Tuesday, May 28, 2013

RENUNGAN : Jangan sesekali mengharapkan balasan dari orang

Assalamualaikum..

Aku bukanlah seorang yang arif untuk bagi ceramah,syarahan,tazkirah,pandangan,pendapat kepada orang..Tapi,dari sekarang kita kena praktis untuk belajar memberi tazkirah..Esok2 kalau ada anak, anak2 perlukan pendapat,pandangan dari mak dan ayahnya..Betul tak..??

Apa yang nak aku komen dan berikan pendapat ini adalah berdasarkan pemerhatian aku dalam hidup ini..Sepanjang umur aku yang hampir 27tahun ini dan sudah pun bergelar isteri,aku tak pernah tengok tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan dimarah, dimaki hamun hinggakan tetamu yang lain mendengarnya..Kalau cakap dengan nada kuat dan diselang seli dengan gelak tawa,mungkin orang lain boleh menganggap itu hanya gurauan..Tapi,kalau cakap hingga muka sampai merah padam,ape kes..?? Itu tandanya memang betul marah..

Punca kemarahan adalah,tetamu ni datang dari jauh..nak ke kenduri kawen ni meredah 3buah negeri..Dan,tetamu ini perlu pulang dengan kadar segera..Tapi,tuan rumah ni mengaharap sangat tetamu yg jauh ni stay back kat umah dia untuk tolong kemas2,basuh periuk belanga yang menimbun tu..HELLOOOO...!!!! KALAU TAK NAK BASUH PERIUK BELANGA YANG BANYAK2 TU,PAKAI LA KHIDMAT CATERING...!!!! Duit yg berlambak tu dihabiskan untuk menda tak faedah..Kalau di total2 kan kos kenduri gotong-royong, upah penanggah, all radiculous goodies sama je dengan kos catering..Biasa memang mcm tu,bila anak pertama yang kawen dan julang2 kali buat majlis perkahwinan,pastinya nak merasa kenduri yg gotong-royong,ramai2,suasana meriah tapi kesannya bila penghabisan majlis..Semua tenaga yang ada dikerah..!!! Tapi,bagi mereka yg sudah serik dengan majlis kawen gotong royong ni pastinya,akan beralih arah kepada catering apabila memikirkan kepenatan yang akan mereka rasai..

Mungkin ini 1st time tuan umah buat kenduri,so tuan umah tidak begitu arif melayan tetamu..Sepatutnya,tuan umah patut bersyukur dengan kehadiran tetamu..Mereka sudi melapangkan masa untuk menghadiri majlis perkahwinan anak beliau..Tapi kalau sebegini layanan tuan rumah kepada tetamu,pastinya akan menyinggung pihak tetamu..Bersusah payah mereka datang dari jauh, mengharapkan ucapan terima kasih dari tuan rumah,tapi sebaliknya yang mereka dapat..Sungguh jelik perangai tuan rumah tu kann..???!!

Dalam keadaan marah,tuan rumah sempat mengeluarkan kata-kata ungkit pada pihak tetamu..Kononnya,sewaktu si tetamu itu buat majlis perkahwinan,tuan rumah yg marah ini datang menolong..Sedangkan si tetamu ini buat majlis perkahwinan menggunakan khidmat catering..Rupanya,apa yg dilakukan itu mengharapkan balasan..Mengharapkan perkara yg sama..Mungkin apa yg di tolong itu akan dibalas sekiranya, si tetamu itu mempunyai kelapangan masa..SEKIRANYA yea..Tapi,kalau tetamu itu takde kelapangan masa, JANGANLAH KAU NAK MARAH, NAK MENGUNGKIT KANNN..???!!!

Entah laa manusia ni..ini anak pertama,mungkin dia perlu belajar bagaimana melayan tetamu dalam majlis perkahwinan agar perkara yg jelik ini tak berulang lagi di masa akn datang,dan di majlis perkahwinan anaknya yg kedua,ketiga dan keempat..! Peringatan kepada diri sendiri,dan juga anda di luar sana,JANGAN SESEKALI MENGHARAPKAN BALASAN DARI ORANG..Buat setakat yg kita mampu..

SEKIRANYA, TAK NAK OVER PENAT,TAK NAK BASUH PERIUK BELANGA, TAK NAK RUMAH BERSEPAH, GUNALAH KHIDMAT CATERING DI MASA AKAN DATANG..INGAT TU..!!!

# sedih sangat dengan sikap orang macam ni..


No comments: