Sunday, November 6, 2011

Aidiladha yang sepi...

Assalamualaikum...
Hari ni otw aku nak ke ofis,aku meredah jalan yang amat jem..Tersangatlah jem..Sebelum melangkah turun ke kereta,mata sempat menjenguk kat Tol Highway DUKE yg sangat2 nampak dari rumah aku..Wahh panjang que kat tol tu..Jarang tgok highway tu sesak dgn kenderaan melainkan waktu org bekerja..Ramai warga kota yg berpusu-pusu balik ke kampung untuk menyambut aidiladha di kampung..Tapi aku..??? Tersesat di celah kota..hahaha..ayat tak boleh blahh kann..

Aidiladha pada tahun ni aku terpaksa kerja oleh kerana aku telah mendapat cuti yg panjang pada Aidilfitri tempoh hari..So,kerja tetap kerja..Bak kata along aku,keje mengalahkan bangla buat bangunan..hehehe..Nasib aku kira baik kerana Aidiladha tahun ni turn aku bekerja kebetulan mak ayah aku tak de kat sisi aku..Kalaulah aku dapat cuti,mau menangis dibuatnya..Lain tau rasa beraya tanpa orang tua ni walaupun hanyalah Raya Haji..

Petang tadi lalu tepi umah2 jiran...wahh bau semerbak..Ya bau rendang.!!! Tiba2 hati menjadi sayu sangat sebab tahun ni tak dapat merasa masakan mak..Kalau tak,waktu2 macam ni,mak la insan paling sibuk kat dapur menyiapkan segala juadah..Dan kalaulah mak fiza beraya kat sentul,dah tentu aku akan ketuk umah dia mintak rendang ayam..hahaha..Tak malu kann..Bukanlah nak cakap apa,masakan mak fiza sama macam masakan mak aku..Setiap masakan mak fiza selalunya menepati selera anak angkat dia ni...wahh naik taraf jadi anak angkat..hihi..Ala bukan orang lain..dah bertahun kami kenal..Mak dia dah macam mak aku jugakk..

Perkembangan terkini mak+ayah+along aku..ermm dorang kini berada di Arafah,dan kemudiannya mereka akan bermalam di Muzdalifah 1 malam..keadaan mak..mak sekarang ni demam dan batuk2..along dan ayah sihat2 saja..Mudah-mudahan mak cepat sihat..Risau sebenarnya bila dengar keadaan mak macam tu.Tapi,apa yang boleh kita buat kat sini hanyalah risau dan doakan mereka sihat2 saja supaya dapat menunaikan ibadah di sana..Masuk je bulan November aritu,aku dah mula counting days..Haa bukan counting days untuk kawen ehh..Counting days bila mak+ayah+along akan pulang..Ada lagi 17hari saja perlu aku nantikan..Tak sabar rasanya..Dan sudah pasti,aku antara insan yang akan amik dorang kat airport nanti..Cuti pun dah lulus..Dan memandangkan lagi berapa hari sangat mak akan pulang,maka bermula saat2 akhir nanti,aku akan mula bekerja keras untuk mengilatkan rumah..Bukanlah bermakna sepanjang mak xde ni umah tak seperti umah..Umah tu tetap nampak macam umah yang berpenghuni..Bukan macam umah tinggal okeh..Cuma,ikutkan hati nak tukar langsir,tukar cadar bilik..Nak menyambut orang teristimewa pulang..Bak kata ustaz kat Al-Kuliyyah cakapjemaah haji yang baru pulang dari menunaikan haji di Mekah umpama bayi yang baru lahir dari perut ibunya..Sucinya mereka dari segala dosa..

Pada malam ini,hati meruntun sedih bila dengarkan takbir..bergenang-genang air mata ni..Lagi-lagi malam raya di ofis,mana tak sedihnya..Haiyaaa...Tak tahu mcm mana nak ungkapkan lagi..Dah..dah..tunggu next entry dengan suasana Aidiladha di ofis aku yea..Maklumlah,abis keje malam ni kul 7pg dan aku WAJIB sambung syif aku sampai pukul 2 petang..Yeahhh,mak gagah nyahhhh...!!!!;) See ya..

No comments: