Sunday, September 4, 2011

Suasana Hari Raya Aidilfitri...2011 (Part 1)

Assalamualaikum..

Sekian lama meninggalkan blog ini dan hari ini barulah berkesempatan mengupdate ini blog..Semuanya berkisar tentang Aidlifitri yang baru saja lepas..Walaupun Aidilfitri selama sebulan..Alhamdulilah syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi kesempatan untuk melihat dunia ini hingga ke ari ini..Perjalanan aku ke kampung pada 29 Ogos dan kami bertolak ke kampung lewat sedikit dari perancangan asal..Perancangan asal untuk pulang ke kampung sebaik sahaja selesai bersahur..Tp,pada 29Ogos pagi tu ujan lebat teramat sangat dan meminta diri ini supaya bermalas-malasan terlebih dahulu..Dan tepat pukul 9.30pg barulah kami sekeluarga bertolak ke kampung..Perjalanan teramat lancar dan membuatkan saya pecut hanya 110km/j saja..Ingt pesanan org tersayang..Balik kampung kali ni mmg xde pecut sangat.Memandangkan banyak speed trap dan OPS SIKAP..So,memandulah dgn penuh berhemah..Itupun kami semua tiba di kampung awal..Perjalanan hanya 3jam saja..Inilah rekod pertama yang berjaya aku pecahkan dari KL-Pontian,Johor..Pukul 12.30 tghari kami semua selamat sampai di kampung..Alhamdulilah...

Biasalah,setelah tiba di kampung,sudah pasti driver teramat letih dan memerlukan tidur untuk merehatkan mata ini..Aku tidur dari tghari tu dan bangun semula pada pukul 6ptg..Di saat-saat org lain tgh sibuk memasak untuk menyiapkan juadah berbuka puasa..Buruk perangai anak dara ni kan..??Tolonglah jugak mana yg patut..Xdelah terus dok bersila ngadap makanan tu..

Sepanjang aku kat kampung,aku dihidangkan makanan favorite tunang tersayang..Apa lagi kalau bukan burasak..Sibuk suruh i buat tau..tapi kat kl ni mana lah nak cari daun pisang muda..Kat kampung lain lah..tebang je pokok sebelah umah tu..nak tahu macam mana rupe burasak tu...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


burasak ni boleh dijadikan pengganti kepada lemang/nasi impit/ketupat..boleh dimakan dgn rendang @ apa shj..
Tak terkilan sangat lah sebab en.Anip turut dapat rasa burasak ini..Ohh ok,raya pertama saya bersama keluarga tersayang dan en.Anip..Dia datang ke kampung saya..walaupun dia datang telah lewat petang,tp kehadiran dia amat dinantikan kaum sedara aku..Time ni la untuk kenal bersama saudara2 aku yang teramat ramai tu..Dan bila pulang ke kampung,x sah la kalau x diuji kan..kalau perempuan,sudah pasti diuji dengan pelbagai ujian di dapur..dan lelaki plak antara ujian yanag bakal dilalui adalah menjadi imam solat jemaah..Jujur sejujurnya,sepanjang 10tahun aku mengenali en.Anip aku tak pernah solat berimamkan dia..Dan sewaktu raya pertama di kampung,en.Anip diminta untuk menjadi imam solat jemaah untuk fardhu Maghrib..Keluar saja dari bilik aku mampu tersenyum gembira kerana aku amati setiap bacaan surah yg dia baca dan tiada cacat celanya..Alhamdulilah..

Owhh lupa pulak,petang raya tu en.Anip datang dengan penuh segak sekali..Berbaju melayu cekak musang warna silver serta songkok tinggi..handsome and buat i tak terkata..oppsss sori,lupa nak amik gambar bersama dangan si dia yg handsome tu..Aku pakai baju apa...ini dia...

Inilah baju pemberian tunang tersayang yg telah di oter tu..



duit raya untuk mak ayah...;)
Itulah sedikit wajah2 di hari raya pertama..Ada lagi gambar lain..silalah tengok di fb saya..Kalau ikutkan ati mmg banyak gmbr nak ditangkap tapi,risau lak org kampung cakap ape asik berkepit ngan kamera je..Itupun ada sepupu tny "kenapa tangkap2 gambar ni..?" saya cuma cakap," mencari bahan untuk kerja.." padahal nak disumbat dalam blog ini..hahaha..Raya kedua,perhimpunan seluruh keluarga sebelah emak..Malangnya,kamera saya tertinggal di beg pakaian..selalunya,tak pernah dikeluarkan dari dalam handbag.Tapi memandangkan,handbag terlalu berat so, terpaksa la dikeluarkan..Ini gambar sekitar raya ketiga..

bersama pak busu (adik mak) & yg duduk sebelah kanan tu adalah mak saya..;)
wajah adik-beradik..sebelah mak adalah adiknya..sama x muka mereka..?
wajah kesayangan hamba..luv u mak..



okeh...cukup setakat itu sahaja untuk Part 1 ni..ada lagi Part 2..tp kene tungguuuuuu...!!!!

NOTE : En.Anip lupa nak mintak maap ngan saya..Padahal dah jumpa pun raya pertama tu..Heii kamu kena mintak maap jugak..kamu byk buat salah sama saya...okehhh...;)..Dulu masa zaman study,dapat jugak duit raya dari En. Anip..Tp bila dah keje langsung dia lupa2 nak bagi..mana bolehhh..

No comments: