Saturday, November 27, 2010

Terima Kasih di atas komen 'ANDA'..

First of all,thanks a lot kepada semua kawan2 yang sudi baca blog ni & ada juga antara korang yang memang follow blog ni..Maklumlah,kita-kita ni jarang ketemu so,hanya dari blog ni je la kawan-kawan dapat tahu perkembangan kita..dan di sini saya nak highlight tentang 1 perkara, BLOG INI ADALAH KEPUNYAAN SAYA, SAYA CREATE BLOG INI MENGGUNAKAN EMAIL ADDRESS SAYA SENDIRI & SECARA AUTOMATIK BLOG INI ADALAH HAK SAYA. SAYA BERHAK UTK MENCERITAKAN APA SAHAJA PERKEMBANGAN DIRI SAYA SELAGI IANYA TIDAK MENYENTUH ISU-ISU SENSITIF..

Terima kasih sangat-sangat kepada yang sudi komen dalam blog ini especially kpd kawan2 blogger..Puan Fiza , Natrah , Niniey , Jijah , Dieyana  &  Hana yang bukan setakat kawan dlm blog malah akan jadi sedara aku tak lama lagi..hehe..Insyaallah..serta komen2 dari mereka yang diluar sana..Buat mereka yang memberi komen yang bukan2,jgn harap la komen anda akan terpampang di blog saya.Sebab segala komen2 dari anda akan ditapis..sekali lagi saya ulang AKAN DITAPIS..!!

Dan kepada 'ANDA' yang sedang membaca blog ini dan mungkin follow blog ini,terima kasih atas komen anda pada tempoh hari dan saya cuma nak ingatkan satu perkara KITA HIDUP KAT DUNIA NI TAK PERLULAH NAK HIPOKRIT...!!! SAYA SELESA MENJADI DIRI SAYA SENDIRI..YANG PENTING,HATI KITA PERLU BAIK DAN JGN SESEKALI BERHATI BUSUK SEBAB DARI HATI AKAN TERPANCAR SEGALANYA DI WAJAH..HARUS INGAT TU..!!! (sape yang berkenaan tu,yg memberi komen tak related langsung dgn entri aku tu sure terasa kan..sape mkn cili dia lah rasa pedasnya...kehkehkeh..)

NOTE : Untuk 'ANDA' yang sedang 'sakit', terima kasih di atas komen 'ANDA', tetapi komenlah dengan idealistik bukan plastik semata-mata. Anda boleh komen orang lain tetapi cuba perhatikan diri 'ANDA' sendiri terlebih dulu. Siapa anda untuk menilai seseorang..??? Adakah jika 'ANDA' melayu,'ANDA' yakin anda Islam sejati..????Renungkan...JANGAN SESUKA HATI MEMBUAT PENILAIAN KEPADA SESEORANG DARI LUARAN & PERLU ANDA INGAT,ANDA SIAPA UNTUK MENILAI.................???????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 24, 2010

KULIM ohhh KULIM

Haa..hari ni baru lah sempat nak update tentang percutian aku & family di Kulim..Percutian ke..???boleh la..Sori sangat-sangat sebab aritu tak sempat nak masukkan gambar-gambar anak-anak buah tersayang..Balik dari bercuti terus start keje..Ni pun badan terasa agak letih sebab tak dapat rehat yang secukupnya..Kalau boleh nak tido puas-puas..

Kak Uda aku pun dah balik ke Penang..Terasa sunyi pulak umah tu..Sebelum ni umah tu riuh dengan suara Si Alia & Alisya.Ada je menda yang di cari gaduh..Bila ada kat umah,kita pening..bila dah balik,kita jugak yang rindu..huhu..Ntah la saat sekarang terlampau rindukan mereka-mereka yang cilik tu..Auntie Lin miss u all,my dear..
Eryna yang semakin debab..!!!
Anas & Raihana yang teruja sangat kedatangan Nya'ie & Ya'ie nye..
Liyana..Masa baru-baru sampai kat Kulim,aku terkejut dgn anak buah aku yg sorang ni..Bkn terkejut pasal apa,terkejut sbb dia makin cantik nak dibandingkan time dia balik KL bulan Jun aritu.
Anak buah & makciknye mempunyai hobi @ tabiat yg sama iaitu 'KAMI PANTANG JUMPA CAMERA..!!!'
Mungkin dgn gambar ini akan jatuh sahamku..oohhh tidakkk..!!! Saya belum kawin lagi yea..

