Arrrghhh..dari awal minggu lagi aku mula rasakan feel begini..Feel yg boleh menitiskan air mataku..Tak lain x bukan,aku harus mengucapkan Selamat Tinggal kpd Poslaju...Sesetengah orang ada mengatakan pada aku, "kenapa pulak nak sedih???Sedangkan kita dapat job yg lebih baik dari sekarang.." kata sipolan pada aku..
Tapi bagi aku,pengalaman dan kenangan bersama kawan2 di sini susah utk aku lupakan begitu saja..Alhamdulilah..sepanjang aku berkhidmat di sini aku dikelilingi kawan2 yang tahu erti atau makna apa itu KAWAN..Thanks to all my friends..x kire la kwn lelaki @ perempuan, u all mmg best..!!Always in my mind..
Semalam aku bergambar sakan kat ofis...Dataran ofis..iaitu letaknya van & motor poslaju di sini..Terima kasih kpd photographer ku Shahrol,Jijie dan Ros..Kerana sudi merakamkan setiap aksi gedikku..Hehehe..Dan inilah pertama kali aku berposing sakan sepanjang aku bekerja disini..
Inilah Shahrol..a.k.a photographerku..
Ros yang bakal menggantikan tempat aku...
Tugas aku diambil alih oleh Ros..Thanx dear coz sudi mengganti tempatku..Sori teramat sangat sebab terlalu singkat utk ajar semua ilmu yang aku ada dalam tempoh 2 hari..Memang tidak cukup..Tak mengapalah,Ninie ada..dia sedia membantu...
Bersama Ninie...
Inilah Azri..rakan satu ofis aku yg sentiasa cari pasal dgn aku..Pasti dia sunyi tanpa aku..terperasan sudah..
Kepada kawan2 yang masih ada di Poslaju, teruskanlah kerjaya di Poslaju ini..Selagi hayat ada..hehe..Aku sayang korang sangat2..!!!Pastinya aku akn rindu wajah2 kalian..Bermula esok 1 April 2010, tiada lagi kelibat aku di ofis ini..Yang tinggal hanyalah kerusi dan mejaku di dalam bilik yang telah pun diduduki oleh Ros..
Aku doakan korang semua berjaya dalam hidup..Tabah hadapi dugaan di hari-hari yang mendatang..Dan di kesempatan ini, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai sepanjang aku berada di Poslaju Brickfield ini pernah menyakitkan hati korang semua, terlepas kata ke..Perlu ingat, aku di sini hanyalah mengisi ruang kosong yang ada...Jangan nakal2, buat keje elok2..ikhlas dalam melaksanakan tugas.Barulah berkat..Kepada yg masih menanti panggilan government, sabar yea..Insyaallah ada rezeki kamu semua...Tetibe aku teringat kata2 Si Dia menasihatkan aku...Dulu aku selalu sedih dgn keje yg aku lakukan sekarang..Kononnya, x berbaloi aku amik Diploma in Accountancy-Uitm tapi keje macam ni..dan aku selalu menangis kerana aku sentiasa ada rasa x puas ati dengan apa yg aku ada sekarang..Dan Si Dia dengan tenang menasihati aku..
"You kene bersyukur dgn apa yang you miliki sekarang..Keje pun dalam ofis..Selagi you x bersyukur dgn apa you ada sekarang, rezeki yg lebih mewah x kan datang kat you macam tu je.."
Once dia cakap macam tu,aku mula sedar..Dengan keje sekarang la yg buatkan aku dan mak ayah mampu tersenyum gembira dan dgn keje yg skrg inilah aku mampu keluarkan 'My Hubby' a.k.a Saga Kelabu aku..So guys,bersyukur apa yg kita ada sekarang ok..
Aku x tahu bile lagi berkesempatan update blog ni..Manalah tahu keje gov agk susah utk update blog dan layan facebook..Papepun,tggu la perkembangan terbaru aku di blog dan fb..Jaga diri baik2 kawan2 ku..Keep in touch..Satu perkara aku nak korang semua tahu, aku sayangkan korang dan aku sayangkan orang2 di Poslaju ini dan ofisku ini...Dan perkara paling berat utk aku lepaskan adalah PC kesayangan aku ni..Kalau bole bawak balik,aku dh bwk balik umah..hehe..Love u guyss...mmmuuuaaahhhh........!!!!!!!!!!!!!!
Kali terakhir aku aku punch kad di Poslaju...
Note : Terima kasih kpd Poslaju kerana meminjamkan tempat ini kpd aku yg membuatkan ati aku terlalu gembira dan tidak penah sekali aku berduka di sini..Aku datang dalam dunia Poslaju tidak diundang dan aku pergi meninggalkan Poslaju tanpa seorang pun merelakan...Tiada lagi aku di sini bermula esok hari...Pastinya kita saling merindu...