Thursday, May 26, 2011

Jangan perlekehkan gubahan hantaran tradisional...

Iye aku sokong statement di atas tu..Walaupun aku dilahirkan zaman moden,tp aku tak pernah memandang rendah dengan gubahan hantaran tradisonal..Di mana ia lebih kreatif dari sekarang..Gubahan moden pun tidak kurangnya..Turut sama cantik..Cuma kalau anda perasan atau bertanya pada mak-mak kita,pastinya gubahan hantaran dahulu lebih kepada berbentuk objek..Contohnya,kain telekung digubah menjadi bunga teratai,sejadah kepada bentuk katil,kain tuala digubah menjadi buah-buahan..

Untuk hantaran tunang aku, aku serahkan 100% kepada mak aku untuk gubahnya..Dan aku bagilah sedikit idea2 nya..Aku yakin pada kreativiti mak aku..Dulu masa dia muda2,dia la johan gubahan2 hantaran..So,sebagai anak, aku tak nak mensia-siakan kelebihan yang mak aku ada..Mesti dia gembira apabila anaknya yang sorang ni menghargai bakat yang dia ada..Biarlah orang kata,gubahan hantaran tu ketinggalan zaman ke ape..tapi bagi aku,ia tetap tip top..tetap ada value nya sendiri..sentimental value yang susah kita nak perolehi..Kalau tak de org2 tua macam mak-mak kita,pastinya kita tak pernah melihat gubahan yang unik2 kan..Hantaran tunang aku tak la sepenuhnya tradisional..ianya telah diadun dengan gubahan moden..Dan bahan rujukan utama adalah majalah Pengantin..Dan dari situ mak aku selitkan unsur2 klasik moden...Wahhh..dah macam deco bersama eric pulak..!!!Iye..memang ada yang mentertawakan tentang gubahan tradisonal ini,kononnye tak boleh diterima pakai..Heloo..ini terpulang kepada individu masing2..Aku tak pernah nak amik pusing dengan apa orang cakapkan..Mereka boleh menilai...

Hantaran tunang aku semuanya dah siap,tp tak nak la perform skrg..tggu arinye nanti baru aku perform kat korang semua..Biarlah buat sementara ni,aku bercerita tanpa gambar..haha..Nanti bila majlis dah selesai aku upload satu persatu gambar yea..

NOTE : Kalau tak de yang lama,xde la yang baru..Sesungguhnya,apa yang terhasil dari tangan mak kita pastinya yang terbaikkkk...!!!! Terlalu menghargai setiap seni yang diselitkan pada gubahan hantaran tunang aku itu..Thanks mak...Love u..kerana bersusah payah untuk anak perempuan mu yang sorang ini..

Sunday, May 22, 2011

Hantaran Pertunangan...

Haloo..sejak kebelakangan ni aku jarang nak update blog. Bukan sebab xde idea..Banyak sangat yang hendak dibicarakan dan dikongsi bersama kalian..Tapi disebabkan masa xde,aku terpaksa postpone & tulis mana yang penting saja..Lagi-lagi baru je balik dari bercuti,so masa tu memang xde sangat...Alhamdulilah,hari berganti hari dan ari untuk kenduri pun makin dekat..Perasaan tu jangan cakap la..kacau bilau dibuatnye..rasa macam terlalu banyak perkara tak setel lagi..Petang nanti aku nak jumpa orang catering..Untuk comfirmkan semula menu-menunya dan berapa pax..Untuk kenduri kali ni,aku tak nak menyusahkan mak aku untuk masak-masak..Selalunya,dialah orang kuat di dapur..Lagipun sejak akhir2 ni mak tak berapa nak sihat..Kesian kat mak..Elin tempah je la mak..Mak pun xde la penat nanti,bila semuanya dah tersedia..Cuma layan tetamu saja..Ok,nak kongsikan sedikit barang-barang hantaran masa kenduri nanti..

Dari NURZELINDA untuk ABU HANIFFAH.
1.Sirih Junjung
2.Kain Nikah & Sampin Songket
3.Set Perfume
4.Jubah putih & Kopiah Putih
5.Kek    
6.Dodol   (prepared by : Pn.Nur Zaharena Nahari @ Kak Ngah)
7.Kek Lapis Sarawak   (prepared by : Pn.Nur Zaharena Nahari @ Kak Ngah)



Dari ABU HANIFFAH untuk NURZELINDA
1.Sirih Junjung / Tepak sireh
2.Baju Nikah
3.Set Perfume
4.Telekung
5.Kek
6.Chocolate
7.Buah-buahan

++ Cincin Risik
++Cincin Tunang
++Duit Tanda (Adat sebelah Johor)

Itulah dia senarai hantaran kedua-dua belah pihak..7 dulang dibalas 7 juga..Pada mulanya, aku memang nakkan jumlah dulang sama.Sebab senang bila kita nak memulangkan dulang nanti..Dan perkara ini dibincangkan dengan orang tua kedua-dua belah pihak..Dan mereka tak de masalah tentang jumlah dulang tu..Tentang 'Duit Tanda' pulak, biasanya orang sebelah Johor akan minta duit tanda..Tak la banyak..Kira macam 10% dari jumlah duit hantaran..Si Dia mempersoalkan juga tentang duit tanda ni..ye la sedangkan aku dilahirkan di KL  dan dibesarkan kat KL..Hanya kampung mak ayah aku je kat Johor..Tapi,aku nakkan kelainan dari adik beradik perempuan yang lain..Maklumlah aku ank bongsu perempuan dalam keluarga.Tapi,janganlah sampai perkara tu tak relevan ( tak masuk akal)..

NOTE : Thanks along sebab bertungkus lumus set up wiring rumah untuk penataan cahaya yang lebih jelas....:)

Wednesday, May 18, 2011

Ketemu jua akhirnya..alhamdulilah..

Haloo sayang-sayang sekalian..usah ditanya ke mana kehilangan ku sejak 2 menjak ni..aku pergi membawa diri..hahaha..bukan..aku pergi bercuti..bercuti di pontian,johor..Aku pulang ke kampung selama 5 ari..wahh lama sangat..Alang-alang balik tu,biarlah lama..baru puas ati..Barulah orang kampung hilang rindu kat kite..Next balik kampung lagi,time raya nanti..Insyaallah..Maklumlah tahun ni aku dapat berya di kampung..hehe..

Aku pulang ke kampung kali ni bukan lah semata-mata rindukan kampung..ada makna disebaliknya..balik tu bertujuan..firstly,cousin aku kat jb kawen..tapi sorii x dapat nak snap gambar dia.disebabkan camera tertinggal dalam beg pakaian..dah bawak boleh tinggal lak kan..second,sebab aku ingin mencari cincin tunang kat kampung..Maklumlah,kat kl sudah puas dicari dan saiznye tetap xde...

Sepanjang kat kampung,aku,mak & ayah x berhenti-henti berjalan..Sana sini berjalan..Memang x dok umah..Dan paling best,ayah pun sama2 temankan aku mencari cincin untuk anaknye ni..Ok dah terlanjur sampai kat johor,x kan la tak jumpa kekanda kan..???hehehe..(gelak miang)..of course la kite jumpa walaupun hanya seketika dan hanya keluar dinner bersama..Disebabkan dia sibuk berkursus,memadailah jumpa sekejap..

So,balik dari kampung ni,makin giat persiapan nak dibuat..lagi 2 minggu saja..So,aku berdoa supaya kenduri yang bakal berlangsung nanti berjalan dengan lancar hendaknya..Amin..

NOTE : Boleh tarik nafas lega sebab segala kekusutan telah pun terlerai..Alhamdulilah..

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Mak..

Kenapa saya tak letak kan tajuk di atas SELAMAT HARI IBU..???? Sebabnya, saya panggil mak saya 'MAK' bukan ibu..Tapi maksudnya tetap sama je..Dalam family aku macam2 panggilan untuk ibu ni..Macam kami adik beradik panggil mak adalah 'mak'..Tapi kakak2 aku dan kakak ipar aku membahasakan diri mereka pada anak2 berbeza..Kak Jun (kakak ipar) aku anak-anaknya panggil 'ibu'..Kak Ngah plak 'mama'..Kak Uda plak 'umi'..Haa pelbagai panggilanm kann..

Orang selalu tanya kat aku,apa hadiah untuk hari ibu..ermm..family aku tak pernah meraikan hari ibu or hari bapa ke..kalau birthday tu sekadar beli kek and buat makan2 je kat umah..So,hadiah untuk hari ibu ni adalah...lots of kisses for mak and big hug...mmmuuuahhh...!!!! Tak pe la mak mengerti kan..So, dengan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu2 di muka bumi ini dan terutama sekali buat ibunda ku, dan buat sahabat baikku yang buat pertama kali nya meraikan hari ibu bersama suami dan anak tersayang.

Terima kasih mak untuk segalanya...Sayang mak...!!!

NOTE : Untuk Hari Ibu tahun ni,hati aku mudah sangat tersentuh..bila tengok drama2 kat tv,hati ni cepat sangat menangis..bila dengar cerita kawan2 yang kehilangan mak,pun aku menangis..kenapa yea..??? Naluri keibuan sudah ada kot..tettt..!!!!

Monday, May 2, 2011

Cincin ohh Cincin..aku dah give up mencarimu...!!!!

Hari ni aku keje malam dan pada saat ini kepala aku sudah pun ting tong..disebabkan siang tadi aku sakan berjalan..tengahari aku ke Desa Coalfield ada kenduri kawen, pastu meneruskan misi aku bersama insan tersayang untuk mencari cincin...

Ingatkan,bila mencari cincin ngan org tersayang dapatlah cincin size aku ni..Tapi hampa..Aritu aku gi Wah Chan, cina tu kata boleh kecikkan mengikut size jari aku..Tp,bila aku comfirm balik ngan cina smlm,dia kata, boleh kecikkan sampai size 10 saja..10...????/ehmmm..Jari aku terlampau kecik.So,melainkan aku kena tempah..Haloo ada lg sebulan je..sempat ke nak tempah..??? Ni la kalau gara-gara mencari last minute dan menunggu orang yang jauh untuk pulang semata-mata untuk membeli cincin bersama..

Aku dah sampai tahap give up dah..bosannnn...!!!!!Alih-alih dia belikan aku cincin belah rotan untuk tujuan merisik..Cincin tunang belum ketemu lagi.Manalah nak cari cincin ni..???Bila tiba waktu nanti,cincin tunang tak jugak jumpa,jawabnya sarung je la cincin belah rotan tu..Pasrahhh je la wei..!!

Owhhh nak cite sikit pasal marketing trick orang2 meniaga ni..Aka jalan kat Wah Chan ni,dari jauh tengok ramai giler orang dalam tu..Aku macam malas nak masuk tempat crowded2 ni..Tapi disebabkan dia ada kat sebelah,aku redah je la..Nak tahu,apa aku nampak...

EMAS 916
RM162/gms - RM15/gms = RM 147
untuk trade in emas lama sahaja.


Haa macam tu la size tulisan yang terpampang kat dinding kedai emas Wah Chan tu..Cara untuk attract customer..Bagi kita yang perempuan ni of course la akan tergoda dan terpanggil untuk masuk ke dalam kann..So,jangan terpedaya..HARGA EMAS SEKARANG ADALAH RM 162 segram.

Tak tahulah kali ni aku macam dah sampai tahap give up dah..aku tak tahu mana nak cari lagi cincin yang bersize 4-7 ni..Tolonggg sape2 yang ada tempat or kedai emas yang mempunyai cincin size kecik2..Kalau nak tempah, memang dah tak sempat..Oleh sebabkan dah putus asa mencari, aku antalah ayat pasrah kat dia..

"Cincin tunang i, u cubalah cari kat JB. U dah tahu size jari i kan..Tak kesah la bentuk macam mana pun..I memang dah give up cari cincin tunang ni.."

Sampai macam tu aku msg kat dia...Betapa frustnye aku bila mencari menda yang kita nak tp tak jumpa..Ntah la,aku serahkan je la kat dia..

NOTE : Aku pasti,pilihan dia mestilah terbaik..Tak pernah apa yang dipilih tak cantik..