Friday, December 31, 2010

Goodbye 2010..Welcome 2011..!!!!!


Tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya dan kini tahun baru 2011 muncul dengan buku baru..Macam mana azam 2010..?Dah tercapai..?Kalau ada yang tak tercapai tu,tak mengapa la..Carried forward pada tahun 2011 ni plak..Yang penting jangan putus asa..Sentiasa berusaha dan terus berusaha..Apa yang manis terjadi pada tahun 2010 diabadikan sepanjang hidup dan mana yang kurang baik tu,jadikan pengajaran dan tauladan di masa hadapan..Dan sekiranya tahun 2010 anda telah melakukan kesilapan, janganlah ulangi kesilapan itu di tahun ini..Apa yang penting,lakukan yang lebih baik untuk tahun 2011 ini berbanding 2010..Tahun 2010 banyak manis bagi aku...Alhamdulilah...Ok then,jumpa tahun depan yea..mmmuuuuaaahhh....

Saturday, December 25, 2010

Majlis Perkahwinan Shahril & isteri

Hari ni aku keje pagi petang a.k.a masuk pukul 7.00pagi dan akan pulang ke rumah pada pukul 9.00 malam nanti..Huhu..inilah tanggungjawab namanya..Hari ni dan juga esok malam akan berlangsung 2 majlis kawen..Hari ni kenduri kawen Shahril (staf kaunter aku) dan esok malam pulak anak Cik Mat Shah..Nampak gayanya esok malam tak dapat aku nak pegi kenduri kawen tu memandangkan aku keje pagi & malam..

Dan hari ni aku tak bercadang pun untuk pegi kenduri kawen Shahril memandangkan keadaan di kaunter tak mengizinkan..Tapi setibanya di ofis dan setelah dirancang-rancang dengan jayanya,aku dapat jugak pegi..hehe lari sekejap dari ofis..Opppsss..kalau bos tahu,pengsan aku..Tak mengapa,sebab bos aku pun ada masa majlis tu..Maklumlah dia lah wedding planner untuk majlis kawen shahril ni..Dari pelamin hinggalah bab makanan..Pelamin memang cantik sangat..!!!Cayalah Encik Azrul Aduka..!!! Ha..tengoklah gambar-gambar yang sempat diambil..



Tak sah kalau kami-kami ni tak mengabdikan kenangan kat pelamin orang..Walaupun ada orang tu dah naik pelamin..tettt...!!!
Sori ler i pakai seluar bukan pakai baju kurung seperti mereka..Tak dirancang la katakan..Nasib baik wedding kat KL,so tak de la orang dok mengata aku pakai seluar..
Teserlah kekecikkan drumstick aku..Seluar-seluar lama dah boleh pakai semula..Yesss...!!!!Kini bukan fara fauzana lagi..hehe..:)

keluarga KDM Utama,HKL

Itu saja untuk tatapan korang-korang semua..Tak banyak sangat gambar tapi dapatlah di abadikan jugak kenduri kawen si Shahril ni dalam blog aku..Haa..bertuah kau tau shahril..Namamu disebut-sebut dalam blog aku ni..Akhir kata dari aku,SELAMAT PENGANTIN BARU buat Shahril & isteri..Semoga ikatan pernikahan ini kekal hingga akhir hayat..Amin..

Friday, December 24, 2010

Saya tidak suka PERKONGSIAN...!!!

Pagi tadi ada cite drama kat tv3,zizie ezzete berlakon.Tapi tak tahulah ape tajuk dia..sebab tengok tv kat ofis & tak berpa follow sangat jalan citenye.Tapi cite drama tu penah ditayangkan sebelum ni & aku masih ingat sikit2 jalan cite nya..Conclusion dari cite tu macam ni..Husband zizie ezzete out-station atas urusan keje.Dan semasa out-station tu,husband zizie ni terjumpa dgn makwe lama dia (orang indon)..Cinta berputik kembali setelah lama terpisah..Dan daripada diorang buat maksiat,zizie ezzete membenarkan husband dia berkahwin lagi dengan makwe indon tu..Walaupun dalam hati tak merelakan..

Kalau aku la, tak tahu nak cakap macam mana kalau situasi tu terjadi kat aku..Adakah aku akan mengambil tindakan yang sama macam zizie ezzete..????TIDAKKKKKKKK................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Aku bukanlah insan yang suka dengan PERKONGSIAN..Lagi-lagi kalau bab kongsi orang tersayang nih..Bab lain aku boleh consider lagi lah.Tapi kalau bab tu,HARAP MAAF..Daripada berkongsi orang tersayang,baik aku lepaskan saja & mengundurkan diri..Tapi,tak semestinya mengalah itu kalah...Dan aku tak boleh terima CINTA 3 SEGI..Elakkan diri dari terjerat CINTA 3 SEGI dan juga perkongsian..Macam dalam drama tu,zizie ezzete memang dia benarkan laki dia berkahwin lagi satu tapi dalam masa yang sama dia makan hati dan juga timbul rasa cemburu bila laki dia bersama ngn madu dia tu...Haduuuiiii..

Okey kepada mereka-mereka di luar sana,janganlah sesekali merampas atau cuba-cuba untuk jadi orang ke3 dalam sesuatu hubungan tu..Perlu ingat,hari ini kita amik hak orang,esok-esok hak awak pulak akan diambil..So beware..!!!Allah itu Maha Adil..

NOTE : Perkongsian itu menyakitkan...

Kenapa susah sangat nak cakap TERIMA KASIH..????!!!

Aku keje kat HKL ni dah pun nak masuk 9 bulan..macam-macam ragam yang aku tengok masyarakat di Malaysia ni.Ada yang cerewet,ada yang baik,ada yang baran tapi tak kira la apa pun perangai masyarakat Malaysia ni aku sebagai staf kaunter tetap jalankan tugas sebaik mungkin..TETAPI, kalau ada yang melampau tu,i'm so sori la terpaksa jugak gaduh..!!!Haa sejak dok kaunter ni aku pandai gaduh dengan patient & relative patient tau..Aku ni bukanlah dari kalangan orang yang pandai bergaduh & yang suka cari pasal tapi kalau orang dah melampau,MEMANG HARUS la kita lawan balik demi pertahankan diri kita.Kita hanya menjalankan tugas..

Lagi 1 hal yang aku agak terkilan dengan masyarakat malaysia ni, kenapa susah sangat nak cakap terima kasih..??Bukan kena bayar pun..Ye la cuba pikir,kalau kita berurusan di mana2 pun pastinya kita akan cakap terima kasih atas bantuan & servis yang diberikan..Itu aku la tapi tak tahu la kalau orang lain..Kalau yang jenis berat mulut,jgn haraplah ucapan 'TERIMA KASIH' tu diucapkan..

Sedangkan orang terdekat aku pun susah sangat nak ucap 'TERIMA KASIH'...Itupun perlu di ajar..Tak tahulah manusia sekarang ni...Mana ntah pegi budi bahasa tu pun aku tak tahu..Bukan aku mintak pun ucapan tu tapi kalau diucap sudah pasti menyenangkan hati orang yang menolong..betul tak..???Kalau next time orang nak menolong lagi,pastinye mudah saja kan..tanpa banyak kira..atau banyak hal..Dan yang aku pelik,ada yang mengatakan 'MALU' untuk cakap terima kasih..Aduhaiii...Sebagai orang timur,memang harus kita ada sifat malu tu tapi perlulah malu bertempat...Tolonglahhh...So,kepada 'orang terdekat' tu,renung-renungkanlah...

Wednesday, December 22, 2010

CERITERA CINTA...aku & dia..

Haihh tak tahu la kenapa sejak akhir-akhir ni jiwa ku kacau..Tak tahu nak cite & luahkan macam mana..Tapi,bak kata orang, nak luahkan sesuatu tak semestinya dari bercerita je kan..dari lagu pun boleh jugak kannn..


Jac+Rio Febians - CERITERA CINTA
Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?
Oh…

Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu
Oh..

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Perit ku pendam rasa hati
Malu mengakui

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanyalah mimpi (hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui

Penantianmu/ku hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku

Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi (hanya mimpi)…yeah…yeah…
Akhirnya nanti kecewa

Buat masa ini,tika ini aku amat gemari lagu ini..dan aku tak tahu kenapa dan mengapa aku minat sangat dengan istilah 'ceritera cinta'..Apa yang berlaku sekarang,inilah Ceritera Cinta aku & dia..dan aku tak suka menda ni ganggu kepala otak ku..buat aku kusut..!!!Dan bila otak sudah kusut dgn masalah ini,aku akan bekerja sekuatnya pg,ptg siang malam dan menghabiskan waktu2 ku di ofis..

DI MANALAH PENGHUJUNG CERITERA CINTA INI...?????!!!!!

NOTE : Tahniah buat kawanku :::Cikgu::: yang akan bernikah pada 24 Disember 2010..Tahmiah sekali lagi..SELAMAT PENGANTIN BARU :::cikgu:::+isteri...Semoga kekal hingga akhir hayat hendaknya..Amin..













Monday, December 20, 2010

Ceritera CINTA

Tak tahu ape tajuk yang sesuai utk entri kali ini..Cuma boleh aku katakan, dalam hati ada tangisan...Huahua....:'(
Alhamdulilah, dapat gak aku spent masa dgn dia walaupun seketika..dan dia pun otw pulang ke jb..Moga sampai dgn selamat..insyaallah..

Aku baru abis keje malam dan arini merupakan ari off aku..Badan terlalu letih teramat sangat sebab aku hanya dapat tido 2jam saja dlm tempoh smlm..Tak tahu kenapa,tak boleh nak lena..Ini satu hal kalau keje malam.Masa tidur kita tak menentu..Actually tido di waktu malam jugak yang nikmat..!Masa tu dah lama berlalu..

Ok tak tahu nak update apalagi sbb otak agak blur di saat ini & terlampau memikirkan si dia..Doaku sentiasa mengirngi sepanjang perjalananmu..amin..

NOTE : Walau buruk mana pun perangai dan sikap seseorang tu,pastinya akan terselit kecantikan yang perlu diterokai..PENGHUJUNG CERITERA CINTA INI AKAN TERJAWAB...
(sorry guys..berpujangga pulak hari ni..jgn tanya kenapa yea..)

Saturday, December 18, 2010

Next Year Planning...2011

Wahh..lagi berapa hari je kita akan mengakhiri tahun 2010 ni kan..Macam mana azam 2010..??Tercapai..?? Kalau ada lagi yang tak tercapai tu, xpe..carried forward ke tahun hadapan dan mudah-mudahan akan tercapai hendaknya..Amin..Alhamdulilah..syukur kepada Illahi kerana banyak azam aku tercapai pada tahun ini..Dan aku dah buat sehabis baik untuk tahun 2010 ni..Insyaallah rezeki aku dimurahkan lagi pada tahun depan dan harap azam aku yang SATU akan tercapai hendaknya..Wahh azam apa tu..???tettt...

Okey 2010 akan melabuhkan tirainya tak lama lagi..dan segala planning untuk tahun depan iaitu tahun 2011 dah pun berlegar-legar di kepala..Bak kata orang,kita hanya mampu merancang dan segala ketentuan di tangan tuhan..Let me share with u all few things..yang memang dah rangka-rangka dalam proses jadi la hendaknya..hehe..

Firstly,aku in progress untuk buat passport..Aduhh umur dah 24 tapi passport masih tak de.Orang lain dah melancong serata negara dah..Arrgghh tak kire orang nak cakap apa..Cuma nak buat pasport ni kene cari masa je la..Paham2 la keje macam aku ni..Dah ada passport nanti boleh jalan ke sana sini dengan Along & Si Dia..Nak ronggeng-ronggeng dengan kawan-kawan pun senang..On January must have a passport..!!!

Okey second..ujung bulan February aku nak bercuti dalam seminggu bersama teman ofis di JB..dan semestinya tour guide dia adalah Si Dia..Di mana khidmatnya tak perlu dibayar pape..hehe..Ala..lagipun dia pun dah ada kat sana kan..Kawan aku ni kata,teringin nak gi Danga Bay..Orang2 JB jangan gelak kan sama kami yea..Aku ni nama je kampung kat johor tapi baru sekali aku jejak kaki kat Danga Bay.Itupun malam je la..happening la ngn lampu2 nye..selain Danga Bay nak singgah kat Dessaru..Cuti dah pun aku apply & harap dapatlah kelulusan secepat mungkin yea..Awal giler aku request cuti..

Cakap pasal tahun depan, 2011 ramai betul kawan aku yang akan mendirikan rumahtangga..dengan erti kata lain,kawen..haha..Cuba untuk memenuhi setiap undangan kawan-kawan..Antaranya, kat Kelantan, Penang, Terengganu..terengganu..????aipp sape yea..haha..Insyaallah sampai yea..Kalau kenduri yang jauh2 tu, tak kan la gi makan & pas tu balik plak kan..dah tentu nak bercuti-cuti dulu kat sana..Hilangkan penat 2,3 ari kat tempat tu..

Itu perancangan kawen orang,perancangan diri sendiri masih belum ada lagi buat masa ini..Seru belum sampai..Enjoy-enjoy la dulu..Lagipun dengan waktu keje macam ni membuatkan aku kurang berfikir & kurang berminat untuk ke arah itu..seriously..!!!Biarlah..itu semua keje Allah..

Apa lagi planning yea tahun depan..tapi macam-macam la nak dibuat tahun depan..Yang pastinya,kaki ni sungguh gatal untuk berjalan sana sini..!!!hehe..Lebih ke arah Cuti-Cuti Malaysia..!!!

NOTE : Dannnn....planning terdekat adalah...melancong ke umah Mama Fiza untuk melihat mama & Khalish pada ari Isnin ini (off-day)..Bertuah sungguh auntie dia yang sorang ni kan tak jenguk pun si kecik ni..Harap-harap Khalish dah makin debab & boleh la auntie lin pegang dia..Aritu masa baru lahir,auntie lin tak berani lagi nak pegang..kecik sangat..!!

Thursday, December 16, 2010

Di mana letaknya waktu senggang ku...???????

Arghh stressnye..!!! Hari-hari yang aku lalui dirasakan terlampau pack..!!!Aku terpaksa korbankan masa-masa yang berbaki ini dengan tugas harianku di pejabat..Yeahh berkhidmat untuk negara..!!Kadang-kadang timbul rasa rajuk dalam diri.Melihatkan orang boleh keluar ke sana ke sini bersama teman,bersama yang tersayang,tengok wayang,shopping,jalan-jalan...tapi ujung mingguku hanyalah jalan ke HKL dan pulang ke umah sahaja..Hanya mampu memandang sayu saja..

Btol kata Si Dia,life aku hanya pegi keje,balik keje saja...Alhamdulilah,memang rezeki bertambah-tambah bila keje terlebih-lebih masa ni tapi MASA..???? MASA untuk diri sendiri tak ada..Contohnya macam sekarang ni...hp aku kene blocked disebabkan aku tak de masa untuk gi bayar bil Maxis..Memanglah sekarang zaman canggih,boleh bayar bil through online tp aku masih macam makcik-makcik..Yang masih nak ke kaunter untuk bayar apa2 bil pun..aku lagi yakin dgn cara pembayaran gitu..Oleh kerana itu,inilah akibatnya..hp aku kene blocked..Itu satu hal..Ada lagi hal lain..Kawan baik aku Mama Fiza dah pulang dari hospital pun aku tak sempat jenguk lagi..Padahal umah dekat je..Sori mama..Kang aku jumpa-jumpa je si Khalish dah pandai main basikal..hehe..Harap Mama Fiza paham yea situasi auntie lin ni..

Si Dia akan pulang ke KL and aku harap,aku ada masa utk luangkan bersama dia..Tak mo la jadi macam aritu..Sampai dia merajuk pulang ke JB sebab tak dapat langsung jumpa aku..Nak buat macam mana bukan ini pintaku..But i akan cuba sedaya mungkin..

Tapi itulah aku nak cakap..usia aku 24 tahun,dan aku terpaksa korbankan masa2 yang ada ni untuk bekerja sekuatnya. Kalau tak, macam mana nak kumpul duit nak kawen kan..hahah..nak kawen dah ke..???tetttt..!!!! Bagi aku, masa untuk berfoya-foya sudah pun lama berlalu dan kini masa untuk aku mengumpul harta..Itulah saja untuk menyedapkan jiwa yang lara ini.hehe..

NOTE : Betol orang cakap, kalau keje syif ni memang xde life..Kalau sekarang xde mr.right,alamatnya susah la..Alamatnya lambatlah untuk ketemu jodoh..Kakak2 kaunter aku majoriti umur 28-30 tapi masih belum berkahwin..adakah aku akan join persatuan itu..???hehehe..tettttt...!!!JODOH DI TANGAN TUHAN..

Thursday, December 9, 2010

Tumit Tinggi VS Tumit Leper

Terlampau sibuk sangat berkeje tak sempat diri ini untuk mencari sandle yang hampir putus dan yang dah tak sedap dipakai tu..Dan bila ada masa tu jgn mempersiakannya..Actually,aku mencari sandle utk gi keje..Aku rasa bertuah sangat sebab keje aku sekarang ni tak perlu untuk aku pakai heel..Sebelum ni aku ada gak dengar orang kata,kalau keje gomen ni kene or WAJIB pakai kasut tutup.Tapi tak pun..Cuma kene la pakai kasut tutup kalau ada urusan rasmi macam meeting ke..Tapi aritu aku follow bos aku gi audit dengan memakai sandle..Ini sume bos aku punya angkara..Tak habaq aku awal2..Kalau bagitahu awal,dah tentu aku standby kasut tutup dalam kereta.



Haa ni la sandle pengganti kepada sandle yang bakal putus tu..Cantik x..?Huhh mesti ada yang kata tak cantik..macam kasut orang mengandung..Taste macam orang tua eh..?Arghh tak kire..janji sedap dipakai..!!Aku ni paling susah nak pilih kasut ngn baju..Pada selalunya aku akan memilih colour hitam untuk sandle aku..tapi kali ni aku nak berubah angin skit..Aku pilih colour macam kat atas tu la..tak tahu color apa...Kalau  ikut kat kotak tu warna BROWN..tp x mcm brown pun but the color nice..!!Mak aku pun puji color and design sandle ni..Yeahh my size 35/4..terlampau susah untuk cari size begini.Masalah yang selalu aku hadapi ketika membeli kasut adalah dari aspek size..Kadang2 tu aku dah berkenan sangat dengan kasut tu tp size paling kecik adalah size 5..huhh..!!Tgok brand jugak,kadang2 brand lain size 5 aku muat..So sandle ni akan aku pakai ke mana sahaja selagi boleh..Yang penting selesa..!!Dari kasut cantik tapi melecet sana sini buat kaki terseksa je buat ape kan..Aku memang mementingkan keselesaan.

Cakap pasal tumit tinggi VS tumit leper,ermm aku adalah insan yang tak reti bertumit tinggi..Bukan tak reti actually..Boleh pakai tapi aku rasa hipokritnye..haha..Sebab aku jenis berjalan laju.Kang bile aku pakai heel,aku dah kat depan,kasut tertinggal  kat belakang..kan susah..Tapi sesekali nak melawa apa salahnya kann..Kalau gi kenduri kawen tu,boleh la nak pakai heel..Sebab kita tak memerlukan pergerakan yang banyak.Cuma datang makan kat kenduri kawen je..Pape pun,kene la sesuai dengan majlis dan keadaan dan juga keselesaan peribadi..

Dalam koleksi aku,aku ada menyimpan kasut high heel ni agak lama jugak la..rasanya dah 6 tahun jugak kot.Heel ni aku beli masa zaman belajar dulu.Dan seingat aku,aku pakai kasut ni hanya 2 kali sahaja.So far alhamdulilah kasut ni dalam keadaan baik dan masih terjaga rapi walaupun aku jarang pakai..Nak tahu kasutnye macam mana....tgok ni..
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



Haa itulah kasutnya..ala-ala kasut cinderella x..?hehe..Aku rasa ni la kasut paling tinggi yang aku ada dan paling gorgeous la..!Sebenarnya ada cite disebalik kasut ni..Aku ingat lagi citenye..Biarlah aku dan Si Dia je yang tahu..Si Dia masih ingatkah anda tentang kisah disebalik kasut ini..???Of course tak kan..Lemah daya ingatan kamu ni..Kasut ni memang aku sayang sangat..Nasib baik kaki aku tak sama size ngn kakak aku..Kalau tak,mesti awal2 dorang dah rembat..hehe..Sambil-sambil cite pasal high heel ni,aku ada terbaca kat majalah..Orang yang selalu memakai kasut tumit tinggi berisiko mengahdapi masalah kemandulan..I tak tahu lah itu fakta atau auta..Tapi dah banyak kali jugak la terbaca tentang fakta ni..Mungkin pemakaian yang kerap dan selalu je kot..Kalau jarang2 pakai ok je..Hati-hati kalau memakai  kasut tumit tinggi ni.Takutlah kalau terpelecok..!Kang haru biru satu KL..hehe..

Yang penting keselesaan..Kalau anda selesa memakai heel,teruskanlah..imej sendiri2..Harus ingat,imej kita hak kita..Tapi kalau aku lebih selesa memakai sandle or pump shoes..Kalau kene kejar anjing pun masih boleh lari..Maklumlah,kat hkl sekarang ada sekor anjing sesat..!menakutkan mak la nyahh...!!!

NOTE : Ada orang tu bakal dapat BONUS,jangan lupakan dinda yea..haha..Checklist dah dibuat..Hanya menanti kepulangan kamu sahaja..

Saturday, December 4, 2010

Kawan baikku kini bergelar...IBU..!!!

Pada kebiasaanya,aku tak pernah missed utk kongsikan sesuatu yang bermakna tentang kawan baikku yang sorang ni..sape lagi kalau bukan Fiza ..Dari kisah dia bertunang,dia kawen dan kini dia bergelar ibu..Anyway,tahniah my dear..Penantian selama 9bulan telah berakhir dan honey madu telah pun selamat lahir di dunia ini dengan selamat..Syukur alhamdulilah kerana mak+baby selamat..Sungguh teruja sangat Auntie Lin mendengar..

Fiza selamat bersalin pada 03 December 2010 di Hospital Pusrawi dan baby boy yang lahir seberat 2.98kg..Gambar baby tunggulah mama nye sendiri upload yea..Kawan aku ni dah berganjak ke satu fasa lagi..Insyallah lepas zohor nanti aku dan kawan-kawan yang lain akan menyerang Pusrawi utk tgok baby kamu..So,tggu next entri yeahh..

NOTE : Dari hari ke hari makin ramai kawan-kawan aku yang bertukar status..Dari single menjadi tunangan orang, dari tunangan orang bertukar menjadi isteri orang, dari isteri orang kepada ibu orang plak..wahh sekejap saja masa berlalu..Itu tandanya usia ini makin tua..

Friday, December 3, 2010

Having a special dinner @ Chilis

Tarikh : 28 November 2010
Tempat : Chilis,Bukit Damansara
Masa : 08.45pm
Sponsored by : Encik Zaharin (Along)

Baru-baru ni Along aku dapat durian runtuh..Wahh bestnye kalau selalu begini kan..Actually bukanlah durian runtuh, ada rezeki lebih sikit..Alhamdulilah..dan rezeki yang diperolehi tu HARUSLAH dikongsi bersama lagi2 dengan adik tersayang yang belum kawen ni ha..Macam tahun lepas, ada gak family dinner dekat2 ujung tahun jugak lah macam tahun ni..Cuma tahun lepas kat Restoran Arab Hadramawt...dan seperti biasa sponsor nya adalah Along..Bukan lah hujung tahun adalah agenda wajib untuk family dinner..Bila-bila je boleh buat.Setiap weekend pun ada family dinner,cuma bezanya di rumah Sentul atau kat umah along aku..Weekend tu je la dapat berkumpul & berjumpa dengan anak-anak buah aku yang kat KL ni..Bak kata orang-orang tua,dia la penawar,dia la racun..hehe..Tapi,mereka-mereka adalah penawar buat Nya'ie & Ya'ie mereka..

Okay,pada tahun ni Along tak rancang pun nak kuar untuk dinner sama-sama memandangkan waktu keje aku yang tak menentu..So,dia mintak aku inform if aku free..Dan kebetulan ari Ahad lepas aku keje syif pagi je,so dapatlah dinner sama-sama..Kalau tak,melepas den..Dah la tak dapat join shopping dengan along.Kalau tak,mesti dapat sepasang dua baju ke,hp baru ke..hik..hik..Tapi adik aku jugak yang bertuah..Mentang2 dia study lagi,dapat 1 helai t-shirt Columbia, tgok wayang..Makan jangan cakap la..asik makan sedap2 je..Tu pun tak gak gmoks2..haha..Haa layan lah gambar ni..

Sementara menunggu meja di set up..

Nampak macam adik aku plak yang hisap botol tu..haha
Dari kiri : kak jun(kakak iparku), adriana,adleena, & pak cu(adik aku)

Haa..ini untuk Pak cu..Jenuh nak mengahabiskan..aku pun tak tahu apa nama makanan ni..Tergeliat lidah nak nyebutnye ha..
Ini aku punya..!! Tak tahu lor nama dia..tp memang sedap.Makanan ni macam ala-ala kebab la..Kalau nak cuba,boleh la bukak menu Chilis tu,korang tunjuk je gambar ni..haha..
Yang kiri tu ayah punya..
Disebabkan ayah aku nak makan western,so di sinilah tempatnye..Jangan main-main,ayah i makan western u..hehe..

Muke aku yang teruja untuk mengahabiskan semua makanan yang ada..Agak licin juga la akhirnya..
Bapak ngn anak cuba membuat muke comel..but dis pic so sweet..That one is Aqil Mustaqim (pengarang jantung Nya'ie & Ya'ie)
Aqil cuba buat muka tak bersalah setelah dia kencing kat atas peha babah nye & menyebabkan seluar babahnya basah...haha..But u showed sweet face my dear Aqil..
As usual,sebelum pulang HARUSLAH bergambar walaupun dgn pokok..haha..
NOTE : Thanks a lot to penyumbang dana..Semoga murah rezeki di masa2 hadapan..Jgn bawak gi makan je pas ni,bawak la aku gi bercuti plak ke..hehe..Sayang Abang botak ku..!!!! Kepada orang KULIM,bila lagi nak open table macam ni...???Saya tahu anda sedang membaca ini blog..hehehe...

Saturday, November 27, 2010

Terima Kasih di atas komen 'ANDA'..

First of all,thanks a lot kepada semua kawan2 yang sudi baca blog ni & ada juga antara korang yang memang follow blog ni..Maklumlah,kita-kita ni jarang ketemu so,hanya dari blog ni je la kawan-kawan dapat tahu perkembangan kita..dan di sini saya nak highlight tentang 1 perkara, BLOG INI ADALAH KEPUNYAAN SAYA, SAYA CREATE BLOG INI MENGGUNAKAN EMAIL ADDRESS SAYA SENDIRI & SECARA AUTOMATIK BLOG INI ADALAH HAK SAYA. SAYA BERHAK UTK MENCERITAKAN APA SAHAJA PERKEMBANGAN DIRI SAYA SELAGI IANYA TIDAK MENYENTUH ISU-ISU SENSITIF..

Terima kasih sangat-sangat kepada yang sudi komen dalam blog ini especially kpd kawan2 blogger..Puan Fiza , Natrah , Niniey , Jijah , Dieyana  &  Hana yang bukan setakat kawan dlm blog malah akan jadi sedara aku tak lama lagi..hehe..Insyaallah..serta komen2 dari mereka yang diluar sana..Buat mereka yang memberi komen yang bukan2,jgn harap la komen anda akan terpampang di blog saya.Sebab segala komen2 dari anda akan ditapis..sekali lagi saya ulang AKAN DITAPIS..!!

Dan kepada 'ANDA' yang sedang membaca blog ini dan mungkin follow blog ini,terima kasih atas komen anda pada tempoh hari dan saya cuma nak ingatkan satu perkara KITA HIDUP KAT DUNIA NI TAK PERLULAH NAK HIPOKRIT...!!! SAYA SELESA MENJADI DIRI SAYA SENDIRI..YANG PENTING,HATI KITA PERLU BAIK DAN JGN SESEKALI BERHATI BUSUK SEBAB DARI HATI AKAN TERPANCAR SEGALANYA DI WAJAH..HARUS INGAT TU..!!! (sape yang berkenaan tu,yg memberi komen tak related langsung dgn entri aku tu sure terasa kan..sape mkn cili dia lah rasa pedasnya...kehkehkeh..)

NOTE : Untuk 'ANDA' yang sedang 'sakit', terima kasih di atas komen 'ANDA', tetapi komenlah dengan idealistik bukan plastik semata-mata. Anda boleh komen orang lain tetapi cuba perhatikan diri 'ANDA' sendiri terlebih dulu. Siapa anda untuk menilai seseorang..??? Adakah jika 'ANDA' melayu,'ANDA' yakin anda Islam sejati..????Renungkan...JANGAN SESUKA HATI MEMBUAT PENILAIAN KEPADA SESEORANG DARI LUARAN & PERLU ANDA INGAT,ANDA SIAPA UNTUK MENILAI.................???????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 24, 2010

KULIM ohhh KULIM

Haa..hari ni baru lah sempat nak update tentang percutian aku & family di Kulim..Percutian ke..???boleh la..Sori sangat-sangat sebab aritu tak sempat nak masukkan gambar-gambar anak-anak buah tersayang..Balik dari bercuti terus start keje..Ni pun badan terasa agak letih sebab tak dapat rehat yang secukupnya..Kalau boleh nak tido puas-puas..

Kak Uda aku pun dah balik ke Penang..Terasa sunyi pulak umah tu..Sebelum ni umah tu riuh dengan suara Si Alia & Alisya.Ada je menda yang di cari gaduh..Bila ada kat umah,kita pening..bila dah balik,kita jugak yang rindu..huhu..Ntah la saat sekarang terlampau rindukan mereka-mereka yang cilik tu..Auntie Lin miss u all,my dear..
Eryna yang semakin debab..!!!
Anas & Raihana yang teruja sangat kedatangan Nya'ie & Ya'ie nye..
Liyana..Masa baru-baru sampai kat Kulim,aku terkejut dgn anak buah aku yg sorang ni..Bkn terkejut pasal apa,terkejut sbb dia makin cantik nak dibandingkan time dia balik KL bulan Jun aritu.
Anak buah & makciknye mempunyai hobi @ tabiat yg sama iaitu 'KAMI PANTANG JUMPA CAMERA..!!!'
Mungkin dgn gambar ini akan jatuh sahamku..oohhh tidakkk..!!! Saya belum kawin lagi yea..

Masing-masing menayang duit raya yang diterima..Dulu masa kecik-kecik nak seringgit je..Bila dah kenal duit,nak yang besar2 aje..seringgit dah x main..haha..
Alamakkk..tengah syok2 upload gambar,tetiba datang meroyan internet ni plak..Tak boleh nak upload gambar lagi..dengki btol la server ni..Haa sume nye nak di salahkan..Kalau boleh,sume gambar nak diletakkan kat blog ni..Maklumlah dulu bole online facebook sumenye nak di taruk kat facebook..Blog aku pun dah tin tong..dah tak boleh menerima input2 lagi..

Gambar-gambar kat atas pun dah cukup menunjukkan betapa gembiranya budak-budak 3orang ni..Thanks a lot to angah & abang johan sebab menyediakan penginapan serta menyediakan makan minum & kelengkapan kami...Ohh tidak lupa,turut menyediakan mesin urutan..Wahh cakap ala-ala macam u all agen pelancongan je..Dan 1 perkara nak bagitahu,penat wei drive jauh-jauh..!!!Pas ni beli umah dekat-dekat je..(permintaan adikmu..hehe)


Anas ngan Raihana nak merasa naik 'hubbyku'..Tahun depan nak naik kereta Anas yg baru plak..hehe..
kami sekeluarga...
Akhirnya,setelah usaha demi usaha di buat,dapat jugak aku upload 3 gambar terakhir..Barulah puas ati..So,next percutian ke mana....?????Dah ada tempatnya..Tapi kali ni bersama Along & family..Dah siap booking hotel lg..Sayangnya, aku tak dapat nak ikut..Lain kali bagitahu la awal2 nak gi bercuti.Senang apply cuti.huhu..sedey nye di tinggalkan aku kesorangan kat kl nanti..Anyway,tak kesah pun kene tinggal.Yg penting mak & ayah happy..Nak tahu ke mana..??Ke PORT DICKSON....!!!!!!

Sunday, November 21, 2010

Walaupun penat,tetap luangkan masa bersama kawan tersayang..

Alhamdulilah..aku sampai di KL pukul 6 petang tadi..Setelah menempuh perjalanan yg agak jauh selama 6jam..Sepanjang perjalanan,ada la 2,3 accident yang aku jumpa..Tapi best balik kali ni,aku banyak rehat..adik aku yg byk drive..Tq pak cu..Ntah la mata aku ni ngantok je..asal nak pegang stereng je,mata mula ngantok..haha..sebenarnya ngada2 lebih..Tp,x de la aku dera adik aku drive dari kulim ke kl..gilir2 la jugakk..Pasal cerita kulim,nanti aku upload gambar yea..ada la 2,3 keping gambar aku bersama anak buah tersayang..Ye ke 2,3 keping..???tengok je la nanti..berkeping-keping..gambar2 tu masih belum di edit lg & belum transfer ke pendrive pun..masih lagi kat kamera..

Ok pas semayang magrib,cadangnya nak rehat-rehat memandangkan badan letih teramat sangat..Tp,tiba2 teringat kat kawan aku yang sorang ni..Dia mengadu kat aku time tu aku kat kulim..so phm2 la kalau berchatting kat facebook ni mana la puas..so,masing2 mencari masa yang sesuai utk ketemu..Dan setelah rehat-rehat,mata ni x mau la tutup..Apalagi,sms la Cik Ila utk ketemu..Dengar dari cite masa chatting aritu macam berat je..Aku teringin nak tahu,kenapa ngan budak ila ni..Kebetulan malam tadi aku free sangat, nak lelapkan mata pun tak boleh so kami berjumpa & melepak kat Danau Kota lebih dari 3jam..Bapak lama gile..Dari pukul 9malam-12.30malam..mengalahkan orang berdating ek..Kawan punya pasal..

Cerita punya cerita, mata ila berair..aku pun tersentuh & tak dapat bayangkan kalau aku di tempat dia..Perlukan kekuatan..Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..To my beloved fren,please be strong dear..past is past..Sesungguhnya,Allah telah merencanakan yang terbaik buat kamu..

NOTE : Kadangkala Allah datangkan petir & kilat..kita akan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar..Rupa-rupanya Allah ingin berikan kita pelangi yang indah..Yang tak pernah kita sangkakan..

Friday, November 19, 2010

Kenapa ek rasa sayu je dengar lagu Maher Zain ni..?????????

Halooo..aku di bumi kulim tika ini..saat2 ini..sungguh tenang sekali..dalam ketenangan tu,jiwa dihimpit rasa kacau..wahh berpujangga aku..Sebelum tu nak cerita tentang perjalanan aku dan family ke kulim semalam..Semalam(17 nov) lepas ayah dan adik aku selesai solat sunat aidil adha,kami pun terus bersiap-siap nk bertolak..Sebelum tu,kami ni menunngu along & family datang.Nak datang beraya..walaupun hakikatnya mak aku xde la masak2 untuk raya pada kali ini..Bertolak dari sentul pukul 10.30pagi..Aku yang drive..Walaupun hanya dapat tido 3jam je,aku gagahkan jugak..Cadangnya nak berhenti kat R&R Sg Perak,tp disebabkan minyak kereta aku tak mengizinkan,terpaksa la berhenti kat mana2 perhentian untuk isi minyak..So,perhentian terdekat Hentian Sebelah Simpang Pulai..(tak silap la namanya)..Isi minyak kereta,isi perot sekali memandangkan dah tengahari.

Dan perjalanan seterusnya,disambung oleh adik aku..Mata aku dah tak larat nak bukak..Dia la drive sampai ke kulim.Kami selamat sampai di kulim pukul 3.30 tapi punyalagh sesat barat untuk mencari kawasan umah angah ni..Maklumlah kite tak penah sampai kulim..Akhirnya sampai kat umah angah dalam pukul 4.30..Haha sejam sesat.Lagi satu faktor kesesatan kami adalah,cuaca ujan..Padahal map dah ada kat tangan pun boleh sesat..Adik aku menyalahkan co-pilot yg tak reti baca map..hampeh..!!!Anyway,alhamdulilah kami selamat sampai walaupun dalam perjalanan, terjumpa satu accident..Tak berani aku nak nengoknya sebab time tu aku tgh drive..Sejak aku dah boleh bawak kereta ni,aku memang tak kan pandang orang2 yang accident walaupun kat berita tv tu..Nanti kalau tgok,ati aku jadi kecik je..bukan kecik macam mana la..ati tu jadi takut senang cakap la..So,jln terbaik jgnlah tengok..Bawak lah berhati-hati..ingatlah bahawa kita masih ada orang yang menyayangi diri kita..tettt...!!!!

Berkenaan entri kali ni,ati aku rasa sayu sangat dengar lagu kat blog kawan aku ni dieyana ,lagu Maher Zain-For the rest of my life..Sebelum ni penah gak dengar lagu ni,tp x la rasa sayu macam gini..dan buat aku teringat pada Si Dia..I'm so sori for everything dear..Bukan niat i tak nak jumpa u..Tak sempat..Janganlah merajuk lama2 dengan i ok..Kini i di kutub utara,u di kutub selatan..sedeyy..

Ok guys,tomorrow dah nak pulang ke KL..Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat..Insyaallah..

NOTE : Dalam hati ini timbul sejuta kesedihan apabila satu persatu perkara berlaku di luar sangkaan kita..Perlu kuat untuk kita hadapi perkara macam ni..

Tuesday, November 16, 2010

Janganlah ganggu aku..!!

Hi guys..arini aku keje malam..Malam kedua sebelum aku bercuti dan masih ada lagi 1 malam...Alhamdulilah,banyak menda dah setel terutama sekali 'hubby' aku yang telah di servis sebelum aku berjalan jauh ke kulim nanti..So agak lega bila kereta dah servis..Mudah-mudahan selamat sepanjang perjalanan..amin...

Aku nak share cerita ngan korang semua..Aku keje kat hkl ni dah pun 7bln lebih..Lately,aku terasa lain macam je kat ofis ni..lagi-lagi kalau syif malam.Mulanya,x nak dilayan sangat dan tak mau dengar cakap-cakap orang sini tentang 'makhluk' tu..Kalau dengar cite dorang,kite jadi takut.So,buat biasa-biasa je. Nak kata berani sangat pun tidak, nak kata takut sangat pun tidak..Kita amalkan la baca surah-surah yang patut.

Hari sabtu aritu aku keje petang..Petang tu cuaca agak suram je sebab hujan..Tengah sayu-sayu ujan kat luar tu, aku terdengar orang menyelak kertas. Aku pun berjalan sikit nak tengok sape la yang rajin sangat buat ot sampai ke maghrib tu..Bile jengah-jengah,xde sape pun.Tak de sorang pun orang billing department yang buat ot sampai waktu maghrib tu..Memang sah xde..!! Dan teringat cakap-cakap mereka, aku pun apa lagi..terus duduk kaunter semula..Bulu roma dah berdiri dah time tu..

Dan semalam aku keje malam..seperti biasa kalau keje malam ada waktu rehat.Waktu rehat tu memang tak disia-siakan aku untuk tido la..Rugi kalau tak tido.3 jam beb..!!Tapi malam tadi,aku tak boleh nak lena..Bayangkan dari pukul 3.30pagi sampai la ke subuh aku cuba lelapkan mata,tp x berjaya..Mana taknye, aku dengar ada 'orang' rajin tengah buat keje..Menyelak-nyelak kertas..lepas satu,satu.lepas tu satu lagi..Non stop..Pastu pulak, aku dengar macam ada orang amik barang kat tepi telinga aku..Aku pun terus bangun, nyalakan lampu..Huhh..!!so aku langsung tak tido..Bile azan subuh,menda-menda tu terus tak bunyi..Agak cuak jugak la..Dan balik umah dengan keadaan yg ngantok giler dan lapa sangat..Berharap sangat balik umah menikmati tidur yang lena..Alhamdulilah,lepas je sarapan terus tido dengan sangat lena sampai pukul 5.30petang..Huhuu dahsyat giler tido..

Sepanjang aku tido tu, Si Dia on the way pulang ke KL dengan naik bas..Maklumlah nak raya haji bersama keluarga tersayang..Si Dia ni berharap sangat untuk jumpa aku..Sementara menanti aku untuk bangun tu,dia meronda kejap kat The Mall..Harap-harap pas jalan kat The Mall tu aku dah bangun..Memang aku dah bangun.Tapi,aku terpaksa bergegas untuk amik kereta aku yang dah siap di servis..So agak kelam kabut jugak la..Dia beriya-iya nak jumpa aku walaupun kejap, memandangkan pas maghrib dia nak gerak ke Puncak Alam(umah along dia)..Family dia semuanya berkumpul kat sana raya haji ni..Memang tak sempat sangat nak jumpa..Nampaknya, tahun depan je la kite jumpa...Raya haji ni pun aku xde kat KL..huhu..sori sangat-sangat..Macam ni lah kalau dah jauh..masing-masing ada komitmen.Anyway,hope u ok & we will meet again later..insyaallah..

NOTE : Harap 'makhluk' tu tak mengganggu aku lagi pada masa akan datang..sebelum pegi keje, ayah sempat pesan, "semayang isyak jgn tinggal pas tu abis semayang baca 3 qul.."..tq ayah,sayang ayah..!!anakanda akan praktikkan..

Thursday, November 11, 2010

Trip ke KULIM...perancangan Aidil Adha nanti

Haa..disebabkan cuti aidilfitri aku tak dapat cuti awal so,maka dengan ini, Aidiladha giliran aku pula dapat cuti beraya..Tak lama pun,cuma 5hari je cuti..Memang apply cuti 5 hari je dan pada masa apply cuti tu tak de perancangan pun nak ke kulim..Alih2 mak kata, ajak pegi Kulim memandangkan dia tak tengok lagi cucu baru di sana..Aku pun belek-belek la jadual syif aku dan rasa macam tak cukup je cuti 5 hari tu.. (Abis tu nak berapa hari cuti cik lin oii..???)..Memang rasa tak cukup,memandangkan aku yang kene drive ke sana..huhu..Aku rasa Kulim lagi jauh dari balik Pontian..Tp,kalau setakat sehari dua rasa rugi plak..Alang-alang dah sampai sana kene la lama skit..Barulah mak ayah aku lepas rindu kat cucunya kat sana..

Biarpun cuti hanya 5 hari,tetap aku gagahkan jua..demi kak ngah dan anak-anak buah tersayang..Si Anas(anak angah yang sulong) dah pukul canang dengan cikgunya..Siap bagitahu cikgu dia, Nya'ie & Ya'ie (panggilan atok & nenek bagi sesetengah orang jawa yg juga dipanggil oleh cucu-cucu mak ayah aku) nak datang Kulim..yang kelakarnya,cikgu si Anas pun berusaha tanya kat Mak Su Anas ni, "Anas kata, Nya'ie & Ya'ie dia nak datang Kulim..Sape Nya'ie & Ya'ie tu..???" Dah pulak Mak Su Anas ni kene explain kat cikgunya sape Nya'ie & Ya'ie tu..Lawak betol la budak sorang ni..Punya la dia excited nya'ie & ya'ie dia nak datang sana..Buat pengetahuan semua,aku pun tak penah sampai umah angah yang kat Kulim ni walaupun dah bertahun dia dok situ..Ada la 2,3 tahun jugak kot..Sebab before this, angah+abang johan dok Bintulu..Akhirnya,setelah 5 tahun dok sana,dapat jugak ditukarkan ke semenanjung..Kalau Bintulu tu ada la sekali aku nengok dia kat sana..Itupun masa dia lahirkan si Anas..

Walaupun dah pindah ke Semenanjung, tetap jauh jugak..Haihh tu la sape suruh dok jauh2..Orang sentul nak gi tengok pun susah..Siap kene apply cuti haa..Kepada anak-anak buah tersayang, Anas,Raihana, Liyana & Eryna, tunngu ye kedatangan auntie lin,nya'ie, ya'ie & pak cu yea..Insyaallah..Kepada mereka-mereka yang berhajat nak datang umahku pada Aidiladha ni,mintak maaf yea..Saya tiada di KL..wahh gitu..!!!



haa..gambar ni time angah aku mengandungkan si eryna..
yg dok depan sekali tu la anas & raihana
angah & family...
dulu & kini orang selalu keliru aku dengan angah..muka kami sama..ada la sama sikit..ketinggian tu yg sama okey..haha

NOTE : Perhatian kepada orang KULIM sekiranya membaca yea, jangan lupa bawak kami berjalan-jalan di sana yea..

Tuesday, November 9, 2010

Rindu pada FACEBOOK...

Huhu..agak lama jugak aku tak online facebook..Kalau online pun kat umah along aku..Memandangkan aku ni xde broadband..Mulanya nak beli broadband,tp si dia persoalkan balik kat aku untuk ape guna broadband kalau sekadar nak online facebook & update blog..Lagipun dengan jadual kerja aku yang x menentu ni,ada ke masa untuk online..???Ermm btol jugak cakap dia..Kalau agak2 aku nak online,aku serang je umah along aku..Nasib baik la x jauh mana umah dia..

Ape..???Online kat ofis..???Ofis aku mungkin sama jugak dengan ofis korang2 kot..facebook memang di block..Diharamkan..haha..so,nak buat macam mana,'saya yang menurut perintah'je...Bila dah lama tak online ni,terpisah la dari perkembangan semasa kawan2 tersayang..Tahu2 je,kawan ni dah bersalin..tahu2 je kawan ni nak kawen..Kalau tak ada orang sampaikan kat aku,alamatnye memang tak kan aku tahu la..Itulah susahnya..Dah la nak jumpa aku susah kan..???So,kepada kawan2 tersayang yang baca blog ni, kalau ada perkhabaran,roger2 la aku di sini..No tepon tetap yang sama seperti 5tahun yang dulu..Tak pernah aku tukar phone number tu..Dari zaman belajar sampai la zaman keje ni..So,x susah cari aku kan..Janganlah pinggirkan aku..huhu(buat ayat sedih)..

Tentang blog ni,memang aku sentiasa update dan aku akan cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk blog kesayanganku ni..wahhh...dan sebolehnya,bila keje syif malam aku akan update blog ni.. Kepada mereka yang merindui diri ini,jenguklah aku di blog ini dan HKL..hehe..Pasti jumpa aku..!!Anyway,rindu sangat pada kawan2 lama..siapa??????(kawan sekolah rendah/menengah, kawan kolej,kawan poslaju,kawan-kawan yang kenal secara tak langsung & pakwe2 lama..hehe..itu pun ade ke..???)Senang kata, SAYA MERINDUI ANDA SEMUA...Mmmmmuuuahhh....

NOTE : Si Dia selalu cakap,x de maknenya baca blog aku..tp ada menda dia terlepas cakap kat aku & dia tahu dari blog ni..It means, dia follow blog aku..huhh lelaki memang begitu..EGO..!!!

Sunday, November 7, 2010

Kalah dengan teruknya...

Sejak 2,3 ari ni aku keje pagi sahaja dan semestinya langkah kaki tu agak panjang dan mula mengaturkan perjalanan ke sana ke mari..Dan semalam sekali lagi keluar untuk berfoya-foya bersama teman-teman ofis..Agenda kami adalah untuk bermain bowling..Dah lama sangat-sangat aku tak main bowling nih..Mampukah untuk aku angkat bola bowling yang seberat 9kg tu...???Selalunya aku memang main bola 9kilo tu..Kalau bola lain,memang tak terangkat la..patah jari jemari mak,nyah..

Tempat untuk bertarung adalah di Wangsa Walk..Tak gi ramai pun..Cuma 3orang je..

sebelum bertarung,bagi pose gedik jap buat tatapan korang sume..,.haha

sebelum start main bowling,kene la posing jap..kak sa,kak zura & aku..

Jangan pandang belakang...(utk gambar atas & bawah)
konon-konon dapatlah mengubah markah di saat-saat akhir tp...........

tp,malangnya tidakkkkk...!!!tak pe main jes for fun..Bukan bertanding pun..


huhhh lega dapat sedut float ni..


inilah menu utk ari semalam..fish cutlet..
kak zura kata,best betol dok kat sofa nih..macam nak bawak balik umah je..

Keluar mencari ketenangan...haduuuiiii...

Halooo...arghhh 2,3 ari ni  jiwa sedikit agak kacau..Mana taknye,tetibe jiwa ni risau mengenangkan orang di sana..Dah lama perasaan sebegini tak datang menjengah..Dan semalam aku melepak jumpa kawan aku yang dekat tapi jauh..haha sape lagi kalau bukan cik suryana..Dah lama sangat tak jumpa dia..Last jumpa masa open house umah aku aritu.Banyak menda dicerita...

Dan sambil2 tu xkan keluar sesaje je kan..dah tentulah cuci-cuci mata yang dah lama tak dicuci ni..Selagi yang dicari x dijumpai,selagi tu la tak berpuas ati..Tempat dilawati dekat-dekat sini je..iaitu di JJ Wangsa Maju memandang kan nak menyopping..
ice-blended choc yang menjadi pilihan hati
haha..dah makan separuh baru teringat nak tangkap gambar..abis satu Secret Recipe bau durian disebabkan kek aku ni..yummmyyyy...!!!!

berseri-seri muka cik suryana sejak 2 menjak ni yea..aku mendoakanmu..hehe

NOTE : Kawanku kini sudah punya pacar..!!!Maka dengan ini,tak lama lagi aku akan dijamu nasi minyak ko la yan..hehe..Aku tumpang gembira dengan berita gumbira ini..

Sunday, October 31, 2010

Demam melanda...

Badan masih terasa kurang sihat lagi walaupun sebenarnya aku demam dari hari rabu lagi iaitu pada tarikh 27 oktober..Badan lemau lagi..Nak jalan pun x berapa larat lagi..Gi klinik dapat mc sehari je..kedekut tol doktor tu..Aku dah lembik semacam,tergamak dia bagi sehari je..Mengejut demam kali ni..Tiba2 je badan panas..Tp yang  pasti i bukan kene denggi yea..Ada orang tu ingat, i kene denggi..hampehh..!!!

Walaupun tak sihat,gagahkan badan jugak pegi kenduri doa selamat umah jijah sempena mak dia yang akan berangkat menunaikan haji pada 6 november ni..Alhamdulilah..Mudah-mudahan selamat sampai dan dipermudahkan segala urusan di sana..Insyaallah..Seperti biasa,aku ke umah jijah tak la kesorangan..Aku bertemankan Mama Fiza..Berborak panjang kat umah jijah..

Pertemuan kali ni aku rasa seronok sangat..entah lah..teruja pun ada sebenarnya..tak tahu nak gambarkan perasaan ni macam mana..Macam-macam berita gembira aku dengar..Firstly,kawan kami yang bernama Haida dah pun selamat lahirkan baby boy baru2 ni tak silap aku 28 okt 2010..Secondly, hajat mak jijah nak tunaikan haji dah pun kesampaian.Sama-samalah kita doakan...Then borak punya borak one of our fren ni bakal bertunang 01.01.2011 sape lagi kalau bukan Cik Natrah tu..Wahh..calendar opening lagi you..!!!(Aku harus & wajib datang) dan dalam diam-diam Cik Jijah pun bakal menyusul juga setelah mak dia pulang dari haji nanti...Wahh kamu semua tak tunggu aku yea...!!!Owhh tak lupa juga kawan susah senang bersama aku di poslaju juga turut akan bertunang pada 6 November ini..Tahniah Diyana...!!!Nampak gayanya,kawen pun serentak la ni kot..hehe..Tumpang gembira dengar berita ini..Ye la umur pun makin meningkat..Semoga segala urusan kalian dipermudahkan..Kalau perlukan khidmat i, i sedia membantu you all yea..

NOTE : Tak sabar nak tengok anak Haida..Bilalah boleh serbu umah dia ni..???Mesti anak dia kelakar macam maknye jugak tu..

Sunday, October 24, 2010

Dalam proses pembelajaran

Kak Uda aku berpantang di umah Sentul.Di mana,anaknya yang sulung pun turut berada di sini dan menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga & mendidik si kakak yang sulung ni..Anak Kak Uda yang sulung ni namanya Puteri Nur Alia..Panggilan Alia je..

Rasanya dekat sebulan tak silap aku Alia kat umah sentul dan sepanjang tu jugak la budak kecik ni menduga kesabaran auntie lin dia..Itulah susahnya kalau budak kecik ni terlampau dimanjakan sangat.Bukan tak boleh dimanjakan, tapi berpada-pada la..Dan dengan itu,aku mencabar diri ini untuk trained budak ni supaya tak kekal dengan sikap lama,yang mengada-ngada dan tak dengar kata sangat2..

Alia..

Untuk mendidik anak-anak yang nakal macam ni,kita memerlukan pendekatan psikologi..Memukul bukan cara terbaik kerana anak-anak ini akan memberontak dan tunjuk perasaan.Secara tak langsung mental anak-anak ini akan tertekan..Pada usia aku yang masih muda dan masih tidak berpengalaman mempunyai anak sendiri,aku menggunakan kemudahan internet yang ada untuk mendidik anak2 sedemikian..Perlu banyak membaca dan cuba untuk praktikkan nya..Budak2 usia begini, kita sebagai orang dewasa perlu pandai psiko mereka..Banyak artikel2 di internet yang boleh kita baca sebagai ilmu utk mendidik anak2 ini.

Tahu tak sekarang ni aku rasa,aku nak cari buku berkenaan mendidik anak-anak..kadang-kadang tak semua cara kita tu betul.Ada cara yang lebih baik..So,tak salah kalau kita belajar dari sekarang tentang ilmu ni kan..Jangan tahu buat anak je,tapi tanggungjawab untuk mendidik anak dilepaskan begitu saja..

NOTE : Sebagai seorang perempuan,sikap keibuan tu memang semulajadi wujud dalam diri walaupun aku masih belum berkahwin dan tak mempunyai anak lagi.

Sunday, October 17, 2010

Anak buahku yang ke-9...

Setelah tunggu punya tunggu akhirnya,kak uda aku telah pun selamat bersalin pada 13 Oktober 2010..baby girl jugak pada jam 10.25pg di HKL..baby seberat 3.22kg..Alhamdulilah..dan akulah ambulans nye..hihi..Banyak kisah disebalik kak uda aku nak bersalin ni..Antara yang boleh aku share kan kat sini pasal malam dia nak admit ward..

12 oktober 2010 pagi tu,kak uda dah mengeluh sakit2 perut..then mak yang berpengalaman pun cakaplah yg kak uda ni akan bersalin pada aritu jugak..Dan aku perlu dalam keadaan berjaga-jaga..Nasib baik aku cuti..So,xde la mak ayah aku risau..sebab ambulans tak bertauliah ada kat umah..Kalau aku hilang pun mungkin kuar kejap @ melawat si dia yg kat tawakkal hospital time tu..dan tepat pukul 11 malam,kak uda aku kejut sebab prot dia dah sakit sangat-sangat..So,apalagi..???Sepantas kilat aku terus bersiap..Dan malam tu jugak kak uda admit ward..Tp,bukan malam tu dia bersalin..Keesokkan harinya..
inilah dia baby girl kak uda aku..anknya yg ke-2
PUTERI NUR ALISYA
Si kecik ni dah ada nama..selagi blom ada nama,si kecik ni asyik nangis je..Bila dah ada nama sendiri,barulah dia x meragam dan tido dia pun lena..Semoga anak buah auntie lin baik2 saja yea..

NOTE:Tahun depan sape lagi nak menyumbangkan anak buah buat auntie lin ni..???