Thursday, January 31, 2013

Bilik Pengantin

Halooo..

Haa seboleh-bolehnya nak abiskan entri pasal kawen ni..Tak nak pending2 lagi..Ramai yang tahu, kebanyakan persiapan kawen aku dilakukan sendiri tanpa hired orang lain..Dari bunga pahar hinggalah ke bilik pengantin..Dari sekecik-kecik hal hinggalah ke besar-besar hal..Haa amik..gila kuasa btol,sampai kan semuanya nak dibuat sendiri..Bajet btol pengantin macam aku ni kann..Bukanlah begitu..bajet memang yg perlu diambil kira bagi semua bakal2 pengantin kat luar sana tau..Selain dari bajet, kepuasan DIY mempunyai satu value tersendiri..kepuasan..Kita puas bila lakukan semuanya sendiri..Tak caya, cuba lakukan persiapan kawen sendiri..DIY utk perkara-perkara tertentu...

Bilik Pengatin dari awal lagi aku memang nak buat sendiri..Cerita pasal bilik pengantin ni, ya Allah hanya Tuhan saja yang tahu betapa kami (mak dan aku) pening memikirkannya..Untuk perabot di bilik pengantin, mak kesayangan hamba yang sponsored..Terima kasih mak..Sebelum ni memang ada perabot..Katil,almari semuanya diangkut keluar memendangkan perabot baru akan sampai..Proses nak mengemas bilik tu bukan mudah okehhh..Amat payah..!!! Perlu ganti tikar getah baru,maknanya bilik itu perlu dikosongkan..Dan kerja-kerja pembersihan ini dilakukan oleh mak,aku dan adik aku(Pak cu)..

di pintu masuk bilik
dalam proses mangangkat keluar almari itu..
bilik saya chomel saja..

Ye..bilik saya amat chomel tapi selesa sangat bagi saya..Inilah bilik yang saya duduk dari mula pindah ke rumah ini pada 1997 (ketika tu saya berusia 11thn) hinggalah saat ini tahun 2013..16tahun aku telah menetap dirumah ini..

Okehh apabila perabot baru sampai,aku dan mak amatlah terkejut sebab perabot yg sampai tu agak besar dari perabot yg asal..Sedangkan masa membeli,ukuran bilik tu telah dibawa..(Ukuran bilik amat penting utk membeli perabot lagi2 untuk bilik/ruang yg comel2 ni)..Dan kalau boleh, ukuran perabot baru mestilah sama dangan perabot asal/perabot lama..Nak buat macam mana kann..Barang dah sampai,so jom kita main puzzle..Susun atur perabot yg besar tu di ruang yg kecil ini..Lastly,kedudukan perabot baru tak sama seperti keadaan perabot asal..Terpaksa diubah sedikit susun aturnya..

bilik yg berwajah baru dgn susunan perabot yg baru..
almari di letakkan di kanan pintu..(abaikan bilik saya yg masih bersepah tu.masih dlm proses mengemas)
Haa memang pening bila perabot tak muat ni..Jadinya,bilik kelihatan sempit dan ruangan untuk solat jadi kecil saja..Itu cerita pasal sebelum bilik ini di touch up sebagai bilik pengantin..Alkisah yg tersirat sebelum jadinya bilik pengantin..Itulah dia..

Disebabkan Kak Ngah aku tak dapat nak hadir semasa hari bahagia aku, jadi dia la insan yg bertanggungjawab menghias / menata bilik aku sebagai bilik pengantin yg sangat indah..wahh indahh..!!! Aku memang tak amik tahu langsung pasal bilik pengantin ni..Cuma, ada jugak aku keluarkan idea2 aku dan apa yg aku nak pada bilik pengantin ni..Seius oii, bila mengeluarkan idea tentang bilik ini seolah-olah aku adalah wedding planner untuk majlis kawen orang..Aku rasakan begitu..Bukan macam diri sendiri yg kawen..

Dalam sarat2, kakak aku gigih siapkan bilik pengantin aku..salute la...!!! Kesibukan kerja, menyebabkan aku langsung tak amik tahu pun apa yg kakak aku buat utk jadikan bilik tu nampak berseri..Bila dah pasang,barulah aku tahu..Sesungguhnya, bilik yg cantik dari sentuhan kak ngah aku tu diabadikan di dalam lensa photographer kami..

taraaa..ini hasil kreatif tangan kakak aku..


Simple..aku sukekan sesuatu yg simple but nice..!!! Bilik pengantin ini masih kekal begini walaupun dah sebulan lebih aku berkahwin..Cuma cadar dah ditukar okehh..Cadar warna putih memang cepat nampak kotor..Memang sengaja kekalkan bilik pengantin tu hingga ke arini..Always nak rasakan mood pengantin baru tu sampai ada honeymadu..hihi..

Terima kasih jugak pada mak yg menjahit tirai putih belakang tu dan juga sarung kusyen yg warna pink..Sentuhan mak & Angah membuatkan hati ini sangat terharu..!!!

Kisah di sebalik malam berinai...

Assalamualaikum...

Haa ingat tak aku nak cerita pasal kisah malam berinai..Kat sini yg aku maksudkan bukanlah malam berinai yg ada majlis @ ala2 pre majlis sanding..Bukan..bukan..Malam berinai aku bermaksud malam aku dipakaikan inai..Dipakaikan inai oleh Mama Fiza..Jijah pun turut ada sekali sebab nak bagi hantaran yg beliau sponsored..

Aku pakai inai pada malam 18 disember 2012,maksudnya lagi 2 ari aku akan bernikah..Sebenarnya, kalau boleh tak nak susahkan Fiza..Ye la kita kena paham,dia dah berkeluarga dan anak2 dan suami amat perlukan dia.Tak boleh nak pinjam dia sesuka ati macam zaman bujang dulu kann..Kalau zaman bujang dulu,okehh je aku pinjam dia,dia pinjam aku..So sweet zaman bujang kami tau..Tido sebantal lagi..Auwww...!!!

Tapi disebabkan Fiza nak merasa pakaikan inai aku di saat aku akan bergelar puan, maka dia sanggup luangkan masa bersama aku..Walaupun tak keruan dia pakaikan inai aku, maklumlah tentera dia yg sulung follow sekali tp tetap tekun dia pakaikan aku inai..

sangat buruk jari saat ini kann..
Proses kami memakai inai terhenti apabila Fiza dapat calling yg anak dia no 2,si Mawar tu nanges..So,stop for a while..Sian plak kat Fiza kene naik turun umah aku..Aku cakap klat fiza,tak pe dia nak terus balik..Tapi tak..dia sanggup naik balik setelah Mawar tido..Hihi thanx darling..dan proses memakai inai bersambung..Rasanya kami semua selesai memakai inai dah pukul 11lbh jugak kott..Tak dapat nak ingat sebab time tu banyak ari aku tak tido..So,kepala macam ting tong..huhu..

bila dah selesai,haruslah bergambar bersama kann..(pic:credit blog Mama Fiza)
Haa tengok tu, bukan aku je yang pakai inai..Mama Fiza pun pakai inai tau..Tanda sokongan padu dari kawan2..Sama seperti zaman dia kawen dulu..Aku pun turut sama pakai inai..Inai yg kami pakai ni adalah inai daun pemberian Mak Yan..Dan,once dapat je inai daun tu,mak aku terus proses (menumbuk hingga hancur,masukkan bahan tambahan seperti gambir,nasi,teh (utk bg pekat warnanya) dan kemudian disimpan dalam peti ais)..Hanpir 3jam pakai inai, inai mula gugur sedikit demi sedikit dalam plastik..Dalam ati rasa pelik..Kenapa inai ni tak mo lekat eh..??? Tertanya-tanya..Masa aku pakaikan inai Fiza tak de plak macam ni.Fiza pun dah balik..Tak de orang nak tolong touch up kan inai aku..Lastly,mak kesayangan hamba yg tolong touch up kan inai tu..Sampai pukul 2.00pg jugak la..Sian mak sampai tertido-tido kat tepi aku..But its a sweet moment with mak sebelum anak dia ni dilepaskan pada orang lain..(sedih plak bila buat ayat mcm tu kann..)

Bila jari dah dibaluti ngan inai dan tangan dibungkus dgn plastik,memang comfirm la tido pun tak lena kan..Tido2 ayam je..Mata pejam tapi langsung tak boleh nak lena..Lastly,pukul 5.00pg tu bangun..Tak sabar nak tgok keberhasilannya inai yg dipakai malam tadi..Maunya tak sabar oii..tangan ni sampai kebas2 tau,sejuk je bila kena angin kipas..

Cehh bukak sarung plastik tu dgn penuh harapan..Harap2 inai tu pekat dgn cantiknya..Satu persatu inai ditanggalkan..harapan menemui jalan hampa..Apabila inai yg dipakai tak sepekat yg diharapkan..Bila semua inai dah ditanggalkan,cepat MMS Fiza gambar jari jemariku di awal2 pagi tu..Pagi2 aku dah kacau orang kann..Pastu Fiza pun cakap yg inai dia pakai tu pun sama tak pekat jugakk..Tak tahu kat mana silapnya..Mungkin sebab simpan inai tu terlalu lama kot..Orang selalu cakap,inai pokok ni pekat warnanya..Tapi disebabkan dah proses dan disimpan lama dalam peti ais mungkin sebab tak pekat warnanya..Inai tu dah x freshh..Simpan pun tak de la lama sangat..Ada la jugak dalam 3 ari disimpan..

ini hasil percubaan aku dan fiza..

Pagi tu Fiza text aku..Tanyakan aku,nak tak kalau dia panggil kawan dia untuk pakaikan inai..Means touch up balik inai yg aku pakai tu dgn inai 'pancit' (inai india)..Sebelum ni,memang Fiza ada suarakan pada aku untuk sponsor inai aku..Sponsor inai yg ukir2 kat tangan tu..Tapi aku memang tak berkenan inai ukir2 tu..So, aku cakap kat Fiza,ko sponsor menda lain la...Sponsor ape..???hahaha..(gelak jahattt)..tettt..ada la kann..

Pastu pikir2 balik pelawaan Fiza, aku bersetuju..So,petang tu jugak kawan dia datang lepas waktu keje untuk pakaikan inai aku..Memang hebat la kawan dia tu..dalam tempoh setengah jam dia siap pakaikan inai kat jari tangan dan jari aku..Lupa plak nak cakap,kawan Fiza yg pakaikan aku inai tu nama dia Yakin..If nak contact number Yakin,boleh la tanya kat Fiza..Haaa mesti nak tengok hasilnya kann..???

Inilah hasilnya..pekat kan..? Chantek sangat..!!!
Kebuntuan kami berdua menemui jalan penyelesaian..Thanx a lot fiza sebab belanja aku untuk inai kali ni..Tetiba teringat mak aku bising2 bila hasrat hati Fiza pada mulanya untuk sponsor inai, aku tolak..Berkali-kali mak cakap..Sampai menanah telinga i tau..Sengih je Fiza bila mak aku bising2..Ceittt..!!!Bila inai dah cantik, barulah mood nak kawen tu sampai kann..???hahaha..

Kalau kawen ni, yang mendatangkan seri pada pengantin adalah inai di jari dan juga makeup sewaktu nikah..Baju pengantin tu letak nombor 2 dah..Betul tak..??

Special thanks to my lovely friend, Fiza...

Love u till end of time..




Wednesday, January 30, 2013

Melawat Bukit Melawati

Assalamualaikum..

Nak cerita lagi pasal jalan2 kami suami isteri..Balik dari KLCC ari sabtu (29dis2012) tu,tiba2 husband bagitahu planning tentang nak gi wedding kawan dia kat area Kuala Selangor keesokkannya (30 dis 2012)..Kawan husband zaman naik gunung dulu..So, as a wife haruslah ikut saja ke mana saja laki pegi kann..Kalau ikutkan memang penat asik keje berjalan je dan tak lekat kat umah langsung.

So,pagi ahad tu kami dah pun bersedia nak gi wedding kawan husband tu..Kene siap awal,sbb tempatnya jauh..Around pukul 11.00pg Sha dan Musz dan ready kat umah untuk pickup kami..Yes kami pergi bersama dgn Sha dan Musz..Sbb Musz dulu kaki gunung jgak..Kami tepat sampai di rumah pengantin pukul 1.15ptg..

selamat pengantin baru kepada dua mempelai..
Balik dari kenduri kawen, kami semua planned nak berjalan-jalan area Kuala Selangor..dan kami decide utk pergi Bukit Melawati..Aku pun tak pernah sampai kat situ..Sha lagi la x pernah sampai kann..dia orang Sabah..On the way ke Bukit Melawati,jalan jammed sangat..Ingatkan ada accident ke apa..Rupanya ada 1 tapak kawasan perumahan kampung ni, di buat macam restoran McD siap ada drive-thru yg menjual CENDOL BAKAR..Ya Allah penuh sangat kedai tu..dah macam ada kenduri kawen..x pun macam kat tapak Jom Heboh je..!!! Semua kereta berderet-deret nak masuk ke lane drive-thru..Tp,disebabkan terlampau ramai sangat orang,kami x jadi nak masuk ke dalam..Kalau ikutkan best je minum cendol di tengah2 panas tu kann..Uiii sedapnya dapat cendol...My mom's favorite..!!!

So we're proceed to Bukit Melawati..Sesampai je kat pintu masuk, ada tren yg dah tersedia menunggu..Haa tapi bukan free..Untuk satu perjalanan dikenekan caj RM5.00 dewasa..Tak pasti pulak kanak2 dikenakan caj berapa..

Dah lama kami tak naik tren mcm ni..dulu naik tren ni masa gi zoo negara je..









Sedikit sejarah tentang Bukit Melawati...:

Bukit Malawati ini merupakan pusat pentadbiran dan kota kesultanan Negeri Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Pada masa tersebut terdapat sebuah kota yang sangat kukuh di puncak bukit ini. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1782 - 1826) sebagai benteng pertahanan dari serangan Belanda kerana negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan Johor dan Riau. Akhirnya kota ini ditawan oleh Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan ‘Kota Altingsburg’, bersempena nama Gabenor General Belanda. Walau bagaimanapun kejayaan Belanda tidak lama kerana julung kalinya dalam sejarah, seorang Sultan telah  menawan semula kotanya daripada kuasa asing sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Pada malam 27 Januari 1785, dengan bantuan orang Pahang dan Penggawa Permatang, baginda Sultan telah menawan semula kota ini daripada tangan Belanda. Baginda meletakkan batu-batu besar ke dalam muara Sungai Selangor dan berjaya menghalang kemaraan musuh.

meriam pertahanan..
rumah api di bukit melawati
Selain daripada rumah api dan meriam, terdapat jugak kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor, kubu pertahanan, menara tinjau, batu pancung, perigi dan juga puluhan ekor lutong..Haiwan ni memang banyak sangat kat Bukit Melawati ni..Hishh memang takut aku dibuatnya..!! Tapi haiwan ni tak mengejar orang..Dia duduk sopan je menunggu makanan..

tengok tu..berkeliaran lutong ni..(kalau aku,belasah panggil monyet je)
sweet mother..sedangkan haiwan sayangkan anaknya..
biasalah..perempuan dan kamera tak dapat dipisahkan..:)

terdapat muzium di atas puncak Bukit Melawati ini..
bendera lama negeri selangor


di hujung belakang sana tu laut tau..teruja bila nampak laut kann...
Dekat sejam lebih kat puncak, maka haruslah pulang ke rumah..Seharian berjalan dan banyak ilmu yg kita dapat bila banyak berjalan ke tempat-tempat mcm ni..Tapi kalau dah kata sejarah, only remember for a few seconds only..aku la tu..Aku paling tak suka dengan sejarah dari bangku sekolah lagi..hihi..Tapi sejarah hidup sendiri tak pernah dilupakan..Setiap tarikh,tahun kejadian dalam hidup aku amat sukar aku lupakan..Itu saja perjalanan kami di Bukit Melawati end of year 2012..

NOTE : Di saat ini amat teringin nak makan kek secret recipe (Pecan Butterscotch)..Masa kat JB mencari jugak secret recipe,tapi tak jumpa...Lastly,makan la kek Black Forest Delifrance..tapi tak sama..!!! Sedey..

Tuesday, January 29, 2013

Hilangnya pengapit-pengapit kami..

Hai semua..Assalamualaikum...

Mesti ramai yg malas2berkeje arini kann..Maklumlah,5ari bercuti.Memang bercinta la gamaknya nak datang ofis..Alhamdulilah,aku tiba di kl pada ari sabtu aritu setelah 4ari berada di jb disisi suami..auww..! Menjalankan tanggungjawab isteri di sana..

Asam pedas dan sayurgoreng yg dimasak oleh suami utk isterinya..haha...terbalik..!!

Tak mo  cite panjang2..Terus post gambar haa..Iye,husband aku yg masak untuk lunch aritu.Aku cuma membantu di dapur saja..Actually, dah abis makan pun.Tiba2 husband kata,"tak nak amik gambar ke?" Barulah tergopoh gapah amik kamera..Anyway,tq sayang..sedap masakan kamu..Dan pagi esoknya,barulah aku sediakan sarapan buat husband.Merasa jugak air tangan isteri kann sebelum aku berangkat pulang ke kl..Dia memang hebat di dapur..Masterchef..!!Pelan2 ye, i akan cuba jadi masterchef macam mak i..:)

Okeh,entri kali ni bukanlah nak cite pasal kami suami isteri..Mentang2 baru kawen,asik nak cite pasal life suami isteri je..Ada yang mabuk lak kang..haha..Citenya pasala pengapit aku masa kawen aritu..Pengapit lelaki aku namanya, Anuaruddin @ aku lebih senang panggil Loloq..Memang aku kenali Loloq sejak zaman aku study lagi..Ye la,aku dgn husband pun dah bertahun kenal,so mostly kawan2 bank negara dia aku memang kenal..Manakala pengapit aku pulak,kak zura..kawan ofis aku..

Al kisahnya, selepas majlis kawen aku,loloq perlu bergegas untuk terbang ke Sarawak..Dia dipindahkan ke Bank Negara Cawangan Sarawak..Pertukaran beliau,last minute jugak.Tapi demi kawan tersayang,dia sanggup datang menjadi pengapit husband..


Itu dia Loloq..Semoga berjaya di tempat baru ye Loloq..Dan tak disangka-sangka, pada awal Januari 2013 kak zura plak dapat surat pindah ke Terengganu..Pulang ke kampung halaman..Memang tahun lepas dia ada apply untuk tukar balik ke kampung.Tapi dia tak expect seawal ni pertukarannya..Pada 20 Januari dia dah pun mula bertugas di Hoapital Dungun..Itupun setelah mintak 2 minggu tangguh..Semua kawan2 ofis perasan akan kehilangan pengapit2 kami ni..Selepas majlis kami,semuanya berangkat pergi..

Memang sedih bila kita nak lepaskan orang dan kawan yg kita sayang..Apatah lagi,dalam membuat persediaan perkahwinan aku,kak zura banyak menemankan aku ke mana saja dan dia jugak banyak membantu pada hari majlis sampai ke malam..

dalam kenangan..tq bersama i selama ni..:)
 Dia banyak mengajar aku sejak aku melangkahkan kaki ke HKL..Selokbelok keje di ofis memang dia hebat.Dia manusia yg paling susah utk tengok dia marah..Dia macam kakak aku sendiri..Penah satu saat, dia terpaksa amik cuti tanpa gaji selama 2 bulan,dan aku amat terasa kehilangan dia..Tak perlu kata panjang, kehilangan dia amat dirasai..

Abadikan kenagan2 kami sewaktu di ari2 terakhir kak zura di HKL..


sewaktu jamuan perpisahan beliau..
bersama bos & kwn KDM Utama , KDM bersalin


bersama bos,En Nadzmi

Last but not least..to both of u..Loloq and kak zura, semoga berjaya di tempat baru..Jgn lupa kawan2 kat KL ni..Kak Zura, banyak kenangan kita lalui bersama..Masa2 kita banyak diabiskan bersama..Dan kini,saya akan jadi isteri yg baik,tak kuar2 umah dan enjoy mcm dgn u..hahaha..Luv u laa..!!!

NOTE : Mereka hadir dalam hidup kita tanpa diundang, dan mereka pergi  dari dalam hidup kita tanpa seorang pun merelakan..

Wednesday, January 23, 2013

Looking from the top of KLCC

Assalamualaikum..

Balik dari honeymoon aritu memang tak berhenti berjalan..Ada je plan yg diatur husband..kenduri kawen la, pergi naik KLCC la..Okeh,actually lawatan ke jambatan KLCC ni nak dibuat kejutan pada aku..Tp misi husband aku tak berjaya..haha..Sebab segala perbualan telefonnya telah terkantoi..Buat pengetahuan anda, saya memang dibesarkan di KL dan pernah menjejakkan kaki di KLCC tu hanyalah berapa kali sangat..Itupun kebanyakkannya sewaktu zaman sekolah menengah bersama Fiza..Bila,dah sambung study,keje ni, KLCC tu makin dilupakan..Kalau ada pun hanya lalu di depan saja..Dan tak pernah aku tahu yg jambatan KLCC tu boleh dilawati oleh orang awam..Wahh dari mana aku datang ni..?Semua menda aku tak tahu..huhu..

Okeh husband belanja aku naik jambatan KLCC tu bersama kawan dia Musz dan juga isterinya Sha..Husband memilih jam 6.15ptg utk naik ke jambatan KLCC utk tengok matahari terbenam..Tapi,petaang kami pergi tu,ujan plak..So,x berapa nak nampak sangat matahari terbenam tu..
tiketnya yg berharga RM20.00 (STAFF PRICE)
Briefing session..unik sgt..!!
bersama Sha dan Musz

Setiap visitor yg datang, dikehendaki memakai pass yg berbeza-beza mengikut warna tali..Maka,kami akan bergerak dalam berkumpulan mengikut warna pass..Makanan, bungkusan beg2 plastik dikehendaki tinggalkan barang2 anda dalam locker yg pihak pengurusan sediakan..dan juga jambangan bunga aku turut ditinggalkan...


kami dari jambatan KLCC yg berada di tingkat 41
KL view..baru lepas ujan
touch je skrin tu..nnt keluar nama2 bangunan yg kita nak tahu

macam ni la rupenya jambatan KLCC

Okehh dari tingkat 41,kita akan naik lagi ke tingkat 86..Tingkat 86 ni mempunyai pameran tentang KLCC dan kita boleh view seluruh kl melalui teropong yg disediakan..Punya canggih lif kat dalam KLCC ni,sampaikan kita langsung tak sedar lif tu bergerak dan tahu2 saja dah sampai tingkat 86..



lif nya sangat la chantek..gambar awan nano...:)
tinggi di awan

apa yang aku teropong..?ni dia...
ni diaaa....



hihi..bunga dah pun diambil dr dlm locker..tq for bouquet of flowers..!!

harga tiket utk naik ke jambatan KLCC
Keluar je dari KLCC ari dah malam..Kene rushing skit sebab ada family dinner ngn family husband kat Saba Restaurant..Berturut-turut dinner ngan family..Malam sebelum tu dinner ngan family aku kat Sri Thai Restaurant..Senang kata,balik dari honeymoon memang tak lekat kat umah la..Sampai kan mak aku terasa kehilangan ank bongsu perempuan dia ni ha..Sedih2 lg tu tau..mak ni..Macam anak dia pegi jauh je..Last but not least,KLCC di malam hari...


Terima kasih atas semua ini..Suami aku ni memang suka berjalan dan explore macam2 perkara..Dan barulah aku perasan,banyak tempat lg yg belum aku terokai walaupun kat kl..hahaha..