Sunday, November 11, 2012

Ohh bridesmaid..Mana nak cari..?

Assalamualaikum semua..

Semalam jiwa ini menjadi kacau kerana apa..?Dok memikirkan sape nak jadi pengapit saya..Actually, cousin aku suppose to be pengapit masa majlis nanti..Tiba2 dia text ckp x boleh sbb kene datang sekolah 2 weeks before school opening..Dia cikgu..so may be ada perkara perlu dia prepare kat sekolah..Tak mengapa darling..Cousin u ni akan cuba cari orang lain dgn gigih..

Ada masa lagi untuk mencari..Tp bile kalut mencari bridesmaid ni mula lah msg org tu org ni yg sudi jd bridesmaid..Ada yg sudi nak jadi pengapit aku..Tapi lelaki..Boleh x..??? Hahaa..x penah dibuat orang pengapit perempuan lelaki kan..Kawan aku sekolah rendah ni memang sengal skit..Kang ada yg kene lesing ngan  Anip bile pengapit aku lelaki.
Mencari bridesmaid yg memakai baju baby blue..sweet je color tu kan..??
Org2 tua kata,kalau nak cari pengapit haruslah yang anak dara..Kenapa?? Mak dara tak boleh ke? Sebenarnya macam ni,kalau dulu2 pengapit ni selalu jugak menjadi perhatian orang..Dari situlah si lelaki ni ingin tahu dan ingin mengenali pengapit perempuan bahawa sudah berpunya ke belum..Dari atas pelamin turun ke hati..hahaha bole x gitu..?Eh ada tau orang bercinta kerana jadi pengapit..Yg lelaki ni jadi pengapit,yg perempuan ni pun jadi pengapit jugak..And now dah tua kekal hingga sekarang perkahwinan dorang..

Tak pe la x nak dok peningkan kepala mencari sape pengapit..Kalau xde,aku curi kawan baik aku..Tak kisah la kamu dah kawen ada nak 2 ke itu bkn masalah besar pun..But i try to find someone else..:)

No comments: