Thursday, January 31, 2013

Kisah di sebalik malam berinai...

Assalamualaikum...

Haa ingat tak aku nak cerita pasal kisah malam berinai..Kat sini yg aku maksudkan bukanlah malam berinai yg ada majlis @ ala2 pre majlis sanding..Bukan..bukan..Malam berinai aku bermaksud malam aku dipakaikan inai..Dipakaikan inai oleh Mama Fiza..Jijah pun turut ada sekali sebab nak bagi hantaran yg beliau sponsored..

Aku pakai inai pada malam 18 disember 2012,maksudnya lagi 2 ari aku akan bernikah..Sebenarnya, kalau boleh tak nak susahkan Fiza..Ye la kita kena paham,dia dah berkeluarga dan anak2 dan suami amat perlukan dia.Tak boleh nak pinjam dia sesuka ati macam zaman bujang dulu kann..Kalau zaman bujang dulu,okehh je aku pinjam dia,dia pinjam aku..So sweet zaman bujang kami tau..Tido sebantal lagi..Auwww...!!!

Tapi disebabkan Fiza nak merasa pakaikan inai aku di saat aku akan bergelar puan, maka dia sanggup luangkan masa bersama aku..Walaupun tak keruan dia pakaikan inai aku, maklumlah tentera dia yg sulung follow sekali tp tetap tekun dia pakaikan aku inai..

sangat buruk jari saat ini kann..
Proses kami memakai inai terhenti apabila Fiza dapat calling yg anak dia no 2,si Mawar tu nanges..So,stop for a while..Sian plak kat Fiza kene naik turun umah aku..Aku cakap klat fiza,tak pe dia nak terus balik..Tapi tak..dia sanggup naik balik setelah Mawar tido..Hihi thanx darling..dan proses memakai inai bersambung..Rasanya kami semua selesai memakai inai dah pukul 11lbh jugak kott..Tak dapat nak ingat sebab time tu banyak ari aku tak tido..So,kepala macam ting tong..huhu..

bila dah selesai,haruslah bergambar bersama kann..(pic:credit blog Mama Fiza)
Haa tengok tu, bukan aku je yang pakai inai..Mama Fiza pun pakai inai tau..Tanda sokongan padu dari kawan2..Sama seperti zaman dia kawen dulu..Aku pun turut sama pakai inai..Inai yg kami pakai ni adalah inai daun pemberian Mak Yan..Dan,once dapat je inai daun tu,mak aku terus proses (menumbuk hingga hancur,masukkan bahan tambahan seperti gambir,nasi,teh (utk bg pekat warnanya) dan kemudian disimpan dalam peti ais)..Hanpir 3jam pakai inai, inai mula gugur sedikit demi sedikit dalam plastik..Dalam ati rasa pelik..Kenapa inai ni tak mo lekat eh..??? Tertanya-tanya..Masa aku pakaikan inai Fiza tak de plak macam ni.Fiza pun dah balik..Tak de orang nak tolong touch up kan inai aku..Lastly,mak kesayangan hamba yg tolong touch up kan inai tu..Sampai pukul 2.00pg jugak la..Sian mak sampai tertido-tido kat tepi aku..But its a sweet moment with mak sebelum anak dia ni dilepaskan pada orang lain..(sedih plak bila buat ayat mcm tu kann..)

Bila jari dah dibaluti ngan inai dan tangan dibungkus dgn plastik,memang comfirm la tido pun tak lena kan..Tido2 ayam je..Mata pejam tapi langsung tak boleh nak lena..Lastly,pukul 5.00pg tu bangun..Tak sabar nak tgok keberhasilannya inai yg dipakai malam tadi..Maunya tak sabar oii..tangan ni sampai kebas2 tau,sejuk je bila kena angin kipas..

Cehh bukak sarung plastik tu dgn penuh harapan..Harap2 inai tu pekat dgn cantiknya..Satu persatu inai ditanggalkan..harapan menemui jalan hampa..Apabila inai yg dipakai tak sepekat yg diharapkan..Bila semua inai dah ditanggalkan,cepat MMS Fiza gambar jari jemariku di awal2 pagi tu..Pagi2 aku dah kacau orang kann..Pastu Fiza pun cakap yg inai dia pakai tu pun sama tak pekat jugakk..Tak tahu kat mana silapnya..Mungkin sebab simpan inai tu terlalu lama kot..Orang selalu cakap,inai pokok ni pekat warnanya..Tapi disebabkan dah proses dan disimpan lama dalam peti ais mungkin sebab tak pekat warnanya..Inai tu dah x freshh..Simpan pun tak de la lama sangat..Ada la jugak dalam 3 ari disimpan..

ini hasil percubaan aku dan fiza..

Pagi tu Fiza text aku..Tanyakan aku,nak tak kalau dia panggil kawan dia untuk pakaikan inai..Means touch up balik inai yg aku pakai tu dgn inai 'pancit' (inai india)..Sebelum ni,memang Fiza ada suarakan pada aku untuk sponsor inai aku..Sponsor inai yg ukir2 kat tangan tu..Tapi aku memang tak berkenan inai ukir2 tu..So, aku cakap kat Fiza,ko sponsor menda lain la...Sponsor ape..???hahaha..(gelak jahattt)..tettt..ada la kann..

Pastu pikir2 balik pelawaan Fiza, aku bersetuju..So,petang tu jugak kawan dia datang lepas waktu keje untuk pakaikan inai aku..Memang hebat la kawan dia tu..dalam tempoh setengah jam dia siap pakaikan inai kat jari tangan dan jari aku..Lupa plak nak cakap,kawan Fiza yg pakaikan aku inai tu nama dia Yakin..If nak contact number Yakin,boleh la tanya kat Fiza..Haaa mesti nak tengok hasilnya kann..???

Inilah hasilnya..pekat kan..? Chantek sangat..!!!
Kebuntuan kami berdua menemui jalan penyelesaian..Thanx a lot fiza sebab belanja aku untuk inai kali ni..Tetiba teringat mak aku bising2 bila hasrat hati Fiza pada mulanya untuk sponsor inai, aku tolak..Berkali-kali mak cakap..Sampai menanah telinga i tau..Sengih je Fiza bila mak aku bising2..Ceittt..!!!Bila inai dah cantik, barulah mood nak kawen tu sampai kann..???hahaha..

Kalau kawen ni, yang mendatangkan seri pada pengantin adalah inai di jari dan juga makeup sewaktu nikah..Baju pengantin tu letak nombor 2 dah..Betul tak..??

Special thanks to my lovely friend, Fiza...

Love u till end of time..




1 comment:

Hafiza Abdul Latiff said...

Terharu ai....sahabat bukan untuk dipuji tapi untuk disayangi, thanks lin :)