Wednesday, October 6, 2010

TQ so much semua yang datang OPEN HOUSE..

Agak terlambat aku update entri ni..hari ni dah pun ari rabu..sedangkan open house aku ari ahad lepas..Maklumlah tak berkesempatan.Kalau syif malam sempat je nak update blog..hehe..dan bermintak maaf sangat-sangat sebab aku terlupa utk snap gambar sepanjang open house berlangsung..

First of all,aku nak cerita kisah sebelum open house berlangsung..agak lucu jugak la bila aku menjemput kawan-kawan dan sedara-mara utk majlis rumah terbuka aku untuk tahun ni..sedara-sedara aku semuanya bertanya,

"ini jemput open house ke menjemput 'sambil-sambil' ni..??"

huhu..paham2 saja ayat2 orang tua ni..menanya kat aku 2,3 kali nak kan kepastian..kalau ikutkan,ramai jugak kawan aku yg buat majlis tunang pada bulan syawal..contoh terdekat Cik Hafiza..opppss Puan hafiza..sekali datang je..yg pasti,waktunya belum tiba lagi..

Tiba pada hari ahad tu,balik dari keje malam aku terus bersilat di dapur utk tolong chef terhandal di rumah tu. Sape lagi kalau bukan mak aku.Makanan semuanya telah siap terhidang di meja tepat jam pukul 10pagi..Sedangkan open house bermula jam 11pagi..Dapatlah aku rehat-rehat sekejap sementara menunggu tetamu yang datang..Lupa nak bagitahu,menu utk open house pada tahun ini adalah Bihun/Mee Bakso, Mee Jawa, Ubi goreng(orang jawa panggil geltuk betol ke ejaannya cam tu),pisang goreng,kuih-kuih raya dan buah tembikai..

First guest adalah kakak2 ofis aku Kak Sa, Kak Zura, Kak Wana & Kak Zue..awal dorang datang tau..Pukul 11.30pagi dah sampai..cehh konon2 nak curi-curi tidur la andai kata kawan2 aku lewat sampai..Tak kesampaian..hehe..Aku rasa happy sangat dapat kumpul ngan kawan2 yg sudah lama tidak ketemu..Lagi2 Puan Hafiza...Wahhh prot kamu makin membesar dengan jayanya..hehe..

Dan paling mengejutkan aku apabila kawan2 HKL yang 1 kursus ngan aku pun turut hadir..bukan setakat 3,4 orang..aku rasa macam dah 1 bus..memang terperanjat besar aku..terharu pun ada jugak..sebab aku cuma sampaikan kepada sorang saja..Iaitu Hafiz..dan aku mintak dia sampaikan kat kawan2 yang lain..Hafiz telah menjalankan tugasnya dengan dedikasi sungguh..!!!Tq bro..So sorry guys sbb korang terpaksa makan kat luar..Tahun depan aku akan bukak khemah seperti yg di request oleh hafiz yea..dan menunya dah tentu nasi minyak..hehe..gataiii..Anyway,terima kasih sudi datang ke rumah aku..sungguh2 terharu..

Mereka lah tetamu terakhir aku..dan bila maghrib menjelang,tibalah waktu utk melandingkan diri..Memandangkan keesokkannya aku keje pagi..So, i need rest..Malam tu ada lagi tetamu yang datang..kawan2 ayah aku je..Time to sleep...ZZzzZzZZ...

NOTE : Aku gembira sangat2 dengan kehadiran kawan-kawan tersayang..tapi tetap terasa kurang lengkap apabila Si Dia tidak dapat bersama-sama hadir di open house aku pada tahun ini..Tidak lengkap tanpa kamu di sisi...

2 comments:

natrah jaafar said...

cik lin maap ye x dpt dtg...hehe...

Zelinda said...

apasal ko x dtg ha..???nak kene budak ni..!!!