Monday, March 15, 2010

Kini kamu bergelar PUAN secara rasmi...

Alhamdulilah..syukur kpd Allah s.w.t kerana majlis pernikahan fiza dan majlis persandingannya telah berjalan lancar dan selamatnya..Kini dia telah pun bergelar PUAN HAFIZA..Isteri kpd WAN MOHD SANUSI BIN WAN MOHD NOOR..

Majlis pernikahan telah diadakan pada 13 Mac 2010 di surau At-Taqwa, Taman Sentul Utama.Majlis pernikahan telah diadakan selepas solat Maghrib..Semua tetamu sempat menunaikan solat maghrib terlebih sebelum majlis akad nikah bermula..Majlis akad nikah bermula agak lewat kerana pengantin perempuan nak solat terlebih dahulu memohon keberkatan dari Allah s.w.t...Selesai solat,fiza disolek oleh mak andamnya..Bersolek utk majlis yg besar bukan lah mengambil masa yg singkat..Ini penting utk memastikan bakal pengantin nampak berseri di majlis..Di surau,Tok Kadi telah mengumumkan kelewatan pengantin perempuan.Ini menimbulkan kerisauan para tetamu..

Tepat 8.15malam,fiza turun ke surau dan aku mengiringi langkahnya..Itu permintaan fiza utk bersama dia disisi sepanjang malam itu..Dari rumah hinggalah ke surau dan dari surau hinggalah ke pelamin...Apabila kaki hendak melangkah ke surau,terpancar wajah risau fiza..Sempat aku pesan kat dia "tarik nafas panjang fiza..rilex ok"..Pesan aku yg konon macam ada pengalaman dalam situasi begini..hehe..

Setiba aku dan fiza di surau,mata para tetamu tertumpu ke arah fiza..Di setiap majlis perkahwinan,wajah pengantin perempuan pasti menjadi tumpuan...Langkah fiza laju ke hadapan dan duduk berdekatan dgn tok kadi..Aku masih di sisinya..Majlis akad nikah dijalankan secepat mungkin memandangkan solat isyak hampir hampir masuk waktu..Tok Kadi sempat mengajar Sanusi lafaz akad nikah..Muka Sanusi nampak sedikit nervous..Itu perkara biasa di kalangan bakal pengantin yg akan diijabkabilkan..

"Aku terima nikahnya HAFIZA BINTI ABDUL LATIFF dengan mas kahwinnya RM80 tunai.."

Dengan sekali lafaz,kini fiza bergelar isteri kpd Sanusi..Sanusi menekup muka tanda syukur kpd Allah..dan aku turut syukur...Fiza dah mampu melemparkan senyuman..Jejaka pujaan menjadi miliknya kini..
Sesi menyarungkan cincin dan batal air sembahyang dilakukan selepas solat jemaah isyak..Memandangkan waktu isyak dah masuk..Ada perkara mencuit hati para tetamu pada waktu batal air sembahyang dan sesi fotografi pada waktu itu..dan mengundang gelak besar di kalangan tetamu..Sanusi amik masa yang lama utk pakaikan gelang pada tangan fiza..Susah utk lock gelang tu..X tahulah ayt apa yg sesuai digunakan..Tp utk memastikan gelang itu x tercabut la..dah lepas sarung cincin n gelang,en.pian (selaku favorite photographer fiza) minta sanusi utk cium dahi fiza..Itu scene biasa dlm mana2 majlis kahwin..Yang mengundang gelak besar para tetamu apabila Sanusi nak cium dahi fiza,secara spontan fiza mengelak..Bukan setakat sekali dua..Banyak kali..Mulanya si fiza ni suakan dahi dia,pas tu plak dia boleh mengelak dan toleh tempat lain..Macam mana la org x tergelak dgn gelagat pengantin ni..




Akhirnya setelah percubaan demi percubaan, berjaya juga..gambar atas ni pun acah2 je..bukan kene pun kat dahi fiza..Naseb baik en.pian pandai, konon mcm nmpk sanusi cium dahi fiza..Excellent..!!!

Selesai majlis di surau,pada malam yg sama berlangsung 'Malam Berinai'..Malam berinai ni terkenal di negeri Johor..Kebiasaannya busana malam berinai adalah songket.Pada mlm itu fiza dan sanusi mengenakan busana songket dari color ungu tua..nice..!!!Malam berinai ni aku diminta oleh pengantin perempuan utk jadi pengapit dia..dan bagi pengapit lelaki pulak adalah Jeff..Kawan 1 ofis fiza dan sanusi..Aku digandingkan ber2 dgn Jeff..Inilah first time aku jumpa Jeff tp bole ngam..!!
Majlis Malam berinai tamat pada kul 11lebih jugak la..Memang ngantok teramat sangat dan x sabar utk bertemu dgn bantal busuk ku..hehe..zZzzZzZz...

Pada Ahad 14 Mac 2010,pagi2 aku dah pun berada di umah Fiza..Sbb pagi ni ada majlis Khatam Quran diadakan di dewan..Aku wajib ada!!Yesszaaa..walaupun bukan aku yg khatam quran,aku sekadar menemani fiza..Dan aku turut sama2 membaca surah2 yg dibaca..(hanya surah yg aku hafal)..Kan elok..kite pun sama2 dapat pahala..Lupa plak..Adik fiza (Syafiq) turut sama2 khatam2 Quran..Majlis Khatam Quran x la lama sgt..Pukul 11.20pg dah pun selesai dan tinggallah makcik2 marhaban di dewan ni..
Fiza pun naik ke umah utk bersiap-siap di make-up kan utk majlis sandingnya..Aku lmbt join masa majlis sanding ni sbb kene tunjuk jalan keluar kat sedara fiza yg nak balik johor..Jes tunjuk jalan nak ke highway saja..Aku turun ke dewan jam pukul 2ptg dan time tu pengantin dah pun diarak dan paluan kompang pun dah berbunyi..Kirenye aku lewat jugak la..dan ayat fiza yg buat hati aku sebak adalah...

Message Fiza : Kau rasa sampai umah pukul brp?

Message aku : Kau sanding pukul 2 kan..?Kalau kul 2 sempat..sempat sampai..

Message fiza : Ak ah kul 2..Jangan kau xde time aku sanding..Sedih aku..

Message terakhir tu la buat aku rasa sebak dan terharu..dan aku mempercepatkan setiap langkah aku supaya aku x lewat dan sampai sebelum fiza bersanding..Aku x dapat nak join sama dalam dewan utk tgok fiza bersanding kerana fiza telah amanahkan kat aku utk handle goodies bag..So kene laksanakan tugas sebaik mungkin..Itupun timbul rasa bersalah kerana pada awalnya goodies bag xde sape yg handle..so sori dear...

Ramai kawan2 sekolah menengah yg hadir..Seumuanya berkumpul di majlis kawin fiza ni..Elok jugak mcm tu kan..kire mcm reunion la..Majlis tamat pukul 4 tp masih lg ada tetamu yg hadir..Tamat je majlis,ujan selebat-lebatnye..Hujan rahmat..Oleh kerana ujan lebat,kami menggunakan masa yg ada utk berposing sakan..Nak balik umah pun x bole kan..Pengantin dah kuar utk sesi fotografi di luar (outdoor) bersama en.pian..So,kami menghuru-harakan pelamin..hehe...
Once ujan berenti,kami pun beransur pulang..Maklumlah..dah penat bergambar la katakan..Aku pun pulang ke umah dan x sabar utk landing di katil..Ooo Ye..kpd sesiapa nak tgok gambar kawen fiza,tgok la di facebook saya..kat situ lebih byk lg gambar yg meletop-letop..haha..letop ke..???So,kpd kawanku Hafiza...kamu kini telah pun menjadi milik orang dan isteri orang..dan anda diisytiharkan gugur dari senarai persatuan kami2 yg bujang..hehe..Love u laa...(*_*)

Note : Selamat Pengantin Baru.Semoga kekal hingga akhir hayat.Tabah menghadapi dugaan dan rintangan dalam berumahtgga..Jangan cepat melatah sekiranya ada rintangan yg mendatang..Sentiasa di sisi suami ketika senang dan susah,sentiasa beri semangat kpd suami(pesan arwah ayah kau) dan selamat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri..Tahniah fiza dan sanusi..Semoga kebahagiaan mengiringi rumahtgga korang berdua..Kalau arwah ayh kau masih hidup,mesti arwah akan tersenyum gembira melihat ank perempuan bongsunya kini bergelar isteri orang...

No comments: