Hi guys..lamanya x ketemu..wahh..!!!sejak balik dari kursus,langsung xde masa nak update blog ni..Balik dari kursus aku cuma dapat cuti sehari je..Sampai la ke arini aku x cuti langsung.Memang berkeje keras namanya..Berkhidmat utk negara la katakan..Pada kebiasaannya,aku update blog ni kat umah along aku. Dengan kelajuan intenet yg melampau.Tapi arini berbeza seperti selalu.Aku update blog ni dari ofis aku yg mempunyai kelajuan intenet seperti kura-kura..Tahts why la aku meletakkan tajuk entri ni..'Test..test..'
Meh aku citekan sikit pasal kursus induksi aritu..10 hari kat sana bagi aku memang teruji sungguh..Lagi2 bg mereka yg dah bekeluarga..Apa yg aku tgok mereka yg berkeluarga lebih sensitif semasa berkursus..Maklumlah jauh dari anak..suami dan juga isteri..Kerinduan tu sudah tentu wujud..Aku..???10 ari kat sana,aku rasa rindu sangat kat mak aku..Haha..x tahu kenapa..Nak tepon ari2 x sempat.Sebab kat sana aktiviti penuh sangat..Bila ada kelapangan je baru tepon.Mungkin aku x penah berjauhan dengan mak dan juga family kot..Ingat lg masa mak,ayah and adik aku anta aku gi kursus pada 16mei..masa salam dengan mak aku,mata mak aku dah pun berair..Aku pun x nak la lama2 sangat,lps2 salam ngn mak terus aku gerak.Kang aku pun sama nangis..Hahaha..Tp dah besar2 ni,jiwa aku sikit kental la..
Walaupun kerinduan melampau pada mak aku disana,tp aku rasa bahagia sangat disana..!!!!Teeetttt...!!!!Bak kata orang,cuba positifkan pemikiran..Sebelum aku berkursus ni,macam2 hal aku dengar dari kawan2 keje tentang kursus induksi ni..Tak cukup tido la..jadual teramat pack..ada pengucapan awam la..Haa blom lg pasal cite hantu kat sana lg..Apa yg dorang cite tu ada benarnya..Tp x nak la jd kan itu sebagai pematah semangat dan kite mula pikirkan negatif tentang kursus induksi ni..Jujur aku cakap,aku memang berkobar-kobar nak pegi kursus ni..Bukanlah dengan nawaitu lain..'Nawaitu lain'...????Haa ye la..dorang kata,time kursus induksi ni la tpt utk mencari jodoh..Ohh tidakkk..!!!!
memang benar kata kakak2 ofis aku..Tido memang x cukup teramat sangat.Setiap malam tido kul 2pg utk siapkan assignment @ tugasan yg diberikan..Keesokkannya pulak,seawal 5pg dah bangun..Makk aii..!!!Tu yg gi kelas kadang-kadang terbabas tido..terlelap jgak la dlm kelas.hehe..Sanggup x lunch,semata-mata nak kejar tido.Dahsyat btol..!
Ok,aku kat sini x nak cakap dengan detail tentang aktiviti aku kat sana..Kang korang x terlarat lak nak membacanye..Just roughly je ok..Aktiviti yg berkenan di hati aku dan aku rasa yg agk best..1st,tugasan kumpulan.Owhh lupa plak..setiap kumpulan mesti dan WAJIB mempunyai 10org ahli.Ye la peserta kursus sume sekali 70org..Ahli kumpulan aku diketuai oleh Farid J,then aku,ejan(lelaki tau), Ecah,Nazariah, Aida,Ijai, Mugen, Talib dan last sekali Wan(dikenali Pak Berahim) di kalangan kwn2 kursus..May be muke dia macam Ibrahim Pendek yg berlakon cite P.Ramlee tu..
Tugasan Kumpulan yg pertama adalah,cipta bendera kumpulan,motto,cheer/trademark dan juga lagu kumpulan...Dalam tugasan ini,aku diberi tugas utk cipta lagu kumpulan.Wahh mcm komposer lak aku..Alhamdulilah,lirik berjaya aku buat.Melodi disusun oleh Ketua Kumpulan a.k.a Farid J...Tugasan lain xplorace(beach trecking)..Aktiviti ni memang menguji kekuatan fizikal dan mental..Aktiviti ni sebiji macam XPLORACE kat TV3 tu..Keluar dari kolej pukul 9.00pg dengan keadaan hujan2 renyai..Nak x nak,redah jugak..!!!Demi misi mencari harta karun dan menyelesaikan semua checkpoint-checkpoint yg ada..Dari awal lg group aku dah berbincang supaya no need to rush..Sbb pada mlm tu kami sume ada persembahan penutup.Xnak la pancit malam tu.So kami ni meneruskan misi seperti bersiar-siar.Hahaha..Setelah selesai kesemua checkpoint dan harta karun yg dicari telah dijumpai,kami singgah kedai air jambu dan lepak2 di gerai makcik tu.Padahal group lain dah pun mendahului group aku dan telah kembali ke kolej..Tapi,dengan x disangka-sangka,group aku juara bg aktiviti XPLORACE ni..Memang group aku terkejut beruk la.Tp itulah sebenarnya rezeki..Dalam kes ni,teringat plak kisah si arnab dan kura-kura masa kecik2 dulu..Korang ingat x..???Cubalah recall balik..Alaa..yg arnab ajak kura-kura berlumba lari and lastly si arnab tu tertido kat pokok.dan kura-kura menang utk pertandingan tu..Aku ni not talented menjadi pencerita la...Haa mcm tu la kisahnye group aku ni...
Tugasan Kumpulan yg terakhir adalah....jeng..jeng..Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan di majlis malam penutup..Puas kami2 memerah otak utk buat persembahan apa..Dgn cadangan yg diberikan oleh En Zarol selaku urusetia kami,kami setuju buat persembahan...JOGET LAMBAK..wahh sudah lama aku x menari..!!!Seingat aku,zaman sekolah rendah dulu je aktif ngn tarian ni.Latihan tarian hanya dapat dibuat beberapa kali saja diebabkan kengkangan waktu..tapi hasilnya sungguh memuaskan..Haa lagu joget yg menjadi pilihan utk persembahan group kami adalah lagu WANN-JOGET SIAPA DIA..kalau siapa yg nak dengar lagu ni,g download..hehe..
Ok guys..nanti i story lg pasal kursus ni..whatever it is,aku sangat gembira di kursus ini..tettt...!!!!!
Note : Dengan ini,saya NURZELINDA NAHARI telah nakal sewaktu di Kursus Induksi yg telah diadakan di Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kuala Terengganu...tettt...!!!!!!!
No comments:
Post a Comment