Tuesday, September 25, 2012

Wedding : DIY Bunga Pahar / Bunga Telur

Assalamualaikum semua..
Semuanya tahu persiapan perkahwinan aku ni bermula sejak aku dan MIA mendapat tarikh yg sesuai untuk bernikah..Maka,once dapat tarikh yg dicari,aku giat membuat persiapan yang patut..Persiapan ini turut dibantu oleh mak tersayang..Mak la tulang belakang aku dalam menyiapkan semua persiapan perkahwinan aku ini..Kalau tiada bantuan mak,mungkin semua kerja2 persiapan perkahwinan ini akan tergendala or mungkin tak siap kot..Nak harapkan aku sorang untuk siapkan semua ni,mungkin tidak la sebab aku sibuk bekerja..Boleh dikatakan persiapan bermula pada awal bulan mac aritu..Buat sikit demi sedikit..

Buat pengetahuan semua, aku dan mak mempunyai citarasa dan pilihan yang sama.Anak mak la katakan..Aku dan mak lebih gemar buat sendiri daripada membeli..Kepuasan yang kita perolehi dari buat sendiri lebih bermakna sebab itu semua dari hasil tangan kita..Tentang pemilihan warna,pada mulanya aku confuse untuk menetapkan warna tema..Lastly aku memilih untuk tetapkan color pink purple as our wedding theme..Satu gabungan warna yang cantik bagi mata aku..




picture : credit to google

Cantik kann color pink purple..So,tema dah warna pink purple kan..so bunga pahar harus jugak dari warna tema yang sama..Bunga pahar aku buat dari crepe paper flower yg dwitone..means,atas n bawah colornye x sama..Untuk bunga pahar aku cuma buat 70kuntum saja..1 pahar ada 35 kuntum..So di kiri kanan pelamin harus ada 2 pahar kan..Ok ni aku tunjuk skit gambar bunga pahar yg belum siap sepenuhnya lagi..

Actually bunga pahar ni dah siap kesemuanya..Tapi x nak la tunjuk the real bunga pahar i..Tak surprise plak..Tunjuk la sikit2 gambar yg x siap..Aku belajar buat bunga pahar dari crepe paper flower ni dari internet..Korang search je 'bunga crepe paper flower' nanti berduyun-duyun step by step kuar..Senang je if korang minat buat menda2 macam ni..

Ok abis cite pasal bunga pahar/bunga telur abis dah..Move to Bunga Manggar..Setiap majlis kawen pastinya ada bunga manggar..Bunga manggar ni x la berkepentingan sangat.Tp wujudnya bunga manggar menandakan simbolik kepada perkahwinan..Ada bunga manggar nampak mcm meriah..Kalau xde pun,x mencacatkan pun..Majlis tetap berjalan macam biasa..Terpulang pada individu itu sendiri..Ok disebabkan lebihan crepe paper flower ni banyak,maka mak aku mendapat idea untuk buat bunga manggar dari crepe paper flower..Not bad hasilnya..kreatif mak aku ni..So,dah jimat skit kat situ..Aku survey,bunga manggar 1 paket pun dah RM3.00++..

Warna bunga manggar pun dari warna tema yg sama..pink purple..Abaikan tiang lampu yg tegak di antara bunga manggar tu yea..

ok will update later pasal menda lain ehh...

Monday, September 24, 2012

Legoland Malaysia (1st in Asia)

Assalamualaikum semua..

Kalau nak tahu lagi berapa hari tinggal bergelar bujang,aku akan bukak blog.Tengok tepi ni haa..Tp,disebabkan lama sangat tak update blog n jenguk2 blog ni,sedar2 lagi 2bulan lebih je tinggal.Macam tak caya je..Macam tak caya,itu saja hari yg tinggal untuk siapkan semua perkara..Aku bukanlah puteri raja yang semua perkara disiapkan oleh orang lain..Semuanya diselesaikan sendiri..Jatuh bangun pun sendiri bak kata orang..

