Tuesday, November 15, 2011

Kerinduan seorang ayah pada anaknya...sedih sangat..

Assalamualaikum semua...
Kesibukan aku di ofis kadang-kadang buat aku terlupa seketika keadaan mak ayah dan along aku di sana..Dan baru-baru ni aku dapat msg dari along yang mengatakan mereka bertiga sedang demam..Aku hanya sempat call untuk beberapa minit sahaja..Bila keje 14jam,menyekat sedikit masa untuk kami berborak panjang..Mak dan along kembali sihat dari demam cuma keadaan ayah makin melarat..Along ada msg aku,mintak aku call ayah..Katanya,ayah rindukan aku sampai demam2..Pastu ayah banyak kali mimpikan aku..Rasa sebak pulak bila dapat msg mcm tu..

Bila dengarkan ayah demam, aku pun mula kena tempiasnya..Badan aku jadi lemah dan seram sejuk..Dan semalam aku amik keputusan untuk tak bekerja..Nak driving pun tak larat..Dan malam tadi,kebetulan line 3g pulak ada...Oyehhh..apalagi,inilah masanya untuk ber3g dengan insan-insan tersayang di Mekah..

Inilah pertama kali kami menatap wajah masing-masing..hehe terubat rindu..Memang btol ayah rindukan aku,bila nampak aku buat 3g,ayah terus bangun dari tido..Walhal ayah baru je lepas makan ubat and need some rest..Tapi,anak kesayangan ni kacau pulak..Ayah terus bangun and terus ada selera nak makan nasi mandy dan ayam golek..Wahh sedap menunye wei..!!! Walau hakikatnya,hati ini sedikit sedih tengok keadaan ayah yang tengah demam macam tu,tapi aku sedaya upaya menyorokkan perasaan sebenar aku & cuba buat lawak untuk menghiburkan hati ayah..Selalunya,letak je telefon,pasti bergenanglah air mata ni..Aku mengusik ayah..Ye la,kalau pergi haji kenalah bercukur,saja la buat lawak kat ayah,nanti rambut yg tumbuh tu warna hitam..bukan warna putih..Pastu ayah terus tergelak besar..hihi..Happy tgok ayah tergelak macam tu..Pas letak je tepon,along pun msg aku..Along kata,mmg nampak sangat ayah rindukan aku..Terus segar lepas dengar suara aku,dapat tgok muka aku yang dah makin tembam ni..hihi..Sepanjang usia aku 25tahun ni,tak pernah aku dengar ayah cakap rindu kat ank perempuan bongsu yang sorang ni..terharu i tau..Ini ada sedikit gambar terbaru dorang kat sana buat tatapan kanda2 ku yang jauh nun di utara sana..

Wajah ayahanda di Arafah

Along di Mina


ketika di dalam bas menuju ke Arafah..

NOTE : Semoga ayah cepat sihat hendaknya..Aminnnn...

1 comment:

lazirza said...

amin semoga ayah sihat hendaknya..