Monday, January 10, 2011

Bermula tahun 2011...

Halooo..rasa lama sangat tak update blog ni..tak berkesempatan adalah alasan utama..hehe..Dah 10 hari kita berada di tahun 2011..Masih terlalu awal untuk kita menilai apa yang bakal terjadi pada tahun ini..So far semuanya masih dalam keadaan baik-baik sahaja dan tak ada apa yang terjadi setakat ni yang menarik @ sebaliknya..

Nak cerita skit ni..baru-baru ni 8 Januari aritu aku dan mak ayah pergi ke kenduri kawen..Kebetulan time tu aku keje syif malam dan dapatlah menghadiri majlis kawen tu yang diadakan di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak..Mesti ada antara korang yang familiar tempat ni..Maklumlah,pusat komuniti ni tepi jalan dah nampak..apatah lagi warna bangunan dia yang colorful sangat..!!!

Aku ni kalau bab jalan memang failed sikit..Yang aku tahu,sentul ke hkl je..Tapi,bila aku tgok map pada kad kawen tu,aku tersenyum sorang-sorang..Mana taknya,itulah tempat jatuh lagi dikenang la katakan..Bandar Tun Razak ni berdekatan dengan Bandar Seri Permaisuri dimana letaknya hostel aku time belajar dulu..Oleh disebabkan dah pandai bawak kete sendiri sekarang,so dengan sengaja aku lalu depan hostel aku tu..Wahh banyak sangat perubahan..Jalan pun banyak berubah..Tapi i tak sesat tau..!!Tuju terus ke destinasinya tanpa sebarang kesesatan dan menengok map..Dan balik dari kenduri tu,saja bawak mak ayah aku pusing-pusing area situ..Serius aku cakap,bila kita lalu tpt yang penuh bersejarah,ingatan kita automatik kembali pada zaman itu..Iaitu zaman-zaman muda (zaman2 nakal..hehehe..) pada tahun 2004..Hampir 6 tahun aku tinggalkan Bandar Seri Permaisuri..Tak de gamba yang sempat di snap..Maklumlah aku yang bwk kete..Takkan nak berenti tepi jalan semata-mata nak tgkap gambar kan..Kang orang kata sesi lawatan dari mana plak nanti..Berbaloi aku bawak mak ayah gi kenduri ni sebab,ayah dapat jumpa semula kawan-kawan dia masa keje dulu..Dah 16 tahun ayah tak jumpa kawan2 lama dia..Sejak pencen tahun 1995..So,bercerita panjang la orang tua tu dan yang paling penting,nampak la wajah hepi sangat-sangat bapak aku tu..Itu saja yang boleh buat ayah aku gembira dengan berjumpa semula kawan-kawan lama..

No comments: