Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran buat semua...

Hari ini merpakan hari terakhir kita akan mengakhiri bulan ramadhan buat tahun ini...Sekejap sungguh masa berlalu..Lagu raya pun makin rancak berkumandang di radio dan di sudut hati kecil terasa teramatlah sayu mengenangkan di pagi raya nanti aku berada di ofis..Tak dapat bersama-sama keluarga tersayang...:'(..Ini tahun pertama aku tidak beraya bersama keluarga terchenta..huhu syahdunya...Nak buat macam mana tugas pada negara...wahh macam lagu raya Dayangku intan seperti entri aku sebelum ni..Kesedihan aku itu akan terubat apabila aku dapat juga cuti walaupun selepas seminggu raya..Jadilah kan..daripada tak cuti..hehe..Agak lama jugak la aku bercuti raya nanti..bermula 15 september-22 september..Perancangan sewaktu cuti raya telah dibuat awal..Aku akan pulang ke kampung bersama mak ayah dan juga 'hubbyku'...Pulang ke Pontian,Johor...Tahun ini aku diwajibkan menyinggah di Johor Bahru utk bertemu sedara-mara yg berada kat situ dan juga Si Dia...hehe..insyaallah i sampai yea..;)

Ok,kepada sesiapa yg pulang ke kampung tu pulanglah berhati-hati.Pandu kereta perlahan-lahan.Ikut peraturan jalan raya yea..Semoga perjalanan kalian dilindungi..Semoga selamat sampai di tempat yg ditujui..Insyaallah..Dan tak lupa juga,kepada mereka yg bekerja di hari raya,selamat menjalankan tugas yea..Redha la walaupun terpaksa kene keje di hari raya ini yea..Macam saya ni ha..walaupun,di sudut hati kecil aku,terselit rasa syahdu..huhu..x nak cakap lebih-lebih nanti nangis...Waaaa.....:'(

Note : Mohon maaf kepada semua kawan-kawan yg mengenali diri ini andai sepanjang perkenalan kita ini ada salah dan silap yg tidak sengajakan..bergembiralah di hari raya..Jaga diri baik-baik..Jangan nakal-nakal dan yg terakhir Selamat Hari Raya Aidilfitri..

No comments: