Thursday, August 18, 2011

Pertemuan yang begitu bermakna...

Assalamualaikum...

Pada saat ini jam telah menunjukkan pukul 11.18malam dan saya baru saja pulang dari Majlis Berbuka Puasa & Reunion bersama kawan-kawan sekolah rendah..Amat bermakna sekali pertemuan kali ini kerana perjumpaan kali ini dihadiri oleh guru kelas kami sendiri..Bayangkan betapa lama nye kami semua tidak ketemu..Hampir 13 tahun tidak bertemu setelah masing-masing menamatkan sekolah rendah Darjah 6 pada tahun 1998 di Sekolah Kebangsaan Sentul (2)..

Banyak antara kami yang berubah..yang kurus makin gemuk..yang rendah dah tinggi..Tapi ingatan seorang guru pada anak-anak murid didikan nya tak pernah dilupakan..Apabila kami bersalaman,ada antara kami yang cikgu2 masih ingati nama dan ada yang cikgu lupa nama tapi cikgu cam wajah2 kami..Tapi sebagai anak murid,kita tak patut lupakan guru kita..Betul tak...???

Tempat : Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa
Tarikh : 13 Ogos 2011 
Hari : Sabtu

kami tiba di Restoran Nelayan tu awal..Pukul 6..Nasib baik cepat...fuhhh..

yan dan kawan serumahnye,As..


bersama cikgu Muzik 1 ketika dulu...
inilah guru kelas saya masa Darjah 6 Mulia..Cikgu Kasniza
Kami berkawan sejak Darjah 1..sampailah hari ini..MY BFF..Luv u dear..
dulu kecik2 selamba je,nakal2..bila dah besar ni malu2 plak masing2..hikhik...
antara yang hadir..

sebelum pulang,bergambar buat kali terakhir....
Antara jejaka2 yang hadir..


Saja gambar last tu buat besar sikit..sikit je..Papepun,gembira sangat dapat jumpa semula kawan2 lama yang teramat lama sgt x jumpa..Hampir 13 tahun x jumpa dan mmg byk sgt perubahan..Dan ada jugak kawan yang tak dapat join..Harap next reunion dpt jumpa..Cikgu2 kita mest bangga ank2 murid dia kini dah pun berjaya dalam hidup..Masing2 dengan kerjaya masing2 yang tak kurang hebatnya..

Orang lain habis berbuka terus balik ke rumah..tapi kami tak..Sampai Restoran Nelayan nak tutup baru kami pulang..Sangat bestt..!!! Semoga ada kelapangan buat kita semua untuk bersua lagi..Insyaallah..

NOTE : Maaf ye..entri ni dah disimpan dalam draft sekian lamanye sejak 13hb tp x sempat nk edit dan publishkan..Rasa2nya tak basikan..;)

No comments: