Actually entry ni dah basi dah..kawan baik i dah update dalam blog dia terlebih dulu.Maklumlah mak ni tertinggal keretapi sket..Mencari masa untuk ngapdate blog nih..Pada 21 May yg lepas,aku keluar berfoya-foya bersama rakan baik aku sebelum dia berehat panjang nanti..wahh..Tak ke mana pun.Teman dia checkup kat hospital,then kami berdua serang jalan TAR dgn tujuan membeli kain ela untuk kaum keluarga aku utk dipakai masa kenduri aku nanti serta kain langsir bilik pengantin..Sebelum plan untuk keluar,aku dah catit berapa meter kain yg perlu aku beli.Ini penting agar tiada pembazairan berlaku serta membuat bajet untuk semeter kain dan darab la dgn brp orang ahli keluarga aku..(Sejak nak kawen ni,pandai plak buat bajet ekk..kalau x,hentam kromo je beli..HARUS okehh utk semua bakal pengantin)
Entry sebelum ni aku dah mention apa color tema untuk side aku kan..Of course warna pink..Dulu tak la fanatik sgt dgn warna pink ni.Tapi bila dibuat majlis pink ni nampak cantik plak..Dan Puan besar a.k.a mak pun gilakan warna pink.Apa saja warna pink tetap dikatakan cantik.Tak pernah kata tidak..
Dan kedai kain yg aku serang adalah Nagoya..Selain dari cari kain ela untuk majlis aku,aku mencari kain pasang korporat untuk dipakai kat ofis ni.Aritu orang kat ofis ni dah collect duit utk beli sekayu kot.Tapi disebabkan aku keje malam,nama aku tertinggal..Sian mak kann..Di anak tirikan.So,dorang bagi contoh kain untuk aku cari kat Nagoya tpt dorang beli.Puas merata kami berdua cari tp hampa..Lastly,beli la kain yg corak seakan-akan dgn contoh yg aku ada tu..
haa..yg kiri tu baju korporat aku..belah kanan tu baju raya mak aku..khas utk emak..:) |
Walaupun tahun ni tak dapat balik beraya,baju untuk mak tetap tak dilupakan..Puas ngorat Pakistan kedai kain tu..Dpt jugak harga yg aku inginkan..
credit pic Mama Haikal's blog |
Tadaaa..inilah kainnya nanti..Kain baju melayu lupa mak nak tangkap.. |
Selesai bab kain ela,meneruskan misi mencari kain langsir untuk bilik aku serta tirai untuk hiasan bilik pengantin..Puas gak meronda,akhirnya jumpa jugak..
kain langsir bilik |
Ice-blended pujaan kami berdua..sweet kan kitorang..?? Credit pic Mama Haikal's blog |
Inilah hasil tangkapan pada hari itu..Sakit bahu mak galas beg..Berat wooo kain2 ni.. |
NOTE : Kain2 ela yg dibeli tu dah diedarkan kepada adik beradik yg jauh dan dekat..Harap kain dan corak tu disukai dan perlulah siap sebelum Disember menjelang..Tapi dipakai ketika majlis ke tak,Allahualam..so sad..:(
Aku hanya merancang tapi sesungguhnya Allah yangmenentukan segalanya yang terbaik buat hambanya..
No comments:
Post a Comment