Semalam saya bercuti dan membawa diri ke Palong untuk kenduri kahwin sahabat tersayang belah suaminya pula..Kenduri belah kawan i ni x dapat la nak pegi sebab nun jauh di Terengganu sana..Hajat hati pada mulanya,memang nak gi..Bila lagi nak jenguk kampong orang and jejakkan kaki di Terengganu..Tapi memandangkan majlisnya berlangsung pada raya ke-5,so terpaksa la batalkan hasrat itu..
Ok macam biasa,aku tidaklah kesorangan..Aku bertemankan Ros & Adik..Tapi dorang ni naik kereta lain..dan aku pulak...sejak bertunang ni ke mana saja akan ditemani mak ayah aku..so,perjalanan aku ke Palong semalam ditemani mak ayah..Fuhh..smlm palaing dasat aku drive..7jam driving non stop..
Perjalanan kami bermula jam 10.00pg dan aku berjanji dengan Ros jumpa di Sg Besi pada jam 10.30 pg..Janji kami bukanlah janji melayu..Tepat 10.30 masing2 tiba di destinasi yang dijanjikan..dan dengan penuh hibanya saya nak memberitahu,kami sampai di umah pengantin tepat jam pukul 2.15ptg..Masya Allah,i had long journey yesterday..
ceria btol muka pengantin ni..haa kat tepi tu mak ayah saya yg sudi temani saya...;) |
macam berjanji pulak kami bertiga ni pakai baju purple..kebetulan je tu.. |
bersama adik.. |
Pengantin baru & Pengantin lama... |
saya nak amik berkat kamu,bolehhh...???? |
inilah pengantin lelakinya..en.Nuar.. |
Haa..tgok la mak saya tu..Ada je dibeleknya..hihi.. |
dan anaknya pulak.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
sibuk bergambar di tepi jalan ni haa..siap kene hon dgn abg lori..cisss... |
Dan sekian saja perjalanan kami ke Palong semalam..Long journey..Keletihan melanda,tp gagahkan juga badan untuk ke ofis arini..Kepada sahabatku Noor Diyana, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan..semoga ikatan pernikahan ini kekal hingga ke akhir hayat hendaknya,Amin..Semoga tabah mengharungi bahtera perkahwinan ini..
NOTE : Sebelum pulang, bersalaman dengan pengantin baru ini sambil mengusik nakal dia..Dan tetiba sebak bila mengenangkan selepas ini pasti susah untuk jumpa semula..Sepanjang perjalanan ke umah pengantin,setiap saat bersama Diyana di Poslaju KL bermain-main di kotak ingatan..Begitu akrab kami di ofis dulu..Tapi semuanya hanyalah tinggal kenangan...
No comments:
Post a Comment