Masing-masing menayang duit raya yang diterima..Dulu masa kecik-kecik nak seringgit je..Bila dah kenal duit,nak yang besar2 aje..seringgit dah x main..haha..
Alamakkk..tengah syok2 upload gambar,tetiba datang meroyan internet ni plak..Tak boleh nak upload gambar lagi..dengki btol la server ni..Haa sume nye nak di salahkan..Kalau boleh,sume gambar nak diletakkan kat blog ni..Maklumlah dulu bole online facebook sumenye nak di taruk kat facebook..Blog aku pun dah tin tong..dah tak boleh menerima input2 lagi..

Gambar-gambar kat atas pun dah cukup menunjukkan betapa gembiranya budak-budak 3orang ni..Thanks a lot to angah & abang johan sebab menyediakan penginapan serta menyediakan makan minum & kelengkapan kami...Ohh tidak lupa,turut menyediakan mesin urutan..Wahh cakap ala-ala macam u all agen pelancongan je..Dan 1 perkara nak bagitahu,penat wei drive jauh-jauh..!!!Pas ni beli umah dekat-dekat je..(permintaan adikmu..hehe)


Anas ngan Raihana nak merasa naik 'hubbyku'..Tahun depan nak naik kereta Anas yg baru plak..hehe..
kami sekeluarga...
Akhirnya,setelah usaha demi usaha di buat,dapat jugak aku upload 3 gambar terakhir..Barulah puas ati..So,next percutian ke mana....?????Dah ada tempatnya..Tapi kali ni bersama Along & family..Dah siap booking hotel lg..Sayangnya, aku tak dapat nak ikut..Lain kali bagitahu la awal2 nak gi bercuti.Senang apply cuti.huhu..sedey nye di tinggalkan aku kesorangan kat kl nanti..Anyway,tak kesah pun kene tinggal.Yg penting mak & ayah happy..Nak tahu ke mana..??Ke PORT DICKSON....!!!!!!

Sunday, November 21, 2010

Walaupun penat,tetap luangkan masa bersama kawan tersayang..

Alhamdulilah..aku sampai di KL pukul 6 petang tadi..Setelah menempuh perjalanan yg agak jauh selama 6jam..Sepanjang perjalanan,ada la 2,3 accident yang aku jumpa..Tapi best balik kali ni,aku banyak rehat..adik aku yg byk drive..Tq pak cu..Ntah la mata aku ni ngantok je..asal nak pegang stereng je,mata mula ngantok..haha..sebenarnya ngada2 lebih..Tp,x de la aku dera adik aku drive dari kulim ke kl..gilir2 la jugakk..Pasal cerita kulim,nanti aku upload gambar yea..ada la 2,3 keping gambar aku bersama anak buah tersayang..Ye ke 2,3 keping..???tengok je la nanti..berkeping-keping..gambar2 tu masih belum di edit lg & belum transfer ke pendrive pun..masih lagi kat kamera..

Ok pas semayang magrib,cadangnya nak rehat-rehat memandangkan badan letih teramat sangat..Tp,tiba2 teringat kat kawan aku yang sorang ni..Dia mengadu kat aku time tu aku kat kulim..so phm2 la kalau berchatting kat facebook ni mana la puas..so,masing2 mencari masa yang sesuai utk ketemu..Dan setelah rehat-rehat,mata ni x mau la tutup..Apalagi,sms la Cik Ila utk ketemu..Dengar dari cite masa chatting aritu macam berat je..Aku teringin nak tahu,kenapa ngan budak ila ni..Kebetulan malam tadi aku free sangat, nak lelapkan mata pun tak boleh so kami berjumpa & melepak kat Danau Kota lebih dari 3jam..Bapak lama gile..Dari pukul 9malam-12.30malam..mengalahkan orang berdating ek..Kawan punya pasal..

