Friday, June 22, 2012

Exam KPSL..sempat ke nak study ni..??

Assalamualaikum semua...

Arghhh stress aku..Macam ni dalam sektor awam,memang tak lekang dari 2 perkara..Iaitu kursus yg sebanyak 7 hari setahun dan jugak EXAMMMM...Aku ni bertuah kerana dikurniakan sahabat yg sangat2 alert terhadap diri ini dan sahabat yg ingin sama2 berjaya..Syukur alhamdulilah kerana dapat kawan mcm ni..

Alkisahnya begini..Aku tak sangka,kawan aku,Cik Yana ada mohonkan utk aku exam KPSL untuk naik ke gred 27..Dan awal bulan baru2 ni,kawan2 ofis sume dah sibuk mula study pape yg patut utk mengahdapi exam KPSL ni...Yg aku rilex la..bajet mcm aku tak kan amik exam ni..Tiba2 21Jun aritu,kawan ofis call bagitahu nama aku tersenarai dalam menduduki exam KPSL pada 3-5Julai ni...Makk aii pitam seketika..Preparation is 0..Tak tahu ape topik2 yg masuk dan setahu aku 3 paper,A,B dan C adalah esei..Haa kelentong la Cik Lin mcm zaman belajar dulu kala..Haha..

Ikutkan ati mcm malas nak amik sebab suntuk sangat.Tapi,mak sebagai tonggak utama dalam hidup aku bagi semangat pada aku untuk terus amik exam tu..Mak yakin kot yg anak dia boleh jawab..Insyaallah mak..Cubalah buat yg terbaik.Lama sangat tinggalkan zaman2 exam ni..Teringat masa buat Diploma dulu..Huhh nervous,mcm2 ayt dibaca sebelum masuk exam hall..Dan habit lama,datang kembali..Tak keruan dibuatnya..
inilah buku2 yg patut dibaca & bakal direbus..hihi..


Untuk pengetahuan semua, exam KPSL ni perlukan 3 buku untuk dibaca iaitu Perintah Am, PKPA, dan Undang-Undang Umum..Haa amik 3 buku ni pastu REBUSSS...!!! Then minum..! Semoga Allah permudahkan exam aku nanti dan lulus...!!! Harapan setinggi gunung..Aku hanya mencuba,sekiranya xde peluang and rezeki,usaha lg masa akan datang..


No comments: