Wednesday, January 30, 2013

Melawat Bukit Melawati

Assalamualaikum..

Nak cerita lagi pasal jalan2 kami suami isteri..Balik dari KLCC ari sabtu (29dis2012) tu,tiba2 husband bagitahu planning tentang nak gi wedding kawan dia kat area Kuala Selangor keesokkannya (30 dis 2012)..Kawan husband zaman naik gunung dulu..So, as a wife haruslah ikut saja ke mana saja laki pegi kann..Kalau ikutkan memang penat asik keje berjalan je dan tak lekat kat umah langsung.

So,pagi ahad tu kami dah pun bersedia nak gi wedding kawan husband tu..Kene siap awal,sbb tempatnya jauh..Around pukul 11.00pg Sha dan Musz dan ready kat umah untuk pickup kami..Yes kami pergi bersama dgn Sha dan Musz..Sbb Musz dulu kaki gunung jgak..Kami tepat sampai di rumah pengantin pukul 1.15ptg..

selamat pengantin baru kepada dua mempelai..
Balik dari kenduri kawen, kami semua planned nak berjalan-jalan area Kuala Selangor..dan kami decide utk pergi Bukit Melawati..Aku pun tak pernah sampai kat situ..Sha lagi la x pernah sampai kann..dia orang Sabah..On the way ke Bukit Melawati,jalan jammed sangat..Ingatkan ada accident ke apa..Rupanya ada 1 tapak kawasan perumahan kampung ni, di buat macam restoran McD siap ada drive-thru yg menjual CENDOL BAKAR..Ya Allah penuh sangat kedai tu..dah macam ada kenduri kawen..x pun macam kat tapak Jom Heboh je..!!! Semua kereta berderet-deret nak masuk ke lane drive-thru..Tp,disebabkan terlampau ramai sangat orang,kami x jadi nak masuk ke dalam..Kalau ikutkan best je minum cendol di tengah2 panas tu kann..Uiii sedapnya dapat cendol...My mom's favorite..!!!

So we're proceed to Bukit Melawati..Sesampai je kat pintu masuk, ada tren yg dah tersedia menunggu..Haa tapi bukan free..Untuk satu perjalanan dikenekan caj RM5.00 dewasa..Tak pasti pulak kanak2 dikenakan caj berapa..

Dah lama kami tak naik tren mcm ni..dulu naik tren ni masa gi zoo negara je..









Sedikit sejarah tentang Bukit Melawati...:

Bukit Malawati ini merupakan pusat pentadbiran dan kota kesultanan Negeri Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Pada masa tersebut terdapat sebuah kota yang sangat kukuh di puncak bukit ini. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1782 - 1826) sebagai benteng pertahanan dari serangan Belanda kerana negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan Johor dan Riau. Akhirnya kota ini ditawan oleh Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan ‘Kota Altingsburg’, bersempena nama Gabenor General Belanda. Walau bagaimanapun kejayaan Belanda tidak lama kerana julung kalinya dalam sejarah, seorang Sultan telah  menawan semula kotanya daripada kuasa asing sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Pada malam 27 Januari 1785, dengan bantuan orang Pahang dan Penggawa Permatang, baginda Sultan telah menawan semula kota ini daripada tangan Belanda. Baginda meletakkan batu-batu besar ke dalam muara Sungai Selangor dan berjaya menghalang kemaraan musuh.

meriam pertahanan..
rumah api di bukit melawati
Selain daripada rumah api dan meriam, terdapat jugak kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor, kubu pertahanan, menara tinjau, batu pancung, perigi dan juga puluhan ekor lutong..Haiwan ni memang banyak sangat kat Bukit Melawati ni..Hishh memang takut aku dibuatnya..!! Tapi haiwan ni tak mengejar orang..Dia duduk sopan je menunggu makanan..

tengok tu..berkeliaran lutong ni..(kalau aku,belasah panggil monyet je)
sweet mother..sedangkan haiwan sayangkan anaknya..
biasalah..perempuan dan kamera tak dapat dipisahkan..:)

terdapat muzium di atas puncak Bukit Melawati ini..
bendera lama negeri selangor


di hujung belakang sana tu laut tau..teruja bila nampak laut kann...
Dekat sejam lebih kat puncak, maka haruslah pulang ke rumah..Seharian berjalan dan banyak ilmu yg kita dapat bila banyak berjalan ke tempat-tempat mcm ni..Tapi kalau dah kata sejarah, only remember for a few seconds only..aku la tu..Aku paling tak suka dengan sejarah dari bangku sekolah lagi..hihi..Tapi sejarah hidup sendiri tak pernah dilupakan..Setiap tarikh,tahun kejadian dalam hidup aku amat sukar aku lupakan..Itu saja perjalanan kami di Bukit Melawati end of year 2012..

NOTE : Di saat ini amat teringin nak makan kek secret recipe (Pecan Butterscotch)..Masa kat JB mencari jugak secret recipe,tapi tak jumpa...Lastly,makan la kek Black Forest Delifrance..tapi tak sama..!!! Sedey..

No comments: