Tuesday, December 18, 2012

Apa kata hati bakal bergelar 'PUAN'

Assalamualaukum...

Ini entri terakhir aku bergelar 'cik' dan mungkin entry selepas ini aku sudah pun bergelar PUAN..Insyaallah..
Untuk entri kali ni, aku nak cakap dari hati ke hati..wahh..Mungkin selepas ni keadaan akan berubah..mungkin juga keseluruhan ataupun separuh-separuh..hihi boleh plak macam tu kann..

Aku harap tarikh 20.12.2012 ini merupakan tarikh keramat yg akan aku ingat sampai mati..Begitu juga dgn dia..Setelah bersusah payah kami harungi macam-macam perkara selama 11thn ini..dan kadang2 karam jugak hubungan ini dan paling tidak aku lupakan,diri ini sekali lagi diuji apabila dugaan datang bila pernikahan makin menghampiri..Aku insan terpilih untuk diuji oleh-Nya..

Selamat tinggal zaman bujangku..Sesungguhnya,zaman bujang amat menggembirakan hati ini..Bisa lakukan apa saja..Setiap tindakan kita,kesannya kita hadapi sendirian..Ke mana saja tak perlu anta report kat sape2..Tapi lepas ni tak boleh lagi macam tu..Dah ada suami,so everything perlu diupdate dgn suami walaupun dia jauh..weehuu(satu perkara baru yg akan aku buat selepas ini)..Tak tahu nak kata apa,bujang hanya sekali..Alhamdulilah,aku sudah manfaatkan zaman bujang aku sebaik mungkin..Aku berjaya menggembirakan hati kedua orang tua aku..At least bila aku berumahtangga,aku tak kecewa or terkilan tinggalkan mereka berdua dirumah sendirian..Jgn salah faham,bukan niat nak tinggalkan mereka.kalau boleh nak duduk dgn diorang,biar dorang depan mata aku sampai bila-bila sampai dorang tutup mata..Tp perlu ingat,tempat isteri di sisi suami tau..kalau dulu masa kita bujang,mak ayah adalah keutamaan kita..bila kita dah kawen,suami adalah keutamaan kita..mak ayah di tempat kedua..jgn ketepikan langsung dorang okeh..sedih nanti mak ayah kita..Sebagai anak,aku dah buat yg terbaik buat mak ayah aku..berharap sangat selepas ini aku dapat melihat mereka di depan mata aku..

Perkahwinan ibaratkan mengemudi bahtera di tengah lautan...Apa pun,aku mengharap yg terbaik untuk kehidupan baru aku ini..lebih baik dari zaman bujangku.Doa tidak pernah putus agar Allah kurniakan aku suami yg boleh menjadi imam/ketua keluarga kepada aku serta anak2 nanti..Yg boleh menjaga aku seperti mak ayah aku jaga aku sejak aku lahir lagi..Kalau nak cerita tentang harapan berkahwin ni,sampai esok pun tak sudah-sudah kann..Pape pun, aku doakan yg terbaik untuk perkahwinan ini dan keluarga yg bakal kami bina nanti...Insyaallah..

**Tunggu entri lepas ni dgn status baru saya, PUAN ZELINDA...auwww..!!!Mungkin selepas balik dari bercuti..

NOTE : Menitik air mata taip entri kali ni..Terlebih touching plak aku..Hanya Allah saja yg tahu apa yg ada dalam hati ini..

Monday, December 17, 2012

Vendor-vendor Perkahwinan Zelinda & Haniff

Lama sangat nak update tentang vendor ni..Asal nak update je,buku yg merekod hal2 keje kawen aku ni tertinggal kat umah..serupa jugak saat sekarang ni..Buku tu aku tak bawa.tapi update je la mana yang ingat k..kalau ada yg tertinggal tu,maaf dipinta..

DEWAN
Setelah mendapat tarikh perkahwinan,aku dan MIA giat mencari dewan yg berdekatan dgn umah..So,upset apabila sume dewan fully-booked pada tarikh majlis kami tu..Kami menjadi buntu..misi mencari dewan gagal..Sehingga berbincang dgn along aku,kat mana tempat sesuai untuk buat majlis..Bukan tak nak buat di sekitar rumah.Memandangkan umah kami crowded..tersangat crowded..Ari xde mjlis kawen pun crowded,apatah lagi kalau ada majlis kawen..Alhamdulilah,kebuntuan itu menemui jln penyelesaian..Along berjaya menempah Dewan Kg Batu Muda Tambahan..5 minit saja dr umah saya dan umah MIA..

SPONSORED BY : Along

KATERING / KANOPI
Untuk menetapkan which catering untuk wedding kita bukan satu perkara mudah..kena survey banyak catering and dapatkan best price..As customer,itu hak kita untuk dapatkan best price dan apa yg akan kita peroleh dgn pakej itu..Itu penting..Pemilihan katering dan kanopi adalah dari bakal mak mertuaku, bakal adik iparku dan jugak aku..Setelah,dibincang-bincang kami buat satu shorlisted dan Impian Event Catering pilihan kami untuk majlis..Pakej yg kami pilih berharga RM 10.00/perhead..Apa yg termasuk dalam pekej ni,aku tak ingat la..sumenya dalam buku..Tapi banyak jugak yg diberi oleh catering..dan setelah dicampu dan ditolak kami dapat harga rm9.60/perhead..

VENDOR : Impian Event Catering

PELAMIN / BUSANA PENGANTIN
Untuk perkara ni,MIA serahkan pada aku bulat2..So,aku diberi kuasa veto untuk tetapkan mana satu butik pengantin pilihan aku..Memandangkan aku mengenali kak mimi dan sudah tahu hasil kerjanya mcm mana,so aku decide untuk amik dia as mak andam aku..dialah orang yg bertanggungjawab dalam majlis ini..Dari nikah,pelamin dan juga busana pengantin..Baju2 dia amat aku berpuas hati dan juga harga yg diberikan sangatlah berpatutan..Lagi 1 hal,butik kak mimi ni tak lah jauh sangat dari umah aku..Just trun tangga umah dah jumpa butik dia..Sangat mudah kann..Bila-bila masa saja boleh fitting baju tanpa harapkan MIA..

VENDORButik Teratai Kencana , Kak Mimie

KOMPANG
Pada mulanya,aku giat mencari team kompang untuk majlis aku ni..Bagi pendapat aku,sehebat mana kenduri kawen tu,kalau tak de kompang,tak meriah..! Serius, aku sukakan bunyi kompang..bunyi kompang tu boleh membuatkan jantung tu berdegup lain macam je..hihi..Apatah lagi,sekarang team kompang ada sediakan khidmat gendang besar..kalau bunyi,mau 1 sentul bergegar..i like...!!!

SPONSORED BY : BESAN MAK MERTUAKU

PA SYSTEM
Satu lagi hiburan yg perlu ada dalam sesuatu majlis adalah PA system..kemeriahan majlis itu terletak pada DJ nye dan juga lagu2 yg dimainkan oleh dj..Aku tak tahu sangat tentang PA SYSTEM ni sebab sume diuruskan oleh keluarga MIA..Yang aku tahu,PA System telah di booking oleh mereka..So,aku lega 1 perkara..Aku letakkan kepercayaan yg tinggi pada pemilihan pa sytem ini dan juga dj nye..Bak kata MIA pada aku,sesekali cuba letakkan kepercayaan pada tindakan orang lain..Sebab aku ni susah sikit nak percaya dgn pemilihan orang lain..Serupa jugak kalau aku belum tgok hasilnya..

VENDOR / SPONSORED BY : Family member MIA

BUNGA TELUR / BUNGA MANGGAR / GUBAHAN HANTARAN / HIASAN BILIK PENGANTIN / SOUVENIR / SIGN BOARD 
Semua perkara di atas aku buat sendiri dan mak selaku tonggak utama aku..Thanx mak..sayang sgt mak..dan juga dibantu oleh Pak cu..Balik dari keje kadang-kadang terus menghadap gift/souvenir untuk dimasukkan ke dalam box..

VENDOR / SPONSORED BY : DIY

KAD KAWEN
Abang ipar gelarkan kad kawen aku,sebagai kad kawen yg kontroversi...wahhh x boleh blah panggilan tu..Buat semua org teruja je nak tgok kad kawen tu kann..Kad tru xde la kontroversi pun cuma proses pembuatan nye agak kontroversi dan bikin panas hatii..Itulah asam garam persiapan perkahwinan..tak yah cerita panjang pasal kad kawen ni..Entri sebelum ni pun dah memaklumkan pada korang apa yg dah jadi..

VENDOR : MY ONE KAD KAHWIN (belakang Caltex,Jalan Pudu)
**cuba cari link website company ni,x dapat la..**

OFFICIAL PHOTOGRAHER
Untuk memilih mana satu OP ni pun jadi isu masa awalnya..ye la..aku nak amik kawan aku sendiri ,yg dia nk hire kawan dia sendiri..aku ni dah tgok hasil kerja kawan aku ni mcm mana.so aku sangat berpuas ati dgn hasil kerja dia dan juga price yg diberi...harga kawan2 la katakan..tapi,asik bincang isu OP ni asik menemui pergaduhan je,so aku mengalah..aku benarkan dia hire kawan dia as our OP..Ingat pesan MIA, cuba letakkan kepercayaan dgn pemilihan yg dibuat orang lain..okeh baikk..

VENDOR : Kawan MIA

Ape lagi eh..??? Rasanya,takat tu je kot..Kalau ada lagi,nanti aku tambah..









Cuti kawen...LULUS..!!!

Assalamualaikum..

Memandangkan hanya tinggal 3 ari je lagi nak bergelar PUAN, 1 perkara tentang cuti ni lupa plak nak update..Untuk pengetahuan semua, MIA aku dah pun pulang ke Sentul dan memulakan cuti kawen beliau..Awal kann..?? 15hb dia dah stat cuti..So,mak sangatlah jeles..!!! Sebab i masih lagi bekerja dengan kerasnya..hahaha..Nampak sgt tak ikhlas kann..? Kalau aku tahu dia cuti awal, nak jugak aku cuti awal sm2 dgn dia..At least ada masa untuk spent berdua di ari2 akhir ni..Ada je menda nak diuruskan di saat2 akhir ni..Tapi nak buat mcm mana,demi tuntutan tugas, terpaksalah..Dia pun masih giat menjemput kawan2 dia yg berada kat area kl ni..

Sesampai je dia kat kl, kami terus ke butik pengantin kami..sebab dia blom fitting baju lagi..Tu pun x boleh nak lama-lama sebab aku keje malam..Nak duduk berborak minum2,memang x sempat..!!! Jangan nak berangan la cik lin oii..Pertemuan kami hanya di butik, tu pun x dpt berborak pjg sbb kami dgn gigih memfitting baju..Pasal baju,nnt aku update kemudian...or lepas kawen ke..Ada cerita disebalik baju..Wahh ayat tak mo kalah k..

Berbalik tentang topik asal..Aku mohon cuti kawen pada pertengahan November..Alhamdulilah,diluluskan oleh pegawai aku..Itupun pegawai aku dok menyakat aku,cuma luluskan 3ari je..(saja gurau-gurau)..Aku mula bercuti pada 18 Disember 2012 - 2 Januari 2013 (14hari) cukuplah tu kan..standard la orang cuti kawen memang 14 hari..Satu silap aku adalah,aku x apply cuti awal untuk persiapan kawen..Aku cuti 2 ari awal sebelum nikah..So sekarang ni,tatkala keje malam,aku mula rasakan badan agak lemau dan mau demam..So,dgn segera mencari ubat..Mamcam pelik je aku mencari ubat..Selalunya ubat yg cari aku..hhaha..(saya memeng liat makan ubat okeh)..Dalam tempoh 2 ari sebelum nikah tu la mcm2 persiapan nak dibuat..Nak pakai inai la..nak touchup bilik pengantin la..nak persiapkan diri la..macam2 lagi..

Dan pendek kata, saat ini tido memang tak lena..Aduyaiii mcm mana ni..? Asal mata pejam je,otak ligat berfikir..Rasa mcm ada menda je yg masih pending..Gelisah tentang kelancaran majlis nnt..Takut kalau2 ujan..kalau panas terik,alhamdulilah..tetamu pun ramai yg datang..Tapi tu sume kuasa Allah..Aku hanya mampu berdoa agar majlis berjalan dengan lancar..

Bile dah update pasal cuti ni,mesti ada yg tertanya-tanya..ke mana la agknya aku akan honeymoon..? Boleh tak,aku jawab tak tahu...Ape..??? Tak tahu...??? Ak ah..aku tak tahu..sebab aku serahkan percutian kami ni pada MIA..So,dia yg tetapkan kat mana..cehh segan la nak ckp perkataan 'honeymoon'..gemar gunakan perkataan 'percutian'..

Mulanya,pilihan aku Langkawi..tp direject mentah2 oleh MIA memandangkan school holiday..of course crowded tpt mcm tu..nak gi pulau,musim monsun plak..tak mengizinkan..last.pilihan aku ke cameron..tp tak tahulah dalam pertimbangan ke apa..sebab tak puas ke cameron masa kursus aritu..rasa nak lama2 je kat sana..mungkinkah pilihan ini diterima..??Hohoho..tunggu je la..:)

NOTE : Susah jugak kawen ujung2 tahun ni..banyak tempat tak boleh nak pegi..tak pe la gi je la mana2, janji bawak aku terbang untuk rehatkan diri..sekian lama tidak bercuti..


Sunday, December 16, 2012

Rasa semangat dengar lagu ni..PENGHUJUNG CINTAKU..

Seminggu sebelum nak kawen, tangan ni tiba-tiba gatal tukar ringtone hp..Sebelum ni guna lagu SHAE-SAYANG..Tiba2 tangan ni tekan lagu Penghujung Cintaku nyanyian Pasha Ungu & Adelia as ringtone..Bila dah tukar kepada lagu ni, mood jadi berubah..Jadi teruja,xcited untuk kawen..Setelah berminggu-minggu perasaan tu hilang dan akhirnya Allah bukakan ruang utk aku cipta kembali,jernihkan kembali apa yg dah jadi..

PASHA UNGU & ADELIA- PENGHUJUNG CINTAKU

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta

Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu

Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu

Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta

Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu

Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu

Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

Tak yah explain panjang2..Lagu tu dah merungkai segala perasaan dan saat ini..


Semoga Allah perlihara hubungan ini & masjid yang akan kami bina tak lama lagi..Titipkan kasih sayang kami,cinta kami hingga ke jannah..Permudahkanlah urusan kami untuk bina masjidmu,Ya Allah..Aminnn..

Hampir ke situ...KOSONG..

Assalamualaikum..

Bila tengok countdown kat tepi ni,mula rasa macam x percaya je..btol ke aku nak kawen ni..?? Tak tahu la perasaan macam ni aku sorang je yg rasa..Kadang2 tu memang timbul rasa x caya..Alhamdulilah..persiapan sume ok..banyak menda dah setel..Memang dah boleh tarik nafas lega bile hampir 90% persiapan siap..Di saat2 akhir bergelar bujang ni,cuba mencari masa untuk bersama kawan-kawan...Walaupun sibuk menjemput ke sana sini, tp tetap ada masa untuk berfoya-foya..

Ari isnin lepas,kuar berkaraoke tau..Lama rasa x karaoke..sambil jalan2 cuci mata bersama pengapit aku ni..

rasa mcm pipi makin tembam..
senyum lebar pengapit aku nih..:) , anyway thanx for everything..
sakan kami berkaraoke..
Actually kami bertiga..Dah sampai kat KL Festival City, Cik E datang..berdesup pas balik kje trus dtg KLFC..ermm skit tersentuh bela saat2 akhir berkaraoke,kak zura ngn Cik E nyanyikan lagi SELAMAT PENGANTIN BARU buat i..auww..Hanya Tuhan saja tahu apa sebenar isi hatiku saat itu..Rasa nak nangis ada bila dorang nyanyikan lagu tu khas buat adik dorang ni ha..Tp,pengantin mana boleh nanges,harus senyum w/pun dalam ati ada luka..betul tak..???

ini buktinya..SELAMAT PENGANTIN BARU dari WANN..
Amboii kakak2 aku ni..terharu adik tau..:) thanx a lot..!!!
aku umpama puteri bongsu mereka..haha..:)


Itulah masa yg ada buat kami untuk meluangkan masa bersama..Thanx to cc aku yg sangat memahami keadaan bakal pengantin ni..Untuk bulan 12 ni,roster aku x padat mcm selalu..Ada la jugak masa untuk bakal pengantin ni rehat2 dan kuar menjemput..Sangat memahami..! Bila banyak masa yg terluang,banyak pulak menda yg dipikirkan..

Sejak nak kawen ni, kalau nak ke mana, aku mesti nak berteman..Lagi2 kalau bawak kereta..Tak tahulah kenapa..Sedangkan selama ni,boleh je jalan sorang2..

NOTE : 10.12.12 tambah lagi sorang anak buah aku yang kat KULIM tu..Selamat datang ke dunia MUHAMMAD RAYYAN BIN JOHAN..Alhamdulilah,berakhir sudah penantian kami sekeluarga..So sekaang total 10orang..!!! Tahun depan plak,11 orang cukup untuk 1 team bola sepak...:)

Sunday, December 9, 2012

Dah jumpa bridesmaids saya..yeeehuuu..!!!

Assalamualaikum..
Menghitung hari..itulah kata kawan2 ofis aku..Tiap kali aku masuk ofis je,ada je orang tolong kirakan berapa ari lagi menjelang wedding aku...Prihatin kan kawan2 aku ni..??Okeh,isu panas di saat2 aku nak kawen adalah mencari bridesmaid/pengapit..Alhamdulilah..pencarian telah berakhir..

Penat jugak memikirkan sape yg harus jadi penagapit aku setelah cousin aku x dapat nak attend time wedding aku nanti..Thanx to kak zura (kakak ofis i) yg sudi jadi pengapit saya..Kalau ikutkan,nak je aku bawak Mama Fiza naik pelamin ngan aku jadi pengapit aku.Tapi,dia kata,biarlah yg anak dara..Dia mak dara..Tapi,kalau dah x jumpa sangat,mmg aku kaut dia..Nanti semua orang akan cakap,memang betul best fren ni..Tapi aku nak sangat,bila saat aku dinikahkan nanti kawan baik aku ni berada di sisi aku..Dia insan yang bersama aku di saat ati ini susah dan senang dalam tempoh aku bersama MIA..Rahsiaku di kocek dia..:)..Dan bila disaat aku dinikahkan nanti,wujud air mata di pipi,dia adalah insan yg sangat mengerti apa makna air mata itu..(akan cuba elakkan air mata pernikahan itu)

Okeh back our story mory..once kak zura setuju jadi pengapit aku,aku terus ajak dia beli baju..Memang dari awal aku suka sangat dgn color baby blue..ala color biru yg soft,yg sejuk je mata memandang tu..Tak dapat sanding pakai baju color tu,aku abadikan color tu pada pengapit aku..

ni haa baju nye..(sori kualiti pic x chantek)
Oleh kerana aku sangat geram dgn color ni,aku dah pikir semasak-masaknya untuk pakai dress color ni utk outdoor photoshoot..So,aku sewa dgn kak mimi(MUA) dress ini...

giler sekejap tgok dress ni..rasa nak lompat bintang bile dapat pakai baju ni...:)

Mulanya nak beli je dress mcm ni..tapi bila dipikir-pikir semula,bila aje aku akan pakai lagi kann..? So,sewa je la..senang..

NOTE : Nak kawen ni,update blog pun mula dah pendek2..haha..Mula rasa nervous bila kenangkan masa yg bakal tiba..


Monday, December 3, 2012

Happy Graduation Day...Pak cu..!!!

Okehh balik dari cameron aritu memang aku amik cuti panjang sikit sebabnya, aku nak ke UiTM, Shah Alam untuk tengok adik kesayangan aku yg sorang tu konvo..Bagi semangat skit kat dia..Tugas aku,adalah untuk bawa bersama mak ayah..Kali ni,mak ayah aku gagahkan diri untuk lihat anak bongsu dia konvo,tanda sokongan padu dari mak ayah tersayang buat anaknya..Kalau ikutkan masa konvokesyen,mana ada tak ramai orang kann..mana2 universiti mesti padat dengan orang..Tapi disebabkan aku ni bawak orang tua yg uzur,maka aku diberi kelepasan untuk turunkan mak ayah aku betul2 dihadapan DATC (Dewan Agong Tuanku Canselor) di mana di situlah berlangsungnya majlis konvokesyen...Kami semua tak nak masuk dalam dewan..Lebih senang untuk duduk di kanopi yg disediakan.Sebab boleh cuci mata..

Bukan kami bertiga je yg semangat nak tengok Pak cu konvo,buah hati dia pun turut ada sama..Dia la yg temankan aku ke parking kete yg tersangatlah jauh tu..Kalau Ika xde,susah jugak aku..Manalah tahu selok belok kat dalam UiTM tu kann..

Tahniah Pak cu..Semoga menjadi engineer yg berjaya..!!
bersama mak ayah yg menjadi tulang belakang selama ini..
dan juga kakak kesyangannya..:)

kami sekeluarga di hadapan dewan konvokesyen..
kenangan bersama bakal menantu mak ayah..insyaallah..
ehemm..ehem..bunga yg pak cu pegang tu ikhlas dari aku,yg ika pegang tu special dr ika buat pak cu..
Dah seharian duduk mengahdiri konvo pak cu,maka sebelum pulang kami ke Hailam Kopitiam untuk sesi menayantap..memang perut sangat lapar..Terima kasih pak cu sebab belanja makan..hihi..boleh belanja lagi lepas ni..:)

NOTE : Perkhabaran semalam membuatkan aku xde selera makan pada arini dan juga ari2 seterusnya..tapi aku mampu tersenyum di hari kejayaan adikku..:) Tahniah Pak cu..!!!!

Persidangan Pembantu Tadbir HKL

Assalamualaikum

Okeh sume dah tahu saya telah pergi ke Cameron Highlands buat pertama kalinya atas tujuan kerja pada 23 Nov- 26 Nov 2012..Ke Cameron Highlands adalah untuk attend Persidangan Pembantu Tadbir HKL..Last minute aku dipanggil untuk attend kursus ini..So,persiapan sume last minute..Dan memandangkan untuk tahun 2012 ni aku masih tidak menghadiri mana2 kursus maka gagahkan badan untuk ke sana walaupun sebenarnya sebelum pergi ke cameron aku demam...

Aku dan 3 orang lagi kawan mewakili Unit Hasil..Malangnya,aku sorang saja yg perempuan..Rilex,xde masalah sume tu..Nanti dah jumpa kat cameron,sumenya boleh jadi kawan aku..Yang paling kesian,xde sape yang sudi nak amik gambar aku.So,untuk kursus kali ni memang tak banyak gambar..Kalau ada pun,gambar pada urusetia..Akan diminta pada urusetia untuk penuhkan koleksi gambar2 dalam external drive aku ni.

Persidangan ini buat julung2 kalinya diadakan..Persidangan ini membincangkan tugas2 Pembantu Tadbir di wad2..Keutamaan perbincangan fokus pada PT di wad di mana skop kerja mereka jauh berbeza dgn PT di unit lain..Persidangan ini adalah untuk mendapatkan kata sepakat dan menentukan skop kerja yg harus dilakukan oleh PT di wad..Pada hari terakhir persidangan, skop2 kerja yg harus dilakukan oleh PT di wad telah dibentangkan di hadapan Timbalan Pengarah Pengurusan,Pn.Norohana..

cuaca sangat berkabus pg tu..sejukkk..!!
inilah kawan sebilik saya..bergambar di hadapan bilik..
Pada pagi 24 November 2012 aktiviti dimulakan dgn ice-breaking dan pengagihan kumpulan...Sepanjang kursus ini,cuaca di cameron memang hujan je..Dari kami sampai sampai la kami pulang ke kl..Dan udara kat sana sungguh sejuk..Sesuai sangat la kalau dijadikan tempat untuk honeymoon..Auwww..!!! Sewaktu di dalam dewan,sesi perkenalkan diri dan perlu beritahu dari unit mana dan status ape..??? Alamak...Bila sampai turn aku,sebutlah nama ape,dari unit mana..dan aku langsung tak sebut tentang status..Tapi peserta2 kursus sibuk dok jerit,"status ape?status ape..??"..haha segan2 mak nak jawab..pelan je jawab "nak jadi isteri org x lama lagi.." haha sume ckp aku darah manis..jujur plak aku pada kursus kali ni ekk..pelikk..


Rasanya dari awal post aku x cakap plak aku menetap dekat mana untuk kursus kali ni ekk..Aku menetap di Marina Chalet,Tanah Rata..depan chalet aku ni ada 1 kebun strawberry tau..Dari mula sampai dah aim kebun strawberry ni..x dapat petik,dapat makan strawberry chocolate pun jadi la..

kebun strawberry yg dimaksudkan..


yeayy..sy berjaya rembat strawberry choc selama 2 hari berturut-turut..yummyy..!!!
Kump 3-Kump Strawberry Choc menghasilkan KLCC tertinggi
Haaa jgn main2 nama kumpulan tu..Nama tu aku yg bagi.Main belasah je.Sebab aku suke strawberry choc..!!Rasanya,gambar atas ni ari kedua kami berkampung di cameron..Dan setiap kumpulan perlu menghasilkan KLCC dari bahan terbuang seperti starw yg disediakan oleh urusetia..KLCC tu mestilah tinggi dan kukuh..Okehh kumpulan mak paling tinggi dan paling kukuh..Kumpulan lain dah ranap dah..Of course bangga okeh..kumpulan yg sepakat dan teamwork yg kuat!!

Okeh pada malam last,setiap kumpulan perlu adakan persembahan..Malam last kami ni dinamakan PT's nite..So harus pakai chantek2 untuk buat persembahan dan barbeque..Disebabkan last minute persiapan untuk gi kursus ni,maka aku rembat je baju apa yg adakat umh tu..tp yg lain dr yg lain..


Okehh cakap persembahan untuk PT's NITE, kami sekumpulan sepakat untuk nyanyi je..Pemilihan lagu dari aku jugak..Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim bertajuk Doa buat kekasih..Kenapa pilih lagu ni?Sebab lagu ni kan famous dan tak kira tua muda mesti penah dengar lagu ni dan sikit2 pun mesti tahu liriknye..Alhamdulilah,pemilihan lagu ni adalah tepat..dan aku terpikir utk buat props..

haa itu props yg kami hasilkan..lolipop love..comelss je kann

persembahan dari urusetia..medley song..
semangat i nyanyi tau..:)
Cuma ada 2 kumpulan ni je yg sempat di snap..masa group lain buat persembahan,masing2 tgh sibuk menyantap..tangan kotor kann.mana sempat nak pegang kamera..padahal kelahap bukan main..maunye x,lapar tu dr petang x makan..

haa x sia-sia aku nyanyi tau..dapat jugak no.3..!
bergambar bersama hadiah kemenangan kami sekumpulan..
Okeh 26 nov tghari kami berangkat pulang..sebelum berangkat pulang,seharusnya bergambar dulu di sekeliling tempat penginapan kami..


Masa kami nak berangkat pulang,cuaca macam suram je..Niat dalam hati nak gak bergambar masa membeli-belah nanti..Tapi,apakan daya..dalam perjalanan kami, ujan turun dengan lebat sampai ke kl lebatnya..so xde la sesi bergambar sewaktu membeli-belah..yg ada cuma ini...

barang2 yg aku borong di sana..terpaksa beli beg besar sikit...





Ada satu tragedi berlaku dalam bas..haha tragedi la sangat...!!! Aku muntah dalam bas..Dah besar2 ni kalau naik or turun tempat berbukit yg pusing2 sure akan muntah..Masa naik cameron aritu okeh je..tak de lak rasa pening or nak muntah..Masa turun lak prot ni buat perangai..Nasib baik standby beg plastik dlm handbag..Dah agak dh sebenarnya..Sebab sebelum ni naik Fraser hill pun mcm ni jugak rupanya..Nak muntah kuat2 segan..so,pelan2 je..nasib baik kak liza yg dok sebelah aku tlg picit2 tengkuk aku..uiii lembik terus bile muntah tu..So,bg mereka yg x kuat mcm saya,sediakan plastic bag utk buang muntah anda...hahaha..

tq kak liza sudi jaga adik yg ngada2 ni..:)
Kami semua bertolak kuar dari cameron pukul 3.10ptg dan selamat sampai di perkarangan kuarters HKL pada jam 8.30mlm..5jam perjalanan kami..jauh jugakk..Tak sabar nak balik jumpa mak ayah..:)

Itu saja catatan serba ringkas sepanjang persidangan kami di cameron..Bagi aku,Cameron Highlands best sebab keliling kita serba hijau sj..nyaman..dan paling penting,sejukkk..!!!Macam dok luar negara je..Ini kali pertama aku jejakkan kaki di Cameron Highlands tapi agak kecewa kerana tak dapat nak tengok ladang teh yg serba luas tu..Insyaallah kalau ada rezeki,pergi dgn suami plak ke lepas ni..Auwww...!!! Akan diusulkan pada MIA..Hihihi..


Sunday, December 2, 2012

Walimatul Urus Zelinda & Haniff...22.12.2012

Assalamualaikum...




Alhamdulilah..dipanjatkan kesyukuran, akhirnya kad kawen saya yg 'penuh kontroversi' telah siap seperti yg dijanjikan walaupun banyak sangat masalah yg dihadapi sewaktu proses menyiapkan kad ini..Kesabaran yg tinggi diperlukan tatkala menyiapkan kad ini..Biasa lah itulah asam garam orang nak kawen..Nanti dah tua,inilah cerita2 lucu yg akan diceritakan pada anak cucu nanti..Nanti boleh la share2 cite ngan anak2 kalau dorang nak kawen nanti..Wahh..sampai ke situ..??!! Ntah2 waktu tu zaman lg canggih.Tak mcm sekarang.Terpaksa berulang alik ke kedai kad kawen..Tak mo cerita panjang..

Saya dengan rasa syukur menjemput anda semua datang menghadiri majlis perkahwinan saya, NURZELINDA BINTI NAHARI bersama cinta hati saya ABU HANIFFAH BIN HAMZAH

TARIKH : 22 DISEMBER 2012
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN PERDANA,KG BATU MUDA TAMBAHAN,
                 JLN BATU MUDA TAMBAHAN 2,
                 51100 KUALA LUMPUR
MASA : 12.00TGH - 4.00PTG

Sila sertakan alamat rumah serta nama penuh anda di alamat email saya puteri.lynda@gmail.com untuk penghantaran kad kawen..Dijemput hadir yea..:)


Saturday, December 1, 2012

Laguku buatmu...

Assalamualaikum...

Tiada apa yg perlu dikatakan..Hanya dengan lagu ini cukup menggambarkan segalanya..


Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia


Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

NYANYIAN : NASH (PADA SYURGA DI WAJAHMU)

Sesungguhnya,Allah turunkan dugaan ini adalah untuk menguji kekuatan diriku..Tiada kata yg dapat digambarkan,hanya dekatkan diri pada-Nya,mohon doa dan ampun dari-Nya..Tabahkanlah hatiku ini Ya Allah..

Wednesday, November 21, 2012

Stress sangat waktu ini..CAMERON tungguuu..!!!

Assalamualaikum semua..

Lama sangat menyepikan diri..Bukan hilang,bukan bawa diri tapi kesibukan melampau sejak akhir ini..Tak sampai sebulan je lagi majlis kawen aku..Pada waktu ini aku amat stress..! Dgn kudrat perempuan yg aku ada ni,rasanya tak terkejar untuk aku capai semua perkara sendirian..Hanya Tuhan saja yg tahu..Mampu menangis dalam hati saja..

Dan diwaktu ini aku sedang demam..Penat yg terlampau membuatkan aku demam..Ohh demam,lama sungguh kau tak singgah diri ini..Cepat la pergi jauh2..Kad kawen dah pun dapat,so sekarang dalam proses untuk penghantaran kad dan menjemput sedara mara..

Dalam kesibukan membuat persiapan kawen dan dalam waktu tidak sihat ini,nama aku naik untuk pergi kursus di Cameron Highlands..Wahh memang teruja sangat..!! Sebab aku tak pernah sampai ke sana..Memalukan kann..???hihi..Ini kursus yg pertama buat tahun ini..Dapatlah 4ari.Walaupun bagi penjawat awam harus menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7hari..Tapi nak buat macam mana..??? Harap sangat kesihatan mengizinkan untuk berkursus di sana..Tak mo macam tahun lepas.Kursus kat Tumpat 4hari tp 3ari aku demam terlantar kat hostel..Lupa nak cakap kursus ni berlangsung pada 23-26 November 2012..

Okey itu saja short update buat kali  ini..nanti jumpa masa balik dari cameron ehhh..

p/s : kepada kawan2 blogger, minta emailkan alamat rumah dan nama penuh untuk pengeposan kad kawen saya.Hantarkan di alamat email ini : puteri.lynda2107@gmail.com...tq




Monday, November 12, 2012

Short vacation...but meaningful!!

Sejak balik dari Langkawi bulan April haritu aku terus jadi budak baik..Tak ke mana-mana pun..Takde langsung masa untuk pergi bercuti..Sibuk bekerja apatah lagi sibuk mengumpul wang untuk kawen..hihi..Kang tak cukup wang,tak boleh kawen..:)

Memandangkan lepas ni aku sudah bergelar Puan, maka tak dapat lagi nak spend masa bersama kawan2 untuk gi bercuti..Lepas ni bercuti bersama husband plak..Ngee..~

Memang betul orang cakap,bila dah keje ni kita perlu cari masa untuk pergi bercuti rehat2..Tenangkan skit otak tu..Bila dapat bercuti sekejap macam ni dah cukup memadai.Yg penting dapat release tension and rehat sepuasnya..

Konon je tu makan ulam-ulaman..lunch dulu before check in hotel..
kami selalu bercuti bertiga..ber3 lebih baik..haha..:)
tak dapat nak buat spa,tangkap gambar depan pintu spa pun jadi la..:)
Macam mana nak buat spa..?Kalau aktiviti tidur tu lagi penting..haha..Dinner pun dah pukul 12mlm..Itu dinner ke supper ntah..Tapi memang puas ati dapat tidur..Cadang nak mandi swimming pool sume huhh hampeh..ke laut sume..Ok jgn kata ape2 bile tgok gambar atas tu..saya tahu,saya makin lebar dengan jayanya..!!

Bila perut dah kenyang,maka katil pun memanggil..:)
Sempena Deepavali..cantik sgt color dia..i like..!
Jomm kita pulang..(Pegi balik pakai baju yg sama.itu namanya travel..:))
Mesti sume nak tahu ke mana la aku berholiday kali ni kann..? Selalunya awal2 entri dah mentioned gi bercuti ke mana..Ni tak..yg pasti dekat2 je..:)

NOTE : Nak bercuti panjang lagi lepas ni...weehuu..!!! Tapi dengan orang baru..:)


Baju Nikah saya sudah siap..yeehuu..!!!

Assalamualaikum..

Wahh gembiranya ati ni bila baju nikah saya sudah sampai kat tangan..Last week cousin text bgth baju sudah siap dijahit..Actually baju nikah memang aku beli yg ready made..Kurung moden Chiffon..Memandangkan aku ni bukan penggemar kepada lace2 ni.So simple bj nikah aku,yg penting boleh dipakai lagi pada masa akan datang (itupun kalau muat lg..:) )

Cousin aku jes tambah detailing skit..Tu pun dia tanya aku nak heavy detailing ke x..Kalau dah tanya cik zelinda,sudah pastinya jawapannye "tak payah la nak heavy2" yg penting akad nikah..Janji baju tu cantik di lensa kamera dah memadai bagi aku..Wahh cukup simple kamu ni yaa..Untung MIA dapat aku kan..:)

Begitu jugak dgn tudung nikah..Puas aku mencari ilham tudung nikah..search kat google sana sini..tgok blog org tu sana sini..Lastly yang aku pilih hanyalah tudung syria chiffon..Harganya dah tentu mahal sikit dari tudung yg biasa aku pakai..Haruslah kann..kata tudung nikah..

Kasi review skit baju nikah and tudung nikah..

tudung nikah saya..:)


detailing di bahagian tangan dan bahagian bawah baju..
Thanx sangat to Kak Rina (cousin) yg bertungkus lumus siapkan baju ni..I like sangat..!! Dia cakap susah jugak nak jahit manik2 ni pada kain chiffon.Sebab kainnye terlampau lembut sangat..Patutlah kalau tempah memang mahal nak mampos..

Baju inilah yang menjadi saksi pertautan 2 ati kami pada 20.12.2012 nanti..Auww..!!! Doakan yg terbaik buat saya dan doakan saya sihat2 saja sewaktu pernikahan nanti dan pada majlis nanti..Sejak akhir2 ni badan cepat sangat demam..

NOTE : Alhamdulilah baju nikah ni masih muat..Maklumlah sejak pertambahan berat badan ni banyak sangat baju tak muat.Apatah lagi baju nikah ni dibeli tahun lepas sewaktu bertunang..Perbezaan badan tahun lepas dengan sekarang memang jauh berbeza....Syukur sangat masih muat..:)

Sunday, November 11, 2012

Apabila Cik Lin berjogging..

Assalamualaikum..

Aipp jangan gelak bile baca tajuk entri tu..Actually niat ati mmg nak berjogging dari pertengahan tahun lagi. Sejak niat nak kuruskan badan..Tapi apakan daya..kemalasan tu bermaharajalela dalam diri ni..Memang pun berjogging kali ni bukanlah semata untuk kurus cuma terasa lama sangat tak hirup udara segar..Kalau MIA ada kat KL, lama dah aku ajak dia berjogging..Dan sepastinya, dia yg akan tinggalkan aku kat belakang..Sebab aku banyak berjalan..Standard la..aku bukan atlit negara nak lari beriya-iya..

Aku berjogging berdua dgn Kak Zura..Separuh Tasik Titiwangsa tu aku pusing..MIA, adik aku terkejut sebab aku balik dari keje malam trus gi jogging..Aku suka datang Titiwangsa ni sebab tempat dia best and bermakna..Bila pg2 tu mana ada orang sangat.So aku amik kesempatan main buaian..Lama sungguh tak dapat naik buaian ni..Macam budak2 kan..Padahal lg berapa ari je nak kawen ni..:)

Main buaian setelah penat berjogging..(muke ngantok zzzzzZzz)
Gambar kat atas ni ari pertama berjogging..Kuar jugak peluh2 jantan yg lama sangat tak dikeluarkan..Teringat zaman sekolah menegah dulu yg kene buat larian 10km dlm subjek PJK..Semput2 pucat2 muka dibuatnya..

Pada hari kedua aku berjogging aku sempat tangkap gambar di mana tempat pertemuan aku dan MIA buat kali pertamanya pada 23 jun2001..
Harap tempat ni tak kami lupakan sampai bila2..sampai kami ada anak nnt..:)

Di sinilah kami bermain mata..


NOTE : Semua orang tak kan lupa tempat pertemuan dia ngan seseorang kann..? Pastinya itulah sejarah manis buat mereka..So abadikan kenangan tu..:)


Ohh bridesmaid..Mana nak cari..?

Assalamualaikum semua..

Semalam jiwa ini menjadi kacau kerana apa..?Dok memikirkan sape nak jadi pengapit saya..Actually, cousin aku suppose to be pengapit masa majlis nanti..Tiba2 dia text ckp x boleh sbb kene datang sekolah 2 weeks before school opening..Dia cikgu..so may be ada perkara perlu dia prepare kat sekolah..Tak mengapa darling..Cousin u ni akan cuba cari orang lain dgn gigih..

Ada masa lagi untuk mencari..Tp bile kalut mencari bridesmaid ni mula lah msg org tu org ni yg sudi jd bridesmaid..Ada yg sudi nak jadi pengapit aku..Tapi lelaki..Boleh x..??? Hahaa..x penah dibuat orang pengapit perempuan lelaki kan..Kawan aku sekolah rendah ni memang sengal skit..Kang ada yg kene lesing ngan  Anip bile pengapit aku lelaki.
Mencari bridesmaid yg memakai baju baby blue..sweet je color tu kan..??
Org2 tua kata,kalau nak cari pengapit haruslah yang anak dara..Kenapa?? Mak dara tak boleh ke? Sebenarnya macam ni,kalau dulu2 pengapit ni selalu jugak menjadi perhatian orang..Dari situlah si lelaki ni ingin tahu dan ingin mengenali pengapit perempuan bahawa sudah berpunya ke belum..Dari atas pelamin turun ke hati..hahaha bole x gitu..?Eh ada tau orang bercinta kerana jadi pengapit..Yg lelaki ni jadi pengapit,yg perempuan ni pun jadi pengapit jugak..And now dah tua kekal hingga sekarang perkahwinan dorang..

Tak pe la x nak dok peningkan kepala mencari sape pengapit..Kalau xde,aku curi kawan baik aku..Tak kisah la kamu dah kawen ada nak 2 ke itu bkn masalah besar pun..But i try to find someone else..:)