Assalamualaikum..
Dah seminggu mak,ayah, dan along berangkat ke tanah suci tapi baru harini entri ini dibuat..Kalau ikutkan saya bercuti agak lama..tapi dirasakan tak boleh cuti lama sangat..Buat diri ini terkenang-kenang pada mereka-mereka di sana..
Okey nak cerita sikit..sejak aku dapat tahu mak+ayah+along dapat gi haji,aku selalu sangat tak sihat..Masalahnya,aku asik demam je..demam 3ari,sihatnya sehari je..Pastu demam balik..Itulah yang terjadi..Dan pada hari jumaat (7 oct) dimana hari yang sepatutnya mak aku berangkat dan pada hari itu jugak aku demam..Dari kat ofis aku dah muntah-muntah..Puncanya, aku tak makan nasi langsung pada siangnya tu..Perut tak boleh masuk sebijik nasi..Mak ayah mula risaukan aku..Bimbang aku bertambah teruk..Mungkin aku terlampau memikirkan mereka sampailah jadi demam2 ni..Finally,aku terpaksa jugak makan ubat memandangkan malam nanti nak anta mak+ayah+along ke Kelana Jaya..Tapi,saya tak perlu bersusah payah driving ke Kelana Jaya kerana driver saya sudah pulang dari JB..hehe..
Selepas semayang jumaat, aku berjanji nak belikan kek untuk anak buah tersayang sempena birthday dorang yang lepas..Tapi malangnya,auntie lin dia x larat nak drive beli kek,so atas belas ehsan Uncle Anip, maka uncle anip la kena beli kek tu bersama Pak cu..Sorriii..Actually,birthday kek ni gabung kesemua anak Kak Ngah..Means,4 in 1..haha..gile kedekut auntie lin ni kann..Ye la..dah dok jauh,kalau dekat of course tiap2 birthday dapat sebijik kek..So,birthday Anas pada 29 sept, Raihana 21jun, Nana 08aug dan Eryna 10oct (in advance ur cake..) dan tak ketinggalan birthday mama nye pada 12 sept dan juga birthday P.cu coming soon..Actually this cake for Abu haniffah also but he didn't come..Tak sanggup kot tgok aku yang tak sihat..So,lepas beli kek dia jumpa aku jap then dia pulang ke rumah..
|
inilah kek nye for those birthday boy/girl.. |
|
alamak muka p.cu tak nampak la.. |
|
tengok tu...tangan si eryna dah mencuit kek tu..selamat..!!! |
|
muka anas yang sangat teruja.. |
Pada siang jumaat tu masih ramai lagi tetamu yang datang untuk jumpa mak ayah saya sebelum berangkat..Senang kata,kat umah tu tak putus dari tetamu..Mak pun tak rehat sampai la masa nak pergi..Seharian aku tdo,badan pun dah recover..so,rasa segar semula..Ok kami semua bertolak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada jam pukul 10.45mlm..Yang turut menghantar ke Kelana Jaya hanyalah adik beradik dan juga bakal keluarga kami iaitu tunang saya..
|
inilah suasananya di sana..bentang tikar dan menunggu waktu check-in |
|
wajah bonda tersayang..sangat rindukan mak saat ini.. |
|
mereka-mereka yang tersayang..itu ayah saya.. |
|
Anas sudah ngantok..sian dia.. |
|
kawan baik+ his family setia menunggu ayah di Kelana Jaya..kawan ayah sama-sama keje dulu.. |
|
Eryna yang dah pandai pandang camera kini..tgoklah sape yg ajar kann..?? Kalau bukan auntie lin dia..hehehe.. |
|
sama-sama comel x..?? Kalau bergmabar macam ni xde la nampak mcm kembar sgt kann... |
|
cepatlah 46ari berlalu..Sesungguhnya kerinduan teramat sgt pada mak+ayah..air mata menjadi peneman di kala di rumah.. |
|
masih lagi boleh tersenyum..tp dalam hati...??? |
|
inilah dia..credit to Adleena yang amik gambar ni.. |
|
ini detik2 terakhir sebelum check-in..bergambar bersama keluarga.. |
|
kiri sekali along saya yang mengiringi mak ayah ke tanah suci.. |
Untuk gambar 3 terakkhir di ats, terselit 1001 rasa sebenarnya..Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya..Maka,inilah penglaman pertama menghantar jemaah haji..Apabila pengumuman demi pengumuman diumumkan,maka tibalah masa jemaah untuk check-in..Dan sementara menunggu kesemua jemaah check-in,pihak pengurusan memasang 'La baikallah..' dan personally bg aku,itulah kalimat panggilan seruan haji..Sungguh sayu mendengarnya kalimat itu berlatar belakngkan bunyi desiran pasir dan tiupan angin buat hati ini merintih dan sedih sangat untuk melepaskan mak ayah pergi jauh..Bukan setakat 2,3 ari tapi hampir sebulan lebih (46 hari)..Untuk meniti saat2 perpisahan itulah yang amat payah sebenarnya..Bak kata tunang saya, pintu kaca check-in itulah pemisah antara aku dan mak ayah..Walau apa pun jadi setelah mereka melangkah ke pintu kaca itu,maka hendaklah kita redha..Doa anak yang tinggal di sini penting bagi mengiringi langkah mereka di sana..Kata-kata en.tunang itulah membuatkan diri ini menangis teresa-esak seperti anak kecik..
|
pandangan terakhir sebelum mereka menuju ke pintu check-in.. |
|
hanya memandang dari pintu kaca...pintu pemisah.. |
Setelah bayang mereka tak kelihatan lagi,kami semua bergerak pulang ke rumah..Jam di tangan menunjukkan pukul 2.20pagi..Dan setibanya di rumah pukul 3.00pg..Aku dan en.tunang mencari sesuatu untuk dimakan..Mencari kedai2 makan yang masih bukak dan akhirnya makanlah di kawasan rumah kami saja..Tekak tak berapa nak lalu maka,cukuplah sekadar garlic bread+mushroom soup untuk mengalas perut memandangkan seharian perut tak diisi dengan makanan..
Owhh yea..mesti ada yang tertanya-tanya,kenapa ayah saya duduk di wheel chair kan..Buat pengetahuan semua,ayah saya boleh berjalan seperti biasa cuma di Kelana Jaya, waktu menunggu untuk check in terlalu lama,So,Tabung Haji menyediakan kemudahan wheel chair bagi mereka yang tak berkemampuan tenaganya..Biasalah..di usia 70tahun,lutut ayah kurang sihat..
Hampir seminggu mak+ayah+along berada di tanah suci dan setakat ini baru 2kali mereka menelefon kami di sini..Kerinduan tu tak usah cakap lah..Hanya Tuhan saja yang tahu..Bila rindu itu berkunjung,hati ini mula sebak dan air mata saja menjadi peneman..Mula-mula dulu tak biasa dengan keadaan..Hampir setiap masa menangis..Tapi kini saya makin kuat..Tiada lagi tangisann..Hanya doa untuk mereka agar mereka sihat di tanah suci agar dapat menunaikan ibadat di sana sehingga tiba hari wukuf..Dan tentunya mendoakan mereka selamat disana dan selamat pulang ke tanah air..Aminnn....