Sunday, August 29, 2010

Ke Mana hilangnya MOOD RAYA aku ni...?????!!!!

Hari ni dah 19 Ramadhan..sekejap je rasa puasa tahun ni..Persiapan raya..??ermm kalau baju raya tu aku dah beli siap je sebelum puasa lagi..Memandangkan aku ni malas nak keluar di bulan puasa dan juga jadual syif aku yg terlampau pack.. Di mana sedikit sebanyak menyekat pergerakan aku utk keluar bershopping...Cakap pasal raya ni, i noticed something la..mood aku utk raya tahun ni langsung xde..Senang kata, raya macam x raya laa..May be sebab aku berkeje di hari raya kot..

Haaa..lupa pulak,nak ucapkan tahniah kpd kawan2 yg keje kerajaan sbb dapat 'bantuan kewangan' sempena hari raya ni sebanyak RM500..dapatlah buat tambang balik kampung dan duit raya..btol x...?? Aku..??? Tak tahulah dapat ke x,sebab aku masih lagi baru berkhidmat di kerajaan ni..Nak tahu dapat ke x,kene la tunggguuuuuuuu.....

Lagi 11 hari je kita akan meninggalkan Bulan Ramadhan tahun ni..Bulan yg penuh dengan keberkatan...Dan lagu raya pun telah berkumandang di radio..Dalam banyak2 lagu raya,aku terdengar ada satu lagu raya lama yg memang betul2 kena tepat dengan aku..aku nak cuba link kan lagu raya tu dari youtube,tp masalahnya internet kat ofis ni terlampau lah hebat lajunye...hehe..so, aku hanya mampu sumbangkan liriknya pada kalian...

Senandung Hari Raya Untuk Mu
Artist: Dayangku Intan

Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu
Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera
Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya
Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga

Lagu ni sesuai sangatlah bagi mereka2 yang berkeje di hari raya ini..hehe..

Note : Hati bercampur baur di saat ini...lebih kepada sayu...Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segalanya...Jika diizinkan oleh-Nya,maka apa yang kita rancangkan menjadi realiti...Sesungguhnya,aku redha...




Wednesday, August 18, 2010

Adakah aku mengalami penyakit INSOMNIA....????!!!!

Sejak kebelakangan ini aku terlalu susah utk mendapatkan tidur yang lena..Aku selalu gelisah..Kadang2 tu mata lelap tapi fikiran entah ke mana dan membuatkan aku tidur x lena dan mencukupi...Tp,bila dapat tidur, mahu satu hari aku di katil..hehe..Mulanya,aku anggap menda ni perkara biasa tp lama kelamaan aku tengok masalah tidur ni makin kronik apatah lagi dengan jadual kerja aku yang bersyif..Tidur pun x menentu..Aku cuba dapatkan fakta tentang INSOMNIA ni..cuba baca fakta bawah ni.....>>>>>



Apa itu insomnia?Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.
Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.


RAMAI yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur. Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu. Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.




"Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.



Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:

* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)


Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya.Rata-rata, mereka hanya datang berjumpa doktor setelah sebulan berdepan dengan masalah ini atau insomnia yang dihidapi telah serius.Tidur, sebetulnya merupakan satu proses yang kompleks. Mengikut kajian sains, banyak bahagian otak yang mengawal dan mempengaruhi tidur pada tahap yang berbeza-beza.


TIP

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat    petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

So,apa patut aku buat sekarang..???? Sesungguhnya badan terasa amat penat bile kita x dapat tidur yg cukup..emosi pun x stabil apatah lagi dengan hal2 yg memerlukan utk aku berfikir...Sampaikan sebelum nak tidur tu aku siap berdoa supaya aku peroleh tidur yg lena..Tapi apakan daya, xdapat gak tidur...

Tuesday, August 17, 2010

Saya nak TEH 3 LAYER...!!!!!!

Haihh..tak tahulah ape kene ngan aku ni..Sejak Si Dia bawak aku minum & makan-makan kat Kopitiam Daily@ Pavilion, aku asik teringatkan TEH 3 LAYER je..bukannya ni pertama kali aku minum..Masa zaman keje kat Poslaju pun ada gak aku try teh 3 layer ni..Aku ngidam nak minum air ni dari bulan 7 lg tau..dari besday aku..Tp,x tahu nak cari kat mana selain dari kat Pavilion..

haa..inilah teh 3 layer yg aku maksudkan tu...

Takkan nak tunggu dia balik KL baru dapat minum teh tu kot...ermmm...Tolongggg dapatkan saya teh 3 layer...!!!!!! Bulan2 puasa ni tekak ni nak macam2 lak..kalau bulan x pose xde la nak minum itu ini...
Note : Kepada kawan2ku yg dikasihi,bawalah saya ke tpt yg ada jualnye air ini...hehe...

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan buat semua...

Maaf terlambat mengupdate entri kali ni..Maklumlah bulan puasa..x berkesempatan..Errmm semua umat islam berpuasa mulai 11 August 2010 dan utk makluman korang,pada puasa pertama aku keje syif petang dan hinggalah ari jumaat(13 ogos 2010) aku masih berkeje syif petang...Dan ingin aku war2 kan kepada seluruh rakyat jelata bahwa mulai arini Sabtu (14 ogos 2010) hingga Khamis (19 ogos 2010) patik akan berbuka di rumah bersama mak ayah terchenta...Sian dorang buke berdua je..Nak buat macam mana, bertugas utk rakyat..hehe..poyo sungguh statement ku..Demi tugas,x dapat nak dielakkan..Tp, bagi aku CC aku dah cuba aturkan jadual syif yang sebaik mungkin..Dimana,masing2 dapat berbuke di rumah bersama keluarga tersayang...

Tak sama nikmat berbuke di rumah dgn di tempat keje...Kalau kat tpt keje ni x boleh la lengah2 macam2 kat umh..lps je buke,kene cepat2 semayang maghrib and bergerak trus ke kaunter..Is not big deals la...kene la tolak ansur sikit kan..Tapi,ape yg best buke kat ofis ni,bile petang2 kami yg berkeje syif petang akan berjalan ke bazaar..kat kuarters HKL ni ada bukak bazar ramadhan kat situ..so,membeli belah la disitu..walaupun x byk sgt pilihan..Sekadar utk berbuke dan mengalas perut yg seharian kekosongan..huhu..Bile berbuke xde la masalah sgt bg aku..Sebab aku x perlu mencari nasi apabile berbuke..Cukup sekadar minum air SEJUK dengan makanan yg simple2 something like murtabak, kuih, roti john..Nasi tu WAJIB dimakan apabila bersahur sahaja..Mungkin dah terbiasa macam tu kot..

Ok2..stop pasal makanan..buat i rasa lapar je..ermm jadual keje utk raya sudah keluar..!!!!Masing2 berpusu-pusu menengok syif masing2..Memandangkan aku kene raya di kl dan senag kata kene keje di hari raya...Yeaa saya tahu..ramai yg teramat simpati ngn saya..hehe..Bagus jugak CC aku buat jadual awal2..supaya mental dan fizikal aku lebih bersedia utk hadapi ari itu nanti..huahua...=(

Ok guys,selamat berpuasa pada sume..perbanyakanlah ibadat di bulan puasa ni..sesungguhnya ganjarannya terlalu besar..Kepada gurl2 yg x boleh puasa,jgn makan secara terbuka..nanti kene tangkap..huhu..cover2 skit makan tu..

Sunday, August 1, 2010

Malam Pertama...

Haa..kenapa ada yg senyum-senyum tu..????Bukan aku nak cite tentang Malam Pertama sebagai pengantin..Tapi aku nak citekan tentang malam pertama aku memulakan tugas syif malam..Setelah genap 4 bulan aku berkhidmat di HKL,inilah pertama kali aku bertugas malam..Fuhhh adventure btol..!!!Kebetolan 1hb jatuh ari ahad..Lupa plak nak cakap,arini aku keje 2 syif..Pagi & Malam...

Kononnya balik keje pagi nak pulun tido la memandangkan malam nak keje..Kene la tido puas2 dan cukup rehat..Tp,apa yg diharapkan sebaliknya...Sampai umah dah pukul 2.30ptg...Then terus menuju ke destinasi utk naik jet iaitu katilku yg sudah berwajah baru..hehe..Tapi,tak boleh lena..cuba jugak lelapkan mata, pun x boleh dan tak berjaya..huhh..!!!Benci la..!!Kepala dah mula sakit-sakit...Mungkin aku x berjaya utk lelapkan mata sebab terlampau pikirkan tentang syif malam yg bakal aku lalui..huhu..aku syif malam bersama abang sobri..Orang paling lama kat kaunter ni..

Persiapan keje malam..???ilmu di dada kene cukup..Sebab bile keje malam ni,kite akan jumpa macam2 kes,macam2 ragam patient..sebab tu aku perlu amik masa 4bulan sebelum naik syif malam..utk pastikan aku btol2 mahir dalam tugas ni..Mak aku risau sangat tengok keadaan aku yg x cukup tido ni..mana tak nya,dah la x tido,nak drive lg,byk kali mak pesan suruh call dia bile dah sampai ofis..hehe..risau bebenar cik tinah tu..

Jam menunjukkan pukul 1.00pagi..so far alhamdulilah,semuanya bisa di atur lg...bukak radio kuat2..karaoke sorang2..hehe..menahan mata yg agak ngantokss...sambil tu,bile keje malam ni,dapatlah aku study utk exam..10hb ni aku exam sah jawatan perkhidmatan awam..tp satu apa x baca lg..asal bukak buku je,mata tutup...ok guys,tidolah baik2..selamat malam everyone..hargai tidur malam kalian...mmmuuuaahhhh....