Assalamualaikum...
Wahh tajuk tak agak2 eh..Di kalangan aku dan mama fiza gelaran 'honey madu(hm)' is means for 'baby'...Betul la kann..mana la tahu rezeki nak sampai awal,kita terima je..Tp,itu semua kuasa Allah Taala dan itu belum rezeki aku lagi..
Okeh honeymoon trip..bab honeymoon,aku serahkan 120% pada husband aku..Bab jalan2 ni bagi je la kat dia.Pandai la dia merencanakannya..Tapi,hampir 4ari sebelum nak kawen,saja tanya MIA.."apa macam perkembangan honeymoon?" jawapannya tak menyenangkan..Means mcm takde tempat utk kami pergi honeymoon..Senang kata,dia blom decide utk ke mana..Kecewa ati ini..Kalau aku yg setelkan,semuanya dah di booking.Biasalah perempuan kann,bab berjalan ni no 1..! Janji ada ongkos..Nak tahu x bila kami dapat decision ke mana utk honeymoon...? Sehari sebelum kami bertolak pergi honeymoon..Means,ari ahad..Hebat x kami..? Husband dah pikir2,utk honeymoon kali ni,biarlah yg dekat2 & yg boleh kami drive saja..(Bunyi macam banyak kali je honeymoon tu...weeehuu..:) ) So,he's planned Pangkor and cameron..Knp Pangkor...? Sebab,sepanjang usia aku 26thn ini aku tak pernah jejakkan kaki ke Pangkor..Walaupun Pangkor tu menyimpan pelbagai lipatan sejarah buat husband i..Teringin jugak nak tgok Pangkor tu..Lagipun,i memang sukakan pantai..dannn kenapa Cameron? Barulah aku tahu,suami aku ni alert/peka rupenya. Cuma dia tak pernah nak tunjuk kepekaan tu kat aku semasa zaman tunang or zaman cintan cintun dulu..Sebelum ni,aku pernah berkursus kat cameron & aku ada menyuarakan rasa keinginan aku untuk tgok ladang teh.Tapi,tak kesampaian..Memang time tak dapat tgok ladang teh tu,mcm sedih sangat..Dan demi memenuhi kehendak aku,suami aku akan bawak aku ke ladang teh yg seluas-luasnya..:)
ISNIN (24.12.2012)
Kami bertolak dari KL dalam pukul 11pg & sampai di Pangkor pada jam 5.00pm dan terus gi check in kat Coral Bay Resort (walk-in)..Rezeki pengantin baru.Kalau ikutkan,hotel pada waktu kami honeymoon ni memng full house dan harganya tok sah cakap la..memang melambung-lambung macam mail lambung..!!!
Coral Bay Resort Hotel |
Kami di Pangkor hingga ari rabu..3ari 2 malam..Disebabkan kami sampai di Pangkor pun dah lewat,so tak dapat nak lakukan outdoor activities,so kami berehat saja..Jes having dinner kat area hotel and jalan2..Dalam kami jalan2 tu,ternampak ada iklan SPA Beauty kat dalam lift hotel..Antara service provided,traditional massage..Husband terus tanya,nak tak buat massage..???Tanpa pikir panjang,terus angguk2 kepala..hihi..Uii penat woo lepas abis kenduri.Macam patah2 tulang2 ni..Sebelum kawen,tak sempat nak massage ke,spa ke..Dapatlah lps kawen ni haa..Balik dari dinner,husband terus g tempat spa tu utk buat appoiment..Dan sesi utk kami suami isteri pada malam esoknya..Yippeee si isteri tersenyum sampai ke telinga okehhh..permintaanku dipenuhi sekali lagi..thanx sangat2..:)
SELASA (25.12.2012)
Tuesday morning having breakfast kat hotel..Lepas breakfast,kami terus jelajah pulau..Bot yg besar tu utk kami berdua saja..Jelajah la 1 pangkor tu..Tak silap aku,jelajah 7 pulau..harga bot rm130 utk kami berdua saja..
Semua orang terjun nak snorkelling...Tapi disebabkan aku ni kurang berani,so,aku tak la mencuba aktiviti snorkelling ni..duduk diam2 dalam bot..Ikutkan husband aku,dia nak je terjun.Tapi memandangkan si isteri tak berani,so, tak tergamak la dia nak tinggalkan aku..Iyee aku penakut skit ngan air ni..tengok ni..batu ni plak menyerupai kepala buaya.. |
dah puas mandi2,prot lapa..maka kami mencari maggie cup..:) |
Di tgh pulau, ada kedai..chantek sgt kedai ni..unik.. |
Dah selesai bermandi-manda,sharp pukul 11.15pg driver bot tu pun sampai amik kami berdua..Terus balik hotel bersiap untuk keluar berjalan-jalan..Ye la,rugi la kalau sampai Pangkor tak berjalan kannn..Memang 1 kerugian..! Husband plan gi kilang sate ikan,Kota Belanda and shopping-mopping..
Di Kota Belanda.. |
saya tak pasti kenapa semua org gelak mcm tu pada saya..?? |
sakan mencari baju utk bos dia tau.. |
Lepas minum2 tu,terus balik hotel sebab malam tu kami ada appoiment untuk massage..Eeee x sabarnya rasa..
Pukul 8 malam kami terus turun ke lobi menuju ke tpt massage..Dekat 2jam kami berscrub dan massage kat situ..Memang best..Ini pengalaman pertama aku di massage..Kami suami isteri 1 bilik dan yg urutnya perempuan melayu.Bila dah diurut badan rasa sedap,dan rasa nak tido je..Tp sebelum tdo,gi la dinner dulu..Perut memang lapa..Sepanjang kat Pangkor ni memang kami makan seafood je.Tak de makan lain..Ye la seafood je la sumbernya kat sini..Dan sepanjang kami kat sini,makanannya memang tidak mengecewakan tekak kami..sedap sangat..! Bila dah sampai kl pun masih teringat-ingat menu2 yg kami makan kat Pangkor ni..Selesai dinner,kami jalan tepi pantai berdua tengok orang mancing..Wahh ramai jugak orang mancing malam2 kat pantai ni..Gelap plak tu..Dan ada jugak disediakan alat memancing untuk disewa..Sewanya mengikut jam..Tak silap aku,RM2.00 perjam..Tak lama2 sangat kat pantai sebab esok kami nak check out dan banyak brg yg perlu dikemas..
RABU (26/12/2012)
Kami check out tengahari dan terus menuju ke destinasi kedua honeymoon kami iaitu Cameron Highlands..Dalam ati terdetik,mesti husband aku ni akan cancel last minute..Tapi tak..Ooo sebelum tu,babai Pangkor..Sweet honeymoon we hav here..:) On the way nak ke cameron,kami berdua singgah di Kellie's Castle..Aku tak tahu pun sejarah tentang Kellie's Castle ni..Bila tanya husband aku,dia kata cari kat google..
Apa yang ada kat Kellie's Castle ni..??? Ia merupakan istana lama yang tak dapat disiapkan.tak tahu kenapa tak dapat dispakan..cuba korang cari sejarah tentang kisah Kellie's Castle ni..Kellie's Castle ni terletak di Bota (tepi highway)..Dan untuk masuk meninjau apa kat dalam Kellie's Castle ni kena bayar.Tak silap aku RM3.00 (tak ingat sebab bukan sendiri yg bayar kan...hihihi)..Kalau masuk dalam istana ni memang boleh sesat..Ye la istana la katakan..bayangkan keluasannya dan istana ni banyak menyimpan pintu-pintu dan tangga rahsia dan juga tempat ni mungkin jugak berhantu..Tempat yg dah lama ditinggalkan mestilah ada penghuni lain kann..?Mana2 tempat sama je..Masa masuk ke dalam istana ni,mulut aku tak berhenti-henti baca2 selawat,ayat kursi..Kita tahu diri kita macam mana..kuat semangat atau tidak..Bnayak jugak husband amik gambar kat sini..
tempat menyimpan wine yg terletak di bawah tanah |
nak tahu apa yg aku khusyuk sangat baca tu...??? ni dia.. |
-
-
-
-
-
-
-
akhirnya,keluar jugak..tak mo lama2 kat dalam..seram mak.. |
Berjam-jam jugak la nak sampai ke cameron..Kami exit kat Tapah..Tak silap aku,nak ke cameron boleh exit kat tapah or Simpang Pulai..Utk keselamatan,better ikut simpang pulai.Sebab jalanraya yg luas dan tak takut kalau nak memecut..Kalau tapah ni,jalannya kecik je umpama kita nak naik Fraser hill..memang kecik sangat jalannya..Nak pecut tu kena berhati-hati sebab lori besar2 keluar masuk..Sebelum kami naik ke cameron,kami terjumpa Lata Iskandar..Air terjun.Ramai jugak yg singgah kat sini untuk mandi2 sebelum naik ke cameron..dan berdekatan dengan Lata Iskandar terdapat kedai2 kraftangan yg dijual oleh orang asli..Memang kreatif orang2 asli ni..Semuanya diperbuat dari hasil-hasil hutan..Aku tak singgah.Hanya tinjau dari dalam kereta saja memandangkan ari makin petang..Nanti pukul berapa pulak nak sampai ke cameron kann..
Lata Iskandar..Chantek sgt..!!! |
kedai-kedai kraftangan orang asli |
Hanya lalu saja..Kami selamat sampai di cameron pukul 4.30ptg setelah mabuk2 nak muntah..Jalannya amatlah memeningkan..Aku memang lemah sikit kalau jalan yg bengkok2 ni..sediakan aje beg plastik..Tapi,nasib baik la tak jadi muntah..Tapi muka dah pucat..!! Nak tahu sebelum kami check in,kami singgah mana...??
singgah sini.. |
Husband beriya-iya bawak aku ke ladang teh.Takut bini dia kempunan kot..hahaha mcm orang mengidam plak..This is first time aku tgok ladang teh live..Wahhh memalukan kan..Memang aku nikmati saat2 ini,dgn suasana sejuk,aman,jauh dari segala bunyi bising..cantik sangat..!!!Sambil menikamati pandangan hijau,kami berdua berhenti minum teh o cameron dan makan kek..Boleh tahan harga kat cafe ni tau..Tak silap aku teh o dia 1 gelas je dah rm3.50,kek 1 slice rm7.00++..Kalau kat kl, teh o baru RM1.00 kann..?? hahaha
muka bahagia dpt tgok ladang teh...hahahaha |
tq bawa daku ke mari..akhirnya,tercapai jugak hajat aku utk lihat ladang teh |
Dah puas menikmati pandangan hijau,kami meneruskan perjalanan..kami mencari hotel..Rasanya tak susah untuk cari hotel pada saat2 itu sebab krismas dah lepas dan harga hotel kembali normal..kalau ada perayaan pape harga hotel akan melambung-lambung..dan setibanya kami di cameron, cameron tak la ramai sangat orang..tetap ada pengunjung tp tak crowded..Kami spent 1 night kat Planters Hotel.Harga hotel pun ok RM150/pernite..dan chantek sangat hotel dia..Hotel ni terletak di tepi jalan je..Memandangkan dah maghrib,kami pun bersiap-siap untuk pergi dinner dan jalan2 di sekitar cameron..
gigih memilih menu |
dah macam dok luar negara lak rasanya.dgn baju sejuk macam tu..:) |
Untuk dinner malam tu,kami memilih makan western..Memang sedap..Restoran ni terletak bersebelahan dgn hotel kami(may be selang 2,3 kedai je) dan memang sedap sangat..!
KHAMIS (27/12/2012)
Sarapan pagi kami memilih untuk makan di gerai depan hotel kami..Semuanya terletak berdekatan dgn hotel kami..Kalau dah kata orang melayu,ke mana saja pasti cari nasi lemak kann..Lepas makan,husband ajak naik gunung..Alamak,1 menda yg aku tak suke..Tapi,kena ikutkan jugakk..Untuk sampai ke kaki gunung, anda perlu melalui jalan2 yg sempit dan hanya kenderaan spt 4x4 saja yg mampu untuk ke kaki gunung tu..Tapi jgn tak caya, 'hubby' (kereta) aku pun mampu jugak sampai ke kaki gunung tu tau..sian 'hubby' aku berkeje kuat..
4x4 yg bawak minah2 saleh..kami follow dr belakang |
dah sampai di kaki gunung.. |
Husband kata,dulu nak naik sampai puncak tak de track..Sekarang ni dah ada track.so memudahkan orang ramai utk sampai ke atas..Tapi,aku tak terdaya untuk sampai ke puncak..Cukuplah sekerat jalan.Lagipun, cuaca sangat sejuk.Tengok je la aku pakai baju ape je..cardigan dgn t-shirt je..
track telah bermula...yiihhaaa..!!! |
'kami' adalah pencinta alam..sangat kannn..hihihi(bkn kami,dia sorang saja) |
dah..dah..jom kita pulang..nampak 'hubby' i belakang tu..my hero..!!! |
nice view..hijau.. |
Dengan gambar itu, maka berakhirlah honeymoon kami sepanjang 4hari 3 malam di 2 tempat..Terima kasih kpd suami tercinta krn peka dgn kehendak isteri yg tak tercapai sebelum ni..dan terima kasih juga sebab tunaikan hajat si isteri untuk melihat ladang teh..Nak tengok ladang teh mcm orang mengidam sesuatu je kan..Dasat btol..:) Insyaallah,ada rezeki,ada masa pergi honeymoon lagi eh dgn 'honeymadu'..ek ehh..oppsss..!!!
**Anyway, terima kasih kerana korang ikut trip honeymoon kitorang ni walaupun dalam blog saja..thanx juga sudi luangkan masa utk membaca dari atas sampai ke bawah..Setiap entri holiday,pastinya panjang berjela-jela..mmmuuaahhh buat kamu yg membaca..:)
NOTE : Percutian dalam Malaysia dah cukup bermakna dan indah buat aku..Tapi tak salah kalau ada duit lebih untuk ke luar negara kann..Cuma bg aku,aku lebih yakin berada di bumi sendiri.Kerana negara kita aman..
4 comments:
whoaa...mcm best jek! Sya yg org perak pon xsmpai Lg kellie castle. sadiss kan..uhukk
BTW, Sya br foLLow blog Linda. free, visit/foLLow Sya jugak ek~
sya-orked.blogspot.com
Bahagianya dia..... Sweet pengantin.... :)
orked:haha tq orked..tu la lin pun x penah th ada kellies castle tu...okeh i follow blog orked..
mommy aleesya : tq darling..
Sama ler kita lin..., ida hnymoon dlu pun kt pulau pangkor... cntik tp best lg Langkawi... hehehehe
Post a Comment