Friday, October 1, 2010

10 Oktober 2010 VS 10.10.10

Ada apa dengan 10.10.10.....?????????
Aduii..cantiknya tarikh 10.10.10 kan..??/Mesti ramai berebut-rebut nak mengabadikan kenangan manis pada tarikh tersebut..Contohnya, nikah,bertunang dan kalau boleh ada jugak ibu-ibu yang ingin melahirkan anak pada tarikh tersebut..Kebetulan pulak jatuh hari Ahad pada tarikh tersebut..Mesti bertimbun-timbun kad jemputan perkahwinan yg kita terima utk majlis bertarikh 10.10.10 ni kan..??

Kadang-kadang susah utk kita temui tarikh yang cantik dan jatuh pada hari Sabtu atau Ahad..Dimana, kalau tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu atau Ahad maka kita boleh merancang sesuatu majlis pada tarikh keramat tersebut seperti yang aku katakan tadi..Ramai yg memilih utk bertunang atau bernikah..

Bagi ibu-ibu yang mengidamkan tarikh 10.10.10 tu janganlah dipaksa pulak baby dalam perot tu utk keluar..Tak tekeluar punya melainkan operation..Ada jugak yang sanggup berbuat demikian tau..Begitu juga dengan pasangan-pasangan bercinta yang ingin mengikat ikatan pertunangan & pernikahan..Janganlah terlalu sedih atau kecewa sekiranya tak dapat nak mengabadikan pertunangan & pernikahan anda pada tarikh 10.10.10..Sesungguhnya setiap yang berlaku tu dengan izin Allah..Sekiranya tanpa izin dari Allah maka sesuatu perkara itu tidak akan menjadi..Kita ni hanya mampu merancang itu ini tapi semuanya ditentukan oleh Allah..Setiap yang berlaku ada hikmahnya & Allah ada rancangan yang terbaik buat kita pada masa akan datang...Jangan terlalu kecewa ok..!!

Kepada yang bakal bertunang atau mendirikan rumahtangga dengan yg tersayang,diucapkan SELAMAT BERTUNANG & SELAMAT PENGANTIN BARU..semoga ikatan yg temetrai ini kekal hingga akhir hayat...Amin...

NOTE : Ntah-ntah anak buah yang coming soon ni menunggu tarikh 10.10.10 kot..sebab tu tak kuar-kuar lagi..hehe..Kepada kakak-kakak ku,Angah & Uda,selamat bersalin...Terima kasih kerana menyumbangkan lagi anak buah buat auntie lin..hihihi..
MUST SAY GOODBYE TO 10.10.10...

2 comments:

Hafiza Abdul Latiff said...

yang pasti buffday mak 20.10.2010...lagi lawa!!!!:)

Zelinda said...

ye la nok..besday u..lagi cantik..mak x prasan la..20102010 ekk..