Assalamualaikum..okey kita sambung cerita balik ..Aku ke JB pada petang Khamis dgn menaiki pengangkutan awam iaitu bas..bas balik kampung tu..Naik kat Terminal Bersepadu Selatan,Bdr Tasik Selatan..Aku rasa inilah kali kedua aku naik bas awam untuk perjalanan yang jauh..Kasihan kan..?? Dan tiket bas ke JB pukul 7.30ptg..Dapat je tiket terus msg MIA supaya siap sedia untuk amik saya di Larkin Sentral..hihi..Perjalanan ke JB mengambil masa selama 4jam 45 minit..Aku tiba di Larkin Sentral pukul 12.10mlm..Huargghh mata amat mengantok..Sementara mengunggu MIA amik,pergi menyantap dulu..Ingatkan dia dah terpacak kat Larkin Sentral tu terlebih dulu..huhh hampehh..
Keesokkan harinya,selepas MIA semayang jumaat, kami pergi ronda-ronda di JPO (Johore Premium Outlet)..Kalau anda nak ke JB pasti korang akan nampak JPO ni kat tepi highway..JPO ni masih baru lagi..Baru sebulan lebih opening..Actually,tak de apa pun nak dibeli dan dirancang untuk dibeli..Just jalan2 cuci mata dan mencari kasut untuk dirembat dan dipakai ke Singapore..Memandangkan kasut yang aku pakai tu kurang sedap and selesa..Hahh..alasan semata...!!!! Gambar kat JPO ada dalam hp la.Tak sempat untuk transfer lagi..Kat JPO ni merupakan branded outlet..Barang2 yang berjenama saja dijual di sini..Macam-macam brand terkemuka dijual contohnya,COACH,BURRBERRY,FOSSIL and etc..
|
Antara outlet yang ada kat JPO and Food Court yang ada.. |
|
Johore Premium Outlet |
picture : credit google.com
Itu kisah pada hari Jumaat (6 Januari 2012)..Hari Sabtu yang dinanti-nanti telah tiba..Punya excited,malam sebelum nak pergi ni,mak tak boleh tdo..
(x boleh tdo sbb excited kah..??ermm..) Kalau ikutkan perancangan MIA,perjalanan kami should be on 7.00am sbb nak singgah ke ofis MIA untuk amik duit sing dolar and tiket USS..Perjalanan kami bermula pukul 9.00pg setelah selesai segala urusan dan mengisi perot..Dari Bank Negara,kami naik bas..2x tukar bas untuk sampai ke CIQ..Sampai kat CIQ terpaksa rushing sedikit sebab bagi mengelakkan beratur panjang semasa imigresen..Dah lama mak tak jalan laju,mengah jugak la dibuatnya..Hilang lemak mak kat peha tau..Dah selesai urusan kat imigresen,kami menanti bas yang akan bawak kami terus ke USS..Dari imigresen singapore nak ke USS amik masa dalam 40minit..Sampai terlelap jugak la dalam bas.Mungkin keletihan berjalan laju kott..Tiba di pintu USS tepat pukul 11.05pg..dan inilah hasil tangkapan pertama kami..
Setelah masuk je USS, MIA merancang perjalanan kami di dalam USS tu.Ini penting agar kita tak ke hulu hilir tanpa arah..Mana tempat pertama perlu ditujui..
|
MIA selaku perancang perjalanan... |
|
Ibarat bapak membelikan jajan untuk anaknya..haha..:) |
|
Charlie Chaplin ni nakal..Ada ke patut dia jolok perut aku ngan tongkat dia time aku nak snap gambar dia..ciss... |
|
Transformers 4D terbaikk..memang best bangat..!!! |
|
Waterworld tak dapat nak masuk sbb ramai gile org dan showtime nye pun dah terlepas..huhu.. |
|
Saya di Disneyland..wahhh...!!!! |
|
Sangat teruja..selama ni tgok bangunan ni kat dalam tv je..buat muka jakun skitt...;) |
|
tak berani nak tgok muka patung ni..seram mak.. |
|
cowboy town.. |
|
Comel sangat Madasgacar & the geng menari.. |
|
gambar kenangan berdua sebelum pulang..tak tahu bila lg akan jejak kaki ke sini.. |
|
Dah puas berjalan seluruh pelusuk USS tu, semua tempat telah diterjah maka kaki pun dah tak larat untuk dihayunkan lagi..Kami pun mengambil keputusan untuk keluar dari USS tu pukul 4.30ptg..Berbaloilah tiket USS yang berharga $74..seharian berjalan tanpa henti..Tapi tak terus balik..Ada lagi tempat yang harus di singgah..Keluar dari USS,kami dapatkan MRT untuk ke Bugis Steet..MRT dia macam monorail kita kat KL ni jugak..Tapi suasana stesen MRT tu macam kat PUTRA LRT Masjid Jamek..Tengok tu, dah berjalan jauh pun masih ingat kat KL lg..Hujan emas di negara orang,hujan batu di negara sendiri..(haa..btol ke peribahasa aku tu)..
