Friday, January 11, 2013

Detik pernikahan 20.12.2012 (Khamis)

Assalamualaikum...

Sudah kembali bertugas pada 2 jan 2013..Alhamdulilah,pembuka lembaran baru dgn kisah yg baru..hihi..Sekian lama bercuti,memang agak malas untuk bekerja..Tapi memandangkan si suami sudah pun pulang ke JB, so si isteri nak buat apa plak dok umah lama2 kan..?

Okeh..jom kita cerita tentang hari pernikahan..Btol orang cakap,bila nak kawen ni,tido memang tak cukup..Macam aku,bukan lagi x boleh tdo tp memang x bole nak lena langsung..Aku kira2 dekat 5 hari sebelum majlis nikah aku cuma dapat tido dalam sejam hingga 2jam je.Bayangkan kepala memang agak tintong..Hanya Allah saja yg tahu betapa aku terpaksa kan gagahkan diri untuk semua ini..Kawan baik aku, Fiza mula risau dgn keadaan aku yg x tido ni..Semua orang risaukan aku pengsan bila tiba ari majlis nanti..Alhamdulilah,walaupun tak tido,aku masih mampu bertahan hingga ari nikah..

Aku berinai pada 19 dec 2012 dan diinaikan oleh kawan baik aku..dgn daun inai pemberian mak suryana..Thanx to cik Sally di atas pemberian daun inai itu..Ada kisah disebalik cerita pasal inai ni..Akan diceritakan pada next-next entry..Jijah pun ada sewaktu sesi berinai ni..Tq darling2 n tq jugak kpd mama fiza bersusah payah..Teringat segala kenangan sewaktu aku pakaikan inai ko time nikah dulu..sweet moment we hav kan darling..



gambar dari blog mama fiza

Tibalah 20.12.2012 (Khamis) hari yang dinantikan..Pagi tu aku dok umah je..x ke mana..Start dari cuti aku memang tak keluar mana2 pun.Kereta aku pun tak gerak2 berhari-hari..Lebih senang untuk duduk dirumah tenangkan ati..Sejak malam aku pakai inai tu dah mula rasa debaran nak nikah..Serius,nervous x hingat la..Tak tahu apa yg dipikirkan.Tp memang nervous.Macam tu kot rasa orang nak kawen..Dalam rehat2 kat umah,Kak mimi (MUA) text aku,inform nak datang mekap pukul 2.00ptg..Okeh masanya hampir tiba bila diri ini dimekap.Sebelum di mekap,kasi prot kenyang dulu..Tak dela kenyang mana pun.Segala makanan yg dimakan xde rasa apa..

Pukul 3.30ptg aku sudah siap..!!Cepat kan mak andam aku ni..Ada lagi dalam sejam untuk ke Asar..Selesai dimekap,bergambar bersama kawan2 baik aku..
mmmuuuaahhh syg kamu semua..

Bila azan asar berkumandang, ati mula tidak tenteram..Mengalahkan pengantin perempuan..Sebelum asar, sempat text bakal suami(pada ketika itu) memberi semangat dan sokongan pada dia..Pada waktu ini,pengantin lelaki akan lebih rasa gementar.So,tanggungjawab sbg seorang bakal isteri adalah untuk mententeramkan dia dan cuba untuk pressure dia..Kawan2 aku tinggalkan aku dalam bilik sorang2..mungkin dorang nak aku tenangkan ati kot..

Ok solat jemaah di surau hampir habis,kami semua turun bawa bersama dulang2 hantaran buat MIA..

thanx to cousin aku sbb tlg angkat jugak..


senyuman sebelum bergelar isteri
Setibanya di surau,terus amik tempat duduk yg disediakan...Ramai jugak sedara-sedara dan kawan2 yg datang saksikan pernikahan aku ni..Tok kadi memang dah menunggu sebab jemaah lelaki sumenya sembahyang asar di surau..

senyuman sebelum bergelar suami..:)
ustaz zaimi sedang beri khutbah nikah..tekun aku mendengar kann..?
Disebabkan aku merupakan satu-satunya pasangan yg bernikah pada 20.12.2012 maka,khutbah nikah sangat panjang..Aku suka dengarkan khutbah nikah yg disampaikan ustaz zaimi ni..Sebab apa?sebab sebelum ustaz zaimi nak nikahkan kami berdua,dia dah buat research pasal aku dan suami..Hebatlah ustaz ni..!! Dan senang kata,dia silent reader blog aku ni..At least he know litle bit bout our life yg PJJ..dalam masa yg sama dia memberi nasihat pada aku dan juga MIA..Dan kadang2 kena smash jugak..

Nasib baik la zaman sekarang dah canggih..boleh record every moment..dan boleh tgok berulang kali..Kalau ingatan normal manusia ni,mana la kita nak ingat setiap butir kata yg kuar dari mulut ustaz ni kann...So,medium perantaraan makin canggih..dan setiap kali masuk ofis,aku akan pasang video nikah aku..dan mulalah senyum sorang2..hahaa..

diminta mengucap dan baca Al-Fatihah sebelum lafaz ijab &qabul
cameraman sume mengambil tempat utk rakamkan detik bersejarah kami..

Alhamdulilah..dgn sekali lafaz,aku menjadi isteri ABU HANIFFAH BIN HAMZAH..Syukur kpdmu Ya Allah..Penantian kami selama 11thn berakhir juga setelah banyak dugaan dan halangan yg kami lalui walaupun diwaktu saat2 kami nak disatukan pun ada dugaan yg hebat datang melanda..Dugaan tu datang bagaikan tsunami..!!!

tersenyum gembira..alhamdulilahhh...:)
kini kami suami isteri yg sah..:)

gelang tangan pemberian suami


Syukur kpdmu Ya Allah,sempurna sudah majlis kami..Semuanya berjalan lancar...Semoga pernikahan kami ini kekal hingga ke jannahmu Ya Allah..Titipkan kasih sayang,mesra kami,cinta kami hingga ke hujung nyawa kami..Perliharalah perkahwinan kami ini Ya Allah..Amin ya rabbal alamin...

No comments: