Tuesday, December 18, 2012

Apa kata hati bakal bergelar 'PUAN'

Assalamualaukum...

Ini entri terakhir aku bergelar 'cik' dan mungkin entry selepas ini aku sudah pun bergelar PUAN..Insyaallah..
Untuk entri kali ni, aku nak cakap dari hati ke hati..wahh..Mungkin selepas ni keadaan akan berubah..mungkin juga keseluruhan ataupun separuh-separuh..hihi boleh plak macam tu kann..

Aku harap tarikh 20.12.2012 ini merupakan tarikh keramat yg akan aku ingat sampai mati..Begitu juga dgn dia..Setelah bersusah payah kami harungi macam-macam perkara selama 11thn ini..dan kadang2 karam jugak hubungan ini dan paling tidak aku lupakan,diri ini sekali lagi diuji apabila dugaan datang bila pernikahan makin menghampiri..Aku insan terpilih untuk diuji oleh-Nya..

Selamat tinggal zaman bujangku..Sesungguhnya,zaman bujang amat menggembirakan hati ini..Bisa lakukan apa saja..Setiap tindakan kita,kesannya kita hadapi sendirian..Ke mana saja tak perlu anta report kat sape2..Tapi lepas ni tak boleh lagi macam tu..Dah ada suami,so everything perlu diupdate dgn suami walaupun dia jauh..weehuu(satu perkara baru yg akan aku buat selepas ini)..Tak tahu nak kata apa,bujang hanya sekali..Alhamdulilah,aku sudah manfaatkan zaman bujang aku sebaik mungkin..Aku berjaya menggembirakan hati kedua orang tua aku..At least bila aku berumahtangga,aku tak kecewa or terkilan tinggalkan mereka berdua dirumah sendirian..Jgn salah faham,bukan niat nak tinggalkan mereka.kalau boleh nak duduk dgn diorang,biar dorang depan mata aku sampai bila-bila sampai dorang tutup mata..Tp perlu ingat,tempat isteri di sisi suami tau..kalau dulu masa kita bujang,mak ayah adalah keutamaan kita..bila kita dah kawen,suami adalah keutamaan kita..mak ayah di tempat kedua..jgn ketepikan langsung dorang okeh..sedih nanti mak ayah kita..Sebagai anak,aku dah buat yg terbaik buat mak ayah aku..berharap sangat selepas ini aku dapat melihat mereka di depan mata aku..

Perkahwinan ibaratkan mengemudi bahtera di tengah lautan...Apa pun,aku mengharap yg terbaik untuk kehidupan baru aku ini..lebih baik dari zaman bujangku.Doa tidak pernah putus agar Allah kurniakan aku suami yg boleh menjadi imam/ketua keluarga kepada aku serta anak2 nanti..Yg boleh menjaga aku seperti mak ayah aku jaga aku sejak aku lahir lagi..Kalau nak cerita tentang harapan berkahwin ni,sampai esok pun tak sudah-sudah kann..Pape pun, aku doakan yg terbaik untuk perkahwinan ini dan keluarga yg bakal kami bina nanti...Insyaallah..

**Tunggu entri lepas ni dgn status baru saya, PUAN ZELINDA...auwww..!!!Mungkin selepas balik dari bercuti..

NOTE : Menitik air mata taip entri kali ni..Terlebih touching plak aku..Hanya Allah saja yg tahu apa yg ada dalam hati ini..

No comments: