Saturday, August 27, 2011

Penatnya..hanya Tuhan saja yang tahu...

Malam ni merupakan 2 malam terakhir sebelum ramadhan meninggalkan kita..Pejam celik..pejam celik sekejap saja masa berlalu..Malam ni hati agak tersentuh mengenangkan Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dan Syawal pula menyusul tiba..Apatah lagi mendengarkan bacaan ayat2 suci Al-Quran yang berkumandang terusan dari corong speaker surau ni..Meruntun jiwa..Semoga Ramadhan tahun ini mendapat keberkatan dari-Nya setelah amal yang kita lakukan..Insyaallah..

Bercakap pasal topik atas tu..Haihh...mengeluh sampai raya ke 15 pun tak hilang-hilanglah..Mana taknya,entri sebelum ni aku ada cakap,nak kuar shopping bersama adik aku kan..??Masya Allah..punyalah ramai umat manusia kat ceruk2 jalan TAR tu..Masuk Sogo untuk mencari jeans,tapi lautan manusia je yang aku nampak..Jean ke mana,kitorg ni ke mana..Memang tak nampak ape dah..Sampaikan aku dan adik terus hilang mood untuk melihat jeans..Nak memilih 1 hal,susah ramai org..Pastu yg que utk fitting pun ramai..Nak bayar kat cashier pun beratur panjang..Haduuuiii...sesaknya..Aku rasa,seumur hidup aku 25 tahun ni,inilah kali pertama aku shopping last minit dimana,hanya tinggal beberapa hari nak raya..Dan tak pernah dibuat orang,shopping 2hari berturut-turut..Semalam ke JJ Setiawangsa dan hari ni ke Jalan TAR..Nasib baiklah naik motor ngan adik..Kalau naik kereta,alamatnya ntah tahun bila la sampai ke Jln TAR tu..

Dalam masa 1 hari,aku dapat menyiapkan bermacam-macam kerja..Dasat x..???hehehe..Dari lepas sahur,aku langsung tak tidur..Pasang langsir rumah..barulah ada mood nak raya bila langsir dah bertukar rupa..hikhik..Setel je pasang langsir, aku bancuh bahan2 untuk buat kek coklat kukus (favorite En.Anip ni)..dah setel kukus,bersiap-siap plak untuk kuar ke Jln TAR..Tapi sebelum gerak ke Jln Tar tu haruslah bertemu kawan tersayang memandangkan dia pun nak gerak balik ke Jengka,Pahang..Dan kami pun bermaaf-maafan dan bercium-ciuman la..huhu..sebak pulak bila rasakan saat itu..Dan aku hantar Mama Haikal sampai ke kereta..Selesai hantar Mama Haikal ke kereta,aku pun terus gerak ke umah Along untuk hantar kereta aku untuk diservis..Hahaha..nak balik kampung barulah sibuk nak servis kan..???Nasib baik ada along..Dan baru kejap tadi,along call, kete aku sudah siap diservis dan cuci sekali..Tq very much la...!!! Barulah yakin nak bawak kereta tu berjalan jauh pas ni..

Dan pada malam ini,bila bermacam-macam keje telah setel,barulah terasa penat yg amat..Kaki mula terasa lenguh..Macam tulang nak tercabut je..Baju2 untuk balik kampung belum packing lagi..Pape pun,esok wajib di packing..Walaupun dalam kepenatan, aku tetap luangkan masa untuk update blog ini..Tak mo sampai bersawang-sawang..hikhik..Lepas ni lak aku akan giat mengupdate suasana hari raya kat kampung pulak dgn baju raya yg berpasang-pasang tu..

Baru2 ni En.Anip bertanyakan sesuatu...

En.Anip : Pagi raya nanti pakai baju warna ape..?
Tunang En.Anip : Tak tahulah..i bawak baju tunang kite tu,bj kurung biru 2 psg,maroon,and baju cotton yg u  bagi tu..Kenapa tanya..?Nak sedondon ke..?
En.Anip : Baju i bagi tu dah otter ke?
Tunang En.Anip : Dah siap otter..mak yg otter..
En.Anip : Nanti i tgok dulu baju melayu i yang ada..Boleh pakai sedondon...

(bunga2 dalam hati..)..Untuk tahun ni,kitorg tak sempat nak bershopping bersama.Apatah lagi nak menggayakan baju raya dengan color yang sedondon..Dan tak pernah berbincang pun utk tema color yg sama..Tapi tahun ni tak tahulah En.Anip nak sedondon pulak.Mungkin disebabkan dia akan berya kat kampung aku nanti..Aku tak berapa kisah sangat sedondon atau x..Bukanlah 1 perkara yang besar even dah kawen nanti pun..Tapi jgnlah tetiba kat atas pelamin sorang pakai lain color,sorg lagi lain color..Haru biru jadinya..hikhik..

So,kaki dan tangan telah sakit,maka lengkaplah pakej untuk arini..Rasanya nak tido sampai esok pagi..Haha..esok masih dan perlu lagi berpuasa..

NOTE : Apabila badan teramat letih dgn tugas seharian di pejabat dan menyelesaikan tugas2 dirumah, maka bila tidur tu bermacam-macamlah mimpi yang datang..Mimpikan anak buah yang kat Kulim tu la..boleh pulak berebut-rebut choclate dgn si Anas..haha..mcm2 la auntie awak ni Anas..Anyway,take a good care my dear..




Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri dari saya...


Wahh..bersemangat & terujanya apabila hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti pulang ke kampung untuk raikan Aidilfitri di kampung bersama sanak saudara...Pada tahun ini aku boleh senyum lebar sikit kerana kali ni aku dapat beraya di kampung..

Persiapan raya, alhamdulilah..semuanya beres..Cuma masih berpikir-pikir untuk menukar kain langsir rumah atau tak..Sebab langsir rumah tu baru saja dipasang sewaktu aku bertunang aritu..Tapi kalau terlebih rajin.memang aku akan tukar langsir tu..Cadangnya,bila dah bercuti ni nak buat kek coklat untuk dibawak pulang ke kampung dan beri kepada bakal mak mertua..Pastu nak teman adik aku shopping..bukan setakat teman,malah aku la yang akan mengeluarkan dana..Nasib baik adik sorang je kan..Dah jadi tanggungjawab i kann..So,berkemungkinan hari Jumaat dan Sabtu akan meraya-rayau di sekitar KL bersama adik tersayang..hihi..

Insyaallah saya akan pulang ke kampung pada 29 Ogos (Isnin) dan akan pulang ke KL pada 03 September(Jumaat)..Mungkin pada waktu tu highway mungkin tengah sesak dengan kenderaan kan..???Sudah semestinya aku la yang akan drive sampai ke kampung nanti..Doakan perjalanan kami selamat..Amin..

Di hari yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada rakan2 yang mengenali diri ini..Ku pohon kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki andai sepanjang perkenalan kita ini ada tersilap kata,terguris rasa..Maaf dipinta..Kepada yang memandu pulang ke kampung tu,berhati-hati di jalanraya..Semoga perjalanan anda dilindungi oleh-Nya..Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui...

Kepada rakan-rakan yang bekerja di Hari Raya ini,saya ucapkan...Selamat Bekerja..bekerjalah dengan seikhlas ati.dan yang penting,jangan nangis di pagi raya..(cehh pandai cakap org..mentang-mentanglah aku cuti)hikhik..

Kepada En Anip,sorry tak dapat nak berbuka sama untuk tahun ini but terima kasih banyak-banyak kerana sudi jugak teman aku berbuka di hospital tempoh hari..Bukan niat untuk letakkan kamu ketepi tapi tuntutan kerja..harap kamu faham yea..ketemu nanti di Johor Bahru..;)

NOTE : Adakah tahun ini tahun terakhir menyambut syawal dengan status bujang...???tettt...Allahualam..Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kawan-kawan..Maaf zahir batin dari saya,Nurzelinda Nahari sekeluarga...Muuuaahhh....

Thursday, August 18, 2011

Pertemuan yang begitu bermakna...

Assalamualaikum...

Pada saat ini jam telah menunjukkan pukul 11.18malam dan saya baru saja pulang dari Majlis Berbuka Puasa & Reunion bersama kawan-kawan sekolah rendah..Amat bermakna sekali pertemuan kali ini kerana perjumpaan kali ini dihadiri oleh guru kelas kami sendiri..Bayangkan betapa lama nye kami semua tidak ketemu..Hampir 13 tahun tidak bertemu setelah masing-masing menamatkan sekolah rendah Darjah 6 pada tahun 1998 di Sekolah Kebangsaan Sentul (2)..

Banyak antara kami yang berubah..yang kurus makin gemuk..yang rendah dah tinggi..Tapi ingatan seorang guru pada anak-anak murid didikan nya tak pernah dilupakan..Apabila kami bersalaman,ada antara kami yang cikgu2 masih ingati nama dan ada yang cikgu lupa nama tapi cikgu cam wajah2 kami..Tapi sebagai anak murid,kita tak patut lupakan guru kita..Betul tak...???

Tempat : Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa
Tarikh : 13 Ogos 2011 
Hari : Sabtu

kami tiba di Restoran Nelayan tu awal..Pukul 6..Nasib baik cepat...fuhhh..

yan dan kawan serumahnye,As..


bersama cikgu Muzik 1 ketika dulu...
inilah guru kelas saya masa Darjah 6 Mulia..Cikgu Kasniza
Kami berkawan sejak Darjah 1..sampailah hari ini..MY BFF..Luv u dear..
dulu kecik2 selamba je,nakal2..bila dah besar ni malu2 plak masing2..hikhik...
antara yang hadir..

sebelum pulang,bergambar buat kali terakhir....
Antara jejaka2 yang hadir..


Saja gambar last tu buat besar sikit..sikit je..Papepun,gembira sangat dapat jumpa semula kawan2 lama yang teramat lama sgt x jumpa..Hampir 13 tahun x jumpa dan mmg byk sgt perubahan..Dan ada jugak kawan yang tak dapat join..Harap next reunion dpt jumpa..Cikgu2 kita mest bangga ank2 murid dia kini dah pun berjaya dalam hidup..Masing2 dengan kerjaya masing2 yang tak kurang hebatnya..

Orang lain habis berbuka terus balik ke rumah..tapi kami tak..Sampai Restoran Nelayan nak tutup baru kami pulang..Sangat bestt..!!! Semoga ada kelapangan buat kita semua untuk bersua lagi..Insyaallah..

NOTE : Maaf ye..entri ni dah disimpan dalam draft sekian lamanye sejak 13hb tp x sempat nk edit dan publishkan..Rasa2nya tak basikan..;)

Sunday, August 7, 2011

Cuti Raya...yeayyy...!!!!!

Yippie...!!!! Mau lompat tinggi2..kerana apa..???kerana cuti yang saya apply telah lulus..Maklumlah tahun lepas tak dapat balik beraya..Terpaksa beraya di kl terlebih dulu..Dah seminggu raya barulah dapat pulang ke kampung..Dan pada tahun ini,turn aku plak untuk meninggalkan kaunter buat seketika waktu..Beginilah kalau kita berkeje syif..Adakalanya dapat pulang beraya dan adakalanya tidak..Dan kadang2 kita juga terpaksa on call bile bercuti..Sudah biasa dengan semua ini...Inilah yang dikatakan keje di hospital..Lumrah..

Berbalik pada cuti raya tahun ni, actually aku dah apply cuti raya sejak bulan Mei lagi..Awalkan..???Begitu excited sekali..Dan dalam ramai2 staf kaunter,aku lah orang pertama yang akan bercuti dahulu...Aku start bercuti pada 26 Ogos 2011 sehingga 5 September 2011...Total kesemuanya adalah 11 hari..huhuhu..Itupun rasa macam tak cukup je..Macam nak sambung cuti lg je..(ngada2..)..Bila cuti raya telah diluluskan,maka haruslah aku pulang ke kampung halaman iaitu di Pontian,Johor..Bawak mak ayah and adik aku sekali..
Anyway, kepada sesiapa yang tak dapat pulang beraya di hari raya tahun ni,jangan sedih2 ok..Berkejelah dengan seikhlas ati...:)


NOTE : Tahun lepas bila dengar takbir raya kat ofis,ati jadi sayu sangat..Tak tergambar perasaan tatkala itu..Walaupun hakikatnya, mak ayah tak la sejeauh mana..dan akan merasa kembali saat2 itu pada tahun hadapan....huaargghhhhh....!!!!!!

Saturday, August 6, 2011

Perjalanan CINTA ini...

Tak pernah aku menyangka pertemuan pada tahun 2001 kekal hingga ke hari ini..Pertemuan yang tak akan aku lupakan hingga akhir hayat kami..dan akhirnya,kami telah pun mengikat tali pertunangan dan hampir menuju untuk membina mahligai impian kami sendiri..Telah bertahun kami bersama, ada suka ada duka,ada tawa dan ada tangisan menghiasi perjalanan cinta kami..Bila kami bersengketa, teman tersayang dicari untuk meluahkan segalanya..Teman baikku tempat aku mengadu dan tempat aku mengalirkan air mata di saat hubungan ini dilanda taufan..Terlalu banyak cerita sepanjang 10thn ini dan semuanya kekal abadi dalam lipatan sejarah kami berdua..Pengalaman telah mematangkan kami..Hadir orang ketiga menjadi asam garam dalam sesuatu hubungan percintaan itu..Yang penting kita perlu bijak atasi semua masalah yang datang..Dan kadangkala,kita perlu memberhentikan hubungan itu buat seketika untuk mencari haluan masing2 dan menilai diri sendiri...

Bukan mudah untuk pertahankan hubungan supaya kekal lama..salah seorang perlu mengalah..Bila seorang marah,seorang lagi perlu diam..dan kadang-kadang hubungan yang terlalu lama kecundang di tengah jalan..Jodoh di tangan Tuhan..Kita hanya merancang itu ini tapi semuanya telah ditentukan oleh Allah..Hanya Dia sahaja yang tahu apa terbaik untuk kita..Bersamalah kita berdoa..

2005
2006
2007
2008
2008
2009


2010

Setelah tahun demi tahun, hubungan ini diikat dengan tali pertunangan pada 4 jun 2011..Maka terikatlah janji antara kami berdua..Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami berdua untuk membina masjidmu..Jauhkanlah kami dari dugaan2 yang boleh menggoyahkan hubungan ini..Sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah, yang hanya meminta petunjuk & keredhaan dari-Mu Ya Allah..Tetapkanlah hati kami dan satukanlah hati kami Ya Allah..
2011

NOTE : Biarlah senyuman yang terukir di wajah kami kekal sampai bila-bila...Walaupun kadangkala,langit tak selalunya cerah...

Thursday, August 4, 2011

Namun hati kita selalu dekat....

Tiba-tiba entri untuk arini ala-ala macam jiwang..hahaha..Actually,aku nak share dgn korang sume lagu 'Ashiteru'..Aku pernah dengar lagu ni sebelum ni..Lagu ni selalu sangat berkumandang kat radio.Tapi  macam biasa aku tak pernah nak tahu tajuk lagunye..Sampailah satu hari tu..aku ada dinner kat Chop & Steak,Kampong Bharu..dan ada live band nyanyikan lagu ni..Dan dari situ tahu tajuknye..Memang jatuh cinta sangat kat lagu ni.Lagi2 bila live band nyanyi..terbuai-buai rasanya..So,meh hayati lagu ini..

Zifhilia - Aishiteru
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali


 

Jalan-jalan di BUKIT TINGGI

Perjalanan ke Bukit Tinggi ini dah seminggu lama nye terperap dalam blog ni..x sempat nak di publish kan..baru taip satu dua ayt,dah kene save dulu..Aku ke bukit tinggi ni bersama En.Anip..memandangkan dia pulang ke KL baru2 ni untuk sambut 1st puasa bersama keluarga dia di sentul...And selain tu,sempat la meluangkan masa bersama aku..Hampir 2 bln kami berdua tak ketemu..Lepas dari kenduri bertunang mmg tak jumpa..Ni la susahnya kalau PJJ...Paling sedih besday aku pun,dia tak dapat pulang..Hanya kiriman sms pengganti diri..wahhh poyo sungguh ayt itu..

Walaupun,time dia balik kl ni besday aku dah berlalu seminggu yang lalu,tapi aku tetap tuntut apa yg telah dijanjikan..Tahun ni,xde special kek untuk aku..cuma dia ada bg hadiah sepasang kurung cotton..Cantik sangat..!!!Tapi,besar plak baju tu..Mesti dia ingat tunang dia ni masih segemok dulu kot..haha..Mak aku la yg akan oter baju tu untuk dikecikkan sedikit..

Dan yg paling best,dia tanya aku nak ke mana bwk besday gurl ni..???Maklumlah kitorg ni jarang sangat2 untuk luang kan masa bersama..Dan tibe2 aku petik, 'bukit tinggi...!!!!' dan aku x mengharap sangat pun dia bwk aku ke sana..Selalunya,ada je alasan dia..jem la,jauh la..Tp kali ni tak..dia cuma jwb 'ok,kite gi sana..'..Hahhh..mcm tak percaya je..Tp,kami ke bukit tinggi lepas aku balik dr keje pg..So,blk kul 2 tu trus amik en Anip di rumah sentul utk gerak ke sana..Kebetulan sebelum ni, Mama Haikal ada memang ajak aku ke Bukit Tinggi tapi memandangkan aku kena keje terpaksa batalkan impian ke sana ngan dia..Kalau tak keje dah lama aku ikut tanpa berpikir panjang..haha..Anyway,Mama Haikal Auntie Lin dah pun sampai ke sana..Finally,jejak jugak kaki ke sana...Tak banyak gambar yg di snap guna kamera aku..Paling banyak kat kamera En Anip...Tp,till now i tak dapat2 lagi gambar2 tu...

time ni masih nampak ceria lg..jln depan sikit,kepala pun mula pusing2..huhu..




view from the top..


Colmar Tropicale







muahhh...thanx sbb bawak saya ke sini...:)
NOTE : Terlalu sukar untuk kami meluangkan masa bersama dan kadang bila masing2 dipisahkan dengan jarak berbatu-batu, telalu sukar untuk kami bincangkan hal2 serius..Jadi, hargai masa yang ada...Jangan cepat melatah @ berang sekiranya keadaan ini melanda diri..Hidup PJJ bukan mudah...Keyakinan dan kejujuran paling penting dalam diri..

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan buat kalian yang berpuasa arini..Agak terlewat untuk aku ucapkan salam ramadhan buat tahun ini..Kekangan masa yang amat sangat..Semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada anda semua dan marilah kita memperbanyakkan ibadat pada bulan mulia ini..

Kepada yang tak dapat nak berpuasa,hormatilah mereka yang berpuasa dan paling penting,hormat bulan puasa ini..Jaga tingkah laku anda.

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA...