Sunday, September 4, 2011

Suasana Hari Raya Aidilfitri...2011 (Part 2)

Halooo..Part 2 bermula....

Balik beraya kali ni lebih daripada meriah sbb semua umah sedara yang tua2 dapat kami pergi..Mak kata,kita yang muda ni kenalah kunjung yang tua apatah lagi bila kita dengarkan mereka kurang sihat..Nak tunggu tahun depan,ntah dapat jumpa ke tak,kita tak tahu..Jadi,selagi ada kesempatan ini dan keterlanjuran kami semua balik beraya di kampung,dapatlah jenguk2 mereka yang sakit ni..

Raya 2011 tahun ini lain dari yang lain..sebab bermula tahun ini kami semua tidak lagi jejakkan kaki di umah pusaka  arwah Nyaie dan Yaie belah ayah aku lagi..Umah pusaka tu harus dikosongkan oleh sebab2 tertentu..Jadi,sebagai kenang-kenangan sebelum rumah pusaka itu dirobohkan menyembah bumi,aku mengabadikan 2 keping gambar ini buat tatapan satu hari nanti...Inilah rumah yang aku kenali Nyaie dan Yaie sejak aku kecik lagi..Umah inilah tempat pertama yang kami sekeluarga tujui setelah tiba dari KL..Di bahagian depan umah pusaka ini masih tetap tidak berubah..Masih dikekalkan rekabentuk lama cuma bahagian dapur saja telah diubahsuai..Tapi,apa saja yang kita boleh buat..Ini bukan milik anak cucu cicit Nyaie dan Yaie..Sayu pulak bila terkenangkan semua ini..

pemandangan dari laman rumah
tinggal kenangan...terasa hiba bila jejakkan kaki di depan umah ini..
Okehh itu berkisar kampung halaman yang kini bukan milik kami sekeluarga lagi..Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini..Hanya Allah yang lebih mengetahuinya..

Di malam terakhir aku dan family berada di johor,sepupu sepapat aku ni sibuk nak buat barbeque..seronok sgt..tp yang membakarnya sorang je..tp yg menengok ramai..hihi..bakar ayam and ikan untuk dijadikan santapan malam..

sesi pembakaran baru saja bermula..baru nak idupkan bara api..

taraaa...oowhhh ayam...yummmyyy...!!!!
antara hidanagn pada malam itu..
Itulah serba sedikit aktiviti yang dibuat sebelum kaki melangkah meninggalkan bumi johor..Amat seronok..dan tersa keakraban kami bersaudara..dulu x la serapat ini..mungkin masing2 dh besar kot..dan masing dah pun berjaya..setelah 4 ari aku dan family berada di kampung dan tibalah masa untuk pulang..sebelom pulang abadikan kenangan sebelum keluar,,hikhik..

nak blk kl,pakai jeans je..xde nak singgah beraya mana2 lgi..
So,thats all Suasana Hari Raya Aidilfitri 2011 punya cita..Yang pasti,pada tahun hadapan aku x merasakan sume ini kerana aku kena bekerja pula..Sedey..Cehh persiapan mental and fizikal yang terlalu awal..Insyaallah,akan pulang juga ke kampung sekiranya ada kesenangan..













No comments: