Monday, February 7, 2011

Pengalaman di Maternity Admission..

Berbeza tempat berbeza pengalamannya..Satu-satu pengalaman dikutip..Hari pertama aku kat meternity ada perkara-perkara yang mencuit hati kecil aku dan membuatkan aku terpikir sejenak..Dan timbul rasa simpati dan sungguh kasihan pada orang itu..Sebagai manusia,of course akan timbul rasa spt yang aku rasa..walaupun kita bukan sebangsa,senegara..tp atas faktor kemanusiaan aku bersimpati pada dia & keluarga..

This one for your knowledge ok yang patut aku kongsikan bersama..Mana2 pesakit yang meninggal di wad kelas 3,automatik bil2 hospitalnya tak perlu bayar..Ini tertakluk hanya untuk warganegara malaysia sahaja..Bertuah kita kan..Tp,berbeza utk warga asing..Meninggal ke tak,bil tetap kene bayar dan tiada pengurangan langsung untuk warga asing spt yang tertakluk pada Akta Fee..Means,time discaj tu they should be settle all hospitals' bill..

Dan ada 1 ari ni,ada sorg relative patient datang utk byr bil..Dan setelah semak2 dalam sistem,isteri dia meninggal dunia di wad..Dan aku pun semak plak register number anak dia plak..pun sama jugak..meninggal dunia setelah baru 2 ari melihat dunia..Si mak ni meninggal time bersalin..mungkin berlaku komplikasi..Tu la org ckp,bersalin ni kirenya kita bertarung dgn maut,Dan kalau kita mati ketika melahirkan anak,maka mati kita tu dikira mati syahid kan..?Betul tak..kalau aku silap,tlg btolkan aku yea..Sugul je muka si suami..Jenazahnya dah pun sampai di Indonesia hanya tinggal baby saja..Tak dapat aku bayangkan perasaan orang yang menghadapi situasi begini..Itu semua keje Allah..Betapa besarnya pengorbanan seorang isteri kan..

Kepada suami2 di luar sana,hargailah isteri anda..Kalau berpeluang utk masuk ke Labour room bersama isteri,masuk la..Berjuang bersama-sama ngn isteri tersayang..Isteri akan bertambah kuat apabila suami di sisi..Btol tak kawanku yg bergelar isteri...???Tp,kalau mmg suami tak benarkan masuk ke labour room tu,mmg tak boleh nak buat apa la..(Masih ada lg ke hospital yg x benarkan suami masuk ke dalam labour room??)

Berbalik pada relative patient tadi,bil hospital dia kena bayar tp isteri & anak sudah pun tiada lg kat dunia ni..Bil nya banyak jugak la..Bil isteri dia RM950++ bil anaknya RM600++...

NOTE : Hati wanitaku berdetik dan amat simpati sekali..Sedangkan aku tiada sebarang hubungan dgn pesakit,tp aku cukup memahami nya..Semoga roh si ibu dan anaknya di cucuri rahmat..amin..

1 comment:

Anonymous said...

sedihnye.. simpati tul ;(