Wednesday, September 14, 2011

TOPIK WHI : 'Cinta berkurun,kahwin tak juga...'

Assalamualaikum...

Hari ni aku berkeje malam dan tengahari tadi sempat aku melayan tv..Kalau tak,mana sempat nak tgok tv..dan aku melayan Wanita Hari Ini..Aku seolah terpanggil untuk mendengarkan topik pada ari ini iaitu...'Cinta berkurun, kahwin tak juga..' hehe..macam terkena tempiasnya..auww..

Dalam wanita hari ini,pasangan tu dah pun 12thn menyulam cinta sejak dari umur 15 tahun..Dan kini mereka telah diikat dengan tali pertunangan dan hujung tahun akan melangsungkan perkahwinan..

kalau nak tahu lebih lanjut topik ni silalah layari http://www.tonton.com.my/ klik pada Wanita Hari Ini Eps 175...

Benar kata wanita yang telah bercinta 12 tahun itu..Percintaan 12tahun bukanlah mudah..ada pasang surutnya..Pernah putus dan kini bersambung kembali..Keterujaan sebagai seorang wanita apabila teman lelakinya masuk minang pada tahun lalu membuatkan wanita ini merasakan penantian 12 tahun berbaloi..dan apabila hubungan yang terlalu lama itu diikat dengan tali pertunangan maka,nampaklah sedikit kestabilan hubungan itu..Secara tak langsung,hubungan itu step forward ke jinjang pelamin...12 tahun banyak rintangan dan dugaan serta pasang surutnya dan pernah juga hubungan itu terhenti seketika tapi berkat doa kedua-duabelah keluarga maka mereka berjaya hadapi rintangan itu..

Tak tahu nak kupas bagaimana isu ini..Tapi,aku amat-amat tertarik dengan topik ini..

NOTE : Mungkin mereka yang pernah bercinta berkurun lama ini melalui fasa hidup yg sama,,iaitu putus dan kemudian sambung kembali dan mungkin cinta itu terhenti seketika untuk mencari haluan dan menilai diri masing2..Apabila siaran ini live di tv3,aku segera tepon tunang yg jauh di JB untuk ikuti siaran Wanita Hari Ini..Yang pasti ia kisah tentang kita..

1 comment:

lazirza said...

cam sama aje...cuma jalan cerita lain aje...