Monday, December 3, 2012

Persidangan Pembantu Tadbir HKL

Assalamualaikum

Okeh sume dah tahu saya telah pergi ke Cameron Highlands buat pertama kalinya atas tujuan kerja pada 23 Nov- 26 Nov 2012..Ke Cameron Highlands adalah untuk attend Persidangan Pembantu Tadbir HKL..Last minute aku dipanggil untuk attend kursus ini..So,persiapan sume last minute..Dan memandangkan untuk tahun 2012 ni aku masih tidak menghadiri mana2 kursus maka gagahkan badan untuk ke sana walaupun sebenarnya sebelum pergi ke cameron aku demam...

Aku dan 3 orang lagi kawan mewakili Unit Hasil..Malangnya,aku sorang saja yg perempuan..Rilex,xde masalah sume tu..Nanti dah jumpa kat cameron,sumenya boleh jadi kawan aku..Yang paling kesian,xde sape yang sudi nak amik gambar aku.So,untuk kursus kali ni memang tak banyak gambar..Kalau ada pun,gambar pada urusetia..Akan diminta pada urusetia untuk penuhkan koleksi gambar2 dalam external drive aku ni.

Persidangan ini buat julung2 kalinya diadakan..Persidangan ini membincangkan tugas2 Pembantu Tadbir di wad2..Keutamaan perbincangan fokus pada PT di wad di mana skop kerja mereka jauh berbeza dgn PT di unit lain..Persidangan ini adalah untuk mendapatkan kata sepakat dan menentukan skop kerja yg harus dilakukan oleh PT di wad..Pada hari terakhir persidangan, skop2 kerja yg harus dilakukan oleh PT di wad telah dibentangkan di hadapan Timbalan Pengarah Pengurusan,Pn.Norohana..

cuaca sangat berkabus pg tu..sejukkk..!!
inilah kawan sebilik saya..bergambar di hadapan bilik..
Pada pagi 24 November 2012 aktiviti dimulakan dgn ice-breaking dan pengagihan kumpulan...Sepanjang kursus ini,cuaca di cameron memang hujan je..Dari kami sampai sampai la kami pulang ke kl..Dan udara kat sana sungguh sejuk..Sesuai sangat la kalau dijadikan tempat untuk honeymoon..Auwww..!!! Sewaktu di dalam dewan,sesi perkenalkan diri dan perlu beritahu dari unit mana dan status ape..??? Alamak...Bila sampai turn aku,sebutlah nama ape,dari unit mana..dan aku langsung tak sebut tentang status..Tapi peserta2 kursus sibuk dok jerit,"status ape?status ape..??"..haha segan2 mak nak jawab..pelan je jawab "nak jadi isteri org x lama lagi.." haha sume ckp aku darah manis..jujur plak aku pada kursus kali ni ekk..pelikk..


Rasanya dari awal post aku x cakap plak aku menetap dekat mana untuk kursus kali ni ekk..Aku menetap di Marina Chalet,Tanah Rata..depan chalet aku ni ada 1 kebun strawberry tau..Dari mula sampai dah aim kebun strawberry ni..x dapat petik,dapat makan strawberry chocolate pun jadi la..

kebun strawberry yg dimaksudkan..


yeayy..sy berjaya rembat strawberry choc selama 2 hari berturut-turut..yummyy..!!!
Kump 3-Kump Strawberry Choc menghasilkan KLCC tertinggi
Haaa jgn main2 nama kumpulan tu..Nama tu aku yg bagi.Main belasah je.Sebab aku suke strawberry choc..!!Rasanya,gambar atas ni ari kedua kami berkampung di cameron..Dan setiap kumpulan perlu menghasilkan KLCC dari bahan terbuang seperti starw yg disediakan oleh urusetia..KLCC tu mestilah tinggi dan kukuh..Okehh kumpulan mak paling tinggi dan paling kukuh..Kumpulan lain dah ranap dah..Of course bangga okeh..kumpulan yg sepakat dan teamwork yg kuat!!

Okeh pada malam last,setiap kumpulan perlu adakan persembahan..Malam last kami ni dinamakan PT's nite..So harus pakai chantek2 untuk buat persembahan dan barbeque..Disebabkan last minute persiapan untuk gi kursus ni,maka aku rembat je baju apa yg adakat umh tu..tp yg lain dr yg lain..


Okehh cakap persembahan untuk PT's NITE, kami sekumpulan sepakat untuk nyanyi je..Pemilihan lagu dari aku jugak..Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim bertajuk Doa buat kekasih..Kenapa pilih lagu ni?Sebab lagu ni kan famous dan tak kira tua muda mesti penah dengar lagu ni dan sikit2 pun mesti tahu liriknye..Alhamdulilah,pemilihan lagu ni adalah tepat..dan aku terpikir utk buat props..

haa itu props yg kami hasilkan..lolipop love..comelss je kann

persembahan dari urusetia..medley song..
semangat i nyanyi tau..:)
Cuma ada 2 kumpulan ni je yg sempat di snap..masa group lain buat persembahan,masing2 tgh sibuk menyantap..tangan kotor kann.mana sempat nak pegang kamera..padahal kelahap bukan main..maunye x,lapar tu dr petang x makan..

haa x sia-sia aku nyanyi tau..dapat jugak no.3..!
bergambar bersama hadiah kemenangan kami sekumpulan..
Okeh 26 nov tghari kami berangkat pulang..sebelum berangkat pulang,seharusnya bergambar dulu di sekeliling tempat penginapan kami..


Masa kami nak berangkat pulang,cuaca macam suram je..Niat dalam hati nak gak bergambar masa membeli-belah nanti..Tapi,apakan daya..dalam perjalanan kami, ujan turun dengan lebat sampai ke kl lebatnya..so xde la sesi bergambar sewaktu membeli-belah..yg ada cuma ini...

barang2 yg aku borong di sana..terpaksa beli beg besar sikit...





Ada satu tragedi berlaku dalam bas..haha tragedi la sangat...!!! Aku muntah dalam bas..Dah besar2 ni kalau naik or turun tempat berbukit yg pusing2 sure akan muntah..Masa naik cameron aritu okeh je..tak de lak rasa pening or nak muntah..Masa turun lak prot ni buat perangai..Nasib baik standby beg plastik dlm handbag..Dah agak dh sebenarnya..Sebab sebelum ni naik Fraser hill pun mcm ni jugak rupanya..Nak muntah kuat2 segan..so,pelan2 je..nasib baik kak liza yg dok sebelah aku tlg picit2 tengkuk aku..uiii lembik terus bile muntah tu..So,bg mereka yg x kuat mcm saya,sediakan plastic bag utk buang muntah anda...hahaha..

tq kak liza sudi jaga adik yg ngada2 ni..:)
Kami semua bertolak kuar dari cameron pukul 3.10ptg dan selamat sampai di perkarangan kuarters HKL pada jam 8.30mlm..5jam perjalanan kami..jauh jugakk..Tak sabar nak balik jumpa mak ayah..:)

Itu saja catatan serba ringkas sepanjang persidangan kami di cameron..Bagi aku,Cameron Highlands best sebab keliling kita serba hijau sj..nyaman..dan paling penting,sejukkk..!!!Macam dok luar negara je..Ini kali pertama aku jejakkan kaki di Cameron Highlands tapi agak kecewa kerana tak dapat nak tengok ladang teh yg serba luas tu..Insyaallah kalau ada rezeki,pergi dgn suami plak ke lepas ni..Auwww...!!! Akan diusulkan pada MIA..Hihihi..


No comments: