam sebelum majlis tu,rumah aku dihadiri tetamu jauh..haha..jauh la sangat..Actually,xde pun rewang-rewang kat umah aku ari jumaat tu..Tapi,kawan aku yang Suryana tu tak dapat nak hadir masa majlis tunang aku pada hari sabtu,so dia buat keputusan untuk datang ke umah aku sehari sebelum majlis bersama keluarga dia...Tak ketinggalan Puan Fiza & Jijah pun turut sama ada..Cik Suryana datang bawak 1 dulang hantaran..dia sponsored cupcake..tq2..Puan Fiza pun tak kurang jugak..malam tu dia bawak 1 bekas besar arca buah dari air tangan Cik Senah (ibu dia)..Memang terbaik la arca buah mak dia..Aku suka sangat..!!!Kalau korang nak tahu, selain masakan mak aku tersayang,aku jugak suka dengan masakan mak Fiza..Semua yang dimasak sedap aku rasa..dan Puan Fiza turut sponsored 1dulang hantaran iaitu kek tunaang yang aku berikan kepada Anip..Thanx darling..
Kek Tunang..sponsored by : Puan Fiza
cup cake..sponsored by : Suryana...
Malam tu xde ape pun yang perlu dibuat..Cuma Fiza dan jijah tolong masukkan telur pindang yang direbus dalam kotak untuk diberikan pada tetamu yang datang nanti..

Jeng..jeng..tiba hari yang dinantikan..wahh macam nak kawen je..padahal tunang je kan..majlis pertunangan ni adalah majlis aku,tp sikit pun aku tak rasa nervous dari mula lagi..tak tahulah kenapa..Mungkin sebab tekanan kerja di ofis membuatkan aku sedikit lupa tentang perasaan itu..Walaupun jamuan majlis aku ditempah dengan catering saja..aku tak nak nyusahkan mak aku untuk masak2,tp walaupun catering terasa jugak kepenanatannya..Biasalah kalau buat kenduri,sedikit sebanyak kita tetap rasa letih..Walaupun makanan tempah catering,mak aku nak jugak buat makanan2 sampingan..contohnya makanan yang dibuat adalah kuih karipap..Bayangkan aku dok dapur dari pukul 3.30 sampai pukul 5.30ptg semata-mata untuk buat karipap..Lenguh gak dok dapur tu..Tapi berbaloi,sebab karipap yang mak buat laris..!!!sold out tau...

Lepas siapkan karipap,kami gotong royong mengeluarkan perabot yang ada..supaya kawasan tengah rumah lapang untuk sesi perbincangan kedua-dua belah family..mak & angah pulak sibuk siapkan sirih junjung..Mak aku tak nak buat awal2 sirih junjung tu..bukan apa takut layu pulak bile diletakkan kat hantaran..Dalam sibuk2 membuat keje masing-masing,tak sedar dah nak masuk waktu maghrib..Kak Mimi (kakak yg make up kan aku) nak datang selepas maghrib..Bergegas la mandi2..Then,abg kamarul (photographer) aku pun dah sampai...

Setiap detik dirakam dari mula aku di make up hinggalah ke akhirnya..Kawan2 aku yang hadir,Fiza, Jijah dan Natrah..Thanx darling..dan mereka lah temankan aku di bilik..Diorang ni sume berpengalaman dalam bab 2 tunang ni..Maklumlah,dorang dah melaluinya sebelum ini..aku je agak ketinggalan..haha..dalam sibuk-sibuk aku di make up,kawan2 aku ni sakan berposing dalam bilik aku..tak pe,kite sume sama je..:)

bersama mak tersayang...i love u so much..!!!
bersama nak-anak buah auntie lin..
cakkk..!!!nervous dah hilang..so,bermula lah aksi gedik..hahaha..

Selesai je di make up,aku sempat rehat-rehat menantikan rombongan belah laki datang...haaa..time ni aku dh mula cuak..Finally,rasa jugak perasaan itu..Rombongan lelaki datang tepat pada masanya..9.15 mlm  seperti yang dijanjikan..kelewatan tu tak de masalah bagi kami kedua-dua belah pihak..Memandangkan kami berjiran..haha..umah kami berdua dekat sangat2..kalau ketuk2 botol tu boleh dengar la..
hantaran kedua-dua belah pihak
bakal mak mertua menyarungkan cincin risik & tunang..
inilah duit tanda dari pihak lelaki untuk saya yang berjumlah RM 100...

Perbincangan tak terlalu lama..Ada la dalam 30 or 45 minit je..Bila pintu bilik aku dibukak,rumah aku dipenuhi dengan rombongan belah lelaki..haha..tak sangka plak seramai tu..tp xpe..meriahhh...!!! Keluarga sebelah Anip memang meriah dan senang kata,xde yang cakap perlahan-lahan ni..semua volume tinggi..Lepas je sarung2 cincin dan penyerahan duit tanda, rombongan pun keluar untuk jamuan makan malam yang heavy..apae lagi menunya kalau tak bukan NASI MINYAK..terbaekkk..!!!!

inilah PENCURI HATI saya selama  10 tahun sekian lamanya..:)
bersama mak &bakal mak mertuaku...

Dan aku sempat jugak bergambar dengan 'TUNANG' aku tu..kini dia bukan lagi pakwe aku..dia TUNANG aku..dan bergambar sesama family..Seriously,setelah cincin disarung di jari, aku menarik nafas lega..Lega kerana aku berjaya menghadapi dugaan2 yang pernah melanda kami sebelum ini..Pastinya percintaan kami selama 10 tahun banyak ceritera nya..ada pahit,ada manis..Biarlah semua kenangan itu tersemat rapi dalam kotak ingatan kami berdua..
mmmuuuaahhh....!!!sayang kamu semua..

Tetamu terakhir pulang adalah Puan Fiza dan Jijah..11.30mlm jugak la dorang balik..Thanx darling kerana tunggu hingga ke saat akhir..Bila tetamu sudah pulang,bermulalah operasi pembersihan pulak..Selsesai mengemas pukul 1.00pg dan aku berjaya melelapkan mata pada pukul 3.30pg..huaaarrrgghhh sungguh ngantok dan keletihan..Tp,apa pun aku gembira sangat pada malam itu..

Ini ada special wishes to....

Terima kasih tak terhingga kepada Along selaku jurucakap (orang kanan ayah aku) bagi pihak perempuan, dan mengaturkan segalanya agar majlis berjalan dengan lancar..Senang kata,boleh klasified kan along ni as wedding planner la..Kepada mak ayah aku..yang merestui hubungan kami berdua sehinggalah temetrainya ikatan pertunangan ini..tanpa restu mereka berdua,majlis ini tidak akan menjadi..Mak yang bersusah payah menyiapkan hantaran2 aku,bersengkang mata untuk kenduri ini, thanx also to Kak ngah yang set up bilik aku supaya menjadi indah dan cantik di lensa kamera abg kamarul..Abang Johan dan juga Pak cu yang menjadi orang kuat mengangkat barang2..dan tak lupa kakak ipar tersayang,Kak Jun yang menyetelkan keje2 pembersihan di dapur..Thanx a lot..Jasa kalian tak dapat dibalas dengan wang ringgit..Hanya kasih dan sayang tak terhingga dapat diberikan...mmuuuaaahhh....

Special thanks to Kak Mimi yang make up kan lin pada malam tu..I look so different..Aku pun tak sangka muka aku lain bila di make up..Aku tak pernah di make up dan tak tahu macam mana rupanya..Tapi memang cantik sangat hasilnya..Sampaikan ada orang tu tak berkelip bila tengok wajah aku bila di make up..sape lagi kalau bukan tunang aku..hehe..dan photographer yang kami berdua hire sempena majlis tunang ini iaitu Abang Kamarul..Terima kasih kerana memahami diri ini kerana aku agak kaku bila berposing depan lensa profesional..haha..kalau kamera sendiri sudah tentu aku bijak menggayakan aksi tersendiri..tettt..!!! To all beloved frens, album akan siap lagi 2 minggu..tunggu hasilnya nanti..dan bila cd tunang sudah sampai di tangan,pastinya aku akan upload di facebook..

Finally,thanx to those yang banyak membantu secara langsung dan tak langsung..Maaf kalau ada nama2 yang tercicir..Jasa kalian,tidak akan di lupakan..I love u...