Lamanya aku rasa x bukak dan update blog ni..Sori guys,sbb x sempat nak update...Mesti korang tertunggu-tunggu khabar berita dari aku sepanjang aku keje di HKL..Adakah baik..?? Adakah tidak...Meh aku ceritakan satu persatu pengalaman aku bekerja di HKL..
HKL (Hospital Kuala Lumpur) terlalu asing buat aku..Aku hanyalah beberapa kali saja menjejakkan kaki di sana..Itupun, aku melawat arwah ayah Fiza ketika arwah sedang sakit tenat..Aku datang melaporkan diri pada 1 April 2010 bersamaan ari Khamis..Aku datang lapor diri dgn keadaan badanku terlalu letih..Aku x cukup rest..Aku terlalu sibuk membuat persiapan utk lapor diri..Contohnya,check-up, sediakan gambar pasport, dokumen2 yg perlu dibawa..Mengangkat dan memindahkan barang2 aku di Poslaju..Fuhh terlalu penat..
Pada hari lapor diri tu aku terus ke Pejabat Cawangan Perkhidmatan.Di situlah tempat aku melaporkan diri..Setelah selesai,aku dan 7orang lg yg datang sama2 lapor diri dgn aku ditempatkan di bilik mesyuarat kerana masih tidak tahu lg penempatan kami..Means,x tahu lg aku dihantar ke Department mana..Memang bosan teramat sangat..Sbb jes duduk saja di bilik mesyuarat tu..Sesekali,aku dapat panggilan dari Ros bertanyakan tentang keje2 aku yg baru saja diambil alih oleh dia...Dan mula lah rasa sayu di hati apabila,aku terdengar lagu2 yg pernah aku dengar sepanjang aku di ofis Poslaju...Aku amat rindukan Poslaju ketika itu...
Aku menetap di bilik mesyuarat itu sehingga ari isnin (05 april 2010)...Pada hari tersebut aku telah ketahui aku ditempatkan di department mana..Aku telah ditempatkan di Department Pentadbiran dan Kewangan...Aku mula tersenyum..tetapi senyum aku itu tidak kekal lama kerana Department ini dipecahkan kpd 6 bahagian...Unit Hasil, Unit Gaji, Unit Aset, Unit Perolehan..lagi 2 aku x ingat la..Kami 8 orang telah pun tahu department mana..2 orang dari kawan aku iaitu Kaki Izan dan Ikin ditempatkan di Department Pediatrik (wad kanak2), Zai pulak Department Patologi, dan 5 orang lagi iaitu Abg alatas,Ila, Yana,Qaiyum dan aku di Pentadbiran dan Kewangan..Kami telah diberi briefing oleh En.Azrul Aduka selaku Ketua Penolong Pengarah Department Pentadbiran dan Kewangan..Menurut kata beliau, terdapat 4 kekosongan di bahagian Unit Hasil (means, bertugas di kaunter) dan 1 kekosongan di Unit Aset..
Hati aku mula x sedap..Apa saja kemungkinan, aku harus terima..Tapi,aku terlalu mengaharapkan Unit Aset adalah tempat utkku..kerana position itu ofis hour..Manakala Unit hasil yg perlu bertugas di kaunter adalah syif...
Balik umah dgn berat hati bagitahu mak tentang perkara ini...Ape skalipun keputusan,aku terima dengan redha..walaupun aku terpaksa korbankan masa tidoku utk keje syif..
06 April 2010,keputusan telah dibuat..Memo dalaman telah dikeluarkan..Akhirnya terjawab sudah..Apa yg aku inginkan tidak mudah utk aku miliki..Aku ditempatkan di Unit Hasil, Kaunter Daftar masuk Wad Utama (bersebelahan Kecemasan)...dan dgn rasa beratnya, aku terpaksa keje syif...Sedih sangat apabila satu perkara yg kita inginkan,x dapat...Nak x nak,ini tugas aku..aku kene jalankan jugak tugas ini..Syif aku akan bermula bulan Mei nanti..So,buat masa ni aku masuk bekerja mengikut ofis hour..iaitu dari 8 pagi hingga 5petang..
Ok..cakap pasal pengalaman aku bekerja di hospital..huiii sungguh mengerikan..hehe..Aku x biasa dgn suasana hospital..Bg permulaan ni,aku rasa agk seram skit la..Mana x nya,kaunter aku betol2 bersebelahan dengan Kecemasan..Sering kali terdengar bunyi siren ambulans..dan ada je mangsa2 yg cedera yg kuar dari van ambulans tu..Ada yg berdarah..ada yg berbalut sana sini danada yg parah..Buat masa ni,aku x de lagi kekutan utk melihat semua menda2 itu..Pernah satu hari,aku nak berjalan ke kafe, dan aku ternampak darah menitik-nitik atas lantai..darah merah pekat..dan setiap kali aku nk ke kafe,aku pasti bertembung dgn nurse2 yg tolak katil pesakit..dan tiap kali tu la jugak,aku akn memalingkan muka dan pandangan ku ke arah lain..belum ada kekuatan..May be kalau dah keje lama,aku akan lali dgn perkara2 macam ni..
So guys,wish me luck..and aku x tahu lg biler berkesempatan lagi nak update blog ni..Insyaallah,ada masa, aku akn update blog ni..I love u all....mmmuuuaaahhh....
Noted : Tahniah buat sahabat baikku atas kandungannya..Selamat menjadi ibu..Jaga kandungan baik2..Aku x sabar nak jadi mak angkat pada ank kau nanti..hehe..Tahniah sekali lagi buat Hafiza+Sanusi..Tabik spring sama lu..!!!!haha...X lupa jugak,tima kasih banyak2 pada kawan aku Jijah yg sudi jd Cikgu Memandu aku sampai lah aku menjadi pemandu yg berkhemah..Thanks dear..Bile aku lalu bulatan Pahang, aku pasti teringat Jijah..hehe..