Iye aku sokong statement di atas tu..Walaupun aku dilahirkan zaman moden,tp aku tak pernah memandang rendah dengan gubahan hantaran tradisonal..Di mana ia lebih kreatif dari sekarang..Gubahan moden pun tidak kurangnya..Turut sama cantik..Cuma kalau anda perasan atau bertanya pada mak-mak kita,pastinya gubahan hantaran dahulu lebih kepada berbentuk objek..Contohnya,kain telekung digubah menjadi bunga teratai,sejadah kepada bentuk katil,kain tuala digubah menjadi buah-buahan..
Untuk hantaran tunang aku, aku serahkan 100% kepada mak aku untuk gubahnya..Dan aku bagilah sedikit idea2 nya..Aku yakin pada kreativiti mak aku..Dulu masa dia muda2,dia la johan gubahan2 hantaran..So,sebagai anak, aku tak nak mensia-siakan kelebihan yang mak aku ada..Mesti dia gembira apabila anaknya yang sorang ni menghargai bakat yang dia ada..Biarlah orang kata,gubahan hantaran tu ketinggalan zaman ke ape..tapi bagi aku,ia tetap tip top..tetap ada value nya sendiri..sentimental value yang susah kita nak perolehi..Kalau tak de org2 tua macam mak-mak kita,pastinya kita tak pernah melihat gubahan yang unik2 kan..Hantaran tunang aku tak la sepenuhnya tradisional..ianya telah diadun dengan gubahan moden..Dan bahan rujukan utama adalah majalah Pengantin..Dan dari situ mak aku selitkan unsur2 klasik moden...Wahhh..dah macam deco bersama eric pulak..!!!Iye..memang ada yang mentertawakan tentang gubahan tradisonal ini,kononnye tak boleh diterima pakai..Heloo..ini terpulang kepada individu masing2..Aku tak pernah nak amik pusing dengan apa orang cakapkan..Mereka boleh menilai...
Hantaran tunang aku semuanya dah siap,tp tak nak la perform skrg..tggu arinye nanti baru aku perform kat korang semua..Biarlah buat sementara ni,aku bercerita tanpa gambar..haha..Nanti bila majlis dah selesai aku upload satu persatu gambar yea..
NOTE : Kalau tak de yang lama,xde la yang baru..Sesungguhnya,apa yang terhasil dari tangan mak kita pastinya yang terbaikkkk...!!!! Terlalu menghargai setiap seni yang diselitkan pada gubahan hantaran tunang aku itu..Thanks mak...Love u..kerana bersusah payah untuk anak perempuan mu yang sorang ini..
No comments:
Post a Comment