Ok misi balik ke kampung tempoh hari berjaya..Misi berjaya..!! Dapat pergi wedding ai,dapat beli souvenir,dapat beli gelang batal air sembahyang cuma satu je tak dapat..baju nikah blom siap lagi..masih in progress lagi..Harap sgt hasilnya memuaskan atiku..Ok dalam kesibukan aku ke sana sini berjalan satu kampung,aku sempat mencuri masa untuk keluar bersama MIA..haruslah kalau datang JB jumpa dia..Actually,x plan pun nak ke Legoland ni..Tapi sebelum bertolak ke kampung,ada jugak tanya2 dgn MIA apa yang best kat Legoland..??MIA kata mcm USS jugak..ok fullstop..Tak de niat pun nak ke sana memikirkan tempat ni baru je opening..Of course padat dengan orang.Biasalah tempat baru,mesti ramai yang berpusu-pusu nak masuk..Dan tak disangka-sangka,kami berdua 'ter' buat annual pass yang berharga RM245 seorang..



muke gumbira dapat tiket..
Nak dapatkan tiket tu bukan senang tau..kena beratur panjang,kena isi form..Dah tentu2 bab isi2 form ni serahkan kat aku..MIA x kuasa nak mengisi..


Masa kami buat annual pass ni Legoland belum official launching lagi..So,kami sepakat untuk buat saja annual pass,lain kali aku datang JB aku akan ke sana,teroka apa yang ada kat dalam Legoland ni..Tapi,disebabkan ketidaksabaran aku untuk lihat apa yang ada kat dalam tu,aku msg MIA ajak masuk Legoland sebelum aku balik KL..MIA layankan aje kehendak aku..Heii haruslah layan kehendak tetamu okehh..hihi..Selepas majlis kenduri Ai,aku bersiap tukar jeans and baju untuk ke Legoland..Parking penuh..! Maklumlah cuti Hari Malaysia..Semua orang berpusu-pusu untuk masuk ke sana..Bila dah ramai,aku lebih interested untuk jalan2 dari main game yg ada kat dalam tu..Jes tengok2 sambil amik gambar..

Haa..paling aku terkejut, MIA mula paham dgn perangai tunang dia ni..Camera aku dah melekat kat tangan dia.Dia merelakan diri untuk jadi photograher aku..Dan dia tahu tujuan gambar2 yang diambil tu adalah untuk blog tersayang..Tq so much..Bagus..kamu mula memahami diri ini..Mulai arini and saat ini,jgnlah kamu bosan menjadi photograher saya setiap saat tanpa dibayar gaji..



ada cina mtk tlg ambikkan gambar..(gambar ni pun nak snap)
teruja tgok air kat bawah tu..
game ni harus cuba...nampak best..!! But,hati2 baju kamu akan basah..
patung ni dibuat drpd lego..comel bangat..!
nampak x air yg aku pegang tu..?harganya RM10 tau..x sedap punn..
Dari Legoland,aku ke Dataran Merdeka..Percaya x..??
Inilah sebenarnya..Replika Dataran Merdeka..It look so real..!
Bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad
Masjid Jamek,Kuala Lumpur
Persekitaran Masjid Jamek..Nampak mcm betul kan..??
Stesen Monorail
There is KLCC..kagum lagi dgn rekabentuk yg menyerupai bangunan asal..
berlatar belakangkan Tanjung Pelepas..
KLIA
kami mau terbang...
Kalau ikutkan berlambak lagi gambar nak di upload untuk dikongsikan..Tapi cukuplah sekadar tu..Paling aku teruja bila tiba di sudut replika2 bangunan ni..Terdapat banyak replika bangunan2 seluruh Malaysia dan juga negara2 jiran seperti Indonesia,Cambodia, Vietnam..Cuma aku tak berapa nak kenal bangunan2 ni sebab papan tanda masih belum siap dipasang..Under construction may be..

Legoland masih baru lagi bertapak,so ada 2,3 perkara yang masih tidak sempurna.Contohnya,tempat letak kereta yg masih belum di tar lagi jalannya..Open parking not suitable for baby..At least ada bumbung untuk pejalan kaki..Positive thinking..still under construction..Sape2 yang ada anak tu,memang sesuai sangat dibawa ke sini..Mostly game kat sini sesuai untuk kanak2 umur 7-12thn..Ada jugak game sesuai for 1 family..Untuk orang dewasa,game kat sini tak mencabar anda..Bila aku berpijak di Legoland,ingatan aku pada USS..Anyway,good job for all Legoland team..!!!

Yang paling kelakar,ada one of Legoland crew ni,berhabuk dah cakap omputeh..skali tu kuar plak perkataan jawa..Buat aku tergelak je dengarnya..crew dia memang friendly..Lastly,sape2 yang nak datang ke Legoland ke,USS ke anda disarankan memakai kasut leper @ pump shoes @ kasut seperti ini...
-
-

-

-

-

-

-

-

-

kasut yg ada luv..luv..beli kat kampung je..beli sbb kasut ni sgt comel..!!!

Ok cukuplah setakat ini..Macam2 menda nak diceritakan dalam 1 entri..Nanti sambung lagi cite pasal kawen..Sampai ke sudah tak abis cite pasal kawen kan..? Ada yg nak muntah darah..sila lah..

NOTE : Kita dapat hadiah kawen in advance dari kakak ipar kita..Besar giler hadiah tu..! Tq kak jun..:)

Saturday, September 8, 2012

Misi balik kampung...

Assalamualaikum semua..

Berhabuk skit blog ni .Lama sangat ditinggalkan rasanya..Okeh minggu dpn lepas abis je keje malam, aku akan berangkat ke kampung (Pontian) untuk beraya..Wahh beraya la sangat tp rasanya,syawal ada lagi tinggal berapa ari je kot..Di hujung2 syawal..Actually,bukanlah balik kampung untuk beraya tapi terkandung misi2 tersembunyi..Insyaallah, aku bercuti mulai 13september - 18september..Just a short vacation..Macam biasa..pulang bersama mak,ayah dan juga adik aku..Boleh la bergilir-gilir drive kat highway nanti..Haa mesti korang nak tahu ape la misi2 tersembunyi aku pulang ke kampung kann..???

1. Majli Resepsi Azhar & Hana di Tmn Perling,JB
Itu motif utama pulang ke Johor..Sebab cousin aku Ai (Azhar) ni kawen..Majlis perempuan dah selamat pun berlangsung pada 1 September 2012 aritu di Keratong,Pahang..Tahniah kepada kamu berdua..To Hana,welcome to our big family..Semoga kalian kekal abadi hingga hujung nyawa..Aminn..

2. Baju Nikah
Baju nikah aku beli yang ready made tapi dah di hantar ke kampung untuk diupgrade..Minta cousin aku kat kampung tambah sikit beading kat baju tu..Tak sabar nak tengok hasilnya..Nanti kalau sudah di ambil,akan saya upload gambarnye yea setibanya baju itu di tangan saya..

3.Gelang batal air sembahyang
Tak pasti apa istilah yg tepat..tapi selalunya orang memanggil batal air sembahyang.Tak pun org selalu bertanya, "apa barang batal air sembahyang..?"..Yang pasti,pemberian barang kemas dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan..Harga pasaran emas 916 sekarang pada harga RM 174.40/gram..Pilihan aku untuk membeli barangan kemas ni di kampung2..Di kedai2 cina yg kat pekan2 tu..Sama juga seperti di bandar,kedai2 cina ini jugak turut menawarkan perkhidmatan memotong,mengambil tempahan untuk design tersendiri,mencuci emas lama dan banyak lagi..Cuma yang membezakannya adalah dari segi upah..Upah emas di kampung murah sedikit berbanding di bandar..Kualiti emasnya sama saja di bandar mahupun di kampung..Disebabkan dari aku kecik lagi,memang dah selalu beli and tukar barang2 kemas ngn apek ni,so lagi mudah..Termasuk lah cincin tunang pun beli kat sini.Cuma cincin risik je beli kat Wah Chan,KL..

4.Mencari Souvenir
Jika berkesempatan, akan aku gagahkan kaki menekan pedal minyak untuk ke Ayer Itam mencari sedikit souvenir..Siapkan aje duitnya..Di minda sekarang tak tahu ape yg sesuai untuk diberi.Mungkin bila dah berada di kedai tu barulah rambang mata untuk memilih.

Itu saja 4 misi pulang ke kampung kali ini..dan tak ketinggalan jumpa MIA di JB. Kalau balik kampung, tak singgah jumpa dia mahu perang dunia ke3..haha..Okeh 3mth 1week have to go,otak pun mula bercelaru,tido pun dah mula tak lena memikirkan banyak menda perlu disetelkan and pikirkan KIV listings..

NOTE : 4ari tak dapat tido yang lena..Sungguh stress..! Ntah ape la yang tak kena..