Bila sampai Bugis Street,cepat2 ajak MIA cari kedai makan untuk isi perut dan merehatkan kaki seketika..Alaa..tak ingat la apa nama kedai makan tu..Yang penting time tu nak cepat2 masuk menengok apa yang best boleh di makan sampai lupa nak tangkap gambar nama kedai tu..Dahsyatt..Gambar2 kat bawah ni pun hasil tangkapan MIA..Tunang perempuannya mana..?? Tunangnya sedang sibuk makan sampai tak hingat dunia..hahaha..
|
Nasi Briyani lauk kambing pilihan MIA.. |
|
Kat sini bermacam jenis murtabak..tapi pekerja restoran tu cakap MURTABAK RUSA special.. |
So,nak tahu kesedapan murtabak rusa tu haruslah kita rasa..Tak sedap,mmg MIA la yang wajib habiskan..Murtabak Rusa ni ada $10 and $20..Bezanya cuma dari segi saiznya shj..Dah tentu $20 saiznye lagi besar kan..?Cukuplah sekadar $10..Tak elok tamak2 okeh..
|
Inilah murtabak rusa yang dikatakan tu..memang sedap..!!! |
|
close up skitt.. |
|
Ini bukti kesedapan Murtabak Rusa..Hampir licin kami makan.. |
Kemudian,selesai makan jam dah pun pukul 6.30ptg..MIA ajak jalan lagi..Argghh..kaki saya mahu tercabut sudah..Memang lenguh sangat2..Bayangkan 2 belah kaki ini digunakan tanpa henti dari pukul 7.30pg hingga 6.30ptg non-stop..!!! Mesti tak caya kan..Itulah hakikatnya..Nak tak nak,kene gagahkan diri untuk berjalan ke Mustafa Centre..Orang kata,kat situ barang murah2..Ermm..Mustafa Centre ni macam MYDIN pasaraya borong yang ada kat Malaysia..Aku rasa owner Mustafa Centre ni pun dari kalangan mydin/mamak jugak kot..Tak ada apa yang menarik di pandangan mata aku..Sekadar jalan2 melenguhkan kaki..Tak berbaloi aku berjalan tau..
Aku merungut kat MIA sebab kaki dah teramat lenguh..dah merengek-rengek macam budak kecik..MIA cuba dapatkan taxi kat area situ.Tp agak payah..So nak tak nak,kena jalan kaki jugak untuk ke Stesen bas..Perlu amik bas untuk ke Imigresen Singapura...Tapi sebelum tu,MIA sempat amik gambar aku ketika tenat berjalan..
|
opss..blur plak.. |
|
teserlah muka letih aku..letih macam mana pun sempat lg aku membebel bila MIA tgkp gambar aku time nih.. |
Masa berjalan ni,request dgn MIA, alangkah nimatnya kalau balik jalan ni ada orang tolong urutkan kaki..Mesti sedap..!! Hilang segala kepenatan..Pastu MIA kata,dia ada kawan yang pandai urut..Terbayang kat kepala,kawan dia ni laki ke perempuan..Bila ditanya sendiri kat MIA, dia diam plak..Sepi membisu tanpa bagitahu jantina kawan yang pandai urut tu..ermm..Tak pe,ikut je la..Kalau lelaki,x nak la aku..
Setelah berpijak di bumi Johor Bahru kembali,kami mendapatkan kereta MIA yang sejak awal pagi tadi parking di Bank Negara..Kemudian,MIA berhenti kat Danga IT City Mall (ye kot nama kompleks tu macam tu..kalau salah,org JB jgn saman aku lak)..Hati ni pun bertanya,nak buat apa berhenti kat shopping complex malam2 ni..Jam pun dah nak dekat kul 10,kedai pun dah mula nak tutup..Ikut je langkah MIA dari belakang.Nak kejar dah tak terlarat..
Taraaa...inilah tukang urut kita...!!! Aku tersenyum sampai telinga..Rupa-rupanya kerusi urut yang kena masukkan duit mengikut berapa minit kita nak..Pandai dia bergurau ngan aku yea..Kat papan kerusi tu ada tertulis RM 1=3 MINIT, RM 5=15 MINIT, RM 10=30minit..So,cukuplah 15minit..Tapi memang terasa jugak la walaupun mesin yang urut..Sebelum pulang berjumpa dengan encik katil,kami mengisi perut terlebih dahulu..Lepas diurut, perut jadi lapar pulak..haha alasan semata..!! Bila dah kenyang barulah dapat tidur..Maka berakhirlah satu hari perjalanan kami yang sangat bermakna buat aku..
Tunggu Part 3 lepas ni..ada lagi cerita...
No comments:
Post a Comment