Saturday, April 30, 2011

::: Untuk K.A.M.U :::

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?



Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..


Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…


Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…




Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu….



Friday, April 29, 2011

Emak ohh emak...

Semalam balik je dari keje aku bawak mak pergi klinik..Mak sejak sebulan ni mengadu kaki dia timbul gatal-gatal bentuk bulat-bulat..Mak kata merenyam gatalnya..Tapi gatal tu datang dari dalam..Dan mak aku pun tak la menggaru bahagian yang gatal tu takut makin teruk pulak gatalnya..So,mungkin aku pikir gatal tu disebabkan mak aku alergik makan seafood or makanan lain2..ataupun mak ada masalah kulit..

Before aku ke klinik,aku dah pun call klinik tu untuk memastikan doktor yg bertugas adalah doktor perempuan..Atas permintaan mak jugak..Dia tak nak doctor lelaki..Yess doctor perempuan yg ada kat klinik semalam..Rekod kami sekeluarga memang ada di KLINIK & SURGERI GILL, SENTUL ni..Kerani klinik tu siap bagitahu kat aku,rekod mak kat klinik tu sejak umur mak 28tahun..Masa tu aku tak hidup lagi..Mak aku ngandungkan aku umur 30 tahun..Hehehe lama nye..27 tahun yang lepas rekod mak kat situ..

Kebetulan masa aku sampai klinik tu, tak de sorang patient pun..Lega sangat..Tak perlu tunggu lama untuk jumpa doktor..Aku pun biarkan mak cakap kat doktor apa masalahnya..And doc pun amik darah mak..Check2 darah, doc cakap mak ada kencing manis..Mak terkejut besar..Setahu aku mak ayah aku bebas dari sebarang penyakit..Alih2 ada kencing manis plak..Keturunan belah mak aku pun xde sape pun yang ada sakit kencing manis ni..Tinggi paras gula mak..17.6..Aku siap tanya ngan doc tu kalau normal gula berapa..???Doc kata normal 7..Doc memang cakap terlampau tinggi gula mak dalam badan..

Aku dengar je apa yang doc cakap..apa yang boleh mak makan & apa yang tak boleh..Mulai arini mak kena kawal pemakanan.Ermm sedih gak bila dapat tahu mak kena kencing manis ni..Harap2 penyakit ni hanya singgah seketika saja..Mungkin sebab faktor pemakanan mak sejak 2,3 minggu ni kot..Mana taknye,ari tu mak makan 2 bakul durian..Ada orang bagi..ape lagi belasah kaw kaw la..Pas ni mak tak boleh dah minum air coca cola..Kalau nak tahu itulah favorite mak aku..Kalau dia demam or x berapa sihat,mak suruh aku belikan air coca cola..So, aku bertanggungjawab untuk jaga makan minum mak..and sedang sibuk search kat internet apa yang boleh mak makan and apa yang tak boleh..nak tampal kat peti ais umah tu..

Mak memang nampak risau sangat..Aku ingat pesan anip, kalau mak tengah risau kita jangan menambahkan risau mak lagi..Kalau mak nangis, kita jangan tunjuk depan mak yang kita pun sama nangis..Kita kena opposite feel tu..Yess u are correct dear..Di saat mak risau, aku cuba positifkan mak..Lagi 2 minggu doc suruh datang untuk check up semula..Harap2 lagi 2 minggu penyakit tu nyah dari badan mak aku..Aku doa sangat..Macam sebelum ni, mak ada darah tinggi sebab banyak sangat memikirkan hal anaknye..Tp semalam check tekanan darah, alhamdulilah..tak ada..Penyakit tu hanya singgah saja..

NOTE : Ya Allah ya tuhanku jauhkanlah mak ayahku dari sebarang penyakit di saat ini..

Saturday, April 23, 2011

Ada orang yang GEMBIRA sekiranya hubungan itu tak berjaya DISATUKAN..

Sudah lama aku nak update entri tentang perihal ini..Tapi masa selalu x mengizinkan aku...Kita kat dunia ni sering kali dicemburui sekiranya kita lebih dari orang lain..lebih2 lagi orang kita melayu..Bukanlah nak jatuhkan bangsa sendiri,tp perkara ni seringkali terjadi di kalangan kita..Kenapa perlu ada sikap macam ni..???

Dalam menghitung hari aku untuk ke majlis itu, memang banyak dugaan yang aku dan dia hadapi..tp alhamdulilah semuanya dapat aku atasi dengan fikiran yg rasional dan penuh kedewasaan..Dan sekiranyanya aku tak berjaya atasi masalah itu,aku lebih senang mendiamkan diri & cuba jauhkan diri dari dia..Memang benar kata Fiza, lari dari masalah bukanlah jalan terbaik..Nak tak nak,aku kena berdepan and setelkan masalah itu..

Terkadang aku cuba untuk menoktahkan hubungan yg sekian lama terjalin ni hanya kerana masalah remeh temeh ni..Tapi, dia amat matang..Cuma kadang-kadang aku bersikap kebudak-budakkan..Dan kerana sikap dia yg matang,kami masih bersama..

Barulah aku nampak dan menilai siapa yang amat gembira bila aku dan dia tak bersatu..Bukan dari kalangan kawan2 aku..Tapi kawan2 dia..Kawan2 aku amat prihatin dgn aku..Itulah yg dinamakan kawan susah dan senang..thanx guys..i luv u..Dan bila aku noticed sape calon2 yang bertepuk tangan sekiranya aku dan anip tak disatukan,maka aku perlu berhati-hati dgn orang2 ini..Manusia kan..Dalam sedang kita mengecapi kebahgiaan ada org-org yang mendoakan ketidak bahagiaan kita..percayalah..asam garam dalam kehidupan..Tapi tak mengapa, aku berserah saja pada Tuhan..

Tapi,aku pelik lah kenapa ada jugak orang macam ni eh..???Adakah hubungan aku dan anip mengganggu dia kah..?? (Buat pertama kali aku menyebut nama si dia di blog ini..yeahh ANIP..@ ABU HANIFFAH HAMZAH)..

NOTE : Aku tak pernah mendoakan ketidak bahagiaan org..Tapi kenapa orang perlu buat macam tu kat aku...???Heloooo...tell me why...!!!! Kepada si dia,sama-samalah kita berdoa agar hubungan kita dirahmati Tuhan dan setiap langkah kita untuk ke arah itu dipermudahkan..Amin..Biarkan mereka terus bergembira..

Selamat Tinggal...

Semalam hp aku berdering-dering bunyinye..panggilan dari kawan tersayang yg amat risaukan diri ini..Sape lagi kalau bukan Dieyana..Kawan sepinggan,sebantal,sebilik aku masa aku keje poslaju dulu..Kami berborak lama sangat..Dieyana risau tengok post aku kat facebook and blog lain bebenar..Cuba menanyakan apa yg terjadi..Sebenarnya xde apa pun sayang..Adatlah,dalam hidup ni kita sering saja diuji..Sebagai hamba,kita kenelah sabar dan kuatkan semangat bila diuji..Jgn cepat putus asa..Ujian itulah yg mematangkan kita serta mendewasakan kita..I luv u nyah..Arini aku nak postkan satu lagi khas buat tatapan korang..Lagu ni tgh hits sekarang tau..Aku dengar lagu ni masa kat Raja Lawak..Tak tahu plak sape penyanyi nye..Ntah macam mana artis ni menjadi artis jemputan masa konsert Akademi Fantasia minggu lalu dan terus aku download..



DINA & ZIZAN-SELAMAT TINGGAL
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini


Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini


Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal



Buat masa ni aku amat suke dengar lagu ni..Putar berpuluh kali pun tak pe..Mungkin sbb i like Zizan kot..hehe..boleh terima tak alasan aku..And satu lagi lagu ROSSA-KU MENUNGGU..Dari dulu sampai sekarang memang aku sukakan Rossa ni..Pernah aku frust sikit sebab tak dapat nak tgok konsert dia kat Bukit Jalil tahun lepas..Nak buat macam mana org yg diajak tu tak sudi..

NOTE : Sori tu Mama Khalish sbb aubtie lin tak dapat datang kenduri ye..

Friday, April 22, 2011

Jangan salahkan takdir sekiranya Dia bukan untuk kita

Haaa..lama tak update blog..Alih2 update dengan entri yang jeng..jeng..Entri kali ni takde kaitan sama ada yang hidup @ yang mati..Sekadar renungan bersama dan meminta anda-anda untuk berfikir..Macam kaunselor tak..???Walaupun tak berbakat di bidang kaunseling tapi aku suka mendengar masalah kawan-kawan..Apa yang aku nak,kawan-kawan aku tak terbeban dengan masalah diorang..Bila bercerita pada kawan,at least ringan sikit apa yang ditanggung kawan kita tu..Sebagai pendengar terbaik, kita hendaklah amanah..Maksud amanah kat sini adalah apa yang diceritakan kawan kita tu biarlah menjadi rahsia kawan kita dan diri kita sahaja..Tak perlulah nak jaja cerita-cerita tu kat orang lain pulak..Bagi mereka yang memerlukan pendengar @ tempat untuk mengadu,carilah orang yang sepatutnya..Kita kenal sape kawan kita, dan sape yang boleh dijadikan teman sebagai tempat mengadu..Ada keliling anda..Try find him..!!!

Ek eh macam lari dari tajuk pulak..Back to story..

Sesiapa yang ada follow aku dalam facebook mungkin macam pelik je post2 aku sejak akhir2 ni..(before deactivate)..Cuba nak kongsikan sedikit pengalaman & kisah2 yang terjadi di sekeliling kita ni..Sebagai hamba Allah yang lemah ini sudah pasti kita mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita.Tapi setiap yang berlaku dalam hidup kita telah direncanakan sejak azali lagi..Ajal, maut,rezeki, jodoh semuanya telah ditetapkan oleh Allah..Jangan kecewa sangat-sangat sekiranya Si Dia bukan untuk anda..Memanglah menyulam cinta bertahun-tahun dan banyak kenangan pahit manis dilalui bersama..Susah payah bersama..Mungkin sejak di bangku sekolah, dan mungkin sejak di zaman universiti..buat assignment bersama tp kalau dah tersurat yang dia bukan untuk kita, maka kita hendaklah redha dan tabahkan hati..


Allah tarik dia dari terus bertakhta kat hati ini kerana Allah ingin berikan yang lebih baik kepada kita..Itu yang harus kalian ingat..Jangan sesekali salahkan takdir..Malah belajar untuk redha..Jangan sebabkan dia,hidup ini menjadi titik noktah..Sebab tu dalam bercinta, jangan terlampau obses..Cuba tanya pada mereka-mereka yang pernah kecewa dalam bercinta buat pertama kali, ada tak selepas itu mereka akan obses tentang cinta..???Pastinya takk..Jawapan yang selalu aku dengar dari kawan-kawan yang pernah putus cinta..Percintaan kali kedua cukuplah berpada..Apatah lagi kalau kita telah banyak kali memberi ruang untuk memperbaiki kesilapan yang lepas..Terpulang pada diri masing-masing...setakat mana peluang yang akan diberikan..Mungkin sekali,mungkin dua kali dan mungkin tiga kali..Dan tak mungkin ada yang keempat..Kalau ada yg keempat,aduhh lembut sungguh jiwa kamu..Cukuplah bagi tiga kali peluang..Kalau tak berubah jugak,LET HIM GO..!!!

Perlu diingat,cinta bertahun-tahun tak semestinya berakhir ke jinjang pelamin..Jangan melayang terlalu jauh..Dan tak semestinya perkenalan singkat hanya berakhir sebagai teman..Ada jugak yang kekal ke jinjang pelamin..Bukannya tak ada, bercinta bertahun-tahun yang berakhir ke jinjang pelamin..ada..tapi peratus tu amatlah sedikit..Ermmm..Kisah yang boleh kita jadikan iktibar...10:1:2 fakta nombor yang anda perlu tahu..Apa yang dimaksudkan 10:1:2..???  Bercinta 10 tahun..bertunang 1 tahun dan berkahwin hanya 2 hari..Janganlah sampai terjadi begitu..Jauhkan fakta nombor tu dari hidup kita...Jadi,cubalah kita renungkan..Kepada kaum Hawa, sekiranya perkara seumpama ini diuji pada diri kita,kuatkan hati dan tabahkan hati..Jangan buat sesuatu perkara yang bodoh dalam hidup..Aku tahu,kaum Hawa lemah..tapi jangan tunjukkan kelemahan itu pada mereka..

Friday, April 15, 2011

Happy birthday mak...

Hari ni 15 April maka dengan ini,saya ingin umumkan bahawa hari ni besday mak saya...!!!!yg ke....tok sah la tahu..mak i dah tua dah..Pagi tadi sebelum gi keje sempat ingatkan ayah yang arini besday mak..Sebab selalunya ayah memang takkan ingat tarikh2 penting ni kalau mak tak ingatkan..termasuklah anniversary nye sendiri..kalau besday cucu lagi la tak amik port langsung untuk ingat..

Inilah kek birthday mak & adriana..
close up sikit..

So,hari ni aku berkeje pagi sahaja..sempatlah untuk keluar beli kek dan menyiapkan makan2 pada petang ini..Kebetulan plak besday mak dekat2 ngn cucu nye yang byk mulut tu..sape lagi kalau bukan si Ainur Adriana yang jatuh besdaynye pada 13 April aritu..dan hari ni,adik aku yg kat Uitm tu pun balik sentul..Setelah sekian lama tak pulang menjenguk bumi sentul..hahaha...

So,pada ptg or mlm ini makan besar la kami...tak de la besar sangat..jes nak celebrate besday mak tersayang & ank buah yg byk sangat peel nye tu...Biasanya,sebelum kuar umah aku salam mak & cium and also wish besday kat mak..Tapi pagi tadi sikit kekalutan..terlupa plak..Bila dah sampai ofis,kebiasaanya akan membuat laporan bgth dah sampai ofis..Time tu la wish..hehe..terharu mak i tau..i org pertama yg wish pg2 tu dari anak2 yg lain..Dah nama pun aku sorg je yg dok ngn mak kan...Kalau tak wish,mmg bertuah la..!!! So guys,tggu gambar2 dari ok..actually byk menda nak di update..especially majlis tunang..Tapi tak berkesempatan..For my mom, HEPPY BIRTHDAY MAK...I LOVE U..!!!

Thursday, April 14, 2011

Sepi buat seketika..


Katakan tidak pada facebook..!!!!Hahaha..Entah la aku nak cakap macam mana..sikit sebanyak,facebook ni macam mengganggu jugak kehidupan seharian kita serta jiwa kita..Buat masa ni biarlah aku buat keputusan untuk berdiam diri tanpa gangguan dan anasir dari facebook..Lagipun,ke'havoc' an facebook macam makin kureng..macam tak de apa dah fb ni..and because of internal affairs aku tutup seketika facebook ni..Insyaallah, aku akan aktif berfacebook tak lama lagi dengan perkhabaran gembira..

NOTE : Dah lama taip entri ni tapi baru ari ni di publish kan..Usah ditanya wahai kalian,ke mana hilangnya diri ini..Sesungguhnya,diam itu bukan erti kalah..Aku hanya merenung kamu-kamu dari jauh sahaja..Selamat bersosial wahai kalian semua di laman sosial Facebook...i'm watching you...

Sunday, April 10, 2011

Nukilan Si Dia..

Sejak ada blog ni, aku banyak luahkan ape yang aku rasa di blog..Tapi bagi sesetengah orang yang tak de blog,dorang luahkan kat facebook la, twitter la..Macam2 alternatif boleh digunakan sebagai platform utk luahkan apa yang dirasakan..Dan sejak akhir2 ni, Si Dia banyak mengupdate facebook..Macam2 la yg diupdate..Antara yang diupdate adalah kat bahagian NOTES tu..

Tak sangka plak aku jiwa sastera dia masih lagi mengalir lagi kat badan dia tu..Seingat aku,zaman2 dia tackle aku 10 tahun dulu memang selalu jugak la dia anta puisi2 kat aku..Tapi akhir2 ni,dia berpuitis semula..hehe..Ada makna yang terisirat yang hendak disampaikan melalui puisi itu...Aku akui, dulu aku pun mempunyai kelebihan berpuisi,mengarang cerpen tapi entah macam mana kelebihan tu hanya untuk seketika..Bila tamat je sekolah menengah, aku macam tak reti nak berkarya lagi..Kelebihan itu dipinjam buat sementara kot..

Aku copy & paste karya2 si dia dari facebook ke blog aku ni..Bukan niat aku untuk menciplak @ mencetak rompak tau..Sebenarnya,masalah besar aku di ofis ini adalah sukar sungguh untuk buka facebook..Jadi bila aku dah copy kat blog ni,senang lah untuk aku baca setiap NOTES dia dan aku mungkin akan memahami apa sebenarnya yang hendak disampaikan..Mungkin makna tu ingin disampaikan pada aku..Mungkin la kannn...Sori ye u..i copy semua nukilan u..I cuba utk memahaminye..walaupun sukar..So guys,cuba la paham2 kan setiap baris2 puisi si dia ini..

·         Kenapa ?
By Rex Moss · 17 hours ago
Kenapa mesti menghukum,
diri sendiri bila kekecewaan @ frust dlm hubungan melanda,
w/pun perit LET IT GO.....
truskan hidup n bagi peluang pada diri untk disayangi dan dicintai...
bg yg ada anak.. dia memerlukn kasih dari seorang bapa @ ibu.
Please jgn menghukum diri dan terasa seperti kehidupan berakhir....

Lumrah dalam kehidupan sedih dan gembira...
buka peluang kepada org yg ingin meneroka pintu hati itu...
Adam dan Hawa...
Shah zahan dan Mumtaz....
Romeo dan Juliet....
Aku dan ????........



Noktah Luka, Jawapan Hati
by Rex Moss on Tuesday, April 5, 2011 at 4:47am

Hirisan belati semalam masih ngilu,
tembus ke eperdimes,
terus merobek hati dan perasaanmu,
meninggalkan parut yang amat dalam..
   Darah merah menjadi kering,
   mencipta daki hitam dijiwamu,
   merobohkan menara harapan yang diidam,
   meninggalkan radiasi berpanjangan,
Impian mu yang terpadam,
mampu untuk ku berikan sinar baru,
dan hadirku bersama pelita cinta,
21 melur pasti ceria,
    Aku bukanlah ibnu sina,
    bukan juga saintis barat,
    namun aku punya resepi,
    yang bisa merawat hatimu,
    menghilangkan titik hitam perjalananmu,
    memadam nota luka diari hidupmu,
    kebenaran dan peluang darimu yang kupinta,
Nun di selatan tersimpan resepi,
sepotong hati, setulus kasih,
seikhlas cinta, sekuntum rindu,
buat merawat noktah luka di hatimu.


Doa & Harapan
by Rex Moss on Monday, April 4, 2011 at 11:45am

Mengorak langkah kaki ini,
meninggalkan asap, debu, sesak kuala lumpur,
doaku menjadi peneman mu,
doaku minta dirimu dilindungi,
semoga tabah kau hadapi hidup di kota,
semoga pengalaman perit mu menjadi kekuatan mu,
Dengan keluh kesah hati,
Ingin aku berlari jauh dikaki langit,
Angin selat membawa ku terbang,
Nun jauh ke alam fantasi,
aku bawa bersama harapan ku,
harapan yang pernah terpadam,
kini terang menerangi hidupku,
doa dan harapan,
akan kekal menjadi pedoman untuk bersamamu,

NOTE : Sori ye yang..i copy semua puisi u ni..i cuba nak pahami apa sebenarnya yg cuba nak u sampaikan..at least bile puisi ni dah ada kat blog i,senanglah i nak baca...barulah msg tu sampai kat i..:)




Saturday, April 9, 2011

Sudah setahun menjadi org gomen..

Aduiii...macam mana la aku boleh terlupa ari2 penting dalam idup aku ni..Dah seminggu baru la perasan..Pejam celik..pejam celik sudah setahun aku berada di hospital ni, bersamaan dengan setahun jugak aku menjadi org gomen..Banyak perkara yang aku pelajari di sektor awam ni..Banyak yang aku xplore..Biasa la ada pro and cons nye...Aku bersyukur sangat kerana rezeki aku di sektor awam pada usia aku muda lagi..Pada usia 24 tahun..Sedangkan masih ramai lagi di luar sana yang menanti kerja di sektor kerajaan..Insyaallah ada rezeki buat kalian nanti..

Teringat aku masa mula2 masuk keje kat sini..Berat sungguh rasanya..Tp alhamdulilah..makin lama, aku menerima hakikat sebenar kerja aku di hkl ni..Walaupun sudah setahun aku di sini,ingatan aku tak pernah luput tentang poslaju..Aku ni manusia yang setia tau..huhu..

Dah panjang lebar aku menaip,tapi aku tak mention lak bile tarikhnya genap setahun aku jadi org gomen kann..Tarikhnya pada 1 April 2011..April fool..!!!!So,di sinilah tempat aku selepas Poslaju..Dan sampai bila aku disini,allahualam...

NOTE : Tahniah kpd kawan baikku kerana telah join the club..menjadi orang gomen..Selamat bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia..

Friday, April 1, 2011

Lagu yang akan buat aku teringat pada.......tettt..!!!

Haloo guys..arini aku nak kongsikan satu lagu yang tak pernah aku lupakan..Kalau dengar lagu ni,pasti dan sudah pastinya akan buat aku mengimbau semula kenangan pada tahun 2004..Yee..zaman-zaman nakal dulu..zaman bergelar student kolej..Sesiapa yang seangkatan dengan aku,pastinya tahu lagu ini..Lagu ni, 'orang' bagi kat aku.. dan kebetulan lagu ni menjadi soundtrack untuk drama bersiri kat tv3..Tak ingat la tajuk drama tu..Rupa-rupanya,dalam banyak-banyak koleksi lagu aku, aku takde pun lagu ni..Tahu tak, masa 'orang' tu tujukan lagu ni kat aku, aku sanggup cari kaset Sheila On 7 tau..Tajuk album nya '30 hari mencari Cinta'..Dalam album Sheila on 7 ni ada lagu BERHENTI BERHARAP..dulu slalu pasang lagu ni kat radio..Asik pusing je lagu yang sama..Lagu lain langsung tak dengar..Misi seterusnya, aku nak cuba download lagu BERHENTI BERHARAP ni..Takkan nak dengar kaset ot..Mana ada orang guna kaset lagi kan..tu zaman tok 'KADOK'..(kenapa perlu highlight & besarkan tulisan kadok tu ekkk...*related*)..So,layan lagu ni..Orang tujukan lagu pada kita mungkin sebab liriknye yang kena tepat pada keadaan waktu tu kan..Tak mo bebel panjang2..layannnn...

SHEILA ON 7 - BERHENTI BERHARAP
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan


REFF:
Aku pulang… tanpa dendam kuterima kekalahanku
Aku pulang… tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita



NOTE : Lagu sekadar lagu..hanya buat kita teringat kenangan lama..Dah nama pun hidup,pastinya ada kenangan kann..Kenangan tu la yang mematangkan kita..Sekadar berkongsi bersama kalian..