Hi guys..aipp apasal tajuk lain macam je ni..? Iye saya tahu,saya sudah agak lama bertunang,tahun dah berganti tahun dan kini 2012 telah pun mengorak langkah dan semua yang berada di ofis serta kawan2 tersayang sudah pun bertanyakan bila majlis saya akan berlangsung..Sewaktu bertunang,family kedua-dua belah pihak telah bersetuju bahawa pertunangan ini diikat paling lama 2 tahun..Tapi,kalau lagi awal lagi bagus..Ye dak..??hihi..Kawan2 yang sama tahun bertunang dengan kami telah pun ada yang mendirikan rumahtangga dan ada juga yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi..
Apabila menghadiri majlis kawan2,soalan yang biasa diajukan,bila lagi majlis saya..???hehe dengan tenang menjawab "tak jumpa tarikh lagi.." haha..ayat nak selamat..Sebenar-benarnya,bukanlah tak jumpa tarikh tapi memandangkan MIA perlu memikul satu tanggungjawab besar pada bulan oktober ini,maka hasrat kami untuk mendirikan masjid terpaksa ditunda dan utamakan ibadah Allah itu..Insyaallah..Kedua-dua kami terlampau sibuk dengan tekanan kerja dan segala komitmen yang ada..Insyaallah dengan izin Allah s.w.t MIA akan mengerjakan haji mengiringi bonda serta nendanya ke tanah suci..MIA minta sangat agar saya paham dengan keadaan itu dan terpaksa tolak ketepi seketika perancangan kami...Bagi saya, urusan ke tanah suci perlu diutamakan..dan redha sekiranya,majlis kami terpaksa di postpone..Agar bila MIA di tanah suci nanti,doa dapat doakan yang terbaik buat kami dan masa depan kami..
Bagi mereka yang bakal bertunang,satu nasihat saya,tak perlu bertunang terlalu lama kerana alam bertunang ni terlampau banyak dugaannya..Apatah lagi bagi pasangan yang berjauhan seperti saya dan MIA..Bila berjauhan,KEPERCAYAAN yang tinggi perlu ada dalam setiap diri..Jika itu tiada,maka....(sambunglah sendiri)
Perkenalan kami yang hampir menginjak ke sebelas tahun dan telah 7 bulan mengikat tali pertunangan pun kadangkala dilanda todak dan badai..Tapi,perasaan sayang dan cinta kami terlalu kuat,itulah kunci kami terus kekal hingga sekarang..Dua-dua pihak perlu mainkan peranan..Sepanjang tempoh inilah anda akan diuji pelbagai hal..Dari sekecil-kecil hal hingga sebesar-besarnya..Tapi perlu ingat selesaikan masalah yang datang dengan rasional dan matang..Jangan cepat melatah..!
Doakan kami..
1 comment:
betul tu lin...bila teringat hal tunang teringat kata2 arwah ayah aku yang suh aku merisik terus kahwin rupanya ada cerita di sebalik hal tunang...mujur suami aku mempercayai aku dan tidak mempercayai kata2 si "makluk tuhan" tersebut....
Post a Comment