Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri dari saya...


Wahh..bersemangat & terujanya apabila hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti pulang ke kampung untuk raikan Aidilfitri di kampung bersama sanak saudara...Pada tahun ini aku boleh senyum lebar sikit kerana kali ni aku dapat beraya di kampung..

Persiapan raya, alhamdulilah..semuanya beres..Cuma masih berpikir-pikir untuk menukar kain langsir rumah atau tak..Sebab langsir rumah tu baru saja dipasang sewaktu aku bertunang aritu..Tapi kalau terlebih rajin.memang aku akan tukar langsir tu..Cadangnya,bila dah bercuti ni nak buat kek coklat untuk dibawak pulang ke kampung dan beri kepada bakal mak mertua..Pastu nak teman adik aku shopping..bukan setakat teman,malah aku la yang akan mengeluarkan dana..Nasib baik adik sorang je kan..Dah jadi tanggungjawab i kann..So,berkemungkinan hari Jumaat dan Sabtu akan meraya-rayau di sekitar KL bersama adik tersayang..hihi..

Insyaallah saya akan pulang ke kampung pada 29 Ogos (Isnin) dan akan pulang ke KL pada 03 September(Jumaat)..Mungkin pada waktu tu highway mungkin tengah sesak dengan kenderaan kan..???Sudah semestinya aku la yang akan drive sampai ke kampung nanti..Doakan perjalanan kami selamat..Amin..

Di hari yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada rakan2 yang mengenali diri ini..Ku pohon kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki andai sepanjang perkenalan kita ini ada tersilap kata,terguris rasa..Maaf dipinta..Kepada yang memandu pulang ke kampung tu,berhati-hati di jalanraya..Semoga perjalanan anda dilindungi oleh-Nya..Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui...

Kepada rakan-rakan yang bekerja di Hari Raya ini,saya ucapkan...Selamat Bekerja..bekerjalah dengan seikhlas ati.dan yang penting,jangan nangis di pagi raya..(cehh pandai cakap org..mentang-mentanglah aku cuti)hikhik..

Kepada En Anip,sorry tak dapat nak berbuka sama untuk tahun ini but terima kasih banyak-banyak kerana sudi jugak teman aku berbuka di hospital tempoh hari..Bukan niat untuk letakkan kamu ketepi tapi tuntutan kerja..harap kamu faham yea..ketemu nanti di Johor Bahru..;)

NOTE : Adakah tahun ini tahun terakhir menyambut syawal dengan status bujang...???tettt...Allahualam..Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kawan-kawan..Maaf zahir batin dari saya,Nurzelinda Nahari sekeluarga...Muuuaahhh....

No comments: