Friday, September 30, 2011

Gudbye Kuching...

Assalamualaikum semua..


gudbye kuching,sarawak..

Hari ni baru teringat nak update tentang sesuatu perkara..Yang membuatkan aku teringat apabila Mama Haikal bagitahu yang dia akan berangkat ke Kuching Sabtu ini (1 oct 2011)..Yeahh..kami memang kawan rapat sejak dulu lagi..Sehinggakan trip percutian kami pun hampir sama..Kalau ikutkan Mama Haikal akan pergi Kuching dulu dan pada plan asalnya aku pula akan ke Kuching 7oct  ini..Tiket semua dah booked,hotel semua dah kasi setel la..Sampai sana tinggal check in je..

Memang excited sangat nak ke sana..Tapi,last minute perancangan yang dah dirancang sejak bulan Mei ni terpaksa dibatalkan..Atas sebab mak ayah aku yang akan berangkat ke Tanah suci pada 8 oct..Means,selepas dari aku pergi Kuching..Aku pun tanpa memikir panjang,aku cancelkan terus percutian aku ke Kuching walaupun tiket flight melayang begitu saja..Aku tak rasa sangat kerugian tu..Tapi aku akan rasa rugi apabila tak dapat tengok mak ayah aku berangkat..

Amat sedih sekali apabila mak aku cakap macam ni...

Mak : Takpe la..auntie lin pegi je la Kuching..Sayang tiket dah booking semua..
Aku : Tak la..elin cancel trip kuching tu (masa ni belum bangitahu lagi kat member2 yg join percutian ni)

Bagi aku, apa sekali yang datang,aku akan cuba letakkan family aku no.1..!!! Dan bila aku inform kawan2 ofis yang aku x dapat join,dorang mcm agak sedih la...haha..konon je sedih yea..Tapi,aku tak tahulah sama ada dorang proceed percutian ini ke tak..Aku memang spend masa 2 minggu i untuk bersama mak ayah aku dan membeli kelengkapan untuk dorang..Kadang2 ada je menda kecik2 yang lupa nak dibeli..Bermula 27sept sehingga 12oct aku mmg kurang sikit datang ofis..Kebetulan selepas keje malam aku ada off day..So,gunakan sebaik mungkin off day tu..



lambaian kaabah...

Malam tadi,tengah aku bersiap-siap nak pergi keje malam,mak dok kat tepi katil aku..Menengok anak daranye ni bersiap..Pastu mak buat ayat touching lak..Macam biasa la,walaupun touching macam mana pun aku,aku tak nak sangat tunjuk depan orang tua tu..

Mak : Nanti Auntie Lin mesti sunyi kat umah..Sian anak mak tinggal sorang2..
Lin : Mmm..memng sunyi pun..tapi nanti elin keje je la siang malam..tak de la rasa sunyi sangat..
Mak : Kumpul duit ye sayang..

Aku pun terus kuar dari bilik,konon dah siap la nak pergi keje..Huhu..padahal tak mo lama2 bercakap tentang soal tu..Insyaallah..pandai la elin jaga diri nanti..Ok..buat masa ni yang pasti akan menghantar mak+ayah+along ke Kelana Jaya adalah aku (yg membawa bakal jemaah haji ni,dorang naik kereta saya), Kak ngah & family yang turun dari Kulim, Adik aku yang turun dari Shah Alam (elehh..sejengkal je), En.Tunang saya, serta Kak Jun & tentera2 nya..Kak Uda tak dapat nak balik..sepatutnya dia balik minggu ni tapi anak dia kena demam campak pulak..Sedara-sedara yang lain tak tahulah..Anak-anak tu wajib ada kan..

Insyaallah ari Sabtu ni (1 oct 2011) mak+ayah+along saya mengadakan kenduri doa selamat selepas asar di kediaman saya di Sentul..Mungkin sedara-sedara belah mak ramai yang turun dari Johor..

Wednesday, September 28, 2011

Alhamdulilah...syukur kepada-Mu Ya Allah..

Assalamualaikum...

Syukur kepada-Mu Ya Allah..Akhirnya mak,ayah serta Along aku dijemput menjadi tetamu-Mu Ya Allah..Memang agak lewat dapat tahu keputusan haji ini..Tapi,alhamdulilah..dalam masa sehari aku dapat temani mak ayah aku untuk buat medical check up,dan juga membeli keperluan untuk ke sana..Kebetulan aku amik cuti memandangkan badan tak berapa nak sihat tapi demi mak ayh tersayang,aku gagahkan badan untuk bawa kereta untuk uruskan semua urusan berkaitan pergi haji..

Aku dapat tahu keputusan ini dari Along pada Ahad (25 oct 2011) dan penerbangan dijangka akan bertolak pada 8 Nov 2011 (subuh)..We have another 1 week to prepare all everything..Dan di sini mental dan fizikal,emosi perlu kuat..Yeahhh..perlu kuat..Sseungguhnya, Allah itu Maha Mengerti dan Mengetahui..dipermudahkan setiap urusan kami..Dan juga dipermudahkan sehingga mereka di Tanah suci dan pulang ke Malaysia nanti..Insyaallah...

Perasaan...???? Sudah semestinya aku gembira dengan perkhabaran ini dan ada juga rasa sedih dan risau..Bimbang akan kesihatan mak ayahku di sana nanti..Mudah-mudahan,diberi kekuatn untuk menunaikan ibadat di sana nanti..Sedih sebab sepanjang 25 tahun ini tak pernah berenggang dengan orang tua..Paling lama pun 2 minggu je..Time kursus dulu.Pasti terasa sunyi hidup ini..


NOTE : Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan mak ayah serta Along aku di sana nanti..Berikanlah kesihatan yang baik pada mereka agar mereka boleh menunaikan ibadat kepada-Mu Ya Allah..Lindungilah setiap langkah mereka Ya Allah..Semoga Haji mereka diterima dan mendapat Haji Mabrur ya Allah..Aminn...

Saturday, September 24, 2011

Sambutan Aidilfitri Unit Hasil,HKL...

Assalamualaikum semua..

Syawal hampir tiba ke penghujungnya dan sudah pasti banyak rumah2 berebut-rebut untuk mengadakan rumah terbuka di hujung2 minggu ini..Bukan setakat rumah,malah di ofis-ofis jugak..Tak kurang juga ofis aku iaitu Unit Hasil..Untuk tahun ini, unit aku menjadi tuan rumah..Pada tahun-tahun sebelum ini,kami hanya berkongsi saja dengan Cawangan Kewangan..Tapi,tahun ini ingin merasakan kelainan so,dengan kata sepakat dari semua maka kami menjadi tuan rumah...Majlis bermula pada jam 10.30pg dan tamat sehingga semua makanan habis..hehe..Memang sangat meriah..!!!Dan semalam adalah hari tanpa kawal makan..Makan semua makanan yang ada tanpa ragu..tanpa risau lemak yang bakal dikumpul...Jom layan gambar2 sekitar majlis rumah terbuka Unit Hasil,HKL yang berlangsung pada semalam 22 September 2011..

saya yang berbaju hijau..tp,itu bkn baju raya saya..
Antara bunga2 di ofis..
Antara juadah yang dihidangkan...
ulam-ulaman...
nampak sedap dan comel x..???? Inilah door gift yg diberikan kpd tetamu yg hadir..Tuala kecik..Jangan tertipu tau...
meh letak sekeping gmbr cik Erdeeana Isma ni..







orang-orang kuat dapur..
Majlis dimulakan dgn bacaan doa...
baju green color..cup cake must also green color..
saya dan en.bos sedondon pulak...
dan juga sedondon dgn gadis ini...;)

Finally,inilah gift untuk semua staf Unit Hasil...
Itu saja gambar-gambar yang berjaya ditangkap..Hasil tangkapan dari kakak2 ofis ni..Aku serahkan camera aku ni pada mereka..Maklumlah ownernya sibuk melayan patient di kaunter..Anyway,sungguh meriah sangat..Diharapkan tahun depan dapat ketemu dan berkumpul seperti ini...Insyaallah..

NOTE : En.Anip pastinya akan rajin nengok2 blog ni kerana kami sudah lama sangat tak ketemu..Mesti dia nak tahu perkembangan pada diri ini dan pembesaran badan ini..hahaha..sesungguhnya,ramai kawan2 saya kata,saya gmoksss...!!! Jangan tak terjah blog ini ye En.Anip...;)

**Minggu depan en.anip pulang ke KL..haha..malu2 la nak jumpa dia..Sebulan tak sekali ketemu..nasibb..

Sunday, September 18, 2011

Majlis Perkahwinan Noor Diyana & Khairol Anuar

Assalamualaikum...

Semalam saya bercuti dan membawa diri ke Palong untuk kenduri kahwin sahabat tersayang belah suaminya pula..Kenduri belah kawan i ni x dapat la nak pegi sebab nun jauh di Terengganu sana..Hajat hati pada mulanya,memang nak gi..Bila lagi nak jenguk kampong orang and jejakkan kaki di Terengganu..Tapi memandangkan majlisnya berlangsung pada raya ke-5,so terpaksa la batalkan hasrat itu..

Ok macam biasa,aku tidaklah kesorangan..Aku bertemankan Ros & Adik..Tapi dorang ni naik kereta lain..dan aku pulak...sejak bertunang ni ke mana saja akan ditemani mak ayah aku..so,perjalanan aku ke Palong semalam ditemani mak ayah..Fuhh..smlm palaing dasat aku drive..7jam driving non stop..

Perjalanan kami bermula jam 10.00pg dan aku berjanji dengan Ros jumpa di Sg Besi pada jam 10.30 pg..Janji kami bukanlah janji melayu..Tepat 10.30 masing2 tiba di destinasi yang dijanjikan..dan dengan penuh hibanya saya nak memberitahu,kami sampai di umah pengantin tepat jam pukul 2.15ptg..Masya Allah,i had long journey yesterday..

ceria btol muka pengantin ni..haa kat tepi tu mak ayah saya yg sudi temani saya...;)
macam berjanji pulak kami bertiga ni pakai baju purple..kebetulan je tu..
bersama adik..
Pengantin baru & Pengantin lama...
saya nak amik berkat kamu,bolehhh...????
inilah pengantin lelakinya..en.Nuar..
Setelah perut diisi dengan makanan,maka kekenyangan la kami semua..dan perjalanan pulang ke KL haruslah diteruskan..huhu..Sungguh malas utk pulang memandangkan berbatu-batu jauhnya..Bila kita ke tempat orang haruslah kita membeli-belah apa yang patut..Kalau jalan ngan mak saya,memang begitu..Ada saja nak dibeli..Siap request dengan driver a.k.a aku untuk singgah di kedai-kedai tepi jalan untuk nengok2 apa2 yang best..

Haa..tgok la mak saya tu..Ada je dibeleknya..hihi..

dan anaknya pulak.....
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


sibuk bergambar di tepi jalan ni haa..siap kene hon dgn abg lori..cisss...
**Masih cantik baju purple atas ni kan..??? Itulah baju pemberian tunang tersayang pada raya 2007..Pada waktu itu,kami sedang cintan-cintun..dan baju kami sedondon pada raya tahun tu tau.. (cuba selongkar2 external drive mencari gambar en tunang yg sama color baju tu..tp x jumpa la)

Dan sekian saja perjalanan kami ke Palong semalam..Long journey..Keletihan melanda,tp gagahkan juga badan untuk ke ofis arini..Kepada sahabatku Noor Diyana, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan..semoga ikatan pernikahan ini kekal hingga ke akhir hayat hendaknya,Amin..Semoga tabah mengharungi bahtera perkahwinan ini..

NOTE : Sebelum pulang, bersalaman dengan pengantin baru ini sambil mengusik nakal dia..Dan tetiba sebak bila mengenangkan selepas ini pasti susah untuk jumpa semula..Sepanjang perjalanan ke umah pengantin,setiap saat bersama Diyana di Poslaju KL bermain-main di kotak ingatan..Begitu akrab kami di ofis dulu..Tapi semuanya hanyalah tinggal kenangan...

Wednesday, September 14, 2011

TOPIK WHI : 'Cinta berkurun,kahwin tak juga...'

Assalamualaikum...

Hari ni aku berkeje malam dan tengahari tadi sempat aku melayan tv..Kalau tak,mana sempat nak tgok tv..dan aku melayan Wanita Hari Ini..Aku seolah terpanggil untuk mendengarkan topik pada ari ini iaitu...'Cinta berkurun, kahwin tak juga..' hehe..macam terkena tempiasnya..auww..

Dalam wanita hari ini,pasangan tu dah pun 12thn menyulam cinta sejak dari umur 15 tahun..Dan kini mereka telah diikat dengan tali pertunangan dan hujung tahun akan melangsungkan perkahwinan..

kalau nak tahu lebih lanjut topik ni silalah layari http://www.tonton.com.my/ klik pada Wanita Hari Ini Eps 175...

Benar kata wanita yang telah bercinta 12 tahun itu..Percintaan 12tahun bukanlah mudah..ada pasang surutnya..Pernah putus dan kini bersambung kembali..Keterujaan sebagai seorang wanita apabila teman lelakinya masuk minang pada tahun lalu membuatkan wanita ini merasakan penantian 12 tahun berbaloi..dan apabila hubungan yang terlalu lama itu diikat dengan tali pertunangan maka,nampaklah sedikit kestabilan hubungan itu..Secara tak langsung,hubungan itu step forward ke jinjang pelamin...12 tahun banyak rintangan dan dugaan serta pasang surutnya dan pernah juga hubungan itu terhenti seketika tapi berkat doa kedua-duabelah keluarga maka mereka berjaya hadapi rintangan itu..

Tak tahu nak kupas bagaimana isu ini..Tapi,aku amat-amat tertarik dengan topik ini..

NOTE : Mungkin mereka yang pernah bercinta berkurun lama ini melalui fasa hidup yg sama,,iaitu putus dan kemudian sambung kembali dan mungkin cinta itu terhenti seketika untuk mencari haluan dan menilai diri masing2..Apabila siaran ini live di tv3,aku segera tepon tunang yg jauh di JB untuk ikuti siaran Wanita Hari Ini..Yang pasti ia kisah tentang kita..

Saturday, September 10, 2011

Hari Sabtu adalah hari untuk gedik bergambar...

Assalamualaikum...


Hari ni berkeje pagi ptg..Haduii tak dapat nak bersama family untuk pergi beraya umah sedara..Start dari mula keje aritu badan dihimpit kelemauan sebab jadual kerja ya amat padatnya..Okeh arini macam terlebih excited untuk datang ke ofis..kerana apa..????kerana.....

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

baju ini kot...;)

Baju ni pemberian dari sahabat aku.Ingat gak dia ole-ole utk aku..Aku rasakan baju ini sgt chantek dan nampak mcm ayu je kan..hikhik..

rindu padanya..ehem..ehemm..
bersama cik lizawati..

Haa..dah terlanjur mengupdate blog nih,nak inform everybody bahawasanya,lesen memandu saya tidak lagi P..Finally,berakhir jugak 2 tahun lesen P aku tu..Kini saya telah menjadi pemandu berkhemah..Masa nak renew lesen aritu,takut jugak kalau2 x boleh renew..Kot2 la ada saman ke..So far,alhamdulilah..sume clear..

NOTE : Maafkan aku kerana....%&^#@+!..Semoga Allah memberi petunjuk kepada hamba-Mu yang mencari kepastian ini..Aminn...

Friday, September 9, 2011

Kau Merubah Segalanya...

Assalamualaikum...
Saya suka dengan lagu ini..tak tahulah kenapa..Ermm xde kaitan pun..Cuma semalam terdengar lagu ni dalam kereta dan membuatkan aku terbuai-buai umpama dunia ini milikku..heavennn..!!!Arghh sungguh dasat statement ko..hihi..Layankan aje lagu aku ni..laguku untuk mu...

Fauziah Latiff-Kau Merubah Segalanya


Kau yang merubah segalanya
Kau sebenar yang mencuri hati
Aku yang masih meratapi kehancuran
Cinta lalu yang tak kesampaian


Apakah yang terburu-buru
Cuba melupakan peristiwa lalu
Atau mungkinkah ku terpesona pada
Kejujuran yang engkau berikan


Tercipta suatu ikatan
Yang kita bina
Dari kehancuran masa silam
Oh tuhan kau restukanlah
Cinta indah bagai pelangi
Kekal abadi


Masih jauh sayang
Perjalanan kita
Pasti ada yang beronak duri
Namun tiada yang merubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati

NOTE : Terasa diri ini bagaikan dilamun cinta kali pertama..hehe..tettt..!!!

Sunday, September 4, 2011

Suasana Hari Raya Aidilfitri...2011 (Part 2)

Halooo..Part 2 bermula....

Balik beraya kali ni lebih daripada meriah sbb semua umah sedara yang tua2 dapat kami pergi..Mak kata,kita yang muda ni kenalah kunjung yang tua apatah lagi bila kita dengarkan mereka kurang sihat..Nak tunggu tahun depan,ntah dapat jumpa ke tak,kita tak tahu..Jadi,selagi ada kesempatan ini dan keterlanjuran kami semua balik beraya di kampung,dapatlah jenguk2 mereka yang sakit ni..

Raya 2011 tahun ini lain dari yang lain..sebab bermula tahun ini kami semua tidak lagi jejakkan kaki di umah pusaka  arwah Nyaie dan Yaie belah ayah aku lagi..Umah pusaka tu harus dikosongkan oleh sebab2 tertentu..Jadi,sebagai kenang-kenangan sebelum rumah pusaka itu dirobohkan menyembah bumi,aku mengabadikan 2 keping gambar ini buat tatapan satu hari nanti...Inilah rumah yang aku kenali Nyaie dan Yaie sejak aku kecik lagi..Umah inilah tempat pertama yang kami sekeluarga tujui setelah tiba dari KL..Di bahagian depan umah pusaka ini masih tetap tidak berubah..Masih dikekalkan rekabentuk lama cuma bahagian dapur saja telah diubahsuai..Tapi,apa saja yang kita boleh buat..Ini bukan milik anak cucu cicit Nyaie dan Yaie..Sayu pulak bila terkenangkan semua ini..

pemandangan dari laman rumah
tinggal kenangan...terasa hiba bila jejakkan kaki di depan umah ini..
Okehh itu berkisar kampung halaman yang kini bukan milik kami sekeluarga lagi..Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini..Hanya Allah yang lebih mengetahuinya..

Di malam terakhir aku dan family berada di johor,sepupu sepapat aku ni sibuk nak buat barbeque..seronok sgt..tp yang membakarnya sorang je..tp yg menengok ramai..hihi..bakar ayam and ikan untuk dijadikan santapan malam..

sesi pembakaran baru saja bermula..baru nak idupkan bara api..

taraaa...oowhhh ayam...yummmyyy...!!!!
antara hidanagn pada malam itu..
Itulah serba sedikit aktiviti yang dibuat sebelum kaki melangkah meninggalkan bumi johor..Amat seronok..dan tersa keakraban kami bersaudara..dulu x la serapat ini..mungkin masing2 dh besar kot..dan masing dah pun berjaya..setelah 4 ari aku dan family berada di kampung dan tibalah masa untuk pulang..sebelom pulang abadikan kenangan sebelum keluar,,hikhik..

nak blk kl,pakai jeans je..xde nak singgah beraya mana2 lgi..
So,thats all Suasana Hari Raya Aidilfitri 2011 punya cita..Yang pasti,pada tahun hadapan aku x merasakan sume ini kerana aku kena bekerja pula..Sedey..Cehh persiapan mental and fizikal yang terlalu awal..Insyaallah,akan pulang juga ke kampung sekiranya ada kesenangan..