Monday, March 22, 2010

Perjalanan ke Jengka

Sori sangat2 sebab hampir seminggu aku x sempat nak update blog ni..kesibukan yg melampau.Menyekat aku utk update blog ni..Hope u guys sihat hendaknya...Ok entri kali ni aku nak cite pasal 'MAJLIS BERTANDANG FIZA'..ataupun majlis perkahwinan belah pihak Sanusi..

Seperti yg dirancang, majlis belah Sanusi ini diadakan pada 20 Mac 2010 di Jengka 10..Inilah pertama kali aku jejakkan kaki di Jengka..Maklumlah aku x de sedara area Jengka ni..Kalau ikutkan perancangan aku akan satu kereta dgn Dzul(sepupu fiza)..Tp,disebabkan dia demam teruk teramat sangat,plan berubah..Aku 1 kereta dgn pengantin dan dipandu oleh Hud(sepupu fiza)..Tak kesahlah aku naik 1 kereta ngn sape pun..Janji aku dpt tgok kawan masa majlis bertandang ni..
Inilah sepupu Fiza yg sepatutnya bawak aku ke Jengka.Tp dia demam teruk plak..Sian dia..
Inilah sepupu fiza yg membawakkan kami ke Jengka..Cehh 'membawakkan'..Tak sedap sungguh bunyinya..


Bertolak dari Sentul dalam kul 10.20pg..Tak sangka plak ramai orang2 flat aku yg ikut rombongan ke Jengka ni..Memang sporting la org flat ni..Tak silap aku 8biji kereta sumenya..Memang byk kali berhenti-henti sbb x nak ada yg tertinggal..Adat la kalau kita bawak byk kereta ni..Tp sumenya x jadi masalah..Kami sampai mmg tepat pd waktunya..Sampai di Jengka kul 1.30 dan berhenti di masjid utk solat Zohor..Dah sumenya selesai solat,kami semua berjalan kaki ke umah Sanusi..Tak la jauh mana pun..Xsempat berpeluh pun..
Antara rombongan dari Sentul yg sudi datang ke Jengka.


Kebetulan memang kami sampai tu,prot tgh menari tenggo..apa lg..???belasah cukup2 la..Sedap btol masakan orang kampung ni..Licin..!!!Takde yg tinggal..Lupe plak,tempat duduk aku dah semestinya sebelah fiza..haha..dapat gak merasa lauk pengantin yg dihias cantik..Udang dicucuk cantik kat nenas..Kalau korang nak tahu, aku x penah makan semeja dgn pengantin tau..Ni la first time..Kalau bukan Puan Hafiza yg kawen,sure aku x merasa la sume ni..hehe..Disebabkan prot memang lapa tahap x ingat,sampaikan lupa nak snap gambar time pengantin makan..haha..Terbukti kebuluran kami2 semua..

Selesai makan,kami semua tak tunggu lama...Pukul 3.10ptg kami semua dah berangkat pulang..Sebelum balik bersalam dengan keluarga sebelah Sanusi..On the way nak ke parking kereta sempat aku bergambar dengan si Hud..Memang pada haritu aku ditugaskan utk merakam setiap detik2 majlis tu..


Sebelum balik aku sempat bersalam dgn kawan aku yg kene tinggal ni..Ermm aku x tahu apa yg dia rasa di dalam ati..Tapi,kalau aku la di tempat fiza,aku akan rasa sayu dan sedih..Ye la,mulanya kite datang beramai-ramai dan kini tinggal la seorang diri bersama suami tersayang di kampung yg sungguh asing ini..Aku x nampak plak air mata fiza yg mengalir..Tp aku nampak dia mengesat mata...Adakah dia mengesat air mata..???Puan Hafiza saja yg tahu..Situasi begini memang tidak asing lagi bagi mana2 perempuan yg baru sahaja mendirikan rumahtangga..

Time ni aku mula rasa sebak giler..Mengalahkan pengantin yg ditinggal lak..Sengaja je aku snap gambar ni dari dalam kereta..Cehh..konon baru la feel macam ditinggalkan kan..

Inilah lambaian pengantin yg ditinggalkan di Jengka..Takpe,bukan lama pun..Hope enjoy dan dapat gak merasa suasana kampung yg bagi aku sungguh aman sekali...Selesainya majlis bertandang ini, maka berakhirlah sudah majlis perkahwinan Fiza dan Sanusi..Semoga memori perkahwinan ini kekal dan segar dalam ingatan kalian berdua...

Note : Semoga sepupu fiza yg demam tu kembali sihat..Dan kpd kawan aku ni a.k.a Fiza,udah2 la cuti tu..dan selamat memulakan tugas..



No comments: