Friday, November 25, 2011

Yahuuu..mereka sudah pulang...Alhamdulilah...

Assalamualaikum semua..

Disebabkan keterujaan teramat sangat sampaikan lupa untuk update blog nak bagitahu 1 malaya bahawasanya mak,ayah,along telah selamat kembali ke tanah air pada 23 November 2011 jam 12.55pg..Penerbangan dijangka landing pukul 1.30pg tp awal pulak malam tu..Dengan hujan lebat sepanjang ke KLIA..

Oleh kerana mereka tiba awal,so tak perlu kami mencari parking..Mak ayah along sedia menunggu di pintu masuk utama KLIA..Wahh dari jauh dah nampak wajah kesayangan hamba..Macam nak melompat je dr kereta..hahahaha..Terus salam and peluk cium mak ayah..mmuuaahh...mmuuahhh..

NOTE : Alhamdulilah..semuanya sudah selesai dan mereka pun telah selamat pulang ke tanah air..Cuma kesihatan mak ayah yang kurang baik..Semoga mereka cepat sihat..

Monday, November 21, 2011

INFO: KENCING KOTOR @ TIDAK LAWAS

Info dari : ratuhati.com

Pengenalan


  • Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
  • Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
  • Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
  • Kekurangan air dalam badan
  • Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
  • Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
  • Pesakit kencing manis (diabetes)
  • Mengandung
  • Pengambilan sesetengah ubatan
  • Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
  • Batu karang dalam saluran kencing
  • Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk merujuk penyakit seperti itu.



Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.


Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai). 20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.

Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?

Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.


Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.

  • Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
  • Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
  • Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
  • Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
  • Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
  • Air kencing nampak kotor,
  • Kadang-kadang air kencing berdarah,
  • Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
  • Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
  • Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.

Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).





Rawatan

Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.

Pencegahan
  • Minum air dengan secukupnya
  • Elak menahan kencing
  • Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
  • Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

Terima Kasih MIA...

Assalamualaikum semua..
Firstly,nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kpd MIA ku( My Incik Anip) yg sanggup ke hulu..ke hilir teman aku ke hospital..Last aku sakit mcm ni pada tahun 2010..Baca entri ini dan kesakitan yang aku alami sama seperti ini..Tp,kali ni sakitnya makin teruk sangat..Actually,aku baru je abis keje malam..Kawan-kawan ofis suruh aku ke Emergency untuk jumpa doctor memandangkan aku kronik sangat..Tak boleh nak kata apa melainkan alirkan air mata..Bayangkan betapa sakit yang aku alami..Tapi aku ni agak penakut untuk jumpa doctor..Walhal,bukan jauh mana pun Emergency tu..sebelah pintu je..Dan aku amik keputusan untuk balik umah and hopefully it getting ok..Tapi tak..Balik umah aku meraung-raung sakit kesorangan..Lastly,surrender..terpaksa call MIA untuk dia anta semula aku ke hospital..

Pagi dia amik aku tu,mmg dia suruh aku jumpa doctor tp aku berkeras tak nak..Haa apa lagi,dia membebel dari jam 7.30pg sampai 11.00pg..Bayangkan betapa lamanya dia membebel..Dahsyat kalau orang lelaki membebel kan..Dia kata,aku terlampau keras kepala..Sakit dah macam nak mati pun,masih degil x nak jumpa doctor..Garang giler dapat tunang mcm ni kann..

Disebabkan inilah pertama kali aku jumpa doc kat HKL tu,aku bawak la otai Admission..Sape lagi kalau bukan Kak Wana..Pagi tu,kak wana la sapukan minyak angin kat pinggang aku..Terus teringat kat mak yang jauh..Masa mula2 aku kena sakit ni,mak la yang sapu minyak angin..Jadi sebak dada..huhu..Jumpa doctor kat Pesakit Luar..Nasib baik cepat..Patient pun tak berapa nak ramai sangat..Kalau lambat,mau aku dah terbaring-baring kat situ jugak tahan sakit..Doctor tak cakap pape..tapi doc mintak aku follow up dengan pakar..Aduiii..aku jadi cuak bile dengar DOKTOR PAKAR..Macam kritikal je sakit aku ni..Dan disebabkan aku tak tahan nak tanggung kesakitan pinggang yang melampau ni,doc bg aku painkiller..Dah lama sangat-sangat tak kena inject..Kat punggung lak tu..Dalam sakit-sakit tu,aku bole lagi buat lawak..Mintak nurse inject kat tempat lain selain dari punggung..Tergelak besar nurse tu..hahaha..Punyalah penakut aku ni..

Kesan dari injection tu,sejam lepas tu,kesakitan pada pinggang beransur hilang...aku dapat mc 19/11/2011 berkat dari budi bicara kak wana dengan doc Ammar..Kalau tak,doc tu x mo bg mc..Gile kedekut doc tu..Aku dah kronik mcm ni,lg tak nak bg mc..

So,seharian aku rehat di rumah..Sekarang dah recover 70%..Masih ada rasa sakit lagi..Bila dah sakit mcm ni,badan mula rasa nak demam..Seram sejuk je..Mak ayah pergi haji haritu,aku demam..Ni mak ayah balik dari haji pun aku demam...Haiiiyaaa...Apa kes ni..??

**Kesakitan aku di sini tidak diketahui mak ayah dan along aku di Mekah..Biarlah mereka tak tahu..Nanti mengundang kerisauan pulak..

NOTE : Sedang buat research apakah jenis sakit yang aku alami sekarang ni..?? Ya Allah,jauhkanlah aku dari kesakitan ini..Teramat sakit..

Tuesday, November 15, 2011

Kerinduan seorang ayah pada anaknya...sedih sangat..

Assalamualaikum semua...
Kesibukan aku di ofis kadang-kadang buat aku terlupa seketika keadaan mak ayah dan along aku di sana..Dan baru-baru ni aku dapat msg dari along yang mengatakan mereka bertiga sedang demam..Aku hanya sempat call untuk beberapa minit sahaja..Bila keje 14jam,menyekat sedikit masa untuk kami berborak panjang..Mak dan along kembali sihat dari demam cuma keadaan ayah makin melarat..Along ada msg aku,mintak aku call ayah..Katanya,ayah rindukan aku sampai demam2..Pastu ayah banyak kali mimpikan aku..Rasa sebak pulak bila dapat msg mcm tu..

Bila dengarkan ayah demam, aku pun mula kena tempiasnya..Badan aku jadi lemah dan seram sejuk..Dan semalam aku amik keputusan untuk tak bekerja..Nak driving pun tak larat..Dan malam tadi,kebetulan line 3g pulak ada...Oyehhh..apalagi,inilah masanya untuk ber3g dengan insan-insan tersayang di Mekah..

Inilah pertama kali kami menatap wajah masing-masing..hehe terubat rindu..Memang btol ayah rindukan aku,bila nampak aku buat 3g,ayah terus bangun dari tido..Walhal ayah baru je lepas makan ubat and need some rest..Tapi,anak kesayangan ni kacau pulak..Ayah terus bangun and terus ada selera nak makan nasi mandy dan ayam golek..Wahh sedap menunye wei..!!! Walau hakikatnya,hati ini sedikit sedih tengok keadaan ayah yang tengah demam macam tu,tapi aku sedaya upaya menyorokkan perasaan sebenar aku & cuba buat lawak untuk menghiburkan hati ayah..Selalunya,letak je telefon,pasti bergenanglah air mata ni..Aku mengusik ayah..Ye la,kalau pergi haji kenalah bercukur,saja la buat lawak kat ayah,nanti rambut yg tumbuh tu warna hitam..bukan warna putih..Pastu ayah terus tergelak besar..hihi..Happy tgok ayah tergelak macam tu..Pas letak je tepon,along pun msg aku..Along kata,mmg nampak sangat ayah rindukan aku..Terus segar lepas dengar suara aku,dapat tgok muka aku yang dah makin tembam ni..hihi..Sepanjang usia aku 25tahun ni,tak pernah aku dengar ayah cakap rindu kat ank perempuan bongsu yang sorang ni..terharu i tau..Ini ada sedikit gambar terbaru dorang kat sana buat tatapan kanda2 ku yang jauh nun di utara sana..

Wajah ayahanda di Arafah

Along di Mina


ketika di dalam bas menuju ke Arafah..

NOTE : Semoga ayah cepat sihat hendaknya..Aminnnn...

Sunday, November 13, 2011

Disebalik 11.11.11...Terpatri memori indah buat mereka...

Assalamualaikum..
Sepeti yang dijanjikan..kini saya mahu update gambar2 sekitar perkahwinan kawan2 saya..Tanpa banyak celoteh,saksikan gambar2 ini..Gambar dapat menceritakan 1001 kisah..Wahhh gitu..

Perkahwinan SALWA FARHATI & ZUL AMRI..

bersama Farizza..Lama sungguh tak ketemu dia sejak abis belajar..

'Teman' Farizza buat lawak ape ntah sampai kami berdua gelak sakan..


Bak kata 'teman' farizza,kami macam nak bercium..

Yeehaaa..pengantin sudah tiba.Abaikan makcik yg super vouge sebelah kiri tu yea..

Salwa Farhati & Zul Amri

terlentik sudahhh..auwww..!!

blurr la gambar ni..

inilah pertama kali aku menepung tawar..nervous mak tau..

Cik farizza pun amik berkat jugakkk..


Perkahwinan Natrah & Rizal Rahim


Antara tetamu-tetamu terakhir..Pukul 3.30 baru sampai..Padahal dok sentul je..

bergambar bersama pengantin...

lepas ni turn cik jijah plak..tunggguuu...!!!!
Pengantin yg amat sporting di depan lensa kamera..auwww..!!

Tunang-tunangan org sibuk nak bergambar..Amik berkat..


saat-saat akhir cik jijah sebelum menjadi isteri orang..
NOTE: Kepada mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan..Semoga pernikahan yang dibina atas dasar cinta ini kekal hingga akhir hayat dan mendapat keberkatan dari Illahi..Selamat mengemudi alam rumahtangga yang penuh cabaran..Dan semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah hendaknya..Aminnn...

*Teramat kagum dengan pasangan-pasangan vateran yg dah bertahun-tahun kawen..Cinta mereka tetap kuat..Apa rahsia mereka kekal berpuluh-puluh tahun hingga kini..Teserlah perasaan cinta dan sayang sesama mereka..Adakah kita bakal mencapai tahap itu..??Mudah-mudahan..

Saturday, November 12, 2011

Wonderful date...11.11.11..!!!!

Assalamualaikum everyone..
Semalam berlalu 1 tarikh yang amat bermakna buat kawan2 aku yang tersayang..Di mana,11.11.11 cinta mereka disatukan..Selamat Pengantin baru buat Salwa Farhati & Zul serta tak lupa kepada Natrah & Rizal..Semuanya selamat diijabkabulkan..Alhamdulilah...Pernikahan mereka tak dapat aku saksikan kerana tuntutan kerja..Tapi,majlisnya aku akan tetap luangkan masa untuk bersama kalian..Dan pastinya,tunggu gmbar2 nye yea..Awal2 pagi lagi Mama Haikal dah msg aku..Jangan pilih tarikh pelik2 bila aku nak kawen nanti..Pesanan kawan tersayang buat kawan dia yg otw ke club dia nih..hihi..Kenapa dia pesan macam tu..???Sebab,dalam 1 masjid,ramai sgt pasangan yang tok kadi nak nikahkan..Katanya,dekat 25 pasangan..Wahh meriah masjid gitu kann..Anyway,aku x cari taikh pelik2..Cukuplah tarikh tu sesuai & kena bagi kedua-dua belah family aku dan family tunang..Komitmen yg terlalu banyak buat kami sukar mencari tarikh yg sesuai..

Sempena tarikh 11.11.11 ni aku nak show u all gambar2 permata hati auntie lin..Ntah la..di saat2 ini terasa amat rindu kepada anak-anak buah tersayang..Mak aku yang kat Mekah tu pun dah mula mimpikan anak2 dia..Syahdu je dengar..sebak dengar..Ok dah2..anak buah aku kesemuanya 9org..Doranglah penghibur umah sentul di kala mereka pulang ke umah nyaie & yaie nye..

Ainur Adleena..(Anak along)
Ainur Adriana..(anak along no.2)

Aqil Mustaqim...(Anak along yg bongsu)



Anas & Raihana..(anak angah no.1 & 2)

Liyana..(anak angah no.3)
Eryna...(anak angah yg bongsu..)

Puteri Nur Alia..(anak sulong uda..)actually gmbr ni dah lama..bdk ni pun dah besau..

Puteri Nur Alisha..(ank Uda no.2) Bdk ni pun dh besau..bila dah besa,muka sebijik acuan kakak dia..


Dan bila semuanya berkumpul,meriah suasana umah sentul tu..inilah akibatnya kalau sumenya ada....



ada je celoteh makcik2 kecik ni..


Haa itu saja wajah2 kesayangan auntie lin..Mereka pun makin membesar & menyedarkan diri ini semakin tua dan uban mula tumbuh...Oooohhh tidakkkk...!!!! Mereka buah hati kami sekeluarga..Rindu bangat sama kamu semua...

NOTE : Nanti Auntie Lin kawen semuanya kene jadi flower girl..Gown & suit..? sponsor sendiri..hahaha,,gila kedekut auntie lin korang..hahahaha...

Friday, November 11, 2011

Menu istimewa dari Chef terhandal...

Assalamualaikum semua..
Ok malam ni merupakan malam kedua bagi aku berkeje..Badan pun tak berapa nak sihat setelah berhempas pulas,bertungkus lumus membanting tulang bekerja pada Aidiladha haritu..Non stop..Dan kini badan mula terasa lemau dan harap sangat badan tak jadi demam..Memandangkan mibggu ini ada 2 kenduri yg patut aku hadiri..Kedua-dua kenduri kawan tersayang i..hehe..So,mula menjaga kesihatan kini..

Ok bercakap pasal tajuk atas tu,mungkin korang semua nak tahu ape la menu nye...dan sape pulak cheff yang sudi masak tu..???Lately,aku teringin sangat nak makan Spagetthi Corbonara mcm aku makan ngn My beloved friend kat Sakura Kristal tempoh hari tu..Haritu kuar ngn tunang pun mencari makanan tu tp malangnya,dah abis..Kempunan aku..Lastly,order chicken chop je..dah tak tahu nak makan ape..

Dan tak disangka-sangka pagi td balik dari ofis adik aku dah pun menyiapkan hidangan breakfast..Wahh perfect..!!! Menunya adalah, Makaroni Corbonara..Spagetthi dah abis so penggantinya adalah makaroni..Jadilah..Sejak master chef tak de kat umah, kami 2 beradik bersungguh-sungguh memasak tau..hihi..Not bad adik aku masak cuma mula2 dia bg aku rasa 1 sudu tu,ada menda yg patut aku tambah..So,sebagai kakak yg hebat dalam masakan,aku tambah la paste corbonara lg,tmbh garam,lada sulah,lada hitam..Barulah menjadi macam kat Sakura Kristal tu..Selama ni,before aku gi keje,aku siapkan breakfast utk dia dulu..Maklumlah dia cuti mid-sem seminggu...Kali ni,dia lak prepare breakfast utk aku..Mesti tak sabar nk tgok gambar dan hasilnye kan..Dah makan nak abis,baru teringat nak tgkap gambar..Jap eh...
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


inilah menunya..Macaroni Carbonara...

Inilah chef-chef kesayangan hamba..
Masakan orang bujang..sedap ke x,tolak tepi..Yang penting prot kenyang..hihi..Tak sabar nak tunggu master chef balik ke tanah air..Rindu masakan mak..Paling aku rindu adalah Ikan pari masak asam pedas..Marvellous..!!! Sedang berusaha utk memasak selepas mak pulang dari haji selepas ini..Perlu belajar sikit demi sedikit ilmu rumahtangga dari sekarang..

NOTE : Mencari tarikh yang sesuai untuk tahun hadapan..Semoga Allah menemukan kami berdua tarikh yang sesuai untuk kami membina masjid..Aminnn..Kami  mencari tarikh yang sesuai untuk kedua-dua belah keluarga..Memandangkan family sebelah aku majoriti cikgu,Maka sudah pasti aku mencari tarikh cuti sekolah..Ya Allah ya tuhanku,permudahkanlah urusan kami...

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha yang sepi...

Assalamualaikum...
Hari ni otw aku nak ke ofis,aku meredah jalan yang amat jem..Tersangatlah jem..Sebelum melangkah turun ke kereta,mata sempat menjenguk kat Tol Highway DUKE yg sangat2 nampak dari rumah aku..Wahh panjang que kat tol tu..Jarang tgok highway tu sesak dgn kenderaan melainkan waktu org bekerja..Ramai warga kota yg berpusu-pusu balik ke kampung untuk menyambut aidiladha di kampung..Tapi aku..??? Tersesat di celah kota..hahaha..ayat tak boleh blahh kann..

Aidiladha pada tahun ni aku terpaksa kerja oleh kerana aku telah mendapat cuti yg panjang pada Aidilfitri tempoh hari..So,kerja tetap kerja..Bak kata along aku,keje mengalahkan bangla buat bangunan..hehehe..Nasib aku kira baik kerana Aidiladha tahun ni turn aku bekerja kebetulan mak ayah aku tak de kat sisi aku..Kalaulah aku dapat cuti,mau menangis dibuatnya..Lain tau rasa beraya tanpa orang tua ni walaupun hanyalah Raya Haji..

Petang tadi lalu tepi umah2 jiran...wahh bau semerbak..Ya bau rendang.!!! Tiba2 hati menjadi sayu sangat sebab tahun ni tak dapat merasa masakan mak..Kalau tak,waktu2 macam ni,mak la insan paling sibuk kat dapur menyiapkan segala juadah..Dan kalaulah mak fiza beraya kat sentul,dah tentu aku akan ketuk umah dia mintak rendang ayam..hahaha..Tak malu kann..Bukanlah nak cakap apa,masakan mak fiza sama macam masakan mak aku..Setiap masakan mak fiza selalunya menepati selera anak angkat dia ni...wahh naik taraf jadi anak angkat..hihi..Ala bukan orang lain..dah bertahun kami kenal..Mak dia dah macam mak aku jugakk..

Perkembangan terkini mak+ayah+along aku..ermm dorang kini berada di Arafah,dan kemudiannya mereka akan bermalam di Muzdalifah 1 malam..keadaan mak..mak sekarang ni demam dan batuk2..along dan ayah sihat2 saja..Mudah-mudahan mak cepat sihat..Risau sebenarnya bila dengar keadaan mak macam tu.Tapi,apa yang boleh kita buat kat sini hanyalah risau dan doakan mereka sihat2 saja supaya dapat menunaikan ibadah di sana..Masuk je bulan November aritu,aku dah mula counting days..Haa bukan counting days untuk kawen ehh..Counting days bila mak+ayah+along akan pulang..Ada lagi 17hari saja perlu aku nantikan..Tak sabar rasanya..Dan sudah pasti,aku antara insan yang akan amik dorang kat airport nanti..Cuti pun dah lulus..Dan memandangkan lagi berapa hari sangat mak akan pulang,maka bermula saat2 akhir nanti,aku akan mula bekerja keras untuk mengilatkan rumah..Bukanlah bermakna sepanjang mak xde ni umah tak seperti umah..Umah tu tetap nampak macam umah yang berpenghuni..Bukan macam umah tinggal okeh..Cuma,ikutkan hati nak tukar langsir,tukar cadar bilik..Nak menyambut orang teristimewa pulang..Bak kata ustaz kat Al-Kuliyyah cakapjemaah haji yang baru pulang dari menunaikan haji di Mekah umpama bayi yang baru lahir dari perut ibunya..Sucinya mereka dari segala dosa..

Pada malam ini,hati meruntun sedih bila dengarkan takbir..bergenang-genang air mata ni..Lagi-lagi malam raya di ofis,mana tak sedihnya..Haiyaaa...Tak tahu mcm mana nak ungkapkan lagi..Dah..dah..tunggu next entry dengan suasana Aidiladha di ofis aku yea..Maklumlah,abis keje malam ni kul 7pg dan aku WAJIB sambung syif aku sampai pukul 2 petang..Yeahhh,mak gagah nyahhhh...!!!!;) See ya..