Tuesday, May 28, 2013

RENUNGAN : Jangan sesekali mengharapkan balasan dari orang

Assalamualaikum..

Aku bukanlah seorang yang arif untuk bagi ceramah,syarahan,tazkirah,pandangan,pendapat kepada orang..Tapi,dari sekarang kita kena praktis untuk belajar memberi tazkirah..Esok2 kalau ada anak, anak2 perlukan pendapat,pandangan dari mak dan ayahnya..Betul tak..??

Apa yang nak aku komen dan berikan pendapat ini adalah berdasarkan pemerhatian aku dalam hidup ini..Sepanjang umur aku yang hampir 27tahun ini dan sudah pun bergelar isteri,aku tak pernah tengok tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan dimarah, dimaki hamun hinggakan tetamu yang lain mendengarnya..Kalau cakap dengan nada kuat dan diselang seli dengan gelak tawa,mungkin orang lain boleh menganggap itu hanya gurauan..Tapi,kalau cakap hingga muka sampai merah padam,ape kes..?? Itu tandanya memang betul marah..

Punca kemarahan adalah,tetamu ni datang dari jauh..nak ke kenduri kawen ni meredah 3buah negeri..Dan,tetamu ini perlu pulang dengan kadar segera..Tapi,tuan rumah ni mengaharap sangat tetamu yg jauh ni stay back kat umah dia untuk tolong kemas2,basuh periuk belanga yang menimbun tu..HELLOOOO...!!!! KALAU TAK NAK BASUH PERIUK BELANGA YANG BANYAK2 TU,PAKAI LA KHIDMAT CATERING...!!!! Duit yg berlambak tu dihabiskan untuk menda tak faedah..Kalau di total2 kan kos kenduri gotong-royong, upah penanggah, all radiculous goodies sama je dengan kos catering..Biasa memang mcm tu,bila anak pertama yang kawen dan julang2 kali buat majlis perkahwinan,pastinya nak merasa kenduri yg gotong-royong,ramai2,suasana meriah tapi kesannya bila penghabisan majlis..Semua tenaga yang ada dikerah..!!! Tapi,bagi mereka yg sudah serik dengan majlis kawen gotong royong ni pastinya,akan beralih arah kepada catering apabila memikirkan kepenatan yang akan mereka rasai..

Mungkin ini 1st time tuan umah buat kenduri,so tuan umah tidak begitu arif melayan tetamu..Sepatutnya,tuan umah patut bersyukur dengan kehadiran tetamu..Mereka sudi melapangkan masa untuk menghadiri majlis perkahwinan anak beliau..Tapi kalau sebegini layanan tuan rumah kepada tetamu,pastinya akan menyinggung pihak tetamu..Bersusah payah mereka datang dari jauh, mengharapkan ucapan terima kasih dari tuan rumah,tapi sebaliknya yang mereka dapat..Sungguh jelik perangai tuan rumah tu kann..???!!

Dalam keadaan marah,tuan rumah sempat mengeluarkan kata-kata ungkit pada pihak tetamu..Kononnya,sewaktu si tetamu itu buat majlis perkahwinan,tuan rumah yg marah ini datang menolong..Sedangkan si tetamu ini buat majlis perkahwinan menggunakan khidmat catering..Rupanya,apa yg dilakukan itu mengharapkan balasan..Mengharapkan perkara yg sama..Mungkin apa yg di tolong itu akan dibalas sekiranya, si tetamu itu mempunyai kelapangan masa..SEKIRANYA yea..Tapi,kalau tetamu itu takde kelapangan masa, JANGANLAH KAU NAK MARAH, NAK MENGUNGKIT KANNN..???!!!

Entah laa manusia ni..ini anak pertama,mungkin dia perlu belajar bagaimana melayan tetamu dalam majlis perkahwinan agar perkara yg jelik ini tak berulang lagi di masa akn datang,dan di majlis perkahwinan anaknya yg kedua,ketiga dan keempat..! Peringatan kepada diri sendiri,dan juga anda di luar sana,JANGAN SESEKALI MENGHARAPKAN BALASAN DARI ORANG..Buat setakat yg kita mampu..

SEKIRANYA, TAK NAK OVER PENAT,TAK NAK BASUH PERIUK BELANGA, TAK NAK RUMAH BERSEPAH, GUNALAH KHIDMAT CATERING DI MASA AKAN DATANG..INGAT TU..!!!

# sedih sangat dengan sikap orang macam ni..


Thursday, May 23, 2013

Berkursus di Inst.Perakaunan Negara, Sabak Bernam

Asalamualaikum...

PERINGATAN....!!! ENTRI INI SANGAT PANJANG & BANYAK SANGAT CERITA BERGAMBAR..:) TERIMA KASIH DI ATAS KELAPANGAN ANDA MEMBACA ENTRI INI..

Okeh sayang-sayangku..Apabila kita bertugas sebagai penjawat awam,7 hari berkursus sudah semestinya..Dan baru2 ni nama saya terpilih untuk mengikuti Kursus Gaji,elaun & Kemudahan Penjawat Awam di Institut Perakaunan Negara (IPN) Sabak Bernam selama 4 hari..Haa berkampung la kat IPN dari 13-16 Mei 2013..Kursus bermula pada 14hb tp disebabkan kami perlukan asrama,so perlu daftar awal untuk dapatkan asrama..Owhh saya tidak kesorangan untuk kursus kali ni..(ayat mcm dah banyak kali pergi kursus je..) Saya berdua ngan kak wana..Sebelum jejak kaki kat IPN ni,macam2 cerita yg best aku dengar dari kawan2 ofis..so,memang i teruja sangat okeh..Sebelum cerita lebih lanjut,percaya @ tak, saya cuma bawak beg galas belakang SAHAJA untuk disumbat baju 4hari 3 mlm saya sepanjang berada di sana..Macam tak caya kann..? Biasanya orang pempuan ni,banyak barang2 nak dibawak..Kursus 4hari mcm nak gi sebulan..!! hhahaha..

13 Mei 2013 (ISNIN)
Disebabkan kami perlukan tempat penginapan untuk berkursus,so kami dikehendaki mendaftar sehari awal sebelum kursus..So,aku & k.wana sepakat untuk amik cuti.Dah janji ngan kak wana untuk ketemu di LRT Masjid Jamek..Oowhh lupa,kursus2 yg dianjurkan oleh IPN, IPN menyediakan pengangkutan untuk ke Sabak Bernam.Mereka sediakan bas yg setia menunggu di Putrajaya Sentral pada jam 2ptg.So,kami dah berusaha untuk dapatkan driver HKL untuk hantar kami ke IPN,tapi usaha kami gagal..Makanya,kami naik pengangkutan IPN di Putrajaya Sentral..Kami tiba di Putrajaya Sentral pukul 12lbh..Owhh masih awal lagi.So,bole berehat-rehat dahulu setelah penat mengejar tren,naik turun tangga di stesen2 tren..Dah lunch hour,kita makan dulu...!! Pikir2 mesti sampai kat IPN dah petang.Sure la pihak IPN hanya sediakan dinner pada petang tu kann..Ajak kak wana lunch dulu..Lagipun bas IPN belum sampai lagi..

Putrajaya Sentral


curi2 tangkap muke kak wana..
nasi ayam..santapan pada tengahari itu.
Selesai saja makan,kami berdua gerak ke bahagian bawah..di mana tempat bas2 berkumpul..Tepat jam 1.30ptg nampak kelibat bas IPN..kelibat u oll..mcm kelibat hantu pulakk..hihi..Dalam bas,apa lagi..pulun tido la..walaupun tak berapa nak lena sangat.

yeayy dah ada dalam bas..fotogediks dulu sebelum tdo..:)
Tiba di IPN jam pukul 5ptg..Ok lps daftar asrama,terus naik bilik..wah terpaku jap tgok keadaan bilik..Memang chantek mcm kat hotel u oll..trus landing ats katil..Konon nak jalan2 ptg tu,tp mcm x larat..Trus baring n siap2 utk mkn malam..Ptg sampai malam mmg xde buat apa2..Jes malam tu siapkan iron baju untuk kuliah pagi esoknya..dan selepas tu zzZZzzz...Malam tu,aku ngan k.wana tak berapa nak lena tdo may be berubah tempat kott..nite u oll....!!!

14 Mei 2013 (SELASA)
Pagi tu bangun dengan penuh semangat..Semangat la sangat,dah la x dapat tido malam tu.Dapat lena pun dah pukul 2.00pg..Hadoiii..macam mana lah dalam bilik kuliah nanti..Letak lidi kat mata..huhu..


No bilik B201


hari pertama berkursus..warna ceria..!!
Saja je mengenakan warna ceria di hari pertama kuliah..membangkitkan semangat berkursus..!sangat la kann..

menunggu penceramah sampai..
Hari pertama berkursus tentang Gaji..Okehh,aku bertugas bukan di bahagian gaji..So knwledge pasal gaji memang zero..Ini satu ilmu yg bermakna buat aku.Mana tahu lepas ni kalau tukar ofis hour,dapat bahagian gaji ke..Hari pertama kelas bermula jam 8.30-4.30..Ada la break minum pagi,makan tengahari..Dan selepas 4.30ptg kami sume free..!! Yeayyy..! Tapi malam tu kami ada kelas pulakk..huhu sungguh tidak suke kelas malam..sebab ngantuk..Malam tentang elaun perjalanan..Walaupun ada kelas malam,tp kami tak lepaskan peluang beriadah..hahaha beriadah la sangat kann..Keluar jalan2 menghirup udara segar petang tu..Serius,IPN mempunyai tanah yg luas & menempatkan banyak blok bangunan serta asrama..aman sekali bagi aku..Ohh dalam beg kursus yg kami dapat ada sertakan sekali sekeping kertas di mana terkandung aktiviti yg kami boleh lakukan sepanjang di IPN..

Macam2 boleh kami buat di sini..


i'm ready utk beriadah..! Menunggu Ila di lobi pejabat asrama
Ehh sape Ila tu..? Kata datang berdua je ngan kak wana..?hihi..Ila tu kawan yg kami kenal sama2 kursus di sini..Dai dari Jabatan Pelajaran Klang.Dia datang kursus seorang diri..Hari pertama kami nak ke kelas,dia duduk semeja ngan aku dan kak wana..So start dari situ kami jadi kawan dan macam dah lama kenal je..Gila2 masing2..Dia dah kawen anak 3 lagi u oll...Senang kata,kami bertiga ni bini orang la..Tengah ronda2 IPN ngan kereta Ila tiba2 bos aku msg..Cehh dia kat tempat memanah rupenya.Bos aku pun ada kursus gak tp cuma 2 hari sahaja.Bermula 15-16 Mei..Kursus Perolehan Kerajaan tak silap aku..

okeyy bos i tunjuk bakat..tp memang hebat pun..! :)
Nak main basikal tapi basikal 1 pun tak ada..Mungkin habis digunakan oleh peserta Induksi..So,jalan2 je la..tiba2 tanya bos kat mana nak tgok pantai..Bos pun tunjuk jalan la..Kami berempat naik kereta Ila ke tepi pantai.Saja je nak tgok sunset..wah..wah..mcm orang frust bercinta je nak dok tepi pantai,layan perasaan kannn..

syok sangat tgok anak cina tu ngan bapak dia..Ombak kuat tu..! Pantai ni x sesuai buat mandi..
rasanya,gambar ni bos yg tolong tangkapkan kott..tq bos kerana sudi melayan kerenah anak buah kamu ini..:)
ehh kak wana nak bawak kite gi mana..?? Jap2..peace yaw..!!
aku merinduimi..ting tongg (ek ehh mcm iklan follow me plak..). Rindu kat husband tatkala kursus ini..;'(
Sebelum balik inilah sunset di pantai berdekatan IPN..nice..!
 Haa jangan ingat kami terus balik ke asrama..Kami menyinggah sekejap..Ada je kami ni kann..Rasanya orang lain buat tak apa yg kami buat ni..??Nasib baik dapat bos yg kaki layan je..Tq again boss..

di hadapan pintu masuk IPN

3 of us..
hari kedua,kak wana dah pandai berposing mcm aku..hahaha..good job darling..!!
Ok cukup2 bergambar tu..cepat2 makan malam pastu terus naik bilik,bersiap utk gi kelas malamnya pulakkk...

matahari terbenam..view dari bilik kami..chantekk sangat..!!!



15 Mei 2013 (RABU)
Pagi tu bangun dengan rasa sungguh segar sebab dapat tidur dengan lena..Dah kepenatan sangat kot.Letak kepala terus naik jet..! Pagi tu ada kelas tentang elaun makan,elaun lebih masa..Pada petangnya pulak free..Sebab penceramah yg sepatutnya datang beri ceramah tentang pinjaman perumahan tu tak dapat datang dan beritahu kpd pihak urusetia last minit.So,urusetia tak dapat nak gantikan dengan slot lain..Agak menghampakan sedikit.Sebab topik tu yg paling nak aku tahu..Maklumlah kita sebagai penjawat awam pastinya nak tahu lebih detail tentang pinjaman perumahan & apa keistimewaan kita sbg penjawat awam dalam pinjaman perumahan kann..Tapi,walaupun tiada kelas,tetap ada slot kami tersendiri yg kami rancangkan 1 kelas..hebat otak kami kann..

hari kedua berkursus..
Gambar kat atas ni,gambar sebelum memulakan kelas tau..Lepas ni banyak lagi gambar..Ini muke kekenyangan selepas sarapan pagi..semua gambar2 aku taken by kak wana..tq kak wana..mmuuaahh..!! Sangat berpuas ati dgn hasil tangan kak wana..Tangan tu ada seni photograher laa u..!

Gambar dalam kelas tiada okehh..Seperti yg dinyatakan di atas,kelas petang arini tiada.so kami free..Dan kelas pada pagi ini hanya setakat jam 11pg saja..So,dari pukul 11pg tu kami abiskan masa bergambar sana sini setiap sudut IPN..IPN memang banyak tempat dan sudut yg cantik2..Biasalah,kami ni 1st time datang ke IPN memang agak teruja sikit..Tapi lepas ni datang lagi,kuranglah sikit keterujaan tu..

haaa..ini aktiviti kami selepas kelas..ek ehh mcm nak jatuh pulakk..
ada pangkin..macam duduk kat kampung2 plakk..owhh lg berapa ari saja akan pulang ke kampung..
auwww..kak wana mcm perempuan melayu terakhir laa...:)
kalau pose macam ni,agak2 org tahu x ini bini org..?haha..mcm kanak2 ribena je rasa..
replika bangunan2 di IPN..(replika ke org panggil ehh..?sori kalau salah)
penat dah posing kat situ..jom ke tempat lain..wahh kau..!
disini la tempat para peserta menjamu selera..
Anjung Selera dari jauhh..
unik sgt kerusi yg berbentuk sampan ni..rugi u all kalau x abadikan di sini..hahh..alasan!
Tak tahulah berpa lama kami abiskan asa bergambar sana sini tu..Tapi naik bilik je,jam dah pukul 12lbh..Lama jugak tu..Aku ngan kak wana decide x nak makan tengari.Sebab kelas kami plan nak keluar makan mee udang  dan shopping2 sikit..Berumpul di lobi pukul 2.30 ptg bersama sebijik bas IPN..Kalau makan tengahari nanti,dah kenyang..kang x abis plak mee udang tu nanti kann..Rugi..Sebab warga IPN kata,Mee udang kat kedai tu memang terbaekk la..

Okehh,lepas solat zohor kami pun berkumpul di tempat yg dijanjikan..Tepat jam 2.30 bas pun sampai..Aku memang salute kepada abang2 driver bas IPN ni..dorang ni punctual..! Memang menjaga masa..Big claps for IPN..! Serupa jugak masa amik kami di Putrajaya Sentral aritu..Tepat masanya..!

Yeayy..dah ada dalam bas..! Nak jalan2..haa dok depan kau..konon i'm leader la kann..
Destinasi pertama,gi ATM machine..ada peserta nak keluarkan duit..Kalau sape2 yg berkursus kat IPN tu,bawak la duit lebih sikit yea.Sebab kat IPN takde ATM machine..Yg berdekatan pun kat Politeknik Sabak Bernam..Itupun Bank Islam punya mesin..Ok la kann,janji duit boleh keluar ek..Lepas tu kami terus menuju ke kedai Mee Udang yg di katakan tu..Abg driver ni saja je jalan jauh kot..Pusing2 kampung kata orang..

view dari depan kedai..pemandangan yg sgt chantekk..turun je dari bas,muke trus jadi teruja x hingat..!
Inilah kedai Mee Udang BNO yg femes tuh..
Tak sampai 10minit kami order,makanan pun sampai..
Memang cepat servis kat kedai ni.Pekerjanya pun ramai tak hingat.sebab tu cepat..tak sampai 10 minit kami order,makanan dah sampai depan mata.kelasss kau..! Ila order kuetiow udang,aku plak mee udang dan kak wana order nasi goreng udang..tapi lastly,aku ngan kak wana bertukar makanan..nak rasa 2-2 senang kata..Nasi goreng udang/mee udang/kuetiow udang semuanya berharga rm6.00 sepinggan..Aku kira dalam 1 pinggan tu ada 7 ekor udang yg dicampur udang besar dan udang kecik..Akan datang,kalau kursus lagi kat IPN ni tah berapa hengget..Lupe nak cerita,kenapa namanya MEE UDANG B.N.O..??? B.N.O stand for  Bagan Nakhoda Omar iaitu nama kampung terletaknya kedai itu..

aku dah lapar sangat la tu..kak wana tgkap gambar pun aku dah x kesah..kalau x,mesti posing punya laa..
tgok tu..kak wana buat ape..?
ini diaaa...kak wana kopek kan udang utk i okehh..bertuah dapat adik mcm ni kannn..?? tahu nak makan je..
Tapi betul tau...aku boleh dikategorikan suka makan udang.Lagi2 udang celup tepung..sampai jilat2 jari la kalau makan..wallahhh...!!Tapi,aku tak suke kopek udang..Mau kalau aku yg kopek udang tu,udang tu pasti idup balik.Lagi2 kopek pakai sudu dan garfu..Masa zaman2 bercinta dulu,MIA la yg kopekkan udang tu..Tapi dah kawen ni,xde lagi makan udang ngn suami..hikhik..tq kak wana bersusah payah untuk i..luv u laa..!!

uii menunduk aku mekan..laju je,maklumlah udang dah siap dikopek..
baru lah sempat tgok kamera..
Aku orang paling last abiskan makanan..Aku memang lambat sikit bab2 makan ni.Dari dulu sampai sekarang..Kalau makan2 mst aku paling akhir..Makan ala2 pengantin lagi kott..choii..!! Dah lepas zaman makan2 pengantin tu ye cik lin..(oppss puan)..even dah bergelar puan,kawan2 aku especially kwn2 rapat masih panggil i cik okehh..




blurpp..alhamdulilah,kenyang..dah jom2 nanti kena tinggal ngan bas pulakk..abg driver dah bangun tu..
aku inginn terbang..:) ini la bas yg bwk kami jalan2..
Okehh tab dah menunjukkan signal yg bateri hampir padam...So,gambar seterusnya ini dari hp canggih k.wana..nasib baik ada penyelamat..!! Selesai makan mee udang kat BNO, abg driver bawak kami ke kilang kerepek..tak jauh pun dari kedai mee udang tu..pusing2 situ jugakk..

di hadapan pintu masuk kilang kerepek..
Aku ngan kak wana tak beli satu pun..Memandangkan,beg kami dah cukup padat..Lagipun harga dia sama je ngan harga kat KL..Cuma kat sini kerepek2 dia mungkin baru2..Kalau yg jual2 kat kedai2 tu mungkin dah lama la..Orang lain tgh sibuk memilih kerepek,kami berdua sakan bergambar kat luar..

kerepek favorite nih..!
abaikan kaki saya yg terjingkit tu ehhh..hahaha...
jomm kite pulang..petang nanti ada aktiviti lagi kite nak buat...

Yess petang nanti ada menda lagi kita nak buat..Walaupun kelas kami tiada,tapi aku ngan kak wana bijak mengatur jadual kami seharian agar tak sia-sia masa tu.Lagi2 kami ni 1st time sampai ke IPN..Memang nak jelajah abis 1 IPN..Aku rasa seronok berpartner kan orang yg sama kepala ngan aku.Macam kak wana..Senang kata,kami ni x reti dok diam..Masuk bilik hanya mandi,solat,tidur saja..Dulu,sebelum kawen,aku sorang yg pasif..Kalau masuk hotel ke bilik ke,haa duduk diam je la dalam bilik tu,Tak gi mana2..Tapi bila dah kawen ngan suami ni,jadi tak reti dok diam pulak..Yess husband aku memang kuat jalan..Bagi dia istilah bercuti tu adalah berjalan serata tempat bercuti tu..So,sekarang bini dia dah terikut sama..Jalan,makan satu kemestian..! So,im grateful coz kak wana like my husbnad too..Shes never say "no", "tak nak" ke, "malas" ke..Kalau ape yg aku plan,mesti dia follow..I like...!!!

tgok tu..muke orang dah kenyang makan mee udang..nak tido la tu..:)
Dari kilang kerepek,balik la asrama kann..Jam pukul 4.30ptg..Okehh rehat2 jap..redakan perut yg kenyang..Pas semayang asar,dalam pukul 6.15ptg kami keluar lagi..Hadoii..mesti korang pelik kann..Kami ni tak reti penat ke ekk..kaku bab jalan,hidup masing2..(itu ayat mak aku masa zaman bujang kalau aku kuar jalan2 ngan Fiza)..Aktiviti petang cuma jalan2 keliling IPN je..So,inilah view IPN di waktu petang..

kak wana dan basikalnya
aku dan basikal kak wana..haha memang tak la aku bawak basikal kan..lama gile x bawak basikal..takut sebenarnya nak bawak bila kak wana paksa..hahaha memalukan kalau tak reti bawak basikal kann..??
Lastly,kak wana sorang je yg pusing2 IPN ngan basikal ni..Aku ngn Ila jalan kaki je..huhu..laju bukan main eh kak wana bawak basikal..Macam dia bawak motor jugakkk..



berkayak..kak wana ngan Ila je yg main..I jadi photograher dorang.Selalunya,kak wana jadi photographer i..


Lagi 3 org belah kiri tu,peserta Kursus Naziran..Pun boleh jadikan geng..hahaha..kenalnye pun kat situ..kami ni terlampau peramah la kata kann..

IPN's view..di petang terakhir kami di situ..
Anjung selera dan belah kanan adalah blok asrama
pemandangan dari tasik tempat kami main kayak tadi..tenang je tengok awan nano..ehh awan biru..:)
Cukup2 untuk petang tu..malam tu ada aktiviti haramm nak dibuat ngan kak wana..Nak buat aktiviti haram pun siap bagitahu boss..hahaha..nasib baik tak tanya aktiviti ape..Dia cuma kata,buatlah..dia x boleh nak join sbb ada kelas malam..sian boss..Lepas makan malam,naik bilik sembahyang maghrib trus siap2 nak gi spa..Hahhh..??? spa..?? Ada spa ke kat IPN ni? Ada sayang oii..Spa ni baru je dibuka sebulan lepas..

Pamplet ni memang diletakkan di atas meja setiap bilik..
Masa ari pertama check in tgok ada pamplet ni,ati terdetik jugak nak gi spa..Ye la,gi spa aritu pun masa honeymoon..Kali ni nak rasa jugak gi spa,memanjakan diri..Dah aim ni..tapi diamkan je dalam ati..Nak ajak kak wana takut kak wana tak mo pergi..Tapi tak sangka pulak,bila aku suarakan hasrat ati nak gi spa,kak wana pun nak join jugakkk...caya laa,...!!! So tgahri sebelum kami makan mee udang tu,aku dah buat appoinment untuk datang malam tu jam 8.30mlm..Buat body scrub dan juga Lavender oil massage..Sebenarnya,ikutkan ati nak buat Traditional malay massage..Biasanya kalau traditional malay massage ni mesti pakai minyak urut yg bau2 serai ke,dan yg urut semestinya orang tua..Tapi,nasib aku x baik..traditional malay massage cuma available siang saja...Kalau dapat makcik2 yg urut,perghh sedap badan wehh..Harga berpatutan la..Kalau kat luar or hotel2 caj lebih dari tu or 2x ganda dgn harga aku buat kat sPA IPN ni..Mulanya kak wana nak buat body scrub je,ntah macam mana dia pun nak massage..Ini pengalaman pertama kak wana ber spa..Lepas ni boleh buat lagi kan kak wana..Hahaha..dah keje,mana la sempat untuk semua tu..Tak salah kalau duit yg ada tu utk memanjakan diri.Badan kita penat,teruk dengan kerja seharian kat ofis,kat umah,so tak salah kann..??

gambar ni je yg ada..gambar masa scrub,massage xde yea..sensored..!!hahaha
Selesai ber scrub,ber massage pukul 10lbh..perut macam berbunyi je nih..Ajak kak wana gi kantin..Kot2 ada makanan yg boleh kami santap kann..Alhamdulilah..minum malam dah ada..

Inilah santapan minum malam kami..kenyang la jugakk kan..
Selesai minum malam,ber chit chat jap ngan kak wana kat kantin,barulah kami naik bilik..Naik bilik bukannye terus tidur..Kami siapkan packing bag.Supaya esok ari senang..Takdelah tergopoh gapah..Setel pasal beg,terus tidur..wahh lena sangat tido kami maklumlah badan kami sedap bila diurut..So,ready for last day tomorrow..!!!! Nite...

16 Mei 2013 (KHAMIS)
Oyeahh..today is a last day..Sudah mau pulang memulakan tugas..Berakhir sudah kursus di IPN..Happy ada, sedih pun ada..haha sangattt la kann..sebabnya berkursus di IPN umpama bercuti okehh..Pagi tu walaupun ari terakhir masih ada lagi slot kursus..Berkenaan tajuk Pinjaman Pendahuluan diri,Pinjaman komputer..Harus semangat okehhh...

bergambar di hadapan bilik..hari ke3

Cukup2 bergambar..tgok jam tu,dah pukul 8.00pg tau..kelas mau start sudahh..Ok selesai slot,ada majlis penyampaian sijil untuk semua peserta..Yang disampaikan oleh penceramah tersebut..

Kak wana in de house tgh amik sijil..
giliran aku pulakk..
Selesai penyampaian sijil,kak wana terus gi lunch..Aku..?Terus naik bilik sebab gigi sakit.Nak kunyah makanan pun tak boleh..Perut memang lapar,tp tahan je la..Balik bilik packing beg lagi..Haihh dah kata perempuan,tak abis2 packing begnya..hihi..Tepat pukul 2.15 kami bersiap sedia mahu pulang..

cehh tayang beg kursus IPN..hijau gitu..!
kak wana mcm tayang beg shopping je yang..dalam beg tu sumenya berisi ilmu tau..!
sedang menunggu ketibaan bas..yg besar depan tu beg kak wana tau..sy bawak beg galas je..
Tepat jam 2.30ptg bas pun sampai..Memang bas ni menepati masa la..good..!!! Pastinya akan merindui saat2 di IPN..Sudah jatuh cinta kat IPN..Jatuh cinta bukanlah dengan peserta kursus di sana.Kena sedar ye,kini status isteri orang..Tak boleh nakal macam dulu2..Jatuh cinta dengan suasana,kehijauan IPN..rindu dgn bilik yg kami menginap,rindu nak tgok sunset di petang ari..rindu segalanya tentang IPN..Ini yg dinamakan cinta pandang pertama..Kami tiba di Putrajaya Sentral jam 5.00ptg..Kak wana husband dia amik kat sana..dan aku..?? Bermalam di Putrajaya..huhu kesian kena tinggal ngan kak wana..hihi tak de la..Dah terlanjur sampai di Putrajaya, x sedap pulak tak jenguk kawan baik aku yg sorang tu..Memang dia dok kat Putrajaya..So,plan ngan dia mahu ketemu ngan dia,chit chat ngan dia dan bermalam di rumah dia..Mesti Yan teruja nantikan kehadiran aku kann..Selalunya,dia je selalu datang umah aku..

Setengah jam jugak menunggu si Yan ni..Maklumlah orang baru balik keje,si dengan jammed lagi..Tak pe,i okehh je..Malam tu kononnye nak berchit chat sampai ke pagi la sebab yan ni sanggup amik cuti demi aku okehh..sayangg kamu..Tapi malangnya,aku kan sakit gigi..efek dari sakit gigi tu,kepala jadi sakit..So,malam tu memang terus tido..lena sangat2..Esok paginya baru lah berborak sakan berdua ngan yan..Kitorang ni memang,pantang jumpa..mesti ada je menda nak diceritakan..

17 Mei 2013 (JUMAAT)
Sebelum pulang ke rumah,harus sangatlah aku dan yan berdating berdua kann..Kalau nak tahu,inilah 1st time aku naik kereta yg dipandu oleh yan..Yan ni lesen lama dah dapat,tapi baru thn lps berani bawak kereta..Pape pun,tahniah dear akhirnya berjaya jugakk..!!

Proud of u..!Selama ni aku je drivernya..kini dia pulak..i boleh duduk rehat kat sebelah je..:)
Pagi jumaat tu banyak sangat cabang perjalanan kami..kejap nak ke Alamanda,kejap nak ke Seri Kembangan..jap ke KPT(Kementeria Pengajian Tinggi) anta barang la..mcm2 nak dibuat..

Lastly,kami ke sini..AEON Tmn Equine...Aku pun x penah sampai sini..
Ingatkan Aeon ni meriah macam yg ada2 kat KL..Rupenya tak meriah mana pun..Aeon ni kecik comel je..Tak sempat penat pusing dah abis 1 bangunan kami tawaf..Memandangkan sudah tengahari,kami lunch aje kat situ..Nak buat pilihan makan kat mana pun susah..sebabyg ada fast food aje..Jangan ingat ada tempayaki ke, Nasi Ayam Linda Onn ke..hahaha..Kenapa nasi ayam Linda Onn..?Sedangkan aku makan sekali je pun nasi ayam tu..So,pilihan tekak kami adalah Pizza Hut..

time ni,gigi dah okey..! Tapi badan mula rasa nak demam..sejuk2 je..
makanan pertama sampai..mushroom soup & garlic bread..santap ni dulu sampai abis..Masing2 kelaparan..Yan tak mo masak kat umah..huhu
Menu kedua, Nama melayunye,udang goreng tepung..sedap tp bapak mahal okehh..6ekor RM7.90..ceittt..!
eh..kejap la..mak x ready lagi..:)
Hawaian Supreme..Kat pizza ni ada nenas.Tapi yan x bagi aku makan nenas..kenapa..??
Sebabnya..aku mengadu ngan dia pasal sakit gigi..Dia terus cakap,ini bukan sakit gigi biasa..hahh?Aku pun mcm terpinga-pinga la..Dia kata,adik dia dulu pun sakit gigi macam aku..rupe-rupenya jeng..jeng..ada orang dalam perut..Puas la laki adik dia mencari ubat sana sini..Ini first time aku dengar fakta ni..Mungkin jugak,sebab baby dalam perut sedut skit kalsium kita tu yg kita pun kurang kalsium and jadi sakit gigi..Puas si Yan ni larang aku jangan makan nenas yg ada kat pizza tu..Tapi,insyaallah tak de apa.Nenas yg dah dimasak,kurang sikit tajamnya berbanding nenas yg mentah2 tu kita makan kann..itu mmg tajam btol.Lidah pun jadi sakit kalau makan nenas yg baru saja dipotong tu..Sayang jugak kawan aku ni kat aku..Mmmmuuaahh...

Lama jugak kami melepak kat Pizza Hut ni..dari xde orang sampai penuh orang la..Paksa si Yan abiskan pizza..Jangan pelik dgn friendship kami ni tau..Kalau dah lama sangat tak jumpa,pasti salah sorang akan plan untuk jumpa,datang tido umah ke..Dan kalau dah lama sangat tak jumpa mak Yan,aku pun mula lah rindu kat mak dia..Mak ayah Yan,mak ayah aku jugakk...

Selesai makan,kami keluar dari Aeon pukul 2.30ptg..Yan terua anta aku kat Putraja Sentral..Nak balik dah..sedeyy..Tak tahu bile dapat jumpa lagi..Semalaman untuk bercerita tak cukup rasanya..Kami ni banyak sangat cerita..Masa kat stesen ERL Putrajaya Sentral nampak la muka masing2 macam sesih..hihi ye ke..?Ke aku je yg rasa macam tu..Hover tau..!

sedang beratut membeli tiket..

ok..sudah mau berlepas..mcm nak naik flight plak kann..
(gambar gelap) Lambaian terakhir buat sahabat yg aku syg..Insyaallah,pjg umur kita jumpa lagi..
Haa..itulah ceritanya dari ari Isnin sampai la Jumaat..Pergi kursus umpama pergi bercuti,tp ilmu yg kami dapat sepanjang kursus tiada nilainya..Banyak perkara baru yg aku pelajari..Terima kasih sangat kpd pasrtner sama2 kursus,Kak Wana menjaga adik dia yg nakal dan saya pun jaga Kak wana sebaiknya..Hahaha jaga la sangat kann..Paling tak terucap ialah,melayan kerenah adik dia ni haa..menjadi photograher kpd i untuk di story dan dikongsikan dalam blog ini..Sampaikan,tiap2 ari kak wana tanya,dah update ke blom kursus IPN..? Untuk pengetahuan semua,untuk entri kali ni saya mengambil masa 3hari,3 malam untuk mengarang..Serius..Time keje malam saja aku dapat mengadap blog ni..Kalau kat umah,memang tak sempat.Kat umah masa untuk kejar bantal saja..hihi..

To husband,thanx izinkan pergi kursus kali ni..Ini kali pertama berkursus dgn status isteri orang..:) dan terima kasih jugak izinkan saya spent time,berfoya-foya ngan kawan baik saya..To Yan,thanx for everything..i'm happy for u,happy dgn pencapaian yg kamu ada sekarang..! Semangat..! Kita sbg perempuan jgn patah semangat tau..Aku sentiasa ada untuk kamu..Aku sedia untuk pinjamkan telinga ini buat kamu..Chaiiyyoookk..!!!

**Cuti sekolah hampir tiba..Ke mana destinasi kamu semua..?Mesti pergi holiday kann..??Kepada yg pergi bercuti,balik kampung ke,hati-hati memandu.Semoga selamat sampai ke tempat yg ditujui..Sama jugak aku,Jumaat ni akan bertolak ke kampung sbb cousin kawen di Simpang Renggam,Johor tp sebelum tu kita turun ke bawah sikit ke JB..Wahh 1st time turun JB drive sendiri ni..Semata-mata nak jumpa husband u oll..Selama abg driver je yg anta sampai ke JB..Kali ni kene drive sendiri..Ntah sesat ke tak,tak tahu la..Padahal nak balik umah husbnad je pun..So,take care everyone..

NOTE : Terima kasih kepada anda sudi meluangkan masa yg agak lama untuk baca entri ini..Jenuh jugak nak membaca kann..??Janji lepas ni tak buat lagi entri berjela panjang mamcam ni..Dah macam tulis kat diary lak rasanya..Anyway,sayang kamu semua..mmuuaahh...!!!!