Cerita punya cerita, mata ila berair..aku pun tersentuh & tak dapat bayangkan kalau aku di tempat dia..Perlukan kekuatan..Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..To my beloved fren,please be strong dear..past is past..Sesungguhnya,Allah telah merencanakan yang terbaik buat kamu..

NOTE : Kadangkala Allah datangkan petir & kilat..kita akan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar..Rupa-rupanya Allah ingin berikan kita pelangi yang indah..Yang tak pernah kita sangkakan..

Friday, November 19, 2010

Kenapa ek rasa sayu je dengar lagu Maher Zain ni..?????????

Halooo..aku di bumi kulim tika ini..saat2 ini..sungguh tenang sekali..dalam ketenangan tu,jiwa dihimpit rasa kacau..wahh berpujangga aku..Sebelum tu nak cerita tentang perjalanan aku dan family ke kulim semalam..Semalam(17 nov) lepas ayah dan adik aku selesai solat sunat aidil adha,kami pun terus bersiap-siap nk bertolak..Sebelum tu,kami ni menunngu along & family datang.Nak datang beraya..walaupun hakikatnya mak aku xde la masak2 untuk raya pada kali ini..Bertolak dari sentul pukul 10.30pagi..Aku yang drive..Walaupun hanya dapat tido 3jam je,aku gagahkan jugak..Cadangnya nak berhenti kat R&R Sg Perak,tp disebabkan minyak kereta aku tak mengizinkan,terpaksa la berhenti kat mana2 perhentian untuk isi minyak..So,perhentian terdekat Hentian Sebelah Simpang Pulai..(tak silap la namanya)..Isi minyak kereta,isi perot sekali memandangkan dah tengahari.

Dan perjalanan seterusnya,disambung oleh adik aku..Mata aku dah tak larat nak bukak..Dia la drive sampai ke kulim.Kami selamat sampai di kulim pukul 3.30 tapi punyalagh sesat barat untuk mencari kawasan umah angah ni..Maklumlah kite tak penah sampai kulim..Akhirnya sampai kat umah angah dalam pukul 4.30..Haha sejam sesat.Lagi satu faktor kesesatan kami adalah,cuaca ujan..Padahal map dah ada kat tangan pun boleh sesat..Adik aku menyalahkan co-pilot yg tak reti baca map..hampeh..!!!Anyway,alhamdulilah kami selamat sampai walaupun dalam perjalanan, terjumpa satu accident..Tak berani aku nak nengoknya sebab time tu aku tgh drive..Sejak aku dah boleh bawak kereta ni,aku memang tak kan pandang orang2 yang accident walaupun kat berita tv tu..Nanti kalau tgok,ati aku jadi kecik je..bukan kecik macam mana la..ati tu jadi takut senang cakap la..So,jln terbaik jgnlah tengok..Bawak lah berhati-hati..ingatlah bahawa kita masih ada orang yang menyayangi diri kita..tettt...!!!!

Berkenaan entri kali ni,ati aku rasa sayu sangat dengar lagu kat blog kawan aku ni dieyana ,lagu Maher Zain-For the rest of my life..Sebelum ni penah gak dengar lagu ni,tp x la rasa sayu macam gini..dan buat aku teringat pada Si Dia..I'm so sori for everything dear..Bukan niat i tak nak jumpa u..Tak sempat..Janganlah merajuk lama2 dengan i ok..Kini i di kutub utara,u di kutub selatan..sedeyy..

Ok guys,tomorrow dah nak pulang ke KL..Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat..Insyaallah..

NOTE : Dalam hati ini timbul sejuta kesedihan apabila satu persatu perkara berlaku di luar sangkaan kita..Perlu kuat untuk kita hadapi perkara macam ni..

Tuesday, November 16, 2010

Janganlah ganggu aku..!!

Hi guys..arini aku keje malam..Malam kedua sebelum aku bercuti dan masih ada lagi 1 malam...Alhamdulilah,banyak menda dah setel terutama sekali 'hubby' aku yang telah di servis sebelum aku berjalan jauh ke kulim nanti..So agak lega bila kereta dah servis..Mudah-mudahan selamat sepanjang perjalanan..amin...

Aku nak share cerita ngan korang semua..Aku keje kat hkl ni dah pun 7bln lebih..Lately,aku terasa lain macam je kat ofis ni..lagi-lagi kalau syif malam.Mulanya,x nak dilayan sangat dan tak mau dengar cakap-cakap orang sini tentang 'makhluk' tu..Kalau dengar cite dorang,kite jadi takut.So,buat biasa-biasa je. Nak kata berani sangat pun tidak, nak kata takut sangat pun tidak..Kita amalkan la baca surah-surah yang patut.

Hari sabtu aritu aku keje petang..Petang tu cuaca agak suram je sebab hujan..Tengah sayu-sayu ujan kat luar tu, aku terdengar orang menyelak kertas. Aku pun berjalan sikit nak tengok sape la yang rajin sangat buat ot sampai ke maghrib tu..Bile jengah-jengah,xde sape pun.Tak de sorang pun orang billing department yang buat ot sampai waktu maghrib tu..Memang sah xde..!! Dan teringat cakap-cakap mereka, aku pun apa lagi..terus duduk kaunter semula..Bulu roma dah berdiri dah time tu..

Dan semalam aku keje malam..seperti biasa kalau keje malam ada waktu rehat.Waktu rehat tu memang tak disia-siakan aku untuk tido la..Rugi kalau tak tido.3 jam beb..!!Tapi malam tadi,aku tak boleh nak lena..Bayangkan dari pukul 3.30pagi sampai la ke subuh aku cuba lelapkan mata,tp x berjaya..Mana taknye, aku dengar ada 'orang' rajin tengah buat keje..Menyelak-nyelak kertas..lepas satu,satu.lepas tu satu lagi..Non stop..Pastu pulak, aku dengar macam ada orang amik barang kat tepi telinga aku..Aku pun terus bangun, nyalakan lampu..Huhh..!!so aku langsung tak tido..Bile azan subuh,menda-menda tu terus tak bunyi..Agak cuak jugak la..Dan balik umah dengan keadaan yg ngantok giler dan lapa sangat..Berharap sangat balik umah menikmati tidur yang lena..Alhamdulilah,lepas je sarapan terus tido dengan sangat lena sampai pukul 5.30petang..Huhuu dahsyat giler tido..

Sepanjang aku tido tu, Si Dia on the way pulang ke KL dengan naik bas..Maklumlah nak raya haji bersama keluarga tersayang..Si Dia ni berharap sangat untuk jumpa aku..Sementara menanti aku untuk bangun tu,dia meronda kejap kat The Mall..Harap-harap pas jalan kat The Mall tu aku dah bangun..Memang aku dah bangun.Tapi,aku terpaksa bergegas untuk amik kereta aku yang dah siap di servis..So agak kelam kabut jugak la..Dia beriya-iya nak jumpa aku walaupun kejap, memandangkan pas maghrib dia nak gerak ke Puncak Alam(umah along dia)..Family dia semuanya berkumpul kat sana raya haji ni..Memang tak sempat sangat nak jumpa..Nampaknya, tahun depan je la kite jumpa...Raya haji ni pun aku xde kat KL..huhu..sori sangat-sangat..Macam ni lah kalau dah jauh..masing-masing ada komitmen.Anyway,hope u ok & we will meet again later..insyaallah..

NOTE : Harap 'makhluk' tu tak mengganggu aku lagi pada masa akan datang..sebelum pegi keje, ayah sempat pesan, "semayang isyak jgn tinggal pas tu abis semayang baca 3 qul.."..tq ayah,sayang ayah..!!anakanda akan praktikkan..

Thursday, November 11, 2010

Trip ke KULIM...perancangan Aidil Adha nanti

Haa..disebabkan cuti aidilfitri aku tak dapat cuti awal so,maka dengan ini, Aidiladha giliran aku pula dapat cuti beraya..Tak lama pun,cuma 5hari je cuti..Memang apply cuti 5 hari je dan pada masa apply cuti tu tak de perancangan pun nak ke kulim..Alih2 mak kata, ajak pegi Kulim memandangkan dia tak tengok lagi cucu baru di sana..Aku pun belek-belek la jadual syif aku dan rasa macam tak cukup je cuti 5 hari tu.. (Abis tu nak berapa hari cuti cik lin oii..???)..Memang rasa tak cukup,memandangkan aku yang kene drive ke sana..huhu..Aku rasa Kulim lagi jauh dari balik Pontian..Tp,kalau setakat sehari dua rasa rugi plak..Alang-alang dah sampai sana kene la lama skit..Barulah mak ayah aku lepas rindu kat cucunya kat sana..

Biarpun cuti hanya 5 hari,tetap aku gagahkan jua..demi kak ngah dan anak-anak buah tersayang..Si Anas(anak angah yang sulong) dah pukul canang dengan cikgunya..Siap bagitahu cikgu dia, Nya'ie & Ya'ie (panggilan atok & nenek bagi sesetengah orang jawa yg juga dipanggil oleh cucu-cucu mak ayah aku) nak datang Kulim..yang kelakarnya,cikgu si Anas pun berusaha tanya kat Mak Su Anas ni, "Anas kata, Nya'ie & Ya'ie dia nak datang Kulim..Sape Nya'ie & Ya'ie tu..???" Dah pulak Mak Su Anas ni kene explain kat cikgunya sape Nya'ie & Ya'ie tu..Lawak betol la budak sorang ni..Punya la dia excited nya'ie & ya'ie dia nak datang sana..Buat pengetahuan semua,aku pun tak penah sampai umah angah yang kat Kulim ni walaupun dah bertahun dia dok situ..Ada la 2,3 tahun jugak kot..Sebab before this, angah+abang johan dok Bintulu..Akhirnya,setelah 5 tahun dok sana,dapat jugak ditukarkan ke semenanjung..Kalau Bintulu tu ada la sekali aku nengok dia kat sana..Itupun masa dia lahirkan si Anas..

Walaupun dah pindah ke Semenanjung, tetap jauh jugak..Haihh tu la sape suruh dok jauh2..Orang sentul nak gi tengok pun susah..Siap kene apply cuti haa..Kepada anak-anak buah tersayang, Anas,Raihana, Liyana & Eryna, tunngu ye kedatangan auntie lin,nya'ie, ya'ie & pak cu yea..Insyaallah..Kepada mereka-mereka yang berhajat nak datang umahku pada Aidiladha ni,mintak maaf yea..Saya tiada di KL..wahh gitu..!!!



haa..gambar ni time angah aku mengandungkan si eryna..
yg dok depan sekali tu la anas & raihana
angah & family...
dulu & kini orang selalu keliru aku dengan angah..muka kami sama..ada la sama sikit..ketinggian tu yg sama okey..haha

NOTE : Perhatian kepada orang KULIM sekiranya membaca yea, jangan lupa bawak kami berjalan-jalan di sana yea..

Tuesday, November 9, 2010

Rindu pada FACEBOOK...

Huhu..agak lama jugak aku tak online facebook..Kalau online pun kat umah along aku..Memandangkan aku ni xde broadband..Mulanya nak beli broadband,tp si dia persoalkan balik kat aku untuk ape guna broadband kalau sekadar nak online facebook & update blog..Lagipun dengan jadual kerja aku yang x menentu ni,ada ke masa untuk online..???Ermm btol jugak cakap dia..Kalau agak2 aku nak online,aku serang je umah along aku..Nasib baik la x jauh mana umah dia..

Ape..???Online kat ofis..???Ofis aku mungkin sama jugak dengan ofis korang2 kot..facebook memang di block..Diharamkan..haha..so,nak buat macam mana,'saya yang menurut perintah'je...Bila dah lama tak online ni,terpisah la dari perkembangan semasa kawan2 tersayang..Tahu2 je,kawan ni dah bersalin..tahu2 je kawan ni nak kawen..Kalau tak ada orang sampaikan kat aku,alamatnye memang tak kan aku tahu la..Itulah susahnya..Dah la nak jumpa aku susah kan..???So,kepada kawan2 tersayang yang baca blog ni, kalau ada perkhabaran,roger2 la aku di sini..No tepon tetap yang sama seperti 5tahun yang dulu..Tak pernah aku tukar phone number tu..Dari zaman belajar sampai la zaman keje ni..So,x susah cari aku kan..Janganlah pinggirkan aku..huhu(buat ayat sedih)..

Tentang blog ni,memang aku sentiasa update dan aku akan cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk blog kesayanganku ni..wahhh...dan sebolehnya,bila keje syif malam aku akan update blog ni.. Kepada mereka yang merindui diri ini,jenguklah aku di blog ini dan HKL..hehe..Pasti jumpa aku..!!Anyway,rindu sangat pada kawan2 lama..siapa??????(kawan sekolah rendah/menengah, kawan kolej,kawan poslaju,kawan-kawan yang kenal secara tak langsung & pakwe2 lama..hehe..itu pun ade ke..???)Senang kata, SAYA MERINDUI ANDA SEMUA...Mmmmmuuuahhh....

NOTE : Si Dia selalu cakap,x de maknenya baca blog aku..tp ada menda dia terlepas cakap kat aku & dia tahu dari blog ni..It means, dia follow blog aku..huhh lelaki memang begitu..EGO..!!!

Sunday, November 7, 2010

Kalah dengan teruknya...

Sejak 2,3 ari ni aku keje pagi sahaja dan semestinya langkah kaki tu agak panjang dan mula mengaturkan perjalanan ke sana ke mari..Dan semalam sekali lagi keluar untuk berfoya-foya bersama teman-teman ofis..Agenda kami adalah untuk bermain bowling..Dah lama sangat-sangat aku tak main bowling nih..Mampukah untuk aku angkat bola bowling yang seberat 9kg tu...???Selalunya aku memang main bola 9kilo tu..Kalau bola lain,memang tak terangkat la..patah jari jemari mak,nyah..

Tempat untuk bertarung adalah di Wangsa Walk..Tak gi ramai pun..Cuma 3orang je..

sebelum bertarung,bagi pose gedik jap buat tatapan korang sume..,.haha

sebelum start main bowling,kene la posing jap..kak sa,kak zura & aku..

Jangan pandang belakang...(utk gambar atas & bawah)
konon-konon dapatlah mengubah markah di saat-saat akhir tp...........

tp,malangnya tidakkkkk...!!!tak pe main jes for fun..Bukan bertanding pun..


huhhh lega dapat sedut float ni..


inilah menu utk ari semalam..fish cutlet..
kak zura kata,best betol dok kat sofa nih..macam nak bawak balik umah je..

Keluar mencari ketenangan...haduuuiiii...

Halooo...arghhh 2,3 ari ni  jiwa sedikit agak kacau..Mana taknye,tetibe jiwa ni risau mengenangkan orang di sana..Dah lama perasaan sebegini tak datang menjengah..Dan semalam aku melepak jumpa kawan aku yang dekat tapi jauh..haha sape lagi kalau bukan cik suryana..Dah lama sangat tak jumpa dia..Last jumpa masa open house umah aku aritu.Banyak menda dicerita...

Dan sambil2 tu xkan keluar sesaje je kan..dah tentulah cuci-cuci mata yang dah lama tak dicuci ni..Selagi yang dicari x dijumpai,selagi tu la tak berpuas ati..Tempat dilawati dekat-dekat sini je..iaitu di JJ Wangsa Maju memandang kan nak menyopping..
ice-blended choc yang menjadi pilihan hati
haha..dah makan separuh baru teringat nak tangkap gambar..abis satu Secret Recipe bau durian disebabkan kek aku ni..yummmyyyy...!!!!

berseri-seri muka cik suryana sejak 2 menjak ni yea..aku mendoakanmu..hehe

NOTE : Kawanku kini sudah punya pacar..!!!Maka dengan ini,tak lama lagi aku akan dijamu nasi minyak ko la yan..hehe..Aku tumpang gembira dengan berita gumbira ini..