Saturday, January 28, 2012

Selongkar

Heloo guys..Entri ini untuk menjawab persoalan yang di tag oleh Pn. Nat pada entri dia yang ini..Bercakap pasal beg wanita, sesungguhnya beg saya pun agak berat jugak..Sometimes..tp selalu jugak la berat..Dan saya adalah insan yang tak reti nak bawak beg kecik walaupun saya bertubuh kecik..Saya lebih gemar pakai handbag besar senang untuk disumbat segala apa barang..

 Ok,Firstly meh kita tengok saiz beg yang saya bawak ke hulu hilir..Beg ni besar skit dari beg sebelom ni..


Dalam handbag saya perlu ada,dan wajib ada :


  • Purse
  • Handphone (nyawa saya tu..)
  • Kunci kereta saya & kunci umah (yang ada key-chain Poslaju tu..auww Poslaju di hati..)
  • Pad (setiap handbag saya perlu ada menda ni..In case,datang tanpa diduga waktunya,wahh haru dibuatnye aku)
  • Tisu (Ini penting kalau ter selsema sewaktu kuar jalan2..or lap tangan kalau2 restoran tu kedekut nak sediakan tisu)
  • Buku nota & pen (kemudahan untuk mencatit dan mencatat)
  • Perfume Escada (perfume hantaran tunang)
  • Compact Powder ( Silkygirl white..masih setia dgn silkygirl sejak 4thn..)
  • Lipstick (Maybeline..lipstick ni lama jugak saya pakai..rasanya dari awal tahun 2011 kot..)
  • External hard drive (salah satu nyawa aku,di mana segala doc penting ada di dalamnya..amat penting apabila di ofis)
  • Sampul duit raya (perlu ada sejak sudah bekerja ni..mana la tahu nak gi kenduri kawen ke,nak lawat baby baru lahir ke..so,sampul ni harus ada untuk isi duit okey..)

Haa..itu saja barang yang ada di dalam beg saya..hihi..

  

Monday, January 23, 2012

Haruskah bermula sekarang...???

Hello guys..

Hari ni masih berkesempatan untuk update blog lagi..yeehuuu..!!! Maklumlah cuti2 ni tak de la sibuk macam ari biasa..Sejak 2,3 ari ni saya sempat terjah blog2 B2B (Bride-to-Be)..Sebab banyak sangat masa terluang sejak cuti CNY sebanyak 4 hari ni..Dan tiba2 muncul satu persoalan...

Sudah patut ke saya memulakan langkah or survey2 apa yang patut untuk big day saya nanti...?? Walaupun majlisnya amat lambat lagi..iaitu 2013..ikutkan perancangannya awal tahun 2013 la..Kalau xde aral yang melintang patah..hihi..Sebab bila saya terjah2 blog2 B2B ni ada yang telah memulakan langkah survey2 walaupun majlis dorang lambat lagi dalam tempoh setahun akan datang...Ermmm..serously, memang tak tahu bagaimana nak memulakan..MIA saya pun ada bertanya,dah survey2 ke untuk wedding..??? Dengan selamba saya menjawab "Tak pun.." jawab dgn penuh tenang kan..??? Hadoiii...Patutkah bermula sekarang..???

Sunday, January 22, 2012

Jangan bertunang lama-lama

Hi guys..aipp apasal tajuk lain macam je ni..? Iye saya tahu,saya sudah agak lama bertunang,tahun dah berganti tahun dan kini 2012 telah pun mengorak langkah dan semua yang berada di ofis serta kawan2 tersayang sudah pun bertanyakan bila majlis saya akan berlangsung..Sewaktu bertunang,family kedua-dua belah pihak telah bersetuju bahawa pertunangan ini diikat paling lama 2 tahun..Tapi,kalau lagi awal lagi bagus..Ye dak..??hihi..Kawan2 yang sama tahun bertunang dengan kami telah pun ada yang mendirikan rumahtangga dan ada juga yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi..

Apabila menghadiri majlis kawan2,soalan yang biasa diajukan,bila lagi majlis saya..???hehe dengan tenang menjawab "tak jumpa tarikh lagi.." haha..ayat nak selamat..Sebenar-benarnya,bukanlah tak jumpa tarikh tapi memandangkan MIA perlu memikul satu tanggungjawab besar pada bulan oktober ini,maka hasrat kami untuk mendirikan masjid terpaksa ditunda dan utamakan ibadah Allah itu..Insyaallah..Kedua-dua kami terlampau sibuk dengan tekanan kerja dan segala komitmen yang ada..Insyaallah dengan izin Allah s.w.t MIA akan mengerjakan haji mengiringi bonda serta nendanya ke tanah suci..MIA minta sangat agar saya paham dengan keadaan itu dan terpaksa tolak ketepi seketika perancangan kami...Bagi saya, urusan ke tanah suci perlu diutamakan..dan redha sekiranya,majlis kami terpaksa di postpone..Agar bila MIA di tanah suci nanti,doa dapat doakan yang terbaik buat kami dan masa depan kami..

Bagi mereka yang bakal bertunang,satu nasihat saya,tak perlu bertunang terlalu lama kerana alam bertunang ni terlampau banyak dugaannya..Apatah lagi bagi pasangan yang berjauhan seperti saya dan MIA..Bila berjauhan,KEPERCAYAAN yang tinggi perlu ada dalam setiap diri..Jika itu tiada,maka....(sambunglah sendiri)

Perkenalan kami yang hampir menginjak ke sebelas tahun  dan telah 7 bulan mengikat tali pertunangan pun kadangkala dilanda todak dan badai..Tapi,perasaan sayang dan cinta kami terlalu kuat,itulah kunci kami terus kekal hingga sekarang..Dua-dua pihak perlu mainkan peranan..Sepanjang tempoh inilah anda akan diuji pelbagai hal..Dari sekecil-kecil hal hingga sebesar-besarnya..Tapi perlu ingat selesaikan masalah yang datang dengan rasional dan matang..Jangan cepat melatah..!

Doakan kami..

Saturday, January 21, 2012

Lirik OMBAK RINDU

Assalamualaikum...Di petang yang hening ni,aku nak post lirik lagu OMBAK RINDU ni untuk tatapan anda..Hayati bait-bait lagu ni.

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


 
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


 
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


NOTE : Bila hati ini sedang gundah gulana,lagu ini bisa menyentuh jiwa..Aduhhhaaaiii..Apa yang lepas itu biarlah lepas..Jadikan itu sebagai pengajaran.Tak perlu diungkit kisah silam dan diungkit sepanjang hayat..Kasihanilah dia..Luluh hati bila mendengarkan ungkapan yang lahir dari mulutmu...Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan ini..Usah ditanya kenapa..?Mengapa..? Dan jangan sesekali persoalkan dugaan & ujian yang Allah turunkan pada kita..

Friday, January 20, 2012

Terasa diri ini makin TUA

Assalamualaikum semua..

Pagi2 lagi sudah dikejutkan dengan msg Mama Fiza..Walaupun mata masih melekat dan masih berbaring-baringan memandangkan arini keje petang..Tapi,dr msg Mama Fiza,aku dapat mengagak sesuatu..Dia perlukan aku..Cewahhh..Kemudian kami bergayut di telepon hampir setengah jam..Sabarlah sayang dengan apa yang terjadi..Walaupun kami dekat,tapi disebabkan masa kami tak sama,itu punca dan sebab kami tak dapat nak berchit-chat or bergosip-gosip mcm dulu..Finally,lepas abis bergayut,she said 'tq' kat aku..TQ kerana aku sudi dengar luahan perasaan dia pagi2 tu..Dan ucapan TQ tu buat aku terharu dan rasa bersalah kerana tak dapat nak luangkan masa dengan dia macam dulu lagi..Dan terpaksa jugak dia telefon aku pagi2 buta tu..Aku tahu dia tertekan dengan keadaan sekarang..Dan sebagai kawan yang kami kenali sejak kecik lagi,tipulah kalau aku tak risaukan keadaan dia sekarang apatah lagi dalam keadaan dia pregnant ni..ermm duniawi..

Dan selepas letak telefon,dapat pulak 1 msg dari kawan kolej dulu..Dah pun selamat bersalin..Alhamdulilah..Lepas ni kalau jumpa,masing2 kendong anak..Dan bila dapat msg dari kawan lama tu,terus termenung seketika..cewahhh..Kawan baik dah pun nak masuk anak kedua,kawan baik dah ada anak sorang,kawan baik lagi sorang pulak baru je mengandung,kawan2 yang lain pulak bakal melangsungkan perkahwinan...Semuanya sudah berkeluarga dan masing2 bahagia dengan keluarga masing2..Alhamdulilah..Barulah tersedar,rupa-rupanya usia kini bakal menginjak ke 26tahun..Sudah makin tua..sudah makin berusia..Anak2 mereka pastinya memanggil 'auntie lin..auntie lin..' dan anak2 mereka umpama anak2  saya juga..;) Terutama sekali anak2 Mama Fiza, Mama Haida, Moms to be..Pn.Jijah dan Pn Natrah...

Itu saja nak cerita tentang kesedaran saya yang sudah makin tua..:) Perlu ingat..dunia ini hanya pinjaman sementara sahaja..

Sunday, January 15, 2012

HOLIDAY : Universal Studio Singapore (Part 3)

Balik dari USS tu memang kejar nak tido terus..Tp sebelum tu,mandi dulu..Maklumlah dah berjalan seharian..Lepas je mandi,terus lena..Tak sedar langsung..Sedar2 jam dah pukul 7.45pagi..Dahsyatnya tido..Ntah2 aku tido malam tu pun statik je..Tak gerak sana-sini..Bila tgok je jam pukul 7.45 terus melompat bangun untuk bersiap..Mana taknya,pagi tu aku harus pulang ke KL..Orang di kl telah merindui..Mak pun dah calling2..

Macam biasa,keluar breakfast dulu dgn MIA dan kawan2 sekerjanya..Lama pulak breakfast kali ni kerana hujan lebat..macam tak bagi aku balik je..Ikutkan plan nak amik tiket balik kl dalam pukul 10pg..tapi biasalah..dari pukul 10 tu postpone ke pukul-pukul lain..haha..MIA ni plak sibuk bawak aku jumpa kawan2 @ kakak2 yang rapat ngan dia..Dorang ni sume teringin nak jumpa aku..Lastly,aku dapat tiket balik KL pukul 3.30ptg..huhu..lambatnya...

Sejak keluar dari rumah 'akak sayang' MIA, MIA dah mula sepikan diri..10 patah aku tanya,sepatah je dia jawab..Dalam kereta bisu sampailah di Larkin Sentral..Aku minta MIA beli tiket bas yang selalu dia naik..Bukan apa,aku tak suka bas tu berhenti-henti banyak tempat untuk amik penumpang or berhenti kat R&R terlalu lama..So,dia kasi setel pasal bas..Then pukul 3.05ptg bas pun dah sampai..MIA hantar aku sampai naik bas..Biarpun aku penumpang pertama,tp elok lah bagi mengelakkan aku ditinggal bas...hihi..Dan kali ni, MIA rasai apa yang pernah aku rasakan satu ketika dulu sewaktu aku anta dia di stesen bas Bukit Jalil dulu..Macam ni la perasaannya..Perasaan yang sukar diungkapkan..Sedih ada..nak menangis..Macam2 la..Aku nampak MIA seperti cepat2 nak tinggalkan aku tp aku dapat baca anak mata dia..Dia sedih..Mana taknya,banyak hari dihabiskan masa bersama..Then,MIA turun dari bas,aku sempat mintak maaf..dalam kebahagiaan ada terselit sedikit kekecewaan di hati dia..

Bila bas bergerak,aku terus on camera..melihat kembali kenangan2 semalam..buat aku tersenyum dan amat hargai dia..Kalau nak dibandingkan MIA 5 tahun yang dulu, dia terlampau banyak berubah..Kadang-kadang bila perhubungan tu terlalu lama,kita terbawak-bawak @ terbayang-bayang akan sikap dia yang dulu..Sedangkan dia tidak lagi begitu..Usia yang mematangkan dia..Alhamdulilah,dia kini makin matang...


Thanks dear be a part of my life..


NOTE: Setelah pedih dilalui, akhirnya kebahagiaan milik kami..Peningkatan usia mematangkan kami berdua..Alhamdulilah..Semoga Allah berkati hubungan ini dan permudahkan urusan kami untuk membina masjidmu..serta Kau panjangkanlah jodoh kami hingga akhir hayat kami..Aminn..

HOLIDAY : Universal Studio Singapore (Part 2)

Assalamualaikum..okey kita sambung cerita balik ..Aku ke JB pada petang Khamis dgn menaiki pengangkutan awam iaitu bas..bas balik kampung tu..Naik kat Terminal Bersepadu Selatan,Bdr Tasik Selatan..Aku rasa inilah kali kedua aku naik bas awam untuk perjalanan yang jauh..Kasihan kan..?? Dan tiket bas ke JB pukul 7.30ptg..Dapat je tiket terus msg MIA supaya siap sedia untuk amik saya di Larkin Sentral..hihi..Perjalanan ke JB mengambil masa selama 4jam 45 minit..Aku tiba di Larkin Sentral pukul 12.10mlm..Huargghh mata amat mengantok..Sementara mengunggu MIA amik,pergi menyantap dulu..Ingatkan dia dah terpacak kat Larkin Sentral tu terlebih dulu..huhh hampehh..

Keesokkan harinya,selepas MIA semayang jumaat, kami pergi ronda-ronda di JPO (Johore Premium Outlet)..Kalau anda nak ke JB pasti korang akan nampak JPO ni kat tepi highway..JPO ni masih baru lagi..Baru sebulan lebih opening..Actually,tak de apa pun nak dibeli dan dirancang untuk dibeli..Just jalan2 cuci mata dan mencari kasut untuk dirembat dan dipakai ke Singapore..Memandangkan kasut yang aku pakai tu kurang sedap and selesa..Hahh..alasan semata...!!!! Gambar  kat JPO ada dalam hp la.Tak sempat untuk transfer lagi..Kat JPO ni merupakan branded outlet..Barang2 yang berjenama saja dijual di sini..Macam-macam brand terkemuka dijual contohnya,COACH,BURRBERRY,FOSSIL and etc..

Antara outlet yang ada kat JPO and Food Court yang ada..
Johore Premium Outlet

picture : credit google.com

Itu kisah pada hari Jumaat (6 Januari 2012)..Hari Sabtu yang dinanti-nanti telah tiba..Punya excited,malam sebelum nak pergi ni,mak tak boleh tdo..(x boleh tdo sbb excited kah..??ermm..) Kalau ikutkan perancangan MIA,perjalanan kami should be on 7.00am sbb nak singgah ke ofis MIA untuk amik duit sing dolar and tiket USS..Perjalanan kami bermula pukul 9.00pg setelah selesai segala urusan dan mengisi perot..Dari Bank Negara,kami naik bas..2x tukar bas untuk sampai ke CIQ..Sampai kat CIQ terpaksa rushing sedikit sebab bagi mengelakkan beratur panjang semasa imigresen..Dah lama mak tak jalan laju,mengah jugak la dibuatnya..Hilang lemak mak kat peha tau..Dah selesai urusan kat imigresen,kami menanti bas yang akan bawak kami terus ke USS..Dari imigresen singapore nak ke USS amik masa dalam 40minit..Sampai terlelap jugak la dalam bas.Mungkin keletihan berjalan laju kott..Tiba di pintu USS tepat pukul 11.05pg..dan inilah hasil tangkapan pertama kami..


Setelah masuk je USS, MIA merancang perjalanan kami di dalam USS tu.Ini penting agar kita tak ke hulu hilir tanpa arah..Mana tempat pertama perlu ditujui..


MIA selaku perancang perjalanan...


Ibarat bapak membelikan jajan untuk anaknya..haha..:)

Charlie Chaplin ni nakal..Ada ke patut dia jolok perut aku ngan tongkat dia time aku nak snap gambar dia..ciss...

Transformers 4D terbaikk..memang best bangat..!!!



Waterworld tak dapat nak masuk sbb ramai gile org dan showtime nye pun dah terlepas..huhu..
Saya di Disneyland..wahhh...!!!!
Sangat teruja..selama ni tgok bangunan ni kat dalam tv je..buat muka jakun skitt...;)

tak berani nak tgok muka patung ni..seram mak..

cowboy town..

Comel sangat Madasgacar & the geng menari..

gambar kenangan berdua sebelum pulang..tak tahu bila lg akan jejak kaki ke sini..
Dah puas berjalan seluruh pelusuk USS tu, semua tempat telah diterjah maka kaki pun dah tak larat untuk dihayunkan lagi..Kami pun mengambil keputusan untuk keluar dari USS tu pukul 4.30ptg..Berbaloilah tiket USS yang berharga $74..seharian berjalan tanpa henti..Tapi tak terus balik..Ada  lagi tempat yang harus di singgah..Keluar dari USS,kami dapatkan MRT untuk ke Bugis Steet..MRT dia macam monorail kita kat KL ni jugak..Tapi suasana stesen MRT tu macam kat PUTRA LRT Masjid Jamek..Tengok tu, dah berjalan jauh pun masih ingat kat KL lg..Hujan emas di negara orang,hujan batu di negara sendiri..(haa..btol ke peribahasa aku tu)..

Bila sampai Bugis Street,cepat2 ajak MIA cari kedai makan untuk isi perut dan merehatkan kaki seketika..Alaa..tak ingat la apa nama kedai makan tu..Yang penting time tu nak cepat2 masuk menengok apa yang best boleh di makan sampai lupa nak tangkap gambar nama kedai tu..Dahsyatt..Gambar2 kat bawah ni pun hasil tangkapan MIA..Tunang perempuannya mana..?? Tunangnya sedang sibuk makan sampai tak hingat dunia..hahaha..

Nasi Briyani lauk kambing pilihan MIA..
Kat sini bermacam jenis murtabak..tapi pekerja restoran tu cakap MURTABAK RUSA special..
 So,nak tahu kesedapan murtabak rusa tu haruslah kita rasa..Tak sedap,mmg MIA la yang wajib habiskan..Murtabak Rusa ni ada $10 and $20..Bezanya cuma dari segi saiznya shj..Dah tentu $20 saiznye lagi besar kan..?Cukuplah sekadar $10..Tak elok tamak2 okeh..

Inilah murtabak rusa yang dikatakan tu..memang sedap..!!!
close up skitt..
Ini bukti kesedapan Murtabak Rusa..Hampir licin kami makan..
Kemudian,selesai makan jam dah pun pukul 6.30ptg..MIA ajak jalan lagi..Argghh..kaki saya mahu tercabut sudah..Memang lenguh sangat2..Bayangkan 2 belah kaki ini digunakan tanpa henti dari pukul 7.30pg hingga 6.30ptg non-stop..!!! Mesti tak caya kan..Itulah hakikatnya..Nak tak nak,kene gagahkan diri untuk berjalan ke Mustafa Centre..Orang kata,kat situ barang murah2..Ermm..Mustafa Centre ni macam MYDIN pasaraya borong yang ada kat Malaysia..Aku rasa owner Mustafa Centre ni pun dari kalangan mydin/mamak jugak kot..Tak ada apa yang menarik di pandangan mata aku..Sekadar jalan2 melenguhkan kaki..Tak berbaloi aku berjalan tau..

Aku merungut kat MIA sebab kaki dah teramat lenguh..dah merengek-rengek macam budak kecik..MIA cuba dapatkan taxi kat area situ.Tp agak payah..So nak tak nak,kena jalan kaki jugak untuk ke Stesen bas..Perlu amik bas untuk ke Imigresen Singapura...Tapi sebelum tu,MIA sempat amik gambar aku ketika tenat berjalan..

opss..blur plak..
teserlah muka letih aku..letih macam mana pun sempat lg aku membebel bila MIA tgkp gambar aku time nih..
Masa berjalan ni,request dgn MIA, alangkah nimatnya kalau balik jalan ni ada orang tolong urutkan kaki..Mesti sedap..!! Hilang segala kepenatan..Pastu MIA kata,dia ada kawan yang pandai urut..Terbayang kat kepala,kawan dia ni laki ke perempuan..Bila ditanya sendiri kat MIA, dia diam plak..Sepi membisu tanpa bagitahu jantina kawan yang pandai urut tu..ermm..Tak pe,ikut je la..Kalau lelaki,x nak la aku..

