Saturday, March 30, 2013

Masa untuk kami berdating...

Assalamualaikum..

Memang lambat sungguh aku update entri kali ni..Mama fiza lebih awal mengupdate..22 mac aritu masa untuk aku dan fiza keluar berdating.Lama sungguh aku tak kuar ngan fiza..So,bila kuar dating kali ni mengimbas semula kenangan kami sewaktu bujang2 dulu..macam zaman anak2 dara dulu..Satu keistimewaan kami ni, walaupun kami ni dah berkahwin dan fiza dah ada anak, perangai kitorang tetap sama..Tak pernah berubah..Kami dengan kamera memang tak dapat dipisahkan okehh..Biasalah perempuan kann..

Perjalanan kami ke Wangsa Walk untuk tgok wayang..Cite GILA-GILA REMAJA 2..Actually,aku tak pernah tahu pun kewujudan filem ni.Aku tahu pun dari Fiza..Dan tak tahu pun sape pelakonnya..Tak kesah la ape pun cerita nak ditengok,aku on je..

btol kata Fiza, aku makin gmok sebab aku bahagia..Alhamdulilahh..

Ada rupa mcm orang bujang lg kan..??**Jgn nak perasan cik lin oii**
Bercakap pasal pelakon GILA-GILA REMAJA, pelakon yang aku suka sangat tu jadi hero okeh..Hairul Azreen..Selama ni tak pernah tahu pun nama dia..Cuma admire gila kat dia bila dia berlakon cite 'SETIA HUJUNG NYAWA' berlakon memegang watak sebagai Ikram..Comelss sangat..Rasanya kat luar sana pun mesti ramai yang minat Hairulazreen ni..Kalau nak tahu,lepas dari tengok movie ni,aku penuhkan tab aku ngan gambar Hairulazreen..Tak pasti la,laki aku prasan ke tak yg tab tu ada gambar lelaki lain..hihihi..

Hairulazreen..(picture:google)
Lepas tgok wayang,memang tak sah kalau kami tak duduk berdua untuk makan2,bergosip-gosip..Even kami dah kawen,kami tetap kongsi cerita suka duka kami..Tak ada yg berubah antara kami..Pilihan kami untuk santap tengahri tu adalah BBQ Chicken..Disebabkan dah lama sangat aku tak ke Wangsa Walk, BBQ Chicken dah berpindah kat luar pun aku tak tahu..Kalau dulu premis BBQ Chicken ni dalam bangunan Wangsa Walk..Tapi dia dah berpindah kat luar..Lebih kurang macam kat Aeon AU..Nampak sangat la lepas kawen,terus jadi isteri yg baik,tak kuar mana2..hahaa..


hahaha..Tengok mama haikal and mawar ni..Suke buat muke gitu..muke gataii..:)







menu pilihan aku..kochi..dan spagethi pilihan fiza..
Okehh selesai makan,gosip2 kami menuju ke Saba Restaurant untuk mencari nasi arab..Fiza memang lebih tahu dari awal lagi aku ngidam nasi arab,dan seboleh-bolehnya dia nak tunaikan kehendak perot aku ni..hihi..Disebabkan aku tak berapa arif jalan nak ke restoran tu,so fiza aje yg drive kereta aku..Ternyata..dia masih belum lupa dgn BLM..hihi..


excitednya nak memilih menu apa yg nk dimakan..rasa nak semua..!!!
take away utk org umah..hihi..marvellous!!
Puas ati sangat dapat makan ape yg aku teringin..Alhamdulilah..syukur kepada-Nya kerana diberi kesempatan untuk menikmati semua ini..Kononnya nak tunggu husband balik baru dapat makan nasi arab..Tapi dah alang2 kuar ngan BFF beli la skali..Harap lepas ni takde la teringin nak mkn itu ini lg..Ini bukan pembawakan baby..pembawakan lemak ni oiii..Memang penternak lemak dgn jayanya la..!!

Last but not least...


seluar hasil rembatan aku dan fiza di Wangsa Walk..
Teringat dulu masa zaman anak dara, baju aku dan fiza hampir sama cuma bezanya adalah colour saja..Dah kawen ni pun masih sama..Aku dan fiza kini lebih senang keluar ke mana-mana dgn seluar palazzo macam ni..Amat selesa..!!


Inilah buktinya...!!!

baju lama..warna biru saya punya,pink tu mama fiza punya..Ingat lagi tak fiza..???

Psstt: Fiza,aku tahu kenapa kamu suka tgok GGR...:)

1 comment:

Hafiza Abdul Latiff said...

hahhahahahahahahha..shyyyyy!!!!!