Thursday, December 29, 2011

Say Babai to 2011 & Welcome 2012...

Assalamualaikum...

Dalam sedar tak sedar,kita dah pun sampai ke penghujung tahun 2011..Rasanya baru je update tentang tentang planning 2011..Rasa cepat sangat masa tu berlalu..Alhamdulilah..syukur masih lagi bernafas sehingga sekarang..2011 banyak memahatkan kenangan manis walaupun ada sedikit yang tak manis..Adatlah kehidupan di dunia..Tak seindah seperti yang kita harapkan..Allah sentiasa menguji hamba-Nya..Dan ujian itu perlulah kita hadapi dengan redha..Ujian2 itulah yang mematangkan kita untuk terus hidup di dunia ini..

2011,diri ini telah disunting oleh jejaka yang telah lama sangat aku kenali..10 tahun perkenalan kami akhirnya diikat dengan tali pertunangan..Hubungan kami kadangkala dilanda badai dan telah karam 1 ketika dulu..Tp,oleh kerana kekuasaan-Nya,kami masih boleh bersama dan dieratkan lagi kedua-dua belah keluarga dengan pertunangan dan insyaallah hanya satu saja dalam hati ini adalah  mengharapkan pernikahan adalah penghujung cinta kami ini..Sama-samalah doakan kebahagiaan kami ini..
inilah MIA saya (MY INCIK ANIP)
 Mental perlu kuat apabila bergelar tunangan orang apatah lagi macam kami ini duduk berjauhan dan kadang2 ada saja anasir luar yang cuba menggoncangkan hubungan kita..Itulah yang dinamakan dugaan dalam bertunang..Alhamdulilah..aku kini makin dewasa dan tidak cepat untuk melenting apabila perkara2 sedemikian mendatang..Walauapapun,doakan kebahagiaan kami dan juga doakan kami cepat naik ke jinjang pelamin..hihihi..

2012 datang dengan penuh membawa harapan..Apa harapan dan azam untuk 2012 ini..??? Sudah pastinya mengharapkan yang terbaik saja..Semoga 2012 ini lebih baik dari yang tahun yang lepas2..

BABAI 2011 & WELCOME 2012...!!!!!

Wednesday, December 28, 2011

Majlis Resepsi Fateha Kamarudin & Pasangan di Dewan Merak Kayangan,FELDA.

24 Disember  2011 lepas aku telah menghadiri majlis persandingan kawan lama aku sekolah rendah dulu..Sekian lama kami berpisah dan akhirnya,kami berdua ketemu semula di HKL..Rupa-rupanya kami bekerja 1 bumbung yang sama cuma berbeza department sahaja..Fateha ni Pegawai Farmasi di HKL..Aku ke Dewan Merak Kayangan bersama teman aku yang masih bujang..Sapa lagi kalau bukan Cik Suryana..Selalunya,hanya di majlis2 begini saja dapat berkumpul dan berjumpa semula kawan2 lama..Alhamdulilah kami semua masih keep in touch dan cuba meluangkan masa untuk waktu2 sebegini..Oohh tak silap aku,majlis sebelah pengantin lelaki berlangsung di Sime Darby Convention Centre pada 25 Disember 2011..Fateha pernah bercerita dengan aku yang dorang ni bercinta selama 11 tahun..Ceritanya,sama macam cerita aku..Okeh2..don't talk too much,layan gambar2 ni..
Fateha & Ammir





Dari kiri: Fazril,Gadaffi,Akmal,Hairiezuan,Zaki Zamani
Dari kiri: Alia,Suryana,aku dan Fazril..kami yg masih bujang..
ngada2 btol buat2 'patah' plak..!!

picture credit to : Hareizuan Baba

Selamat Pengantin baru to both of you..Semoga kekal hingga ke akhir hayat kalian dan kebahagiaan milik kalian berdua..Amin...

Note : Dalam sedar tak sedar,kami semua sudah meningkat dewasa..Tapi teringat lagi zaman2 sewaktu sekolah rendah dulu..Inilah muka-mukanya..Rupa-rupanya masih ramai lagi kawan sekelas aku sekolah rendah yang masih bujang..:)


Terima Kasih Sony Ericsson K660i...

Assalamualaikum...


Jeng..jeng..kenapa tajuk entri begitu..??? Okeh straight to the point, pada 26 Disember 2011 aku telah melaburkan duit yang banyak dalam masa 30minit okehhh...Aduhh,kalau ikutkan memang berkira-kira nak tukar hp baru ni..walaupun untuk diri sendiri..Aku memang jenis begitu.Selagi boleh guna,aku guna sampai nazak..Tapi pada hari kejadian,aku pejam mata je beli hp tu..Actually,MIA ada kuarkan sedikit dana untuk aku but actually not for hp..Untuk beli handbag yang diingini..Tapi masa kuar membeli belah bersama MIA,xde pulak handbag yang berkenan di mata..So,disebabkan x dapat handbag yang diidamkan,MIA bagi je duit untuk aku cari sendiri..Yesss...!!! Lagi best kalau gitu..lagi macam2 la kat kepala otak ni nak membeli apa..


MIA tak lama balik KL kali ni..Ada la dalam 2hari 1 malam je dok kat sentul tu..Aku hanya sempat luangkan masa 7jam saja dengan dia..walhal,dah berbulan-bulan kami tak ketemuan..Nak buat macam mana..Inilah lumrah kehidupan PJJ..

Okey,bercakap pasal Sony Ericsson K660i ni,hp ni adalah hadiah birthday aku pada tahun 2008..Dihadiahkan oleh satu-satunya adik kesayangan aku..Aku sayang sangat hp ni..Ingat lagi,detik2 adik aku buat suprise bagi hadiah hp ni..Hihihi..adik yang baik..!!! 27 Julai 2008 adik balik dari Kuantan  semata-mata nak serahkan hadiah yang bermakna ni untuk kakak dia..Aku memang jenis cermat..Setakat aku pakai hp ni x sampai 5x hp ni jatuh ke lantai..Tapi disebabkan 5x jatuh dan virus tu,hp ni selalu sangat hang..dan baterinya pun makin weak walaupun sudah 2,3 kali ganti bateri yang baru..K660i la yang menemani aku dari aku keje Poslaju hinggalah 26 Disember 2011..Hp tu jugaklah yang menjadi saksi pasang surut hubungan aku ngan MIA..Anyway,terima kasih banyak-banyak K660i kerana telah berjasa pada aku dan kamu tak akan sesekali aku buang..Aku seorang yang sayangkan harta-harta peribadi..dan aku akan gunakan kamu sampai kamu tidak berupaya lagi...;)
Sayonara K660i..Tq so much 3years stay with me..



Okehh..pengganti kepada K660i adalah Nokia C3..Untuk membeli sesuatu barang,aku selalu mengikut bajet yang diperuntukkan walaupun sumbernya bukan dari aku sepenuhnya..Bak kata MIA ku,aku ni bagus berbelanja ikut bajet dan garis panduan dan kunci kira-kira yang telah dibuat..Yeahh..itu aku..Dan aku akan praktikkan juga pada majlis kawen aku nanti..:) Setelah berbulan-bulan pikir,hp apa yg sesuai dengan aku..Sebab aku sukakan something yang simple and tak terlalu complicated..Touch screen hp memang bukan pilihan aku kerana apa..?Kerana susah untuk digunakan ketika driving..Tp aku sukakan QWERTY keypad..dan pilihan aku adalah Nokia C3 yang memenuhi citarasa aku dan kemampuan aku..Jgn ikut kemampuan orang lain..C3 aku warna purple..Cina jual hp tu kata color purple tu special edition..Aku pun tak pasti yang tu..And cover belakang hp tu ada corak..Purple is 1 of my fovorite color and MIA too..
The new one Nokia C3..Hopefully u can stay with me more than 3yrs as u can..


Terima kasih sangat-sangat kepada MIA kerana sudi sponsor sikit untuk dapatkan hp tu..dan dia pun tukar hp baru..Masing-masing beli hp secara sorok2 tapi tak sampai hati untuk sembunyikan tentang hp baru tu lama-lama dari pengetahuan masing2....Nakal kami berdua ni kan..???Alhamdulilah..syukur sangat dengan rezeki Allah..Hopefully rezeki yang diperolehi boleh disimpan dan digunakan untuk tujuan kami berdua nanti..Insyaallah..

Monday, December 26, 2011

Bercuti sana sini 2012...

Hohoho..kena update laju2 selagi ada kesempatan untuk mengupdate nih..Kang sat2 lagi kena blocked lak..Tak dapat nak update..Okeh,2011 bakal sampai ke hujungnya..Alhamdulilah,syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini..Perjalanan hidup sepanjang 2011 akan diceritakan next entri yang bakal menyusul tak lama lagi...wahhh..!!!








Percutian demi percutian telah direncanakan untuk tahun hadapan..Tapi,kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan..Buat setakat ni,plan yang terdekat adalah 6-7 Januari 2012 akan berada di Singapore..Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sana walaupun kampung halaman di Johor..Sudah pasti bukan keseorangan..Aku ditemani kawan2 HKL dan MIA serta kawan2 sekerja MIA..


5-8 April pulak akan terbang ke Langkawi bersama teman2 ofis..Nasib baik la kawan2 mak kat ofis ni ramai lagi yang single mingle..So,senang untuk plan bercuti bersama..Alhamdulilah,tiket dan tempat penginapan sudah setel dibooking dan dibayar..Kali terakhir aku jejak kaki di Langkawi tahun 2007.Dan masa tu aku masih lagi study sambung Diploma..Lama btol..Zaman2 kurus lagi time tuh..


1-5 Mei 2012 pulak akan ke Pulau Redang bersama Along and family..Sekali sekala bercuti ke pulau..Walaupun mak tak reti nak berenang dan takut pada laut yang luas tu..Tapi,percutian di pantai adalah pilihan aku jugak..Tenang..!!!!


Bulan June pulak...akan bercuti ke Kulim..Perhatian orang Kulim yea...Tapi itupun kalau ada 2nd pilot..Kalau aku sorang yang drive memang tak terlarat la..


Itulah perancangan untuk setengah tahun pada tahun 2012 akan datang..Dan mungkin disambung lagi perancangan percutian selepas raya Aidilfitri..Itu perancangan untuk bercuti..perancangan untuk diri sendiri..tettt..

Benci betul tak boleh nak bukak blog...!!!!!

Assalamualaikum..

Aduhaiii rindunya pada blog..Hanya memandang sepi je pada blog ini..Mana taknya,blog aku tak boleh bukak,x boleh nak update cerita-cerita terkini..Aku pun tak tahulah apa masalahnye..Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana hilangnya diri ini...Tak ke mana..Harap sangat masalah ini tak berlarutannn..(skema giler ayat)..Banayak menda aku nak update pada kamu semua..Memandangkan 2011 lagi 6 hari bakal melabuhkan tirainya..Tunggu ye kawan2 semua...Mmmmuuuahhh...

Saturday, December 17, 2011

OMBAK RINDU...

Assalamualaikum semua...
Okeh..semalam aku bercuti semata-mata untuk menonton wayang cite OMBAK RINDU bersama teman baikku..Mama Haikal..Sudah terlalu lama kami tak kuar berdua tengok wayang..Seharian kami menghabiskan masa berdua seperti zaman muda-muda dulu..Kami menonton di Pavillion,Bukit Bintang..Satu ketika dulu,itulah tempat kami menghabiskan masa berdua..Indah sungguh dapat menghabiskan masa berdua dengan kawan yang aku kenali dari kecik ni..Jatuh bangun kami bersama..Terlampau banyak cerita kami kongsikan bersama..Bak kata pepatah,cuit peha kiri,peha kanan terasa..Begitulah akrabnya kami..Tak de sape dapat nafikan keakraban kami..



Pilihan Ombak Rindu ini adalah pilihan Mama Haikal..Aku pun memang teringin sangat nak tengok cuma kengkangan masa menyekat segalanya..Finally,kami berjaya dapatkan tiket kul 2.00ptg..Sampai je Pavillion,kami terus serang GSC..Bila kami dah dapatkan tiket tu,ape lagi..isilah perut yang telah berkeroncong sejak kuar umah tadi...Nandos pilihan kami berdua..Kami sehati sejiwa tau..Menu yang dipilih pun sama..!!!Hahaha..Selesai je mengisi perut,terus bergegas ke GSC memandangkan lagi 10 minit movie mau start..









Antara 3 scenes yang menyentuh jiwa & membuatkan hati ini menangis..

Dalam kul 2.20ptg Ombak Rindu baru start..Ok mulanya penceritaan dia ok saja..Macam drama2 yang kat tv and we can expect what happen next and next..Tapi,satu ketika aku x dapat nafikan kesedihan dapat dirasakan..Apatah lagi dengan background music yang menruntun jiwa..Itu yang buat hati kewanitaan ini tersentuh..Mengalir air mata..Tak tahulah MY BFF perasan tak..Ala tak kisah la..dia dah puas tengok aku nanges,tgok aku ketawa..Tapi cover2 jugak la air mata tu..tak la sampai teresak-esak..Tak silap aku,3x jugak la aku nangis..Sedih tengok Aaron Aziz menangis..Tersentuh hati..Pape pun 3 dari 5 bintang untuk Ombak Rindu...

NOTE : Mama Haikal,cepatlah upload gambar kite berdua semalam..
NOTE : Nak tunggu MIA pulang ke KL untuk tengok Alvin & Chipmunk 3 pulak...

Saturday, December 10, 2011

Kursus Pengurusan Kewangan,Tumpat

Assalamualaikum semua...

2-6 Disember 2011 aku telah hadiri kursus Pengurusan Kewangan di Tumpat,Kelantan..Sebagai orang gomen hadiri kursus 7 hari setahun sudah menjadi kemestian..Untuk pengetahuan korang,inilah pertama kali aku jejakkan kaki di bumi kelantan..Memandangkan aku tak pernah bercuti di sana dan tak ada pulak sedara kat sana..Sedara2 aku kebanyakan nye belah selatan...Nak kata,teruja sangat untuk ke sana,tak la kot..biasa2 je..Sebab,sikit sebanyak kami yang pergi dah dengar perkhabaran macam2 tentang Pusat Latihan Tumpat tempat kami berkursus tu..Barang-barang kursus pun packing last minute..Sebab ari sebelumnya tu aku masih lagi bekerja...



sewaktu dalam bas menuju ke Pusat Latihan Tumpat

2 Disember kami bertolak dari HKL tepat jam pukul 9.00pg dan alhamdulilah kami semua 2 biji bas selamat sampai di Pusat Latihan Tumpat pada pukul 5.30ptg..Long journey..badan terasa amat letih dan tulang punggung mulai rasa reput..hahaha...Aktiviti hanya dimulakan pada malam tu dan hanyalah sesi pengenalan diri..Seramai 87orang peserta menyertai kursus ini dari semua unit bermula gred 17-32..Dan of course kebanyakan yang pergi sudah pun berkahwin..Yang tak kawen mcm aku ni hanya berapa kerat je..:)

03 DISEMBER 2011

Bersama roomate yg terdiri dari PT dan staff nurse..




kami bertiga wakil dari UNIT HASIL UTAMA,HKL

Bas ini yang membawa kami sampai ke Tumpat..

bersama peserta-peserta kursus..


Abis je slot ceramah tengahari tu,kami semua ada agenda special pada petangnya..Kami semua dibawa ke Pengkalan kubor utk shopping mopping..Aktiviti yang mencerahkan biji mata semua orang..



kalau dah kata perempuan,mmg pantang tgok camera kannn..??? jgn marah..
beginilah rupanye, Pengkalan Kubor..


mencari barang yg dipesan kawan2 ofis..



ini bukti kami sudah sampai kelantan..hahaha
Dan pada malamnya pula,selepas slot Pengurusan Hasil dari bos aku,kami semua ke Wakaf Che Yeh..haaa..masa malam ni badan aku dah mula rasa lain..Rasa seperti mau demam..badan dah mula rasa sakit & sengal-sengal macam orang tua..Dapat rasa tak aktif mcm selalu..Waaaa...!!!1


walaupun dah terasa nak demam tp larat lg ku ukir senyuman buatmu..wahhh..gedixx..!!

menanti mee celup..tp makan x abis pun..
 Balik je dari Wakaf Che Yeh telan panadol 2 biji dan badan mulai panas mungkin menjangkau suhu 38darjah..terus terbaring dan tak mampu nak buat pape lagi..Mungkin badan terlampau letih..

4 DISEMBER 2011

Seperti yang dijangka, demam makin melarat dan kali ni memang betul-betul tak larat utk hadiri slot2 ceramah sepanjang 1 hari di dewan..Minta pada urusetia untuk excuse aku..Kemudiannya,urusetia naik ke bilik untuk lihat keadaan aku..dan bawa aku ke jumpa doctor..Nasib baik hospital sebelah je ngan Pusat Latihan tu..Tak de la kena jalan jauh2..Itupun x larat ikutkan ati..Tapi gagahkan jugak badan..Jalan seiringan dengan ursuetia sambil paut tangan dia..Urusetia tu perempuan dah tua lebih kurang sebaya mak2 kita je..

muka demam,gitulah rupenye..Memang lemau/lembik badan dibuatnya..so,I'm ready to see doctor..!!
Pergi hospital,ada la dekat sejam jugak menanti itu ini untuk selesai..Suhu badan memang terlampau tinggi 38.9darjah..As usual,doctor bagi ubat berkoyan-koyan yg patut dan wajib dihabiskan.Lagi2 antibiotik tu..1 beg plastik okeh ubat2 nye..tersengkang-sengkang kat tekak jawabnya..So,lepas jumpa doctor ursuetia mintak aku rest je dalam bilik...Hohoho..takut woi tinggal dalam bilik sorang2.Setelah dengar bermacam-macam cerita..Tapi badan dah tak larat sangat,belasah je la..So far sepanjang aku sorang2 dalam bilik,xde apa yang pelik berlaku..Alhamdulilah..

Demam melarat sampai ari Selasa..3hari dah demam..Tapi masih tak kebah2..ubat tetap aku telan..Hari selasa tu la heaven utk orang2 perempuan sebab kami akan pergi ke Rantau Panjang untuk shopping lagi..Tapi dengan keadaan aku macam ni,badan panas,sakit kepala mood untuk shopping hilang..Tapi aku tetap follow dorang memandangkan hampir setengah hari dorang tinggalkan aku,better aku ikut je..Jalan la perlahan-lahan setakat yang mampu..

sian je muka orang demam kan..Puas dah muntah2 sepanjang jalan tu..muka pucat je..
Balik dari Rantau Panjang ni,badan lagi tambah panas..roomate aku yang staff nurse tu bertanggungjawab jaga aku..Best tau ada nurse peribadi nih..Disebabkan aku ni takut makan ubat,nurse2 ni siap bawakkan ubat & air kat tepi aku and makesure aku makan ubat pada waktu yang betul..Sayang koranggg...!!! Tak terbalas jasa korang semua yang menjaga aku demam sepanjang 4 hari..Lama tu demam..Sampaikan balik kl pun aku masih lagi demam..Sebab tu tak banyak gambar ditangkap.Owner camera demam la katakan..

NOTE : Kita tak jangka kesihatan kita di kemudian hari macam mana..kita datang,mmg dalam keadaan sihat,kita pulang x semestinya sihat jugak...Actually,sangat jeles dengan kawan2 yg shopping sakan tu..Sebab saya tak dapat nak shopping..Nak bawak badan pun terhuyung hayang...Kesana ke sini berpimpin tangan..Ntah la kepala teramat sakit sepanjang demam kali ni..dan inilah demam paling worst aku rasakan..Alhamdulilah,kini sihat seperti sedia kala setelah ubat yang berkoyan-koyan itu dihabiskan..Next kursus kalau ke Kelantan,kita shopping cukup2..kaw..kaw..!!!

Selamat Pengantin Baru Azizah & Shahril..

Assalamualaikum semua..
Arghhh..kesibukan melanda diri..Mana taknya,minggu ni keje 14jam je and then sibuk untuk buat persiapan pergi kursus..Dah hujung-hujung tahun ni banyak plak nama naik untuk pergi kursus termasuklah aku..Aku dihantar pergi kursus di Tumpat,Kelantan..Wahh jauhnya..Inilah pertama kali aku jejak kaki ke Kelantan..Maklumlah aku tak de sedara belah2 pantai timur..Kursus selama 2 November - 6 November..Nantikan gambar2nye yea..Nak kursus ke berjoli ni..???Dah la pantai timur tengah kalut dengan banjir..Tak tahulah jadi ke tak kursus aku ni..Ntah2 dayung sampan je agaknya..ok cukup..!!!

Nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan saya Siti Noor Azizah & Shahril Khairi yang telah selamat bergelar suami isteri pada 26 November 2011 jam 9.21malam di Surau At-taqwa,Sentul Utama..Pada malam pernikahan itu,aku duduk sebelah pengantin..Amik berkat lagi buat kali kedua..Dulu masa Mama Haikal nikah,aku jugak dok sebelah dia..Tapi,kali ni perasaan tu agak lain sikit..Tak tahulah kenapa...Bila Ustaz sampaikan khutbah nikah,aku tekun mendengar..Selama ni,apa yg ustaz/tok kadi tu sampaikan masuk telinga kanan kuar telinga kiri..Dan tak pernah nak amik tahu..Dan kini,tinggal la aku kesorangan setelah semua kawan2 baik aku kat Sentul tu dah pun berkahwin..Jom layan gambar2 ni...


kami bertiga...

kami bertiga lagi...

hantaran pihak lelaki & perempuan

hanya sekali lafaz...kini mereka menjadi suami isteri..Alhamdulilah...
Dia bergelar kepada isteri Shahril pada 26 November 2011 9.21pm...sahhhh..!!!
terus bergambar sejurus menjadi Pn.Azizah..:)
kehausan bangat...Nampak air 1 jug,macam nak dihabiskan je..



gelang simbolik batal air sembahyang

selangkah seiringan...

sama cantik sama padan..

kek buat mereka dariku & bakal adik iparku...:)

Actually,kami sedang bergosip tp boleh pause sekejap sbb utk bergambar...inilah kami..


2 banner/bunting yg sangat chomelsss...!!!

Sekian..Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal hingga akhir hayat dan diberkati Allah swt..Kini semua kawan aku di kawasan umah aku dah pun mendirikan rumah tangga..Dan terasa kami semua bagaikan 1 keluarga besar yang harmoni dan bahagia dengan keluarga masing-masing..Semoga persahabatan kita ini akan kekal sampai bila-bila walaupun sudah mempunyai keluarga masing-masing dan biarlah anak-anak kita kenal each other.Menyambung persabahatan mama2 nye...So SWEETT..!!!!

NOTE : Fuhhh..ffuuhhh..dah bersawang giler entri ni dok terperap dalam draft je..Maaf ye..Sibuk dengan kursus...