Setelah berpijak di bumi Johor Bahru kembali,kami mendapatkan kereta MIA yang sejak awal pagi tadi parking di Bank Negara..Kemudian,MIA berhenti kat Danga IT City Mall (ye kot nama kompleks tu macam tu..kalau salah,org JB jgn saman aku lak)..Hati ni pun bertanya,nak buat apa berhenti kat shopping complex malam2 ni..Jam pun dah nak dekat kul 10,kedai pun dah mula nak tutup..Ikut je langkah MIA dari belakang.Nak kejar dah tak terlarat..

Taraaa...inilah tukang urut kita...!!! Aku tersenyum sampai telinga..Rupa-rupanya kerusi urut yang kena masukkan duit mengikut berapa minit kita nak..Pandai dia bergurau ngan aku yea..Kat papan kerusi tu ada tertulis RM 1=3 MINIT, RM 5=15 MINIT, RM 10=30minit..So,cukuplah 15minit..Tapi memang terasa jugak la walaupun mesin yang urut..Sebelum pulang berjumpa dengan encik katil,kami mengisi perut terlebih dahulu..Lepas diurut, perut jadi lapar pulak..haha alasan semata..!! Bila dah kenyang barulah dapat tidur..Maka berakhirlah satu hari perjalanan kami yang sangat bermakna buat aku..

Tunggu Part 3 lepas ni..ada lagi cerita...






Wednesday, January 11, 2012

HOLIDAY : Universal Studio Singapore (USS)-(Part 1)

Assalamualaikum..

Wahh..this is first entry for 2012..Lamanya tak update blog..Mood bercuti mebuak-buak dari sebelum cuti sampai la dah abis cuti ni..Ok tak mo cite panjang2..Buat pertama kalinya di usia aku 25tahun,aku baru nak buat passport..Hahaha..orang lain dah ke sana sini dgn passport..dah pergi negara orang merata tempat tp aku baru je melangkah ke 1 buah negara..Sungguh sadis kann..hahaa..Dulu pernah nak buat passport utk pergi ke Bandung tapi bondaku tak mengizinkan..Nak buat mcm mana,akur saja la..

Dan kali ni,aku bukak mulut untuk pergi Singapura.Tak sangka2 bondaku izinkan..Agak terkejut jugak la..So,sepantas kilat MIA suruh buat passport..Apatah lagi,untuk ke Singapore ni MIA banyak sponsor dari tiket ke USS hinggalah makan minum and duit poket dekat sana..Tq so much dear..Inilah pertama kali MIA spent duit begitu banyak untuk holiday..Selain dari zaman belajar dulu..Zaman belajar dulu MIA banyak jugak habiskan duit untuk yuran and duit poket aku..MIA kata,dia bawa aku ke Singapore adalah tanda dia hargai aku..Jiwang..!!! MIA aku bukanlah dari kalangan orang yang jiwang and reti tunjuk kasih sayang dia pada aku..Tapi dengan ajakan dia tu,dah membuktikan dia sayanagkan aku dan perlukan aku..Walaupun dalam percutian kami, ada ketika dan saat memang getir dan perit untuk aku lalui..Hanya Tuhan saja yang tahu..Alhamdulilah,manusia yang hina ini sering saja tersilap langkah dan alpa seketika..
Untuk entri kali ni,aku paparkan 1 saja gambar..Cehh macam la korang x tgok lagi kat fb aku gambar USS kan..??? Konon2 tak tgok lagi la and teruja sangat nak tgok gambar2 I..Jgn muntah darah yea..:)



NOTE : Terima kasih tak terhingga kpd MIA for this holiday...Seronok sangat tapi i tetap rasa bersalah pada u..Maafkan i..